Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Monday, January 30, 2012

2012-Cerita 22-Tragedi

Tragedi  yang mengundang malu yang boleh/sering berlaku kepada kita.


1. Terbawak sampah yang diletak atas bumbung kereta (yang sepatutnya dibuang ke dalam tong sampah).




2. Jumpa orang yang memakai baju sama dengan kita.

3. Terkentut ketika di khalayak ramai.


4. Terlupa membawa dompet/wang ketika membeli-belah.
5. Kain tersepit pada pintu kenderaan.

Sunday, January 29, 2012

2012-Cerita 21-Berminat?

*Ini adalah sticky post. Sila kelebet 'older post' untuk n3 terbaru.


Uols, kalau iols menjual, uols sanggup membeli tak?
.
.
.
.
.
.
Sebebenonya saya mau jual novel sekehen. Ini adalah antara novel yang ada dalam simpanan saya yang dah tak mampu saya simpan kerana tempat yang terhad. Untuk setakat ini, 10 buah novel ini saya dahulukan. Sayang nak jual, tapi terpaksa.




Inilah senarai novel tersebut beserta harganya:


1. Namaku Bedah (Ikmal Shah-PTS-2011)-RM10*novel anak-anak sekolah
2. Warkah Cinta Berbau Syurga (A.Ubaidillah Alias-PTS-2008)-RM16


3. Selagi Ada Dia (Aisya Sofea-Alaf 21-2008)-RM12
4. Cinta Mekar Di Hati (Rose Harissa-Alaf 21-2007)-RM12


5. Cinta Antara Kita (Nur Hidayah-Karna Dya-2010)-RM12
6. Kasih Yang Tak Pasti (7 Koleksi novel pendek Izza Aripin-karna Dya-2009)-RM10


7. Selagi Bintang masih Di Langit (Zaryl Amzari-PTS Fortuna-2008)-RM17
8. Pelangi Di Ufuk Senja (Ayuni Melza-CESB-2008)-RM18


9. Inang Sari (Sabariah Araur-CESB-1997)-RM10
10. Dan..Mimpi Pun Berguguran (Liana Afiera Malik-CESB-1998)-RM10sold


So, tengok-tengoklah. Kot-kot ada yang berkenan di hati.
Kalau berminat boleh email saya ke: cutestuff4you@yahoo.com
Sila sertakan nama, alamat penghantaran dan  nombor telefon.
Oh yes! Sila beritahu cara penghantarannya sama ada melalui pos biasa atau pos laju.
Sekian.

p/s: Ada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan resipi  100 jenis kuih-muih tempatan? Beritahu saya melalui email dan saya akan emailkan kepada korang. Percuma je.....

Saturday, January 28, 2012

2012-Cerita 20-Lawak Sabtu


Wow! Beli sayo percuma katak puru? Lazat kot hidangan tengahari mereka hari ini.

Friday, January 27, 2012

2012-Cerita 19-Sesi Fisioterapi

Rabu lepas bawak Naqib pergi buat sesi fisio kat Hospital Serdang. Bertolak dari rumah jam 6.50 pagi. 7.10 dah sampai. Parking pun masih banyak  kosong. So dapat park kereta betul-betul depan pintu masuk ke klinik harian.  Lintas longkang terus sampai. Syurga. Kalau tidak, lambat sikit merasalah jauh  nak menapak sebab kena parking jauh.

Appointment adalah pada pukul 8.30 pagi. Apa-apa hal perut kasi isi dulu. Semua pakat ambik menu sama. Kotiau goreng. Masa tu pulak kebetulan nurse baru buat pertukatan shif kot. Masing-masing pakat serbu kafe. Merasalah beratur panjang waktu nak membayar kat kaunter tu. Nasib baik abangla yang bertugas kat kaunter tu laju mengira. Buatnya teragak-agak mengira boleh pitam menunggu kot.

Masuk ke unit fisio jam 7.45 pagi. Daftar apa semua. Pukul 8.20 dah kena panggil. Masuk ke bilik bahagian fisio kanak-kanak.

Keadaan dalam bilik fisio kanak-kanak itu.

Apalah yang laki  mak buat kat tangga tu?
Naqib dengan muka cuak.

Mula-mula doktor tu periksa kaki Naqib. Suruh dia baring atas katil dan kemudian ajar cara fisio yang akan dibuat kepada Naqib di rumah. Kemudian Naqib disuruh naik basikal selama 20 minit.



Kemudian doktor tu perasan keadaan Naqib sebenarnya bukan disebabkan oleh otot yang pendek. Dia rasa sebab lain. Kemudian dia berbincang dengan seorang lagi doktor (dia sebenarnya pakar perunding dan Ketua Jabatan Rehabilitasi Hospital Serdang).

Doktor tu pun rasa sebab lain. Bukan sebab otot kat kaki tu aje. Mungkin melibatkan seluruh anggota badan. So, doktor tu tolong buatkan surat rujukan untuk merujuk Naqib ke bahagian paediatrik untuk pemeriksaan lebih lanjut. Cuak jugak bila dengar kata-kata doktor tu. Tapi mengikut kata doktor tak perlu risau apa-apa.

Tapi hati ni tetap risau. Sedih jugak memikirkan masa depan Naqib. Apa akan jadi pada dia pada masa depan dia? Apa harapan yang ada? Boleh sembuh ke tak? Macam-macam duk fikir. Selagi tak dapat jawapan pasti, selagi tulah tak senang hati. Dahlah anak ada seketul tu aje. Apa-apapun pasrah. Dugaan dan ujian Allah belaka. Kena bersedialah dari sekarang untuk segala kemungkinan.

Semoga Allah memudahkan segala perjalanan hidup kami. Amin.

Thursday, January 26, 2012

2012-Cerita 18-Jom Nyanyi Sama-sama

Memperkenalkan penyanyi asal kartun Doraemon.





Suara masih sama kan???

Tuesday, January 24, 2012

Sunday, January 22, 2012

2012-Cerita 16-Selamat

Selamat Tahun Baru untuk naga-naga semua.
Jom belasah kuih bakul dan tat nenas sampai boncit!!
Gong xi! Gong xi!



Saturday, January 21, 2012

2012-Cerita 15- Kerugian...

2 minggu lepas kot, beli cempedak 2 biji. Tapi cempedak ni kecik-kecik. Jadi isinya pun tak banyak. Tak puas makan. Ahad lepas suami saya beli lagi 2 biji kat pasar borong. Yang sadisnya bila dibukak/dikopek, seulas isi cempedak pun tak ada kat dalam tu.



Hampa bebeno la rasanya. Kedua-dua biji sama gayanya. Tak pernah lagi la jumpa kejadian macam ni. Arghhh...rugi...rugi..dahlah cempedak mahal.

Thursday, January 19, 2012

2012-Cerita 13-Sesat Di Kajang

*Pergi Kajang pon boleh sesat!???

Sabtu lepas suami saya ajak pergi Kajang sebab nak jumpa client dia. Kata suami lepas jmpa client dia nak bawak  makan sate di Kajang. Wah! Suke..suke. Saya pun dah lama dah tak jejak Kajang. Kali pertama dan terakhir sampai Kajang adalah pada tahn 1998. Gila lama. *Dulu tu pergi dengan skandal lama.

Selesai urusan, suami saya tanya pada client dia tu tempat untuk makan sate best kat Kajang.  Sebab kat Kajang tu kalau tak silap ada medan sate. Kononnya nak tanya sendiri pendduk tempatan Kajang. Mesti diorang lebih tahu kot. So takdelah nak google tempat tu.

Client ni pun bagilah map. Bersungguh-sungguh dia kata kat situ sate sedap. (Client ni OKU-pekak bisu). Kitorang pun ikut jelah map yang dia bagi. Sampai kat situ nampak ada satu bangunan (Bangunan Dato Nazir). La...sate Hj Samuri ke? Kitorang ni ingatkan medan sate yang ada gerai banyak-banyak jual sate tu. At least ada banyak pilihan. Sate Hj Samuri ni mana-mana boleh dapat. Tapi mngkin sebab dia(client) ni tak faham kot apa yang kitorang bagitahu dia. *Orang pekak bisu ni terhad sikit bahasa diorang sebab diorang lebih guna bahasa isyarat.


Bangunan Dato Nazir, jual sate Hj Samuri.


Nak tak nak, dah sampai pun. Terbantut sikitlah hasrat nak makan sate. Suami saya just beli bungkus dan bawak balik ntuk makan di rumah. Time nak balik tu pusing-pusing tersesat kat mana ntah. Pekan Kajang ni kan kebanyakan jalannya adalah jalan sehala. Dengan jemnya lagi. Tu yang macam pening sikit tu. Tak boleh nak balik ikut jalan pergi tadi.  2,3 kali pusing tempat yang sama je. Hahaha.

Mengharngi kesesakan di pekan Kajang.
Masa tengah sibuk-sibuk cari jalan pulang tu, kepelikan jugak ku tengok orang sekitar Kajang ni. Masing-masing sibuk duk usung batang tebu, daun pisang semua. Ada yang usung dengan motor, ada yang bawak dengan kereta. Terjulur-julur semua terkeluar. Mesti ada perayaan apa-apa ni. *Masa sampai ke rumah pon nampak jiran india gwe duk usng batang tebu gak. Search dalam internet, rpa-rupanya diorang tengah prepare untuk perayaan ponggal.

Nasib baik Naqib ni terang mata. Dia nampak ada signboard KLIA, ters dia jerit-jerit. "Ha! Ikut situ..situ!!



Alhamdulillah selamatlah sampai ke rumah.

Tuesday, January 17, 2012

2012-Cerita 11-Temujanji di Klinik ortopedik

Pagi semalam bawak Naqib untuk temujanji pertamanya di klinik ortopedik Hospital Serdang. Temujanjinya pukul 9 pagi tapi pukul 7.45 dah pon sampai. Mula-mula pergi isi perut dulu. Dari malam tu lagi dah bercadang nak bersarapan di kafe spital itu. Sampai di kafe terus cari laksam sedap yang saya selalu makan di situ waktu ayah dirawat dulu. Tak ada rupanya. Kuciwa jugaklah sebab tak dapat makan laksam. Cuma ambik mi goreng yang kemudiannya dikongsi bersama Naqib.

8.30 baru pergi daftar di klinik ortopedik. Proses pendaftaran tu ambik masa yang agak lama sebab kena ambik nombor dulu, kemdian tunggu giliran untuk buat pembayaran. Lepas tu baru diberi nombor untuk jumpa doktor. Alhamdulillah, kali ini tak lama. Doktor pon mula buat pemeriksaan. Dari pemeriksaan awal, doktor mendapati otot belakang kaki Naqib sedikit terpendek menyebabkan dia tak boleh berjalan macam biasa, terpaksa menjinjit. Kalau berjalan macam biasa, dia akan rasa sakit. Solusi setakat ini, doktor mengesyorkan supaya buat fisioterapi untuk memperpanjangkan otot tersebut. 25/1 ini adalah tarikh temujanji pertama untuk fisioterapi. 2 bulan lepas tu akan jumpa balik dengan doktor di klinik ortopedik untuk lihat perkembangan. Harap-harap sesi fisioterapi yang akan dijalaninya nanti memberi perkembangan yang positif.

Carta Organisasi Klinik Pakar Ortopedik


Suasana di klinik.
Temujanji selesai jam 10.30 pagi. Kemudian teringat pulak nak kena beli seluar sekolah Naqib pasal seluar yang beli haritu ada sikit kerosakan. Minggu sudah dah cuba cari di Giant dan Tesco. Tapi takde saiz. Terpaksalah menapak ke Mydin Mall USJ. Cari punya cari, nasib baiklah ada saiz. Dah bayar apa semua, perut pun dah berkeroncong. Terus menuju ke Rasa Village Food Court yang ada kat dalam Mydin Mall tu. Naqib order Hokkien Bee Hoon. Saya pulak order nasi ayam. Kemudian order laicikang dan ais cendol. Makanan biasa-biasa sahaja rasanya, tapi laicikang dengan ais cendol tu best giler. Penuh dengan isi. Macam ais cendol tu cendol dan kacang merahnya banyak sangat.  Dalam laicikang tu pulak ada longan kering, fungus, buah gingko, kurma merah, biji selasih, halwa kundur. Memang saratlah sampai tak mampu nak habiskan. Harganya cuma RM2.50. Murah tak?

Nasi ayam
Hokkien bee hoon
Gambar minuman adalah tiada. Pasal ada sorang pakcik yang duduk sebelah meja saya ni asik je duk perati  kitorang. Segan la jadinya nak main tembak-tembak. Tapi  berbaloi betul la beli ais cendol dan laicikang yang mewah dan sarat dengan isi itu.  Kat food court tu cuma ada satu tempat je yang jual minuman. Macam-macam minuman di jual di situ termasuk ais cendol dan laicikang itu. Kalau kebetulan korang kat situ, cubalah beli dan rasa sendiri.

Sekian.
.

Friday, January 13, 2012

2012-Cerita 10-TGIF

Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain”.
(Riwayat Muslim)


Bukan semua manusia dalam dunia ini yang suka bermegah-megah tapi tak ramai yang ikhlas dan merendah diri. Ramai yang suka dilayan seperti raja tetapi dia sendiri melayan manusia lain seperti sampah.



Thursday, January 12, 2012

2012-Cerita 9-Harris Ombak Tsunami



Hadoi!!!!Tiba-tiba je Harris ni muncul. Time on air tu lah ko buat-buat rajin ngemas meja ye...

Tapi Dino tu profesional betul. Kalau saya rasanya dah tak boleh nak teruskan dah. Bantai gelak guling-guling jatuh kerusi dah agaknya.

.

Wednesday, January 11, 2012

2012-Cerita 8-ماهر زين - الحرية





Gathered here with my family
My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn’t matter where you’re from
Or if you’re young, old, women or man
We’re here for the same reason; we want to take back our land
Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together





Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call hoho
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall hoho
We know you’re here with us
No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we’ve taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we’re almost there
Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together
Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call hoho
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall hoho
I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out loud demanding their right for freedom
This is it and we’re not backing of
Oh God we know you hear our call
And we’re calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call hoho
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall hoho
And we’re calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call hoho
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall hoho
We know you’re here with us

.

p/s: Masya Allah, Allah datangkan Maher Zain ni dengan suara sedap, muka comel, akhlak pon comel. Kacak di dalam, kacak di luar. Semoga para lelaki di dunia ni pon secomel akhlak Maher Zain. Rupa paras tak comel tak apa, boleh tutup lampu! Hahaha...



Fighting for freedom!
Fighting for justice!
Takbir!

Monday, January 9, 2012

2012-Cerita 7-Sakit Dan Rawat

Bangun pagi ini, tiba-tiba kepala tak boleh nak teleng. Salah tido ke apa? Tak tau lah. Sakit sangat-sangat. Bagi salam ketika solat Subuh tadi pon buleh pusing sikit je. Teringat dulu, masa tu zaman saya sekolah lagi. Bangun pagi tak boleh nak teleng. Ayah saya ambik bantal yang saya guna untuk tido, kemudian dia bantai belakang tengkok saya(guna bantal tu). Tak sangka lepas tu sakit tu hilang.

Tadi saya beritahu suami, katanya "nanti jemur bantal yang sayang guna buat tido tu".  "Kenapa?" Saya tanya. "Petua!" suami saya jawab ringkas sebab dia sibuk nak gi kerja so tak dan nak tanya dia banyak-banyak. Sekarang saya tertanya-tanya. Bagaimana bantal yang dijemur boleh menghilangkan sakit tengkuk takleh nak teleng saya ini? Ada sapa-sapa boleh jawab?
*******************


Petang semalam saya ke Pusat Rawatan Darusshifa' Shah Alam. Naqib sakit kaki. Urat dia tegang. Dah urut banyak kali dah. Ada kurang sikit je. Pergi x-ray pon dah. Takutlah problem dengan tulang ke apa. Tapi bila doktor tengok x-ray tu katanya normal. So rujuk ke pakar. 16 Januari ni baru temujanji dengan pakar.  Kitorang pergi Darusshifa' ni pon sebagai salah satu daripada ikhtiarnyalah. Ustaz kat situ bacakan ayat-ayat shifa' dan bagi air untuk minum dan sapu pada badan. Bila dia tahu Naqib nak UPSR tahun ni, dia siap buatkan sekali air penerang hati.

Pusat Rawatan tu baru lagi. Pusat rawatan ni agak tersorok. Di kawasan perumahan Shah Alam Seksyen 11. (Alamatnya: No.1, Jalan Silat Gayung 11/3, Seksyen 11, Shah Alam). Tapi kalau nak pergi berubat, pusat rawatan ni cuma dibuka pada hari Ahad sahaja. Hari lain tak bukak.

Pusat rawatan tu berdepan dengan papan tanda jalan ini.
Bukan rumah yang pagar putih ni ye!

Waktu rawatan

Saturday, January 7, 2012

2012-Cerita 6-Lawak Sabtu


Tu dia!!!! Kecoh satu rumah. Toaster hilang katanya...

Thursday, January 5, 2012

2012-Cerita 4-Homemade Dumpling



Hasil dari menonton Poh's Kitchen. Dumpling uols....
So gooooooooooooooooood!!!!

Wednesday, January 4, 2012

2012-Cerita 3-Back To School

Anak-anak sudah kembali ke sekolah hari ini(bagi yang berada di pantai barat Semenanjung). Ibu-ibu di rumah kembali kesunyian. Apa tidaknya, setelah sebulan setengah bercuti sekolah, ibu-ibu sudah mula lali dengan hiruk-pikuk menggelegak melayan kerenah anak-anak  tetapi hari ini ni mereka sudah kembali ke sekolah.

Pagi tadi sewaktu melihat Naqib menaiki van sekolah dan van sekolah berlalu, mata saya tidak lepas memandang ke arah van sehingga van hilang dari pandangan. Dan kesunyian muncul perlahan-lahan. Kalau tidak waktu itu dia masih di perbaringan. Atau buat-buat tidur apabila dikejutkan untuk bersolat. Dan saya akan tepuk-tepuk punggungnya jikalau dia culas untuk bangun bersolat. Kalau dia tak bangun jugak saya akan mula menjerit sambil cotcetcotcet membebel!

Tapi awal pagi tadi, seawal 5.20 pagi, jam loceng sudah berbunyi. Naqib bingkas bangun sendiri. Mandi dan memakai pakaian sekolah. Solat dan kemudian bersarapan. Gaya dah macam orang dewasa.  Sekarang bila tido dah mula pakai kain pelekat. Bila nampak perempuan seksi dalam tivi, matanya mula terbeliak. Semalam ayahnya, siap pesan "Kau nanti kalau nak cari awek, jangan cari yang gedik!" Dia tersengih-sengih. "Apalah ayah ni. Sapa yang nak cari awek?" Katanya. (Yang ayah pon apehal lah pesan kat anak macam gitu? Sedar ke tak yang anak anda baru 11 tahun? Jauh lagi perjalanan nak mencari awek!)

Sekejapan sahaja anak-anak ini membesar depan mata. Nanti sedar-sedar dah naik sekolah menengah. Sekejapan kemudian selesai universiti, berkeluarga dan tak lama kemudian kita bercucu. Indahnya hidup!

Itupun kalau sempat dinikmati selagi ajal belum menjemput!

Tuesday, January 3, 2012

2012-Cerita 2-Tarikh Istimewa



Situasi di atas adalah situasi biasa laki bini.  Mau tumpul otak laki mau mengingat tarikhnya. Habislah.....

Sunday, January 1, 2012

2012-Cerita 1-Ulangtahun Keputeraan Anakanda Beta

Dah 2012 ye hari ni. Kalo korang perasan, n3 2011 sudah tidak ada. Sudah dihapuskan tetapi masih lagi boleh dibaca di SINI. Membuka gelanggang 2012 dengan mengunjungi Pasar Datuk Keramat yang pernah menyimpan banyak kenangan sewaktu bergelar mahasiswi.

Suasananya masih seperti dulu. Gerai-gerai lama masih banyak yang setia di situ. Ada beberapa keping gambar diambil tapi belum berkesempatan untuk memasukkannya. Nanti-nantilah ya.

Hari ini hari lahir Naqib ke 11. Harapannya semoga dia dapat mengharungi cabaran tahun ini (UPSR) dengan jayanya. Insha Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.