Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Friday, March 30, 2012

2012-Cerita 57-Mari Mengumpul Lemak

Minggu lepas gelenyar buat cheese tart. Padahal dah tahu memang tak berapa gemor desserts yang ada cheese. Kalo cheese dalam pasta ke pizza ke takpe.



Lepas dah siap dapat 45 bijik. Makan satu. Boleh tahan  sedap jugak rasanya. Masuk tat yang ke 3 rasa muaklah pulak.

Tengok Naqib makan sedap je. Pas satu, satu masuk mulut. Terus cakap dalam hati. "Nasib baik gak aku tak suka. Kalau tak makin bertambah lemak di badan!"

Sedo diri pon. Badan dah macam gobok lauk dah.

Published with Blogger-droid v2.0.4


2012-Cerita 56-Mandi Berjemaah


Ada yang belum mandi?
Meh la join diorang mandi berjemaah.
Tapi sila bawak besen sendiri ya!

Thursday, March 29, 2012

2012-Cerita 55-......Sudah Menjadi Bubur

Minggu lepas beli jagung mentah dan ubi keledek(orang Terengganu panggil ubi stela). Jagung isinya cantik tersusun. Takde rongak-rongak. Ubinya pulak yang warna purple tu. Kurus ramping je ubi tu. Ukur lilitnya besar-besar ubi jari je. Buatkan bubur. Campo sekali dua-dua bahan ni.


Jagung tu suami yang siang. Eh siang ke apa ek orang panggil? Kutil isinya tu la. Dia rajin kutil sebutir-sebutir.    Dipotong 2 jagung tu.  Rodok kat hujungnya dengan gunting. Terkopak 4. Baru dia kutil. Senang je rupanya. Kalo ikut saya, asal nak cepat nak senang je, saya tarah dengan pisau je. Tak rajin nak kutil sebutir-sebutir.

After. Saja guna efek 60's. Nampak cool je...
Siap masak, masing-masing dah tadah mangkuk. 2 beranak itu makan macam tak ingat dunia. 2 beranak tu memang hantu bubur jagung. Tambah lagi lama dah tak buat. Comel je warna bubur tu. Purple. Warna ubi tu turun. Dah macam ubi keladi. Rasa ubi tu memang sedap la. Ada rasa manisnya. Tak macam ubi stela yang warna kuning bata tu. Yang tu tawar....

Ubi tu kalau digoreng celup tepung mesti sedap kan? Mau beli lagi la.

Monday, March 26, 2012

2012-Cerita 54-Sekitar Sesi Fisioterapi

Posisi mengiring. Sebelah kaki bengkok, sebelah kaki angkat dengan kiraan 5.

Kempiskan perut kemudian lepas dalam kiraan 5.

Posisi meniarap, sebelah kaki diangkat lurus dalam kiraan 5. 

Aktiviti paling digemari, main bola. Kene lempar bola masuk bakul net.
*"Lutut kasi kendur"-Jurulatih tak bertauliah tengah tunjuk cara lempar bola dengan betul.*



Latihan naik tangga, turun tangga.

Kayuh basikal. Dalam percubaan lawan kayuh dengan pakcik sebelah.

Penat sudah. Pelan-pelan kayuh.

"Bila nak berenti ni?"

Friday, March 23, 2012

2012-Cerita 52-Ala Tomei Tomei...

Nayla Amna-anak sepupu.
*Anak kepada Niha*
Umur baru nak masuk 50 hari

Wednesday, March 21, 2012

2012-Cerita 51-Santai Ahad

Ini cerita hujung minggu yang lepas. Jalan-jalan santai tengok belon udara panas bertempat di perkarangan Monumen Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya.

Kitorang sampai sana pukul 7.30 pagi. Tapi masa tu dah penuh orang. Nasib baik dapat tempat parkir yang dekat. Rezeki kitorang kot.

Masa mula-mula sampai.

Iwi The Kiwi.
*Gambo ni kecik. Kasi crop terus jadi gini.

Kat depan sana tu ramai bebeno orang. Malas nak bersesak, so duduk belakang je.



Belon panas Air Asia.

Felix The Cat.

Isteri:"Bang, bangunan apa yang ada batang mencacak mencokeng macam roket tu?"
Suami:"La..itulah bangunan Monumen Alaf Baru..."
Isteri: "Ooooooooooooooooooooooooooo..."

Sesi bergambar dengan badut..


Orang ada belon dia pon nak belon. 

Best kan kalo dapat naik.

Tapi sayang. Tiket dah sold out awal-awal pagi lagi. 

Aktiviti para-gliding. Macam best je diorang terbang bebas kat atas tu.

Kat tapak jualan. Laku gerai ni pasal ada abam Awan Nano kat situ. 
Ini belon yang dikhaskan untuk orang awam naik. Melepas nak naik ni.

Nak naik heli tapi tak kesampaian jugak. Macam-macam alasan laki mak bagi. Padahal mak rasa laki mak gayat kot.

Heli tu bawak pusing bangunan-bangunan kat situ je. Sekali pusing je kot.

Tempat mengambil dan menurunkan penumpang heli.

Seronok. Kalau dapat naik belon tu lagi seronok. Tunggu tahun depan pulak. Mana tahu ada rezeki kan? kan???

Tuesday, March 20, 2012

2012-Cerita 50-Alhamdulillah.....

Semalam bawak Naqib ke spital untuk check up. Kali ini nak check jantung. Debar-debar jugak dari malam. Dalam hati tak putus-putus berdoa semoga segalanya baik-baik sahaja. Dan Alhamdulillah. Kata doktor jantungnya masih normal, tiada keganjilan. Syukur. Temujanji untuk pemeriksaan jantung akan datang adalah pada tahun hadapan(25/3/2013). Ya. Setahun dari sekarang.

Dalam bilik doktor. Tengah tunggu giliran untuk guna ultrasound machine.

Boleh tahan lama juga tunggu nombor dipanggil. 2 jam. Datang pukul 9 sebab dalam buku temujanji suruh datang pukul 10. Tapi kena daftar dulu kat bahagian pendaftaran kat luar tu. Sejam kat situ. Pukul 10 lebih baru ke klinik pediatrik dan diberi nombor giliran. Pukul 12 lebih baru nombor dipanggil. Lama bebeno.  Huhu. Kemudian kena tunggu sekejap dalam bilik doktor sebab mesin ada satu je. Ada another patient tengah guna. Sampai giliran Naqib dah 12.30. Lama gak doktor periksa.  Pukul 1 tengahari baru siap.

Kemudian pergi lunch. Lepas lunch pergi ke bahagian Oftalmologi pulok. Cek mata dia. Dari pemeriksaan awal, mata ok. Tak rabun tapi silau tinggi. Kena datang lagi bulan depan. Lepas tu baru boleh buat spek. Adoi...leceh la kan pakai spek ni. Takut hilang je time kat sekolah. Harap-harap pandailah dia jaga rete dia tu nanti.

Thursday, March 15, 2012

2012-Cerita 49-Terima Kasih

Saya nak ucapkan terima kasih kepada keluarga, kawan-kawan yang banyak memberi semangat kepada saya ketika mendapat berita tidak gembira tempoh hari. Facebook, emel saya tiba-tiba jadi meriah dengan  ucapan-ucapan dan kata-kata semangat dari kawan-kawan semua.  

Ada antaranya yang tidak saya kenali tapi sudi meluangkan waktu menulis emel kepada saya dengan memberikan ucapan yang sangat positif macam dah kenal lama. Terharu rasanya.

Saya mintak maaf kalau ada yang tak berbalas. Tak tahu nak ucap macam mana. Terima kasih saja rasa macam tak cukup. 


Tuesday, March 13, 2012

2012-Cerita 48-Seefood

Korang-korang dah bawak ke anak-anak korang tengok Seefood?

Ahad lepas bawak Naqib menonton Seefood. Sekian lama dia duk haruk nak tengok sangat. Sejak-sejak keluar gazette dalam tivi. Kitorang menonton berempat. Saya, suami, Naqib dan adik ipar saya, cik Ain.

Jalan cerita bolehlah. Simple sangat ceritanya. Tapi animasi dia cantiklah. Kira berjaya jugaklah orang Malaysia ni dalam bidang animasi ya. Kisahnya tentang seekor ikan anak ikan yu (tapi tengok macam ikan belacak(tembakul)je) ni nak selamatkan telur-telur ikan yang dah diambil oleh nelayan untuk dijual kepada restoran makanan laut. Dari situlah bermula pengembaraannya naik ke darat untuk ambik balik telur dia tu. Tapi adalah adegan-adegan lain yang mencuit hati di dalamnya. Contohnya tentang ikan jerung yang teringin nak makan ayam dan sebagainya.



Rasanya lagi best tengok muvi animasi ni dari tengok muvi kisah-kisah mat rempit yang tak berkesudahan itu.

p/s:Cuma yang agak mengganggu ialah penonton yang datang menonton tu lah. Memanglah cerita ni sesuai untuk kanak-kanak tapi anak-anak kecik yang umur baru setahun 2 tu  tolonglah jangan dibawak ke panggung wayang. Gangguan ye bila tengah sedap-sedap menonton, tiba-tiba ada budak memekak. Menjerit-jerit tak tentu pasal. Ada pulak yang gaduh pasal berebut popcorn dan air. Yang budak belakang kitorang ni pulak main campak-campak popcorn. Tak ke sakit hati.

Saturday, March 10, 2012

2012-Cerita 47- Mari Kita Tengok Siapa Yang Kena!

Kepada sesiapa yang berkenaan, ini ada satu pengumuman. 14 Mac ini tempat-tempat yang tersenarai di dalam senarai di bawah ini akan mengalami gangguan bekalan air disebabkan oleh hentitugas sementara loji oleh pihak SYABAS untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan.

Tengoklah senarai ni, kot-kot umah korang terlibat. Kot-kot ada yang tak dapat atau terlepas pandang dengan notis yang diberi.



WILAYAH HULU SELANGOR

1.                  Kg. Sg. Serai, Kuang
2.                  Kg. Kuang, Kuang
3.                  Kg. Cempedak, Kuang
4.                  Kg. Gombak, Kuang
5.                  Kg. Baru, Kundang
6.                  Kg. Melayu Sri, Kundang
7.                  Kg. Permata, Kundang
8.                  Taman Desa, Kundang
9.                  Bandar Baru Kundang
10.              Kundang Jaya, Kundang
11.              Taman Rajmat Jaya, Kundang
12.              Taman Tasik Biru, Kundang
13.              Kawasan Industri, Kundang
14.              Keseluruhan Bandar Tasik Puteri

Jumlah Akaun : 14,233

WILAYAH PETALING

1.                  SS 1 – 6, PJ
2.                  SS 7, Kelana Jaya
3.                  SS 8, Trade Zone
4.                  SS 9A, Sg. Way
5.                  SS 20, Damansara Kim
6.                  SS 21 & 21A, Damansara Utama
7.                  SS 22, Damansara Jaya
8.                  SS 22 – 23, Kg. Sg. Kayu Ara
9.                  SS 24, Taman Megah
10.              SS 25, Taman Mayang Mas
11.              SS 26, Taman Mayang
12.              PJU 1, Bukit Mayang Mas, Kg. Cempaka, Sungai Mas & Aman Suria..
13.              PJU 1A, Damansara Idaman
14.              PJU 3, Sunway Damansara & Mutiara Tropicana
15.              PJU 6A, Kg. Kayu Ara
16.              PJU 7, Mutiara Damansara
17.              PJU 8, Damansara Perdana & Bukit Lanjan
18.              Taman Megah Mas
19.              Bandar Utama
20.              Tropicana Golf
21.              TTDI & Pinggiran TTDI
22.              Sg. Pencala
23.              Seksyen 2 hingga 11, Kota Damansara
24.              PJU 5, Pusat Perdagangan Kota Damansara
25.              U9, Monteres, Kayangan Height & Subang Sejahtera
26.              Seksyen 12 hingga 14, PJ
27.              Kg. Melayu Subang
28.              U3, Subang Perdana
29.              U5, Mah Sing
30.              Subang Bestari

Jumlah Akaun : 103,006

3. WILAYAH KUALA LUMPUR
1.                  Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara
2.                  Kelab DiRaja Selangor
3.                  Bukit Kiara Resort
4.                  Pusat Sukan Bukit Kiara
5.                  Pusat Sains Negara                                              
6.                  Suruhanjaya Sekuriti
7.                  Bahagian Teknologi Pendidikan
8.                  Pusat Konvensyen Sime Darby
9.                  Jalan Segambir
10.              Jalan Belimbing                                       
11.  Jalan Setia Bistari
12.  Jalan Setia Murni 1 hingga 12
13.  Jalan Setia Budi
14.  Jalan Setia Rasa
15.  Jalan Setia Raya
16.  Jalan Setia Jaya                                             
17.  Jalan Medan Setia
18.  Jalan Setia Bakti
19.  Jalan Setia Kasih
20.  Plaza Damansara
21.  Taman Seri Beringin

Jumlah Akaun : 2,025

4. WILAYAH KLANG/SHAH ALAM
1.                  Seluruh Kawasan Sunway Kayangan
2.                  Seluruh Kawasan Subang Impian ( Jalan Pulau Indah)
3.                  Seluruh Kawasan Sunway Suria
4.                  Seluruh Kawasan Puncak Perdana
5.                  Seluruh Kawasan Sungai Kapar Indah
6.                  Seluruh Kawasan Pekan Meru, Bukit Kerayong, Kg. Budiman, Felda Bukit Cerakah, Cerakah Jaya, Bukit Kapar dan kawasan sekitar
7.                  Seluruh kawasan Kg. Delik Kanan
8.                  Seluruh Kawasan Kg. Delik Kiri        
9.                  Seluruh Kawasan Kg. Delik Dalam      
10.              Seluruh Kawasan Kg. Delik Baru    
11.              Seluruh Kawasan Kg. Sungai Udang
12.              Seluruh Kawasan Jalan Sg. Bertik
13.              Seluruh Kawasan Jalan Yadi
14.              Seluruh Kawasan Jalan Batu Unjur
15.              Seluruh Kawasan Jalan Kim Chuan
16.              Seluruh Kawasan Taman Kim Chuan
17.              Seluruh Kawasan Taman Bayu Perdana
18.              Seluruh Kawasan Flat Sri Angkasa
19.              Seluruh Kawasan Vista Indah Apartment
20.              Seluruh Kawasan Bandar Puteri
21.              Seluruh Kawasan Bandar Ambang Botanic
22.              Seluruh Kawasan Taman Kota Permai
23.              Seluruh Kawasan Bandar Botanic
24.              Seluruh Kawasan Bandar Bukit Tinggi 1 dan 2
25.              Seluruh Kawasan Flat Pendamar Indah
26.              Seluruh Kawasan Taman Sentosa
27.              Seluruh Kawasan Bandar parklands
28.              Seluruh Kawasan Kg. Idaman
29.              Seluruh Kawasan Taman Gembira
30.              Seluruh Kawasan Jalan Raja Lumu
31.              Seluruh Kawasan Flat Perumahan Teluk Gadong Indah A
32.              Seluruh Kawasan Rumah Teres Teluk Gadong Indah A
33.              Seluruh Kawasan Flat Pandamaran Indah
34.              Seluruh Kawasan Kg. Pendamar
35.              Seluruh Kawasan Jalan Tengku Badar
36.              Seluruh Kawasan Persiaran Raja Muda Musa
37.              Seluruh Kawasan Jalan Kastam
38.              Seluruh Kawasan Pandamaran
39.              Seluruh Kawasan Pandamaran Jaya
40.              Seluruh Kawasan Taman Telok Gedung Besar
41.              Seluruh Kawasan Sobena Jaya, Pandamaran

Jumlah Akaun : 91,488 

6. WILAYAH KUALA LANGAT
1.      Tmn Perwira  Sijangkang
2.      Tmn Sri Medan  Sijangkang
3.      Meter Pukal - Kebun Baru Ke Bkt Kemandol
4.      Tmn Sijangkang Indah  Sijangkang.
5.      Tmn Sijangkang Jaya
6.      Rancangan Rumah Murah Sijangkang
7.      Bt 8  Sijangkang
8.      Bt 8 1/2  & Bt 9 Kg Medan Sijangkang
9.      Bt 9  Kg Medan
10.  Bt 9  Sijangkang
11.  Bt 10 Kebun Baru
12.  Ladang Telok, Telok Panglima Garang
13.  Tmn Sri Panglima, Telok Panglima Garang
14.  Tmn Panglima,  Telok Panglima Garang
15.  Tmn Dato Hormat , Telok Panglima Garang
16.  Tmn Emas  , Telok Panglima Garang
17.  Tmn Halijahton  , Telok Panglima Garang
18.  Tmn Desa Wira  , Telok Panglima Garang
19.  Tmn Indah Jaya  , Telok Panglima Garang
20.  Jln Kenanga  Sijangkang
21.  Tmn Telok  , Telok Panglima Garang
22.  Tmn Gembira (Jaya Utama) , Telok Panglima Garang
23.  Tmn Jaya Utama  , Telok Panglima Garang
24.  Tmn Pahlawan
25.  Tmn Medan Indah  , Telok Panglima Garang
26.  Tmn Perkasa, Telok Panglima Garang
27.  Tmn Pertiwi (Jalan Pertiwi 1,3,5) , Telok Panglima Garang
28.  Kg Mujahiddin  Bt 9 Kebun Baru
29.  Jln Gotong Royong  Bt 8 Sijangkang
30.  Jln Telok Mengkuang  , Telok Panglima Garang
31.  Jln Kubur  , Telok Panglima Garang
32.  Tmn Desa Wira  , Telok Panglima Garang
33.  Jln Manggis  Kg Medan
34.  Jln Pisang  Kg Medan
35.  Jln Helang  Kebun Baru
36.  Jln Merak  Kebun Baru
37.  Jln Sekolah  Bt 9 Kebun Baru
38.  Jln Murai  Bt 9 Kebun Baru
39.  Jln Siantan  Bt 10 Kebun Baru
40.  Jln Masjid  Bt 10 Kebun Baru
41.  Jln Cempaka  Bt 10 Kebun Baru
42.  Jln Enggang  Kebun Baru
43.  Jln Rajawali  Bt 9 Kebun Baru
44.  Jln Besar Sijangkang
45.  Ladang Telok  , Telok Panglima Garang
46.  Kaw.Kilang Kebun Baru / Telok Panglima Garang
47.  Pekan Telok  , Telok Panglima Garang 


Rumah korang terlibat tak? Kalo ada, sila sediakan tong-tong, beldi-beldi atau apa-apa aje yang patut untuk mengisi air ye.

Sekian. Harap maklum.


*SYABAS ingin memaklumkan tempoh masa gangguan bekalan air tersebut dianggarkan selama 36 jam iaitu bermula pada jam 8.00 pagi, 14 Mac 2012 (Rabu) sehingga 8.00 malam, 15 Mac 2012 (Khamis). Senarai kawasan yang terlibat adalah seperti di Lampiran A. Sebagai persediaan, semua pengguna di kawasan tersenarai di lampiran A adalah dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi gangguan tersebut. Walau bagaimanapun, sebahagian kawasan daripada  wilayah terlibat khususnya kawasan rendah berkemungkinan akan terus mendapat bekalan air dalam tempoh tersebut tanpa sebarang gangguan bekalan air kerana mendapat sumber daripada loji-loji rawatan yang lain termasuk LRA SSP2, SSP3, Sungai Langat dan Sungai Semenyih serta simpanan dalam kolam-kolam air yang tersedia.

Friday, March 9, 2012

2012-Cerita 46-TGIF-Tunggulah Giliran Kita



::..TUNGGULAH GILIRAN KITA..::

TATKALA ada orang menDOAkan PANAS dan MENTARInya..
NAMUN...
TATKALA itu juga ada orang lain yang menDOAkan MENDUNG dan AWANnya..

TATKALA pada MASA yang sama ada orang lain yang menDOAkan ANGIN dan BAYUnya,,
NAMUN,,
TATKALA itu juga ada orang lain menDOAkan BASAH dan HUJANnya.

BerSYUKURlah,,
Kerana ALLAH s.w.t. itu Maha ADIL dalam MENJAWAB dan MEMAQBULkan DOA-DOA kita semua mengikut GILIRAN...
Maka TUNGGULAH GILIRAN KITA...



sumber: dari FB

********************************************
p/s:Teruskan berdoa dan jangan berputus asa. Akan sampai giliran kita. .Yakinlah dengan janji Allah.
.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.