Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Monday, May 28, 2012

2012-Cerita 88-Selamat Sudah

Mereka telah selamat menjadi pasangan suami isteri.



Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, May 24, 2012

2012-Cerita 87-Tutorial: Pleated curtain


Ini ada permintaan dari sorang adik ni untuk buat tutorial langsir.

Sian adik ni tunggu lama saya buatkan tuto. So, ni usahakan jugak sebab dah dekat dah nak raya. Tinggal tak sampai 3 bulan je lagi. Takut kalau bertangguh karang terlupa terus. Kebetulan baru-baru ini siapkan kepala langsir(valance) untuk letak dalam bilik adik saya yang nak kawin tu. Mak suruh buat simple je. So buat yang jenis fancy pleat.

Sebenarnya ada banyak jenis pleated curtain. Ada yang dinamakan double pleat. Singaporean pleat. Triple pleat. Box pleat dan lain-lain lagi. Macam-macam nama tapi asas semuanya lebih kurang je. Yang bezakan cuma berapa kiraan lipatan (pleat) nya. Pleat ni memang dah siap jahit mengikut lebar tingkap. Kebaikannya korang tak payah berhempas pulas membuang masa mencucuk cangkuk guna cangkuk 3 serampang tu. Dan pleat pada langsir korang sama dan selari je. Walau bagaimanapun kekurangannya, langsir yang dah siap dipleat tak boleh digunakan pada tigkap lain sebab lebarnya adalah tetap.

Contoh pleated curtain.
Sumber: google

  • Mulakan dengan mengukur lebar tingkap. Darabkan lebar tingkap (kalau boleh dalam inci) dan didarabkan dengan 2. Tambahkan 5 inci untuk basi.

Contoh: Lebar tingkap = 80inci
80inci x 2= 160inci, ditambah lagi 5inci = 165inci.



  • Potong kain mengikut ukuran lebar yang telah dikira tadi dan panjang yang dikehendaki. Kemudian jahit lipat sebelah tepi kain supaya lebih kemas dan tidak berjerumbai. 2inci kanan dan  2inci kiri. 


  • Kemudian ukur 1 inci di bahagian atas, lipat dan jahit bahagian atasnya dengan pengeras. 
Pengeras yang digunakan




  • Kemudian bentangkan. Lipat 2. Ukur 2 inci dari bahagian tengah. kemudian tandakan setiap 4 inci hingga ke hujung. Kemudian buat yang sama kepada yang sebelah lagi. 







  • Kemudian, bukakan lipatan tadi. Dari hujung, temukan setiap yang tempat yang ditanda tadi. Semat dengan peniti. Buat sampai habis lalu dijahit setiap satu.
Temukan.
Semat dengan peniti.

Jahit.

Macam ni lah gaya selepas siap dijahit.


  • Pastu, buat pleat 2 atau 3 (ikut suka masing-masing). Kemudian jahit untuk tetapkan kedudukan. 
Tahu kenapa kena jahit separuh je? sebab kalau jahit sampai habis, nanti susah nak letak cangkuk .
Ni cara kita placing cangkuknya. 
**Oh ya. Di kedua-dua hujung langsir tu kena letak tape langsir (macam dalam gambar di atas).

  • Akhir sekali jahit bahagian kaki langsir. Siap sudah. Letak cangkuk yang jenis 1 hook(macam dalam gambar di atas). Bolehlah digantung.
**Tapi kalau macam boring tengok pleated curtain yang biasa-biasa ni, nak buat fancy pleated curtain, boleh cuba yang style macam ni. Asasnya sama je.

Yang sebelah kiri tu dipanggil butterfly pleat.
Yang belah kanan dipanggil half-cut box pleat.

Harap-harap Arifah puas hati. Harap takde langkah-langkah yang tertinggal.

Tuesday, May 22, 2012

2012-Cerita 86-Bangga

Sumber+kredit: Facebook

Bangganya dia dapat masuk tv ye....tapi muka dia sendiri orang tak nampak.

Tahniah Kelate di atas kemenangan dalam pertandingan sepak bola masuk gol.

Friday, May 18, 2012

2012-Cerita 85-Senyum..

Kata pepatah:



Maka, ketika menyediakan minuman, senyumlah dengan semanis-manisnya.
Nescaya kemanisan senyuman itu akan tumpah ke dalam minuman
dan menyebabkan minuman itu manis secara semulajadi.
Tanpa bahan pengawet.
Tanpa bahan tiruan.






Heh??!!

Thursday, May 17, 2012

2012-Cerita 84-TQ Allah!



Blog dah kembali normal. Kepala hotak pon dah kembali normal. Syukur. Alhamdulillah. 
.

Wednesday, May 16, 2012

2012-Cerita 83-Heh!



Hajat di hati nak tukar blog skin. Entah macam mana tersilap langkah pulak. Terus hilang segalanya.

Adohai..

Published with Blogger-droid v2.0.4

2012-Cerita 82-Keep The Faith!


Tuesday, May 15, 2012

2012-Cerita 81-Mereng!

Banyak betul benda yang tak selesai yang tengah difikirkan dalam kepala hotak ni. Bergentayangan sepanjang masa. Pasal anaklah, pasal itu pasal ini. Entah apa-apa. Sampai rasa kepala berat berserabut. Sampaikan tadi tersolat Subuh 2 kali. Masuk waktu dalam 5.45 tu dah solat sekali. Lepas hantar naqib naik van, masuk rumah. Kepala hotak duk rasa macam belum solat. Dah bagi salam baru perasan dah solat rupanya tadi.

Macam hapa-hapa je kan. Mereng je. Tambah pulak ada yang duk inbox tanya macam-macam pasal Naqib. Kadang-kadang tak tau nak jawab apa. Tu yang jawapan diberi kadang-kadang pendek je. Bukan nak menyombong tak nak menjawab ke apa. Setakat yang saya boleh jawab, saya jawab. Saya tak kesah dan sangat hargai keprihatinan diorang.  Tapi, kadang-kadang nak menjawab soalan tu pun dipengaruhi oleh perasaan.

Ada yang cakap "Kesian kat kau. Dahlah anak sorang je!"
Sedih sangat-sangat tau bilaa orang cakap macam ni. Terus rasa bad mood. Kalau boleh tak nak jumpa sesapa. Rasa macam nak duduk dalam gua. Kalau nak kesian, boleh tak cakap dalam hati je?

Ada tu yang tanya, "Betul ke anak kau sakit? Aku tengok kau ceria je".
Takkan mak tergamak nak buat cerita anak sakit pulak. Dah tu ko nak suruh aku duka nestapa sepanjang masa ke?

Saya faham dan hargai sangat-sangat ada yang menunjukkan simpati tapi kadang-kadang buat perasaan saya rasa lebih teruk. Benda tu akan sentiasa berlegar-legar dalam kepala. Tambah lagi sekarang ni Naqib dia dah mula sedar apa yang dia akan hadapi di masa akan datang. Bila pergi mana-mana, dia akan mula aware dengan persekitaran dan kemudahan yang disediakan. Hari tu dia cakap, "nanti kalau Naqib dah takleh jalan, Naqib boleh datang sini sebab sini ada kemudahan untuk OKU". Ko tak rasa sebak ke?

Kalau orang tanya macam tu patut ke tidak saya rasa nak marah atau bengang? Ke saya tak patut rasa apa-apa dan  menganggap itu adalah lumrah alam? Ke saya je yang terlebih react? Tak reti nak fikir dah. Rasanya kepala hotak saya ni dah terlebih berfikir. Nak kena buang benda-benda yang tak perlu!

Heh!

p/s: Sekarang saya dah faham dengan perasaan kawan saya yang anaknya sakit jantung berlubang. Baru faham kenapa dia tak nak orang tahu anak dia sakit.

Monday, May 14, 2012

2012-Cerita 80-Cerita Nikah Kahwin

Adik kite yang nombor 2 nak kawin 27hb Mei ni. Lagi 2 minggu lebih kurang. Tapi kan, bakal adik ipar pon kite tak pernah jumpa lagi. Aik? Mesti macam pelik kan? Sebabnya diorang ni kenal secara ekspres. Kawin pon ala-ala ekspres. Dari kenal sampai nak kawin ni dalam masa 4 bulan je kot.

Kisahnya adik kite ni pernah putus tunang. So dia macam dah tak kuasa dah nak mencari teman. Dan dia sudah serahkan soal cari calon ni pada mak kite. Kebetulan cikgu silat adik kite yang nombor 3 tengah cari bakal menantu untuk dipasangkan dengan anaknya. Adik kite yang nombor 3 tu terus teringatkan adik kite yang nombor 2 yang tengah single tu. Maka, terjadilah sesi bertemu antara 2 keluarga dan nampaknya kedua-dua teruna dan dara tu dah suka sama suka.

Dah semua setuju, terus aje bertunang. Masa diorang bertunang kite tak boleh balik sebab masa tu Naqib terikat dengan temujanji spital. Maka sampai ke sudahlah tak dapat jumpa atau berkenalan dengan bakal adik ipar. Dahlah tak boleh nak balik awal. Tak boleh nak nolong mak kite siapkan rumah. Sian mak kite tungkus-lumus dengan ayah je. Nasib baik ada adik kite yang nombor 3 tu kat kampung. Dan Alhamdulillah pakcik dan makcik pon ada tolong. Nasib baik urusan masak-masak serah pada katering. So banyak save tenaga kat situ.

Bila tanya mak kita tentang persiapan, mak kita mesti kata semua dah beres. Tapi kite tahu mak kite tu selagi tak siap selagi tu lah dia tak puas hati. Ada aje yang dia nak begakan. Mak kite tu perfectionist. Itu pun dia dah bising-bising semalam masa kite call. Katanya tak puas hati dengan hasil layah yang ayah kite pasang kat kepala katil. Sengetlah. Bunga tak center lah. Kalau boleh dia nak buat sendiri semuanya. Macamlah dia tu sihat sangat.  Adoi...

Tambah lagi semalam dia gi klinik pasal kaki sakit dan bengkak. Gout ke mende ntah. . Jalan pon dah terhincut-hincut katanya. Doktor kasi cucuk. Hari ni belum call tanya conditionnya macam mana. Rasa macam nak terbang je balik kampung. Harap-harap mak kite makin sihat lah menjelang hari bahagia adik kie tu. Hari bahagia mak kite jugaklah sebab dia nak sangat tengok anak dia yang ini berumahtangga.


Thursday, May 10, 2012

2012-Cerita 79-Ssumbak....

Pagi tadi tengok Wan Malaysia, rancangan ulangan Chef Wan gi round satu Malaysia. Kat dalam rancangan tu Chef Wan ke Terengganu dan ada tunjuk cara nak buat ketupat sutong (orang luar panggil sotong sumbat). Lantas teringat ada yang request saya tunjuk cara nak memasaknya. Punyalah lama duk peram sebab tak teringat.

[SOME PARTS HAVE BEEN EDITED]

Baiklah, tanpa melengahkan masa, mari tengok macam mana saya buat tupat sutong itu.Pertama-tamanya tanak dulu beras pulut sampai masak. Ada orang lain tak tanak, just cuci kemudian sumbat dalam sotong. Tapi saya belajar dari mak saya, tanak pulut tu dulu.
Hari tu saya buat guna 9 ekor sotong. Beras pulut tu dalam secawan. Cukup-cukup je sotong dengan pulut tu. Air untuk tanak pulut ni biar tinggi sikit je dari takat beras pulut tu. Lebih kurang setengah ruas jari je.


Sotong kasi bersih luar dan dalam. Kulit kasi buang biar tinggal isinya yang putih melepak tu je.


Ha..pulut pon dah masak. Kita sejukkan dulu.


Kemudian, sumbat pulut yang dah sejuk tu dalam sotong. Sumbat jangan sampai penuh. Separuh je. Sebab nanti sotong tu kecut. Pastu guna lidi atau pencungkil gigi. Sematkan pada mulut sotong supaya pulut tak terburai masa dimasak.


Sekarang kita sediakan untuk kuahnya pulak. Mayang 3 ulas bawang merah. Ambik sebuku halia sebesar ibu jari. Potong memanjang macam mancis. Hempukkan 3-4 batang serai. Masukkan ke semua bahan ini ke dalam kuali berisi santan cair. Santan ni ikut banyak mana sotong kita tu. Masukkan sotong dan pastikan sotong tenggelam. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.


Didihkan sampai  sotong  empuk dan lembut. Kemudian barulah dimasukkan santan pekat dalam setengah cawan beserta sedikit halba. Masak sebentar hingga santan mendidih sekali lagi. Tutup api. Hidangkan.

Tu dia. Dah siap dah. Buntal kan? Dah macam kapal selam pun ada.


Kuah yang tak habis tu nanti janganlah dibuang. Simpan. Nanti boleh guna untuk buat kuah ayam golek.
Nak buat senang je. Masukkan kuah lebihan tupat sotong tu dalam kuali dan didihkan. Masukkan sedikit kunyit dan sedikit cili giling. Kacau sebati. Rasa. Tambahkan apa yang tak cukup. Masak sehingga kuah agak pekat. Tutup api. Ayam (sekor-sekor atau dipotong beberapa bahagian) tu perapkan dengan garam dan kunyit lalu dibakar. Atau nak senang goreng je. Kemudian curahkan kuah tadi ke atasnya dan bakar sekali lagi hingga bahagian atasnya sedikit garing. Siap. Dah jadi 2 menu.




Wednesday, May 9, 2012

2012-Cerita 78-Cikgu, Guru, Sir, Teacher.

Selamat pagi cikgu! (Sila baca dalam intonasi Upin Ipin dan geng dia.)

Bestkan jadi cikgu ni. Tiap-tiap tahun konpem dapat hadiah sempena Hari Cikgu. Dalam duk sibuk siapkan sulaman dan tempahan beg, terpaksalah nyelit jugak agenda menyiapkan hadiah untuk cikgu Naqib.

Dulu arwah nenek nak sangat gua jadi cikgu. Tapi gua tak minat jadi cikgu. Gua jenis tak tahan dengan kerenah budak-budak. Karang tak sudah-sudah gua dapat surat saman dari ibubapa pelajar yang kena pulas telinga dengan gua.

Bukan nak katalah tapi sekarang ni ibubapa over sensitive sangat. Apa-apa je gi serang cikgu. Ko dah periksa bebetul ke apa yang anak lapor tu? Kadang-kadang budak ni nak lepas diri dia pi reka cerita ntah pape. Kemudian takde usul periksa makbapak gi serang cikgu.

Dulu zaman kusekolah  tak pernahnya ada kes makbapak saman cikgu sebab pukul murid. Suruh pukul lagi ada! Tengok cikgu dari jauh bawak rotan pon dah rasa nak terkencing. Padahal tak buat salah pape pon.

Kadang-kadang yang anak pon perangai macam lanun. Cikgu pon manusia. Ada masa hilang sabo juga bila menghadap anak murid kurang ajar ni. Rasanya cikgu lebih kenal anak murid berbanding ibubapa sendiri. Percayalah. Yang suka lapor dan serang cikgu ni jenis yang tak kenal anak sendiri. Ko sibuk dengan kerja dan takde masa sangat nak tengok anak. Dan ko lepas tangan hak mendidik anak tu kat cikgu semata. Pastu bila anak beritahu kena #pukul dengan rotan, kena pulas telinga terus gi serang cikgu. Padahal ko tak tahupun anak ko tu perangai macam setan. Padahal ko nak lampiaskan rasa kecewa sebab gagal didik anak lalu melencongkan rasa bersalah pada guru!
#pukul yang berpatutan ye. Bukan pukulan melampau.

Percayalah seorang guru takkan memulas telinga atau cubit pelajar kecuali untuk mendidik. Didikan yang paling awal adalah dari rumah. Kalau dari awal ajaran dah tak betul tugas gurulah membetulkannya. Itu amanah yang cikgu-cikgu pikul sebagai PENDIDIK.

Kesimpulannya, kenali anak anda sebelum menyalahkan guru. Tunjukkan tauladan yang baik pada anak-anak dan jangan lepas tangan.

Ini bukan n3 membela guru(sebab ada jugak guru yang mental tapi berapa kerat je pon). Tapi atas jasa cikgulah anak kita jadi manusia berilmu. Dan inilah sebab utama kita hantar anak ke sekolah! Untuk dapatkan ilmu kan? Dan ilmu itu disalurkan oleh guru!

Guru dan ilmu berpisah tiada! Hormati guru(cikgu, pensyarah). Kenangi jasa mereka.

Sekian. Tamat.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, May 7, 2012

2012-Cerita 77-Piknik La Sangat..

Ibu jari kitew bewngkak. Betul. Kitew tak tipoo. Cakit dowh!

Budak-budak sekolah suka benor nulis gaya gitu. Best sangat ke? Kalau kanak-kanak ok lagilah. Tapi kalau dah beso menjalar duk nulis gaya gini, dah gaya retard je. Uppss!!!
Tapi ibu jari ni memang tengah sakit. Bengkak. Urat siap timbul-timbul. Senaknya rasa sampai ke tapak tangan.


Maka hari ini nak kena rehat la tangan ini dari menyulam.
Ada 3 je lagi nak siapkan.

Ini sulaman yang mutakhir. Ada lagi sikit tak siap. Nak jadi
macam rupa ini entah berapa kali buat-rombak buat-rombak
baru jadi.
Inilah punca segala kesakitan ibu jariku. Seksa!!





Ok. Kita tinggalkan dulu bab sulam menyulam ni. Kita cerita pasal lain la ek!
Pagi semalam kitorang gi piknik. Piknik kat Tasik Shah Alam.

Kakaka...Nanti dia sumpah jadi batu kalau tahu muka dia ada kat dalam blog.
#kasi pakai mask la siap-siap. Ni masa sementara tunggu adik-adik dia sampai.
Kitorang bawak nasik lemak, kek pisang sama air neskopi. Beli je nasik lemak tu.
Tak larat nak buat. #Tapi kalo jalan-jalan otometik jadi larat.


Sesi melahap dan ranggah. Tekun je masing-masing menghadap juadah.

Aimi tengah makan nestum.

Redup. Segar je mata tengok pokok.

Budak ni teruja lebih. Bangun awal bebeno.
Entah-2ntah tak lena tido nunggu esok pagi nak pegi
piknik tepi tasik Shah Alam.

Friday, May 4, 2012

2012-Cerita 76-Menyulam Ye. Bukan Menyelam!

Dah Jumaat ya hari ni. Rasa macam baru je lagi hari Ahad. Sibuk sikit la. Sibuk duk buat benda alah ni.

Sulam reben atas kain untuk dibuat tote bag+pouch bag.

Aduhai. Sampai tak ingat makan minum bila buat benda ni. Tambah lagi dengan keadaan cuaca panas ni. Dahaga manjang. Asyiklah minum ayor masak sampai hilang selera nak makan. Sedar-sedar malam nak lelap mata perut duk bunyi. Baru ingat tak makan malam. So, togok air je la buat hilang lapo.

Nak kena buat banyak. Lambat buat koje ni. Masuk 3 hari baru siap 6. Kecik ada beso pon ada. Agaknya kalo concentrate pada benda ni je bolehlah siap cepat. Ni kejap mengemas. Pastu membasuh. Kejap lagi menjemur. Kejap lagi memasak. Tak masuk tido+menandas semua. Macam semalam sekerat hari kat spital untuk sesi fisio Naqib. Tapi buat benda ni memang dapat sakit semua la. Sakit pinggang la, sakit tengkuk la. Tapi yang paling sakit ibu jarilah.

Suami dah berbunyi. Katanya, "Lain kali kalau ada orang order, takyahlah setuju. Karang duk merungut sakit sana-sini!"

Tapi dah kita sendiri suka buat benda ni takpelah sakit pon. Ini pon ingat nak buat lebih. Nanti kalo ada lebih kita nak bagi kat sesapa sebagai cenderahati. Kalau mampu buat lebih la.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.