Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Friday, September 28, 2012

2012-Cerita 132-Surprise!

25hb hari tu sebenarnya adalah hari lahir suami. Yang ke berapa? Biarlah rahsia. Haha. Tahun lepas Naqib cakap umur ayah dia adalah 40 tahun. So tahun ni 41 la kan? Dah nak senja dah umurnya. Tak macam saya. Umur baru 28(sebab tahun lepas Naqib kata umur saya 27). Huhu.

Biasanya wish saja. Memang kitorang jarang nak seliberet-beret ni. Pagi tu sebelum dia gi keje lupa nak wish. So just wish dia via sms. Gelenyar je kutanya nak hadiah tak. Padahal tak ada prepare apa-apa hadiah pon. Nasib dia tak cakap nak. Tapi dalam otak ni dah ada rangka sesuatu. Kalau kata dia jawab nak hadiah, aku ambik je laptop dia, bungkus cantik-cantik, kasi hias bunga sekuntum. Habis cerita. Pastu bila time dia bukak hadiah, siap sedia cakap surprise ala-ala eric leong sambil urut-urut dada dia kasi dia relax waktu dia nampak hadiah pemberianku itu.

Tapi malam tu kitorang keluar gak. Asalnya gi bank-in pitis je. Tapi dalam kete Naqib duk berzikir nak kek, nak kek sepanjang jalan, maka terpaksalah melencong ke secret recipe. Macamlah tak pernah makan kek. Padahal baru je hari tu bedal kek kat rumah cik mila.




Beli kek yang dah siap potong. Birthday boy makan kek durian durian. Saya makan kek pecan butterscotch. Naqib makan chocolate cheesecake kot. Tak ingat dah nama keknya itu. Disebabkan dah makan nasik masa kat rumah sebelumnya, nafsu berahi untuk menikmati kek itu agak kurang. Slow-slow je kek masuk mulut. Ala-ala muak takleh nak perabis. Dahlah kuorder pulak tropical smoothies. Pekat. Rasa berlemak. Tepu perut. Terhegeh-hegeh nak perabis kek nan seketul itu. Rasa nyesal pun ada. Kalau order spring roll pun takpe.



Inilah birthday boy nya. Hehe.. Gambo siap ada bokeh bentuk love lagi. Sori bang, spek warna pink je ada.
Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, September 26, 2012

2012-Cerita 131-Hilang



Mana ntah pergi Pa'chik ni. Tiba-tiba je hilang lepas buat final countdown kat blog dia. Sepatah haram tak cakap apa-apa.
Rindu pulak nak baca komen sinis dia. Hehehehe...

Tiba-tiba teringat dengan Joe Jambul. Femes penjenayah ni dulu.

Joe Jambul and the geng. Pompuan yang depan tu nama Markonah ke apa.

Tuesday, September 25, 2012

2012-Cerita 130-Oh My...

2 hari lepas saya tengok suami saya khusyuk beno mengadap laptop. Sekejap dia gelak kok-kik-kok-kik, sekejap lagi dia senyum-senyum. Apa bendalah yang ditengokkannya, macam kelakar sangat sampai saya teringin nak join sekali. Tapi bila saya nak tengok laptop dia tak bagi siap alihkan laptop tu. Tapi last-last buleh tengok jugak.

Ceh! Dia tengah duk baca blog saya. Hampeh betul. Malu saya! Maknanya dia dah jumpa butang untuk older entries. (Dia tak familiar dengan blog). Dulu dia pernah tanya apesal ada satu entry je kat blog. Yang lain mana?

Fuhh! Bahayer..bahayer. Ni yang buat saya maleh nak update ni. Karang aku tulis benda merepek kena pulak sedas dengan dia. Huhu...
:
:
:
P/s: Hai abang! (lambai tangan gaya ratu)
Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, September 14, 2012

2012-Cerita 129-Dah Merdeka

Petang semalam adalah detik-detik pembebasan buat anak-anak yang menghadapi UPSR. Lepas habis je ujian aptitud, Naqib dan kawan-kawan ke tempat perhimpunan untuk mendengar sedikit taklimat ringkas daripada pihak sekolah.

Selesai perhimpunan masing-masing berdelai-delai keluar dari pintu pagar sekolah bergerak mendapatkan ibubapa masing-masing dengan wajah ceria bebas.



Gitulah jugak Naqib. Dari jauh lagi dah menyengih panjang menuju ke kereta. Sebaik saja masuk ke kereta, benda pertama yang dia mintak ialah nak makan maggi goreng di kedai mamak. Kelakar tak kelakar tu. So layankan aje.



Kemudian dah sampai ke rumah terus kerah dia mandi dan solat. Lepas tu terus dia terkam laptop layan game lego. Rambut pon tak sempat nak sikat. Punyalah excited dah habis peksa.



Hari ni dia cuti. Laptop tu memang dia sorang je lah yang conquer. Dari lepas Subuh santak ke tengahari. Sarapan pun lari-lari. Mandi pun dah pukul 1. Takpe. Harini aku bagi can. Mainlah nak. Mainlah...

P/s: esok nak balik kampung-hohoho-balik-kampung-hati-riang. Yeay...
Published with Blogger-droid v2.0.6

2012-Cerita 128-Selamat Pengantin Lama



Kek sempena anniversary katanya. Ya. Tanggal 9 September yang lalu maka genaplah 13 tahun usia perkahwinan saya dan suami.

So buat cotton soft Japanese cheesecake. Sedap tau! Dah beberapa kali dah buat cheesecake ni. Memang disukai ramai terutama lelaki-lelaki di rumah saya ini.

Kek comot kemain. Sememeh tak tau hala. Main belasah je siram chocolate ganache tu. Susunan strawberi pun senget-senget. Nak cepat punya pasal.

Oi...dah 13 tahun rupanya jadi isteri orang. Rasa macam baru je lagi nikah. Heh!
Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, September 12, 2012

2012-Cerita 127-UPSR

Hari ni hari kedua Naqib menjalani UPSR. Semalam balik dari sekolah, saya tanya tentang ujiannya. Katanya, "BM macam senang je. Naqib rasa Naqib jawab semua betul kot!" Fuh! Konfiden level tertinggi dibaginya. Takpe. Kita tengok camner nanti.

Pastu harini dia tanya, "Mak, minggu depan ke dapat result UPSR?" Aiyo! Dia ingat ni periksa peringkat sekolah dia je ke? Dan-dan je macam-macam agenda dah dia susun lepas peksa besar dia ni termasuk nak gi ke Legoland. Besar cita-cita dan angan-angan dia. Kalaulah tempatnya dekat, tiket masuknya murah, memang takde hal lah nak bawak dia pegi. Ini satu kepala dah rm140. Macam tak berbaloi pon ada sebab dia bukan boleh main sangat pon permainan kat dalam tu. Tapi bila fikir kesian pulak. Dia ni peminat tegar lego. Dah lama duk ulang cakap nak pegi ke sana.

 Ni dia di malam menjelangnya hari peperiksaan.


Emm..tak kisahlah apa result yang dia dapat nanti. Kitorang terima je. Masa sesi perjumpaan ibubapa-guru awal tahun haritu, cikgu cakap sejak tahu dia sakit, dia macam hilang sikit minat belajar dia. Memang kitorang pon nampak perubahan dia. Nak buat latihan pun dia malas! Tapi kalau di kalangan kawan-kawan sekelas dia yang lain, (yang normal, cikgu dia kata) dia masih ok lagilah. Makna kata masih ada harapan nak skor. Tapi kalau tengok pada cara belajar, dengan datang sekolah celap-celup sebab selalu ulang-alik ke spital, terima sajalah keputusannya. Tak dapat 5A pun dakpe nak oi...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, September 7, 2012

2012-Cerita 126-Sambutan Hari Lahir Kesatu Budak Gedik

Kelmarin adik ipar call. Dia ajak makan kek kat rumah dia. Kitorang pulak masa tu macam blur-blur sikit dan tak terfikir birthday sapa-sapa. Ajak makan kek? Oklah. Bolehlah. Kata suami saya. So, malam tu pergilah ke rumah beliau lepas Maghrib.

Ooo..birthday pertama si dak Aimi rupanya.


Tengoklah keletah dak Aimi ni. Gedik kan? Dah pandai bergaya bila orang ambik gambar dia. 


Kek durian. Sedap...


Katanya celebrate tanpa dirancang dan kecil-kecilan tapi banyak juga menunya.
Ada: Kotiau goreng
Pulut kuning
Ketupat pulut segera+sambal ikan bilis
Fries and nugget
Bubur kacang
Triffle
Agar-agar
Masa untuk potong kek! Dak Aimi punyalah geram dengan kek ni. Ibunya dah
siap-siap pegang tangan dia sebab takut dicekaunya kek itu. Sekali takleh dengan tangan,
dengan kaki dikuisnya. Hahaha..nakal ok!
p/s: Gambo adalah courtesy dari facebook adik ipar iols...


Terima kasih Cik Mila di atas undangan ke majlis gilang-gemilang sempena sambutan hari lahir Aimi yang pertama itu. Saja je dia wat surprise ye! Apa pun, nanti mak ngah carikan hadiah untuk Aimi ya. Insyaallah..


Tuesday, September 4, 2012

2012-Cerita 125-Mood: Rodok Garpu Masuk Mulut Kasi Garu

Lepas raya ni dapat batuk, demam. Suara sekejap kepit sekejap kaso. Sampaikan segan nak bercakap. Satu malu dengan suara yang tak tentu hala tunenya. Satu lagi pasal bila bercakap je rasa nak batuk. Pergi beraya rumah orang hujung minggu baru ni pon banyak senyap je. Makan pun memilih. Kuih raya memang tak sentuh. Takut tengah makan tiba-tiba terbatuk, then tersedak. Karang tersembur pulak semua benda yang tengah duk dalam mulut.

Merana jugaklah sikit-sikit bila pergi beraya tapi tak dapat nak makan kuih raya secara berleluasa. Dahlah hujung minggu baru ni banyak rumah kitorang gi beraya+open house. Kat Puncak Alam saja ada 3 buah rumah. Keluar rumah pukul 10 pagi. Nak masuk Maghrib baru sampai di rumah. Tengok kuih tat rumah diorang sedap-sedap je tapi gua dapat pandang je.

Minggu lepas pergi spital. Sebelum tu pergi sarapan dulu. Masa order air tu, suara punyalah susah nak keluar sampai dua tiga kali kena ulang sebab yang tukang buat air tu tak dengar suara saya. Lepas sarapan terus ke spital. Masa letak kad temujanji tu, kerani kat situ ada tanya sesuatu. Saya cuba kuatkan suara sebab takut kerani tu tak dengar suara kepit saya tu. Sekali betul-betul kuat suara yang keluar. Sampai yang duk menunggu kat situ semua pandang saya. Malu oi....Dah tu duduk pulak sebelah makcik yang ramah-tamah. Tak berenti dia bercakap. Saya banyak angguk, dengar je dia cakap apa. Nak banyak-banyak cakap sangat pon tak boleh.

Start demam hari merdeka tu. Bangun pagi tu rasa lain macam je. Time ambik wudhuk untuk solat Subuh, rasa sejuk sangat sampai menggeletar bibir. Ambik wudhuk je pon, bukan mandi! Lepas tu terus berselimut. Pastu pergi klinik. Klinik kat rumah tu tak bukak pulak. Terpaksalah pergi panjat tangga Giant pergi ke klinik Mediviron kat dalam tu. Doktor bagi 4 jenis ubat.



Balik rumah terus makan ubat. Tak lama lepas tu, melingkup tido. Suami saya balik dari solat Jemahat tu baru saya bukak mata terjaga. Tu pun macam di awang-awangan je. Makan hari tu order ikut telefon je(pizza). Apa nak buat, tak mampu bertugas.

Lama pulak batuk kali ni. Ini pon tak baik-baik  lagi. Gatak tekak tak usah nak cerita. Rasa macam nak rodok garpu masuk mulut kasi garu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.