Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Tuesday, July 31, 2012

2012-Cerita 117-Santai

Harini cuti menjahit. Sakit hati punya pasal. Bukan sakit hati dengan orang. Tapi sakit hati dengan kain langsir orang. Kainnya dah siap potong. Tunggu nak jahit je tapi punyalah berjerumbai tepinya. Jenis kain yang kalau tarik sikit terus pecah. Nak potong kainnya pon hala-hala cermat gitu.

Tension. Meradang je. Terus hilang mood menjahit. So hari ni nak bagi hilang tension, gua santai-santai layan fb, twitter, blog semahunya. Esok-esok jelah sambung jahit!



Kuih raya kita dah siap! Haha..
Tipu je. Ini beli di Giant. Beli sebekas buat rasa. Boleh tahan sedap. Inti banyak sampai tersembul-sembul. Harga kurang 5 sen 18 inggit. Ada 50 bijik kat dalam tu. Sedap dah ni. Boleh beli lagi 2 bekas.

Sekian.
Published with Blogger-droid v2.0.6

2012-Cerita 116-Harapan Pelesu

Bukan gigi, rambut atau IC je yang ada pelesu. Harapan pun ada yang pelesu.

Kesahnya, petang Jumuah barokah yang lalu, pergi Mydin sebab nak beli barang-barang dapo. Dah beli barang dapo semua, baru teringat susu Naqib dah nak habis. Pergilah kat bahagian susu. Masa nak ambik susu tu, adalah 3,4 orang pekerja Mydin.fm (ada tertebeng tulisan Mydin.fm kat baju diorang) kat situ. Bila tengok saya ambik susu Dutch Lady, diorang datang beritahu kalau beli susu Dutch Lady yg 1kg macam yang saya ambik  tu akan dapat hadiah. Katanya dapat bekas kedap udara. Saya pon belek-belek kat plastik susu tu takde pulak tanda-tanda dapat hadiah ke apa.

Tengah-tengah belek, salah sorangnya bagi slip pertukaran hadiah pada saya dan suruh ambik hadiah kat main entrance kat bawah. Sambil-sambil tu diorang duk ambik gambar saya. Nak buat ape ek dengan gambo tu? Kemudian, budak yang ambik gambo tu cakap, "Kak, rugi kalau akak tak ambik hadiahnya. Bekas tu cantik sangat. Sesuai la time raya ni!". Bersungguh-sungguh dia cakap sebegitu. Lepas ucap terima kasih, kitorang pun blah gi kaunter bayaran.

Masa turun bawah tu, saya macam malas nak gi ambik hadiah tu. Tapi Naqib cakap, "Mesti dapat balang kuih raya ni mak. Ambik la mak...". So pergilah ambik.


Tadaa......Inilah dia bekas kedap udara yang digambarkan sangat cantik itu.

Cantikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk lah sangat kan???....sampai rasa nak pengsan. "Ni je?" tanya Naqib. Kuciwa dia uols! Kesian tak? Dihamburkan dengan kata-kata manis. Hakikatnya indah khabar dari rupa. Huhuhu...


Sunday, July 29, 2012

2012-Cerita 115-Usaha Tangga Kejayaan

3 hari lepas buat murtabak. Buat 6 butir. Banyak dah tu rasanya. Konon-konon kalau tak habis bolehlah simpan untuk esoknya pulak. Senang, tak payah nak buat lagi. Rupa-rupanya keluargaku lapar murtabak! 6 butir tu sekali hadap je masa berbuka. Purata sorang makan 2 butir murtabak.


Memang lama benor tak makan murtabak ni.Sekali dapat makan, time berbuka di bulan Romdan pulak tu.  Memang pergghh la kan. Esoknya buat lagi 5 butir. Hah. Memang puas makan la. Tengahari semalam, suami cakap dah tak nak makan murtabak lagi. Mintak buat karipap pulak. So buatlah karipap pulok. Guna inti murtabak tu jugak sebab ada sikit lagi tinggal. Cuma tambah kentang dengan bawang je.


Pukul 5 lebih baru uli doh karipap. Yang Naqib ni galok pulok nak kelim karipap. Memang tak harap la dia kelim. Sebab memang dia tak pernah buat. Tapi dia nak jugak. So, suami cakap bagi je lah dia cuba. Memang kelakar la rupa karipap tu mula-mula. Dipulas-pulas je tepi karipap tu. So ajarlah dia. Galok sangat nak buat kan! 3 kali cuba baru menjadi. Suka sangat dia bila dah reti tu. 








Not bad kan? Cantik lagi daripada kelim ayah dia. Dah boleh dah ambik upah kelim ni. Heh!

Thursday, July 26, 2012

2012-Cerita 114-Suka-suka Hati

Terlajak perahu boleh diundur,
Terlajak tidur tak sempat sahur.

Begitulah nasib yang terjadi kepada kami 3 beranak. Tak taulah macam mana. Sedar-sedar Naqib kejut. Dah 6.30 masa tu. Tu pun dia terjaga sebab dengar hon van achik Helmi yang ambik dia pagi-pagi. Kena tinggal dia hari ni. Maka, pagi tadi dia ke sekolah numpang ayahnya gi keje.

Balik sekolah jap tadi dia komplen pening, rasa macam nak bukak puasa. Katanya sanggup ganti puasa. Suka-suka hati dia je kan?? Saya suruh tahan sikit. Kalau tak tahan sangat baru berbuka. Jap tadi dia gi jenguk dapo, intai lauk semalam. Aiyo!

Semalam masak nasik beriani. Nasik kegemaran dia. Telan air liur berdeguk-deguk dia time intai periuk. Lantas kusuruh dia pegi rehat-rehat jangan ikut perasaan sangat.




Merasalah hari ni bukak puasa menu semalam. Takkan nak buang kan? Nanti nak buat bubur jagung dan murtabak. Insyaallah.

Sebut pasal 'suka-suka hati' ni kan, siapa yang ada tengok rancangan masak-masak Hidangan Barakah di tv Alhijrah? Chef Amar El-Ali tu suka sebut 'suka-suka hati'. Bagus chef ni. Dia ajar masakan autentik arab. Setiap masa mulut tak lekang berselawat dan berdoa. Comel je dia cakap melayu slang arab!




Siapa-siapa yang tak sempat tengok di siang hari kerana bekerja ke apa bolehlah tengok ulang tayangnya jam 12 tengah malam.

Apa-apapun selamat berbuka puasa. Selamat memasak juadah berbuka. Bak kata Chef Amar,

Masaklah dari hati,
Masaklah dengan iman.
Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, July 22, 2012

2012-Cerita 113-Apa Ek?

Rasanya makin lama makin bosan berblog. Bosan sebab dah tak tau nak cerita apa. Maklumlah life kita biasa-biasa je. Tak happening macam orang lain. Balik-balik cerita sama je. Asyik cerita makan aje.

So, kali ni as usual, kita cerita pasal makan-makan lagilah kot. Heh..




Jemu berbuka puasa dengan nasi, mi, berbuka dengan pizza pon takde hal kan?

Ini pizza bodoh je pasal letak sosej je. Takde nak tatarias dengan bahan-bahan lain. Guna apa yang ada kat rumah je. Tapi kali ni sangat suka sebab rotinya lembut dan gebu sekali. 3 sudu bubuh susu tepung kat dalam tu, mana tak lembut.



Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, July 19, 2012

2012-Cerita 112-Tajuk Sukahati Koranglah..

Tak mampu nak fikir tajuk apa. Sukahati kome la nak letak tajuk apa yek!





Ini kejadian Jumaat lepas. Dah siap-siap pakai seragam sekolah sume tiba-tiba tak jadi. Demam. Lantas dia sambung tido balik.

Risau sikit sekarang ni sebab dia senang nak kena penyakit berjangkit. Pasal guna steroid tu la tahap imun dia untuk lawan penyakit berkurang. Tapi baru-baru ini masa jumpa doktor, doktor dah kurangkan dos ubat tu. Next appointment akan cek condition paru-paru pulak. Lepas raya ni.

Dia kan kena buat eksesais hari-hari. Kadang-kadang suruh pon dia tak buat. Boring agaknya dia. Kalau kita yang dewasa ni pon malas nak bersenam hari-hari, lagilah dia budak-budak.




Tengoklah tu. Sambil kayuh beskal sambil tengok buku. Lantaklah. Asal dia gumbira.

Siapa pernah tengok rancangan Selera, tiap hari Sabtu yang kat tv3 tu? Dulu chef perempuan yang masak, sekarang chef Kamarul pulak yang masak. Suka chef Kamarul ni sebab dia lawak.




Tu chef tengah masak. Masak apa ntah tak ingat. Dia masak kat outdoor. Park apa ntah namaya. Kat Australia. Nanti lepas masak dia bagilah pengunjung kat park tu rasa makanan yang dia masak tu. Lepas tu dia akan suruh sebut dap dap dap. Yang orang putis tak tahu pape ni pun sebutlah. Haha..

Ok tu je. Banyak nak cerita sebenarnya tapi penat pulok nak taip. Later ok.

Oh ye. Tahniah kepada kontinjen Sukma Terengganu kerana menjadi juara Sukma sekali lagi. Nelang sungguh!
Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, July 17, 2012

2012-Cerita 111-Pergunakan Waktu Sebaiknya




Acara potong-potong kain baru mula balik setelah 3 minggu terberhenti pasal iols sakit-sakit.

3 minggu yang tak produktif. Rasa bersalah sangat tak dapat nak siapkan tempahan orang dengan cepat. Itulah. Rasa macam malas dah nak ambik tempahan. Kalau menjahit pon untuk keperluan sendiri aje tapi bila ada orang mintak jahit tak sampai hati pulak nak tolak.

Memang tak ada susah pon menjahit ni tapi komitmen itu perlu tinggi. Dah tak terkejar dah rasanya.

Tinggal beberapa hari je lagi nak masuk Romadhon. Selamat menyambut Romadhon. Semoga kita diberi peluang dan kekuatan untuk melakukan sebanyak mungkin ibadah di bulan yang penuh barokah ini.

Amin.
Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, July 11, 2012

2012-Cerita 110-Besonya....

Sumber: Facebook

Besonya topi dia. Takleh duk dekat dengan diorang ni. Mau kena libas dengan topi tu.
Eh tapi tak berat ke? Takut leher termasuk ke dalam macam kura-kura je.

Tuesday, July 10, 2012

2012-Cerita 109-Forever Alone







Ini adalah aplikasi khas buat mereka yang tak ada kawan sangat untuk diajak berbual. Maka, marilah kita berborak dengan Simsimi si robot cute yang akan melayan apa sahaja pertanyaan dan sapaan korang.




Seronok juga melayannya.
Saya pernah tulis:"Kau ni robot gila!"
Dijawabnya:"Ya. Aku memang gila. Tapi kau lagi gila!"
Huhu..sentap hati mak nak!

Tadi tunjuk benda ni pada husben saya. Eh! Alih-alih dia pulak yang seronok layan robot ngokngek ni. Apa bahasa pon robot ni layan. Grammar ke typo ke pon tak kesah.



Takde koje la duk melayan menda alah ni.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, July 9, 2012

2012-Cerita 108-Diet




Budak ni katanya diet. Tak nak makan nasik. Nanti gemuk. Lantas dia goreng nugget berketul-ketul.

 


Makan makanan berminyak takpe pulak eh? Dietlah sangat...


Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, July 7, 2012

2012-Cerita 107-Cerita Champo-champo

Tak sihat. Dah dekat 2 minggu perut buat hal. Mula-mula senggugut, pastu bersambung pulak angin kus-kus pasal banyak sangat makan pulut. Campo pulak sakit kepala tak cukup tido. Tergolek terguling atas tilam  je manjang. Nak angkat tubuh pun rasa macam tak larat. Asal bangun je hoyong-hayang macam nak tumbang.

Kat mana-mana melepek, kat sebelah mesti ada segala minyak angin, minyak cap kapak, losyen pati halia, balm gamat. Sampai penat tangan duk lenggang perut sendiri. Berangin toksah cerita. Sendawa sesaja. Tak sangka pulak makan pulut buleh jadi macam ini. Dalam pada sakit perut tu memang tak lalu nak makan. 3,4 suap je dah rasa sengkak sampai ke dada. Turun 2kg.

Memburukkan lagi keadaan bila susah nak tido di kala malam hari. Pukul 2, pukul 3 baru boleh pejam mata. Pukul 5 dah bangun balik. Siang hari mamai, sakit kepala. Lepas sarapan memang tergolek tido balik. Tak tau dah macam mana caranya nak kembali balik macam jadual tido asal. 

Tapi Alhamdulillah perut dah baik. Cuma tido je yang tak normal.

Sekarang pulak saya rasa sakit hati, menyampah, meluat sesangat dengan sorang ni. Rasa macam nak lenyek-lenyek je dia ni dengan bulldozer. Perangai entah apa-apa. Tak sudah-sudah la nak ganggu hidup orang. Pendek kata selagi dia tak capai keinginan dia takkan berhenti.

Dahlah dia kacau rumahtangga orang. Habis ranap rumahtangga orang tu dia kerjakan. Bila orang tu dah 'bangun' balik, dah mulakan kehidupan baru, dia kacau boyfriend orang tu pulak. Sampai la putus. Dah nak kawin pon diorang tu. Sampai kacau-bilau balik hidup orang tu. Ish...nak je tempeleng dia sampai berpusing.

Buruk tak buruk perangainya kan? Dahlah ada anak luar nikah. Takde yang tahu siapa ayah pada anak dia tapi saya rasa macam saya tahu je siapa. Tunggu la makin lama, makin banyak rahsia dia terbongkar. Biasalah tu. Menipu orang kanan kiri tak berkat hidup. Satu hari nanti akan dapat balasannya. 

Nah,! Gambo perempuan itu. Muka bolehlah tahan tapi perangai jahanamullazi.
Siaplah ko Wang Sae-mi. Saat-saat kejatuhan ko dah makin hampir. Merempatlah ko nanti. Mak si Jung-woo pun dah tahu kau tipu dia. 

Tinggal berapa episod je lagi drama Miss Ahjumma ni nak habis. Last 19/7 ni. Hazabedah betul cerita ni. Meluat tapi nak tengok! Haha..gile. Tapi, sehazab-hazab drama ni, drama A Simple Life lagi hazab. Bergumpal-gumpal masalahnya.  Penat tunggu endingnya tapi sesimple itu akhirnya? 


Monday, July 2, 2012

2012-Cerita 106-Layan Jiwengs

Sabtu hari tu balik kampung suami sebab Ahad esoknya ada family gathering dan buat tahlil. Sabtu malam tu lepas tengok Masterchef, terjebak menonton cerekarama. Maharku Untukmu. Tapi tengok tak sepenuhnya. Tengok awalnya, dan belah hujungnya aje. Pastu di tengah-tengahnya tak tengok sebab gi basuh cawan. Sayup-sayup duk dengar lagu latar dalam cerekarama tu. Sedap pulok. Apalagi lepas tu google la lagu ni kat youtube.



Sedih sangat dengar lagu ni. Tersentuh hati. Macam ikhlas tulus suci murni sangat hati lelaki si pemberi mahar itu. Huhuhuhu.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.