Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Wednesday, February 29, 2012

2012-Cerita 41-Edisi Iklan

Ni nak promot bisnes kawan saya. Dia dah lama berjual-jualan tapi baru buat blog.
Macam-macam yang dijual (t-shirt muslimah, pinggan-mangkuk, cadar dan lain-lain..)
Saya sendiri dah beberapa kali beli t-shirt muslimah dengan Zah ni. Saya suka sebab kainnya sejuk dan tak ikut bentuk badan (longgar)[setengahnya kata jual baju muslimah tapi ketat gelemat. Entah celah mana muslimahnya!!??].

Antara t-shirt muslimah yang saya beli dari kedai online Zah.



T-shirt ni yang terbaru saya beli. Baru terima tengahari tadi.

Zah ni bagusnya sebab bila terima pesanan dari customer dia terus proceed. Once kita bayar dia terus hantar. Buktinya saya baru je buat pembayaran, dia terus hantar petang semalam, hari ni dah sampai.


Apa-apa hal, boleh jenguk blog dia di:

http://azizah-online.blogspot.com/

Monday, February 27, 2012

2012-Cerita 40-Mari Ke Tasik Shah Alam

Pagi semalam jalan-jalan ke Tasik Shah Alam. Ni kali kedua kitorang ke tasik ni. Kebosanan di rumahlah ni. Sangap semacam je, baiklah bawak berjalan-jalan di luar rumah.

Sebenarnya nak ngambik burung pucong tengah terbang. Sekali tak dan. 

Ramai orang duk berkelah kat sini. Ada tu siap bawak bekas termos nasik lemak tu, yang bawak karpet pon ada.
Berkelah sakan diorang ni. Lantas, datang idea nak ajak adik-adik ipar berkelah kat sini. Mari jugak idea ni kan?
Lepak kat sini sambil bersarapan sambil menikmati keindahan tasik.
Indah ke?

Ada orang berkayak.

Yang kat tengah tu dibuat macam pulau. Kat situ jadi tempat tinggal burung bangau, burung pucong, itik, angsa.

Hilang  tension!

Jom Cik Mila, Cik Ain kita berkelah kat sini...

Sunday, February 26, 2012

2012-Cerita 39-Errpppp...Alhamdulillah!!

Tom tom bak Tomyam Campo


Suap nasik.
Hirup kuah.
Tsk. Tsk.
Lap peluh.


Suap nasik.
Hirup kuah.
Tsk. Tsk.
Lap peluh.


Suap nasik.
Hirup kuah.
Tsk. Tsk.
Lap peluh.

Errpppp...Alhamdulillah!!

Friday, February 24, 2012

2012-Cerita 37-Sesi Fisioterapi

Pagi semalam bawak Naqib ke sesi fisioterapi. Diajar  5 rejim terapi. Kena buat kat rumah seberapa banyak yang boleh.

1. Latihan mengangkat kaki. Posisi berbaring. Sebelah kaki membengkok. Sebelah kaki lagi diangkat lurus ke atas. Kira hingga kiraan ke 5. Kaki diturunkan. Ganti dengan kaki yang sebelah lagi. Ulang sebanyak 10 set untuk setiap sesi.

2. Latihan mengangkat kaki. Posisi duduk di atas katil atau kerusi. Letak satu tuala/tali lebar pada tapak kaki. Tangan menarik hujung tuala sehingga sebelah kaki diangkat lurus. Kira hingga kiraan ke 5. Kaki diturunkan. Ganti dengan kaki yang sebelah lagi. Ulang sebanyak 10 set untuk setiap sesi.

3. Latihan mengangkat punggung/bahagian pinggang. Posisi berbaring. Kedua-dua kaki membengkok. Punggung diangkat dalam kiraan 2 sambil kaki menahan. Diulang sebanyak 10 set untuk setiap sesi.

4. Latihan menarik kaki ke dada. Posisi berbaring. Kaki lurus. Sebelah kaki dibengkokkan. Perlahan-lahan tangan memeluk kaki dan menarik ke dada. Kaki diluruskan semula. Ganti dengan kaki sebelah lagi. Juga diulang sebanyak 10 set setiap sesi.

5. Latihan mengayuh kaki (berbasikal) selama 15-20 minit.


Latihan no. 2.

Wednesday, February 22, 2012

2012-Cerita 36-Suka..

Pagi tadi time kejutkan Naqib untuk bersiap ke sekolah, boleh dia bagi macam-macam alasan tak nak pergi sekolah. Tapi saya malas nak ikut rentak dia pasal dah banyak kali dia tak sekolah. Time temujanji doktor, time pergi Johor. Ni esok ni cuti lagi untuk sesi fisioterapi. Dengan malas dia bangun mandi, bersiap, bersarapan. Muka selebet je. Tapi akhirnya ke sekolah jugak.

Tapi balik dari sekolah tadi, belum bukak pintu lagi dia dah duk laung-laung dari luar. Katanya dapat hadiah. Cikgu bagi pasal grup dia dapat nombor 2 dalam program maju diri, masa sesi gerak gempur UPSR kat sekolah tadi. Suka sangat dia dapat beg. Saya cakap, "Nasib baik  pergi sekolah pagi tadi. Kalau tak, takde dapatnya hadiah ni!". Dia sengih-sengih.

Ala beg yang dia dapat tu bukanlah beg mahal pon. Beg tu macam toiletries bag tapi besar sikit la. Boleh muatkan baju+seluar sukan/pj kat dalam tu. Kat depan ada cop sekolah. Tapi, mahal murah budak-budak ni semangat je bila dapat hadiah. Seolah-olah mendapat penghargaan gitu. Masuk rumah terus bukak uniform sekolah, mandi. Kalau tak sampai petang kadang-kadang duk pakai baju sekolah lagi. Punyalah happy dia kan? Haha..
.

2012-Cerita 35-Seronok Walaupun Pada Awalnya..........

Tak sangka dapat lagi jejak Johor. Last sampai Johor tahun 2001. Naqib baru 8 bulan kot. Masa tu hadiri kenduri Ummi Nor, makcik yang saya tumpang rumah dia masa gi Johor bawak Naqib berubat tempoh hari. Masa ayah ajak datang berubat kat Johor tu, saya tak banyak fikir, just ikut je cadangan ayah tu. Bungkus kain baju terus pergi Johor.

Sampai di Johor tinggal menumpang di rumah Ummi Nor. Makan minum semua kat rumah dia. Segan melampau masa kat rumah dia tu. Dahlah tu datang dengan tangan kosong. tak sempat nak prepare apa-apa sebagai buah tangan. Datang bodoh-bodoh je. Sebab dalam kepala otak ingat nak ubatkan naqib je. Yang ummi ni pulak asyiklah melayan kitorang dengan masak macam-macam. Sekejap-sekejap makan je kerjanya.  Yang anak dia pulak kejenya menghantar mengambik kitorang kat pusat rawatan tu. Ikut hati nak naik teksi je tapi ummi beria-ia tak bagi naik teksi. Satu keje jugaklah anaknya jadi supir kitorang. 

Ummi Nor yang belah kanan. Yang belah kiri tu Mak Ani.
Kalo Ummi tahu aku ambik gambo dia ni mesti dia marah. Kakaka...
Punyalah family diorang ni prihatin dengan Naqib, pagi-pagi sebelum kitorang pergi ke tempat singseh tu diorang akan call dulu beritahu kitorang nak datang. Kawtim siap-siap dengan si Calvin anak uncle singseh tu. So pergi sana tak payah ambik nombor, terus dirawat. Istimewa ok....

Kebetulan pulak Ummi baru beli katil urut, dia duk paksa kitorang anak-beranak cuba berurut kat atas katil tu. Best jugak. Saya sempat baring 2 kali kat atas katil tu. Sampai tertido waktu badan diurut.

Naqib pun berurut kat atas katil ni. katil ni menggunakan lampu infra merah. Fungsinya membetulkan tulang dan membetulkan perjalanan darah. Sepanjang duk kat atas katil tu, ada bebola urut yang akan berjalan di bawah badan kita dan akan berhenti beberapa bahagian badan selama 2 minit. Lepas sesi mengurut ni memang rasa ringan je badan. peluh tak payah cakaplah. melimpah-limpah keluar.
*masa ni mesin tu tengah berenti kat bawah pinggang Naqib. Nampak tak badan naqib macam ternaik sikit?

Hari ke 3 tu, ummi tanya, "Ti, awak makan daging kambing?" Saya jawab "Makan. Nape ummi?"
"Kalau makan, esok kita bikin nasik beriani untuk awak!" Kata Ummi. Owh!!! Terharunya. 


Sedap ya amat nasik beriani ni. Tak muak. Rasa ringan je. Katanya beras basmathi yang digunakan tak de di Malaysia. Kena beli di Singapura. Teringat-ingat pulak sekarang. Tengok ummi masak sempoi je.  Naqib tambah nasik sampai 3 pinggan ye. Melampau kan??

Jangan tak percaya duduk rumah Ummi Nor selama 4 hari dilayan bak raja. Naqiblah seronok. Macam-macam hadiah dia dapat dari anak-anak Ummi Nor. Guwe pun tak ketinggalan dapat hadiah. hehe.. Segannya guwe.

Teka apa isi dalamnya?

Ni lak hadiah Naqib. Memang kena dengan selera dia. So suka la dia.

Aduhai...entah macam mana nak balas layanan diorang ni!

Tuesday, February 21, 2012

2012-Cerita 34-Advance Finger Press Therapy

Ini masa 1st day bawak Naqib ke sesi rawatan bersama singseh tu.
Yang merawat naqib ni bapaknya.
Yang belah kiri pakai baju kotak-kotak tu anak nya Calvin(hensem..;P)
Diorang 2 beranak je buat keje (merawat). 

Tengah 'urut' Naqib.

Singseh ni dia merawat dengan cara 'finger press therapy'. Caranya ialah dengan menekan point-point tertentu  menggunakan jari. Setiap sesi ambil masa yang sekejap sahaja tetapi perlu diulang hingga 4 hari. Kemudian baru diberi makan ubat akar kayu(yang telah diberi kelulusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia).

Pesakit yang datang ke situ ramai betul.  Termasuk orang tempatan dan orang Singapura. Kalau nak datang, kena datang awal-awal. Dan kena ambik nombor. Ni saya bagi bisnes kadnya. Kalau rasa nak cuba rawatan uncle singseh ni bolehlah try pergi.


Mapnya. Blur la pulok. Kemalasan nak pegi scan. Macam tak ikhlas je nak bagi kan? Kikiki..
Sila rajin-rajin google sendiri. Landmarknya: Dekat-dekat dengan pasar Larkin.


Sejak dirawat dan diberi makan ubat akar kayu tu kan, Naqib boleh tahan cergas. Dia sendiri perasan. Dia rasa kuat! Lepas tu asyik nak makan je kejenya. Nasib baiklah nak jugak dia makan ubat kapsul  yang besar bagak tu. Dia makan takde takwil-takwil lagi. Nak  sihat punya pasal! Kesian Naqib.

Buat masa ni, tak tahulah sejauh mana berkesannya rawatan yang dah dibuat ni. namun, adalah nampak sikit perubahan pada Naqib. Bulan depan nak bawak lagi Naqib ke situ.

.

Monday, February 20, 2012

2012-Cerita 33-Galak


Sila layan bunga dulu ya. Tak sempat nak bercerita lagi.

Bunga kertas yang sekian lama ditunggu pengeluaran bunganya. Punyalah lama menunggu. Tak berbunga-bunga jugak. Baru-baru ini  letak baja penggalak. Barulah galak nak berbunga.

Sunday, February 19, 2012

2012-Cerita 32-Dah Nak Balik. Yeay!!

Pagi ni last day sesi rawatan. Mau balik sudah. Tiket dah beli semalam. Bertolak pukul 2.15 petang dari Larkin Sentral dan dijangka tiba di Putrajaya Sentral jam 6.45 petang nanti.

Semoga perjalanan hari ini lancar.Insyaallah.

Saturday, February 18, 2012

2012-Cerita 31- Kembara JB

Ok. Sumpah bosan. Time bawak Naqib untuk rawatan adalah di sebelah pagi. Jadi lepas 10 pagi adalah kebosanan tak ada aktiviti. Naqib oklah boleh tengok tivi, baca komik. Yang emaknya ni sangap tak tau nak buat apa Habis-habis tolong makcik masak. Tu je la.

Nak pergi mana-mana pun susah. Duklah mengharap anak makcik hantar ke sana ke mari. Orang tu pun ada kerja nak buat maka terdampar jelah di rumah. Naqib pun ada masa kebosanan juga. Ditawafnya rumah baba Nor tu buat mengisi masa lapang.

Segan betul dengan makcik. Duduk kat rumah dia 4 hari. Menyusahkan dia betul. Nipun uat tebal muka je ni. Ikut hati mau je cabut! Tapi ingat Naqib kutahan je hati.

Cepatlah esok. Nak balik!!

Wednesday, February 15, 2012

2012-Cerita 30-Saya Ok!

Alhamdulillah. Saya dah ok sikit hari ni. Tak adalah rasa nak nangis ke apa. Tak adalah rasa teringat-ingat kat Naqib sangat. Dia pun ke sekolah macam biasa. Cuma semalam dah berjumpa dengan guru kelas dia. Terangkan apa yang dia lalui sekarang. Alhamdulillah. Sejak awal-awal lagi guru-guru di sekolah memberikan kerjasama yang sangat baik bagi membantu Naqib. Terima kasih yang tak terhingga buat guru-guru yang banyak memberi motivasi kepada kami.

Gitu juga dengan keluarga, sedara-mara, kawan-kawan yang banyak hantar mesej kata-kata semangat kepada kami. Itulah yang saya benar-benar perlukan sekarang!

Insyaallah ayah mak saya sampai petang ni dari Johor. Diorang di Johor berubat makcik dan mak saya. Biasalah kan orang tua sakit itu, sakit ini. Kebetulan berubat tu ayah saya ada bertanya pada singseh tu sama ada boleh tak dia ubatkan Naqib sekali? Ayah adalah cerita lebih kurang pada singseh tu dan dia kata dia boleh tolong usahakan. Maka, esok kitorang akan ke Johor 4,5 hari untuk berubat.

.

Tuesday, February 14, 2012

2012-Cerita 29-Saya Perlu Tabah

Bad news!

Semalam adalah hari temujanji Naqib dan doktor paediatrik. Dan kami mendapat berita buruk. Dari pemeriksaan, Naqib menghidap Muscular Dystrophy. Di mana otot-otot dia dari hari ke hari mengalami kemerosotan. Maknanya ototnya akan menjadi semakin lemah. Dan akhirnya......

Muscular Dystrophy adalah penyakit genetik. Tiada ubat setakat ini. Dan kami pada mulanya tertanya-tanya dari mana datangnya kerana kedua-duanya baik suami mahupun saya tak punya sejarah keluarga yang berpenyakit sebegini. Aah! lantaklah dari mana ia datang pun, bukanlah halnya lagi untuk saya memikirkan terlalu dalam akan persoalan siapa pembawanya. Sebelum ini saya ada membaca sedikit sebanyak tentang penyakit ini tapi tak menyangka ia benar-benar menjadi igauan buruk bagi saya sekarang. Tiada siapa menduga keadaannya menjadi sesulit ini. Allahuakbar.

*Sekarang ini darah telah diambil untuk dibuat pengesahan berkenaan penyakitnya. Bulan depan kami akan mula bertemu dengan pakar neuro dan pakar  jantung.

Jangan ditanya bagaimana kami menerima berita buruk ini. Pandangan seolah-olah gelap seketika. Suami saya bangun meninggalkan kami (saya dan Naqib) di dalam bilik doktor sebaik sahaja doktor memberikan perkhabaran buruk itu. Entah ke mana dia pergi menenangkan diri sedang saya berperang dalam diri cuba bersikap cool. Seboleh mungkin tak mahu menunjukkan kesedihan pada Naqib.

Jangka hayatnya mungkin tak lama, itu kata doktor. Ya. Itu kata doktor, tapi Allah yang menentukan segala-galanya. Jika Allah berkehendak dia baik, dan sihat seperti manusia normal kita tidak tahu. Tapi sebagai ibubapa, tipulah kalau tak rasa sedih dengan perkhabaran buruk begini. Memang sebak sehingga satu ketika saya tak mampu melihat ke wajah Naqib yang tenang, comel itu.

Sebaik sahaja selesai dengan sesi kaunseling bersama doktor, kami beredar pulang. Sepanjang di dalam kereta suami saya tak mampu menahan air matanya. Dan Naqib seperti biasa, tak berhenti bercakap dalam kereta. Dia akan selalu bertanya apa yang dia lihat di sepanjang perjalanan di dalam kereta. Dia yang akan menghafal jalan-jalan dan menjadi guider kepada ayah.  Melihatkan itu saya jadi sebak. Sepanjang hari saya menangis. Saya jadi teringat saat-saat saya memarahinya, membebelinya. Ya Allah! Serasa berdosa benar saya.

Bagaimana harus saya hadapi hari-hari mendatang? Saya tahu saya perlu tabah. Tapi buat masa ini saya masih lagi berharap ia hanyalah satu mimpi buruk. Tapi akhirnya saya perlu juga menerima kenyataan ini. Kedua-dua belah keluiarga sudah diberitahu akan keadaan Naqib.  Semuanya diberitahu oleh suami kerana hingga ke saat ini, saya belum mampu  untuk menuturkannya sendiri pada keluarga terutama emak saya. Saya tahu dialah orang yang paling sedih apabila mendapat berita ini.

Saranan dan cadangan telah dilontarkan oleh kedua-dua belah pihak keluarga. Kami akan cuba untuk berusaha merawat Naqib secara tradisional di samping sesi fisioterapi yang dianjurkan oleh pihak hospital. Buat masa ini biarlah dia bahagia dengan dunianya sementara dia masih boleh ke sana ke mari. Saya tahu semangatnya kuat! Kami akan cuba memberikan apa yang terbaik dan sepenuh kasih sayang padanya.  Kami akan menjaganya sebaik mungkin. Itu sahja yang mampu kami lakukan. Doa saya masih sama seperti hari-hari yang  lalu iaitu dengan harapan Allah menyembuhkan penyakitnya. Semoga Allah menghadirkan keajaiban-Nya. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Penyembuh!
Semoga Allah memberi ketenangan dan kekuatan untuk kami menjalani hidup ini dengan sebaik mungkin demi Naqib.

Doakan saya dan suami tabah dan sihat selalu demi Naqib ya!


p/s: Saya dan suami masih lagi dalam proses menenangkan diri. Diharap pihak keluarga dan rakan-rakan dapat memahami keadaan kami. Buat masa ini saya hanya mampu menerima sms/email/mesej sahaja. Saya tahu anda sangat prihatin tapi fahamilah kami. Doakan kami. Terima kasih di atas segalanya.

.

Thursday, February 9, 2012

2012-Cerita 27-BLM

Ada satu hari tu, dalam kereta on the way nak pergi rumah pakcik di Putrajaya. Kebetulan jumpa banyak kereta Proton Saga di sepanjang perjalanan itu. Proton saga ni kan ada jenisnya. Ada yang Saga BLM ada yang FL. Mushkil jugak di atas batu jemala patik ini mikirkan apekah kejadahnya BLM, apa kejadahnya FL tu.

Maka bertanyalah patik pacar yang hina ini dengan serius kepada  si suami yang sedang memandu.

"Kanda kanda, apakah kejadahnya BLM itu?"
Suami patik memandang patik sekilas lalu seraya berkata, "BLM tu maksudnya, BILA LAJU MELAMBUNG!"

"What???? Orang betul-betul, dia main-main pulak!" Patik terus tarik muka masam.

Maka pecahlah ketawa si suami patik itu melihat muka patik yang kebengangan dipermainkan dengan lawaknya yang tak berapa nak lawak itu.

Kemudian baharulah diterangkan maksud sebenar. BLM adalah base line model. Dan FL itu pula maksudnya face lift model. Ooooo..tak sangka kereta pun ada face lift ye? Ingatkan manusia je yang ada buat face lift. Hohoho..*maaf saya bukan manusia yang suka sangat ambik tahu pasal kereta jadi tak tahu sangat istilah-istilah atau terma yang digunakan dalam pembuatan kereta.

Apa-apapun, saya rasa design proton saga ini nampak mantap. Cuma kalau boleh, nak bagi lagi cantik, bumbung tu kasi potong dalam 2 inci kot. *suka hati aku je kan?

Model yang sekarang ni nampak macam bumbungnya tinggi dan badannya kecik. Macam tak balance gitu. Tak taulah kan kot mata saya je yang nampak gitu.

Wednesday, February 8, 2012

2012-Cerita 26-Panas

Cuti-cuti 1Malaysia nan lalu adalah dirasakan seperti kesibukkan melampau. Macam keje di pejabat. Keluar pagi, balik dah petang rembang nak masuk Maghrib. Tu yang buat asal malam je tido awal. Pukul 8 pun dah rasa ngantuk sangat-sangat.

Pagi ni pulak pergi Banting. Sekerat hari di sana kerana menguruskan beberapa perkara di Jabatan Kebajikan Masyarakat cawangan Kuala Langat. Hari ni pulak, Masyaallah, panasnya. Duduk kat dalam kereta pun rasa macam terbakar. Saya pulak adalah spesis manusia yang tak tahan dengan panas, mulalah menggelupur, loya, pening.

Dahlah tu on the way balik, dengan laparnya, dahaganya, dengan terpaksa redah kesesakan dengan lori-lori besar bersimpang-siurnya. Memang bad mood la. Pastu kat highway Kesas tiba-tiba kereta depan saya (kitorang di lane paling kanan) dengan drastiknya menukar lorong ke lorong tengah. Terkejut weh. Ingatkan apa hal. Rupa-rupanya pak polisi tengah menembak. Tak tahulah kereta saya kena tembak ke tak pasal masa tu kereta dibawa dengan laju juga. Huhuhu....*harus terbang RM300.

Dah tu pergi pos opis. Nak pos barang. Orang punyalah ramai. Sampai melimpah-limpah keluar. Yang menyakitkan hati, cuma 2 kaunter dibukak. Satu kaunter pelbagai, satu kaunter pengeposan. Dan yang menambahkan lagi kesakitan hati ini, hanya seorang sahaja yang bertugas! Amukan aku! Dah beratur panjang-panjang guwe terus keluar barisan. Panas hati. Terus pergi kaunter kurier kat area rumah je. Kurier cap kangaroo. *saya tak berapa percaya dengan servis kurier selain pos laju pasal ada kes saya hantar barang, barang tak sampai. Barang dihantar balik pada saya. Alasannya tak jumpa rumah seperti yang tertera pada alamat pengeposan. Kalau pos laju ni konfem mana ceruk pun diorang cover kan? Takde masalah nak cari rumah. Harap-harap barang yang dipos sampai dengan selamat ke tangan penerima ya kangaroo.

Siap berurusan dengan servis kurier tu, singgah kedai untuk makan tengahari. Kebulur tu takdelah. Tapi dahaga sampai nak menelan tu rasa macam ada benda tersekat kat kerongkong. Kekeringan. Milo ais sampai je terus guwe srot-srot tak ingat dunia. Syurganya rasa.....Tapi lepas tu kepalaku berdenyut-denyut. Kesan pertembungan panas-sejuk yang mendadak.

Sampai rumah, cabut tudung, terus guwe melingkup sedas. Dah dapat melingkup tu, bila terjaga barulah rasa lega. Tiada lagi amukan.
*melingkup=tido

Sekian cerita saya pada hari ini. Terima kasih.

Saturday, February 4, 2012

2012-Cerita 25-Melepas...


Rentetan dari Cerita 22 hari tu, nak ceritalah satu kisah yang benar-benar berlaku lama dulu.  7,8 tahun lepas kot. Naqib kecik lagi. Masa tu masih tinggal di kejiranan lama. Satu hari tu pergi pasar malam. Tengah-tengah syok JJCM (jalan-jalan cari makan), ada lah pulak salah sorang dari sekumpulan budak-budak muda kat depan kitorang ni yang kentut. Takde bunyi tapi baunya.......*tak reti nak describe macam mana.

Diorang pun bising-bising tuduh antara satu sama lain. Kitorang yang kat belakang ni dah siap-siap tutup hidung.  Last-last adalah yang mengaku. Katanya, "Apahal korang pelik sangat dengan orang kentut. Korang pon kentut apa. Bukan tak kentut!". Pastu kawan dia jawab. "Memang. Tapi bau kentut ko tu kalo kerbau terhidu pon boleh bawak mati on the spot!" Then kawan-kawannya yang lain gelak sakan. *dialog diorang lebih kurang macam gitulah. Tak ingat sangat dah.

Yang Naqib ni bila dia dengar budak-budak ni gelak, dia boleh nangis ketakutan. Tahulahkan budak-budak muda ni kan. Pesen gelak jahat macam mana. Bila dengar Naqib nangis, kawan dia toleh ke belakang tengok Naqib, kemudian dia cakap, "sampai menangis adik ni....". Diorang sambung gelak lagi.

Budak yang kentut tu tak tahan agaknya kena buli, terus jalan laju-laju tinggalkan kawan-kawannya. Merajuklah kot kena bahan dengan kawan-kawan dia. Dahlah kena buli, malu pun dapat.

Tulah, nak kentut tu biar beradab sikit. Jangan nak main lepas je.

Thursday, February 2, 2012

2012-Cerita 24-Cikgu Bidan Terjun

Guwe sekarang dah jadi cikgu. Cikgu tuisyen untuk Naqib. Kalau dulu bila musim Naqib  periksa baru hegeh-hegeh nak ngajor. Tapi sekarang tiap-tiap malam. So sekarang, tiap-tiap hari kena prepare subjek apa untuk diajar malam-malam. Terpaksa guwe buat ulangkaji balik. Maklumlah dah lama tinggal sekolah. Buleh tahan mencabar jugak silibus budak-budak ni ye. Sains diorang setengahnya macam silibus zaman kita SRP dulu. Tak apalah. Anak punya pasal.

Whiteboard sekangkang kera iols...


Mesti orang tanya, kenapa tak hantar ke kelas tuisyen je. Mesti lagi berkesan pasal yang mengajarnya memang cikgu betul kan? Memanglah kalau boleh nak ngantor ke kelas tuisyen tapi sekarang ni keadaan kurang mengizinkan. Kesian dengan Naqib sebab dia selalu merungut penat. Yelah, sekarang ni dia kena buat eksesais untuk kaki dia tu. Petang-petang lepas balik sekolah dia akan naik basikal eksesais selama 20 minit untuk satu sesi. Kena buat banyak sesi. Untuk kuatkan otot dia. Tu yang dia cepat penat sekarang.

Kayuh Naqib kayuh!
*sila abaikan baju-baju atas tangga tu ye. 


Dah tu, sejak akhir-akhir ni dia jadi kurang fokus. Doktor kata tu memang salah satu daripada simptom penyakit dia tu lah. Disebabkan oleh faktor-faktor yang disebutkan tadi, kitorang laki bini fikir tak payahlah ngantar tuisyen sebab takut dia tak boleh nak catch up. Cikgu tuisyen pun bukan boleh bagi sepenuh tumpuan pada dia. Ramai lagi budak-budak lain kan? Pernahlah jugak cari cikgu tuisyen persendirian yang boleh datang ke rumah, tapi feenya adalah  mahal. Macam tak berbaloi pulak.

Last resort, kitorang pakat ngajor sendiri la. Daripada tak dapat ilmu langsung, dapat sikit-sikit pun jadilah. Senang nak fokuskan kat subjek mana yang dia kurang faham. At least masa adalah fleksibel. Kalo dia rasa penat sangat so boleh take a break, ataupun boleh anjak masa. Kalau ngantor tuisyen buleh ke buat gitu?

Apa-apapun, sentiasa mengharapkan yang terbaik, dan bersedia dengan segala kemungkinan. Kalau dari range 1 sampai 10, dia buleh buat sampai 5 je, takpelah. Tak nak paksa-paksa. Kalau paksa pon, dia tak buleh, tak guna juga. Fokusnya adalah untuk pastikan dia ada bekalan  ilmu asas dan boleh berdikari di masa depan dan yang penting jadi MANUSIA!

p/s: kata doktor, jnagan paksa anak untuk jadi seperti yang kita harapkan. Kalau anak tak cemerlang dalam pelajaran, bina satu laluan untuk dia cemerlang dalam apa yang dia minati. Contohnya kalau dia minat nak masak, boleh masukkan dia ke akademi memasak, kalau dia minat bola, hantar dia ke akademi bola. Insyaallah masa depannya terjamin.  Sesetengah ibubapa terlalu berharap anak untuk jadi doktor, jurutera sedangkan itu bukan minat sebenar anak-anak. Jangan sampai anak memberontak dan beranggapan hidup ini adalah menyusahkan(life's sucks!).
.

Wednesday, February 1, 2012

2012-Cerita 23-Aduan Rakyat

Ada satu hari tu beli biskut di kedai runcit kat area rumah. Biskut ada buah-buahan. So, balik rumah bukak, nak makan. Sekali tengok biskut tu dah berkulat. Padahal tempoh tamat lambat lagi. Lagi setahun kot.

Mula-mula fikir entah-entah kedai tu tak simpan biskut tu elok-elok. Kot disimpan di tempat lembap. Tapi bila dibelek-belek pada bungkusan tu takde pulak koyak atau berlubang.

Suami saya suruh buat aduan ke syarikat pengeluar biskut tu. Tapi saya fikir malaslah nak panjang-panjangkan cerita. Benda pon murah je, bukan sampai puluh ratus ringgit. Tapi suami saya cakap "Tak kesian ke dengan orang lain kalau terkena macam ni jugak? Kita bukan nak condemn diorang(pengeluar). Just untuk maklumkan diorang je supaya diorang alert dengan benda ni".

Aah. Betul jugak kan?Tulah bahananya berfikiran separuh-separuh. Bukan apa. Taknaklah orang cop kita ni jenis cerewet sampai biskut yang harga rm4.90 tu pun nak kecoh-kecoh. Kemudian, terus ambik gambar biskut tu 3,4 keping dan bagi butir-butir yang sepatutnya. Dan emailkan ke pengeluar. Esoknya terus dapat balasan. So, pihak diorang berjanji nak siasatlah permasalahan tu dan nak gantikan balik biskut yang tak sempat guwe jamah tu. Tapi kutolak. Takpelah. Guwe nak maklumkan je pon, bukan niat nak mintak ganti balik pon. Rasa macam tak berbaloi kot. Lainlah kalau biskut tu biskut Famous Amos ke. Nak jugak kumintak ganti. Kakakaka....

Agak-agak diorang siasat tak? Harap-harap diorang siasatlah ye. Takut nanti lari pulak kastemer diorang kalau asyik terkena macam ni.

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.