Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Thursday, August 30, 2012

2012-cerita 124-Rezeki Melimpah

Sekejap je masa berlalu. Baru je lagi rasanya sambut raya. Harini dah 12 Syawal rupanya. Kuih raya dah tak berapa nak ada. Kes tuan rumah sendiri yang duk perabiskan. Bukti?

Tengah mengadap sebalang cornflakes madu yang dia buat sendiri hari tu.
Dah selesai dah sebalang.
 



Gambar summary sekitar kemeriahan beraya di kampung


Raya tahun ni rasanya tak banyak rumah yang dilawati. Balik ke rumah pun di hari raya ke-3. Sunyi je rumah. Jiran kiri kanan masih syok beraya di kampung lagi. Nak pergi beraya rumah sedara-mara pun masing-masing masih di kampung lagi.  Tambah lagi laki mak dah keje. Sangap je duk rumah 2 beranak dengan Naqib. Macam tak raya rasanya. Tapi hari-hari masak menu raya.

Lontong dan kuah lodeh
Nasi impit+kuah kacang+sate goreng
Soto ayam


Ahad tu cuma pergi beraya di rumah pakcik di Putrajaya.




Amna


Kat sana maksu saya jamu nasi berlaukkan sayo campo, dan jugak kerabu perut. Ada ayam goreng berempah pulak tu. Laju je makan.

Esok ada agenda makan-makan lagi. Rumah terbuka di sana-sini. Alhamdulillah syukur. Rezeki perut! Insyaallah rumah bakal tak berasap sampai Ahad ini. Indahnya hidup kalau hari-hari ada orang masakkan untuk kita, kan!


Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, August 25, 2012

2012-Cerita 123-Cerita Lepas Raya

Buat sementara waktu ni macam tak kuasa pulak nak cerita pasal raya, maka mari kita layan Simsimi je dulu. Cerita raya nanti-nantilah ya. Mood tak mari lagi.






*Simsimi adalah si buntal warna kuning itu. Kalau melayan si Simsimi ni boleh hilang waras tau.

Friday, August 17, 2012

2012-Cerita 122-Selamat



Ampun dan maaf dipinta andai selama ini 
ada tutur tak bertapis, 
ada gurau yang menghiris,
ada sikap tak bertimbang,
ada salah laku yang tak matang,
atau salah faham yang menyimpang.

Semoga Ramadhan yang bakal ditinggalkan ini memberi pengajaran buat kita dan
Syawal yang bakal menjelma ini menjadikan kita manusia yang lebih baik.

Salam Aidilfitri.
Maaf Zahir dan Batin.

Thursday, August 16, 2012

2012-Cerita 121-Layan..

Hari ni layan Naqib buat kuih raya lagi. Kali ni buat yang senang je. Cornflakes madu.
Ada yang penuh tembun, ada yang sikit diisinya. Apa-apa jelah. Asal dia bahagia. Kecoh betul buat kuih raya ni dengan dia. Berterabur colour rice satu rumah. Haha..
Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, August 11, 2012

2012-Cerita 120-Kongsi

Hey uols, saya nak kongsi satu resipi mudah  dan sedap, sesuai untuk berbuka puasa.


Kerabu ni saya belajar dari pakcik saya, Pokcucin. Pakcik saya ajar guna kaki ayam. Tapi saya gantikan dengan sotong. Kalau makan kerabu ni rasa segar je sebab ada daun ketumbar. Daun ketumbar ni membangkitkan lagi rasanya di samping satu lagi bahan iaitu sos ikan(nampla).

Bahan-bahannya:
5 ekor sotong, 1 labu bawang besar(mayang halus), 1 biji tomato(potong dadu), daun ketumbar(cincang kasar), 1-2 sudu sos ikan, cili padi(potong halus), 1 batang serai(mayang halus), limau kasturi/nipis, garam dan gula secukup rasa.

Cara membuatnya:
Rebus air hingga mendidih, masukkan sotong. Lepas 2 minit tutup api. Keluarkan sotong dan hiris nipis. Masukkan bahan-bahan lain. Garam tu masukkan berpada-pada. [Rasakan sebelum letak garam. Sebab kita dah guna sos ikan yang dah ada rasa masin]. Kemudian perahkan limau kasturi/ nipis. Limau ni suka-suka hatilah ya nak letak banyak mana. Kalau suka masam letaklah banyak. Gaul rata. Siap.

Senang je kan? Tapi sedap kemain. Saya main ratah gitu je. So, buat tau!

Thursday, August 9, 2012

2012-Cerita 119-Buat Sendiri

Pagi tadi bawak Naqib untuk temujanji hospital. Sekejap je tunggu giliran. Pukul 9.15 dah selesai. Kemudian bawak dia pergi beli kasut. Dah selesai beli kasut, baru teringat nak beli kuih tat sedap yang saya beli untuk rasa tempohari.

Sekali tengok-tengok dah habis uols! Dekat 10 kali kot kutawaf rak kuih raya tu. Tak pircaya ia sudah habis. Mana tahu kot-kot kuih tat tu terselit-selit di celah-celah timbunan kuih raya yang lain. Namun sia-sia langsung tak berhasil. Memang betul-betul habis la tu. Yang suami saya dia boleh salahkan saya pi cerita pasal tat tu dalam blog. Kan dah orang serbu beli, katanya. Aiyoh bang, blog isterimu ini setakat blog frozen je, bukan terkenal pon. Bukan ribu riban pon pengunjungnya sehari. Kelakar pulak kurasa.

Adalah beli 3 bekas kuih raya dibeli untuk buat syarat. Yang si Naqib beria beno nak buat kuih raya sendiri. Nak buat biskut cornflakes katanya. Maka belilah cornflakes sekotak. Sampai je ke rumah, tak sesabo dia nak buat kuih. Dia dah standby bahan-bahan nak buat kuih ni. Semua dah berderet atas meja. Woi..mak ni penat tawaf supermarket tak hilang lagi tau!

 Penat, ngantuk, lalu saya tertido. Naqib kat sebelah duk menghempas-hempas kotak cornflakes konon nak marah saya tak layan kehendak dia. Bagi mak layan kehendak mata mak dulu ya, nak! Dalam pukul 2 macam tu baru ajak dia buat kuih. Barulah tersenyum. Kalau tak, muncung je mulut tu. Cecepat dia pergi solat.  Saya dah siap timbang barang sume, tak sesabo dia nak mengadun. Sume dia nak buat sendiri. So, kubiarkan. Biar dia puas hati. Jadi ke tak jadi lantaklah ke deme.



Inilah hasilnya.




Tengok pada rupa macam dah sukses. Ini malam kita rasa pulak tengok guane balas!
Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, August 8, 2012

2012-Cerita 118-Lumrah Alam

Rasanya dilema yang selalu melanda ibu-ibu adalah memilih juadah yang perlu dimasak untuk keluarga. Lebih-lebih lagi di bulan Romadhon ini. Bila berpuasa ni selera jadi rambang. Maka bersedialah dengan permintaan-permintaan yang kadang-kadang di luar kepandaian kita.

Kalau setakat kuih-muih beli je la. Tak kuasa nak buat setalam tapi yang nak makannya setakat 2,3 keping. Kecuali kalau kuih tu memang disukai ramai barulah terbit kerajinan nak membuatnya. Bab lauk-pauk lah yang jadi peningnya. Macam Naqib kalau boleh hari-hari nak makan nasik lemak atau nasik yang satu set lengkap lauknya. Kita yang tua ni cepat muak kalau hari-hari makan nasik bertumis ni. Tak kuasa nak ikut so khaskan hujung minggu je untuk masak juadah-juadah begini. Ini juadah semalam. Saya jenis masak sekali harung. Lauk itu untuk berbuka, lauk itulah juga untuk bersahur.



Kuih-muih beli.



Harini tak tau la nak masak apa pulak.

Oh ya. Awal pagi semalam ayah saya kehilangan kawan baiknya, Pak Usop. Pak Usop meninggal lebih kurang pukul 5 pagi semalam waktu orang tengah sibuk bersahur. Dia baru je menjalani operasi memotong usus. Hari sebelumnya kira dia dah ok. Tiba-tiba pulak malam semalam jadi tenat. Sabit kepada kematian kan..

 Pak Usop ni antara kawan juga jiran terapat dengan ayah. Ke mana-mana sentiasa bersama. Ke surau, ke masjid menadah ilmu diorang sama-sama. Dialah yang akan mengejutkan ayah pagi-pagi. Jam 5 pagi mesti telefon berbunyi. Kemudian ayah akan bersiap dan ambik Pak Usop, kemudian ke masjid. Begitulah diorang hari-hari. Baik Pak Usop ni. Jenis ringan tulang. Jenis yang tak berkira. Kitorang dah anggap dia macam keluarga.

Dahlah tahun lepas ayah dah kehilangan sorang lagi geng surau dia(tokki kepada isteri Ustazazharidrus), saya pasti ayah saya bertambah-tambah terasa dengan pemergian Pak Usop pula kali ini. Lumrah alam. Yang hidup pasti mati. Namun ingatan terhadap mereka tetap akan terpahat di hati sampai bila-bila.

Takziah buat keuarga Pak Usop. Al-Fatihah.

Published with Blogger-droid v2.0.6
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.