Banyak benda nak dituliskan dalam satu masa. Maka, kuhimpunkan kesemuanya dalam satu n3 ya. Dah macam status facebook gitu!
1. Lampu dapo ni dah rosak akhlak gamaknya. Dia main lip-lap-lip-lap macam lampu disko. Dah nak masuk 6 tahun duduk di rumah ni baru kali ni buat hal. Dah sampai masa kena tukar dah kot.
2. Sakit hati tak habis bila tengok Masterchef Malaysia 2 ni. Kebanyakan peserta perangai jahannamullazi. Atiqah dah keluar. Lega..
Saya suka Izyan dan Ammar. Izyan ada harapan menang title masterchef tahun ni. Semalam dia menang pin kebal. Suke :-) [Tapi kenapa Dean dan Fizuan tu ye? asik je tak puas hati dengan semua orang. Orang dapat pin kebal pon tak puas hati. Tugasan tak berpihak kepada diorang pon diorang kata unfair. Itulah namanya cabaran. Kalo ko tak boleh terima cabaran takyahlah masuk. Inikan rancangan siapa hebat di dapo, bukan siapa hebat mengata!]
Ammar lak ada karisma. Muda tapi nampak matang. Time Tiqah bagi 'ucapan' kat dia pon dia tak bertindak melulu. Eh ada sorang lagi yang saya suka iaitu Ah Hong. Dia bahasakan diri dia 'Ah Hong' bukan 'saya'. Macam manja je bunyinya. Hikhik..Tapi dia masak macam sedap walaupun rupa masakan tu nampak selekeh dan simple.
Harap-harap lepas ni yang mana mulut takde insuran, yang perangai tak semenggah akan terkeluar cepat. Biar tinggal yang betul-betul layak je. Ni masaknya tak seberapa, mulut je lebih. Berbanding musim lepas, musim ni memang buat saya panas hati.
3. Dah masuk 5 hari dah polis duk berkampung buat road block kat laluan keluar masuk perumahan saya ni. Tak tahulah sampai bila.
4. Setiap kali nak kurangkan pengambilan makanan mesti dan-dan tu selera makan menggebu. Minggu lepas tahan la seminggu makan nasi berlaukkan ikan singgang dengan sambal belacan semata. Tapi jadi tak boleh tahan sebab saya kena masak lauk lain untuk suami (dan jugak Naqib). Dia tak suka lauk ikan singgang. Lagipun tak kan nak bagi dia makan lauk yang sama jugak hari-hari kan? Jadi bila dah begitu, semangat jadi luntur sebab kena masak banyak lauk. Lepas tu rasa lauk lain lagi sedap. Psiko gile. Lalu tewas akhirnya.
5. Pelanggan astro tengah mengamuk dengan astro. Tak caya gi tengok kat page astro di facebook. Semalam ke bila ntah tengok ada orang komplen cakap astro ni kenapa ulang-ulang cerita sama. Lebih dari 45k yang like, dengan lebih 45k komen jugak.. Tapi pagi ni cari tak jumpa pulak. Adakah telah didelete? Memang patut pon rasa tak puas hati. Kata tv berbayar tapi ada je iklan melambak-lambak. Cerita ulang-ulang tu macam dah trademark astro. Pastu katanya ada channel eksklusif. Macam Mustika HD tu. Tapi tak eksklusif pon. Cerita ulang-ulang gak. Paling takleh blah cite telenovela dari Bella tu gi tayang kat situ jugak. So macam saya ni bayar sikit je oklah lagi. Tapi yang bayar sampai ratus-ratus tu mestilah mengharapkan rancangan yang bermutu, fresh and updated. Setakat bayar mahal tapi time hujan takde siaran apalah gunanya. Tapi kita ni pandai je komen, komplen bagai nak rak tapi tak buat pape pon. Still jugak langgan. Maklumlah nak berdemo, nak berdebat, nak boikot (demi hak), itu bukan budaya kita!!!!!
Sekarang ini saya cuma layan channel 707, 727,728 dan rancangan yang tunjuk masak-masak sahaja. Dan sebab sekarang ada masterchef, layanlah jugak astro ria. Dah nak tengok rancangan lain sume ulangan. Nganga je la. Harapkan Naqib la duk layan katun siang malam. Kadang-kadang naik menyampah sebab sampai boleh hafal skrip scene dlm cite katun tu.
Ada jugaklah bincang dengan suami. Nak potong astro. Dah ada hypptv kan? Tengok itu jelah kot. HD view kat HyppTV lagi bagus. Terang benderang dan sharp. Ya. Channel tak banyak tapi HyppTV connect terus dengan Youtube. Boring-boring boleh layan youtube. Agak-agak nak tengok rancangan masak-masak boleh tengok Trymasak. Macam-macam resipi ada. Siap ada demo cara nak masak lagi. So, tengoklah macam mana.
Dan dengau-dengau kabo akan ada stesen tv berbayar yang baru akan dilancarkan. Habislah ko astro. Dah ada pesaing.
6. Fakta: Kali terakhir saya menulis status di facebook adalah pada awal Disember 2011. Dah tak berapa layan facebook sekarang. Gua layan twitter....
Published with Blogger-droid v2.0.6