Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Monday, December 31, 2012

2012-Cerita 157-Menunggu

Set tilam baby sudah siap untuk diguna. Hanya tunggu waktu dan ketika lahirnya
sang puteri yang dinanti.


Friday, December 28, 2012

2012-Cerita 156-Macam-macam..

Oi..dah dekat nak abis tahun 2012. Macam sekejap je masa berlalu. Macam-macam kesah, macam-macam cerita.

Tak berapa nak sihat sebenarnya. Biasalah. Hujung-hujung tahun ni. Musim tengkujuh. Cuaca tak menentu. Dah mula keluar tanda nak selsema dan batuk. Rasa penat je lebih. Muka lak menggelupas. Terutama kat bahagian hidung. Nak bersalin kulit ke apa ntah.

Dulu kan, masa muda-muda belia, saya suka picit blackhead kat tepi hidung. Picit sampai menggelupas kulit kat bahagian tu. Sekarang blackhead pun dah tak berani nak keluar. Kalau ada pun whitehead yang halus-halus tu je. Ya. Kalau ada saya akan banteras habis-habisan.

Sekarang mangsa saya adalah suami. Dia ni banyak blackhead. Balik keje muka berminyak. Bila mandi dia bukannya nak guna barang proper untuk kulit muka dia. Dibelasahnya dengan sabun dettol je. Kadang-kadang lebih-lebih syampu di rambut disapu ke muka sekali. Patut ke? Tapi katanya lelaki  memang macam gitu. Baru jantan namanya!

Bila saya nampak muka dia ada blackhead memang saya dah tak senang duduk dah. Mesti nak kena picit bagi keluar. Memang mata tu asik nak mandang tempat itu aje. Nanti dia tengah baring-baring, santai-santai, slow-slow jari-jemari merayap ke muka dia. Apa lagi kupicit keluar. Menjerit-jerit orang tua tu. Memang tahu sakit. Tapi mata ni lagi sakit tengok blackhead tu duk bermaharajalela kat muka dia. Dah picit keluar semua baru puas hati. Kadang-kadang tak sempat nak habis sebab lakiku dah tepis-tepis tangan. Tapi selagi tak habis selagi itulah akan kuusahakan.  Huahuahua.

Pelik tak? Kadang-kadang bila tengok kat muka orang tu ada blackhead, geram je tangan nak memicit. Tak dapat muka orang tu, muka laki aku kerjakan. Siap la!!

Oh! Nampaknya teruk banjir di pantai timur kali ni. Biasanya memang banjir tapi takdelah sampai tanah runtuh segala. Pakcik saya kat Kemaman pun rumahnya dinaiki air sekerat lutut. Terpaksa menumpang di surau sebelah rumah. Barang-barang yang tak sempat diselamatkan dibiar hanyut sahaja. Kesian pulak. Pakcik pun tak sihat sangat sebab baru je jalani pembedahan usus. Masih tak boleh buat keje-keje berat walaupun dah beberapa bulan dah. Tambah lagi dia baru je buat kenduri kawin anaknya. Tadi pagi tanya status pakcik pada anaknya(sepupu saya). Katanya masih tinggal di surau.

Waktu pulang ke mari dari kampung 3,4 hari lepas, tersekat juga sekejap di tengah jalan akibat air naik. Air cecah lantai bas. Ada sikit masuk dalam bas. Tapi nasib baik masa tu banjir tak teruk lagi. Harap-harap banjir semakin surut dan keadaan kawasan yang terjejas pulih seperti biasa. InsyaAllah. Kadang-kadang Allah datangkan ribut taufan hujan banjir ni nak bagi peringatan. Kita sebagai hamba ni patut terima ujian ini sebagai syarat untuk Allah terima kita sebagai hambanya. Sama lah macam nak dapat masuk keje. Ada interview, ada test yang kita kena ambik. Dah lulus baru diterima.

Dunia dah hampir sangat ke akhirnya. Tapi kita ni masih lagi lalai. Solat ke mana, apa ke mana. Duk huha-huha je atas dunia. Bekal nak ke akhirat sikit je. Mati bila-bila masa. Baru semalam duk baca kisah dalam kubur. Allah hantar ular yang dicipta dari api neraka yang sangat besar dan panjang untuk membelit sesiapa yang tidak solat. Meremang bila membacanya. Insaf seketika.

Terngiang-ngiang nasihat mak setiap kali bicara pasal solat. Habis solat, jangan lupa berdoa memohon supaya dihindarkan dari fitnah dajal, siksa kubur dan azab api neraka katanya.



Friday, December 21, 2012

2012- Cerita 155-Split Personality

Rasa kelakar pulak bila ada sorang ni dia menyamar jadi Lisa Surihani di instagram. Kat salah satu gambar ni ada la follower yang puji muka Lisa cantik. Lalu dengan konfidennya si Lisa yang menyamar ni balas "Gunakanlah Gardenia".

Oh my gucci!! Terkekeh-kekeh saya gelak. Geli perut oi! Gardenia dibedalnya. Saya tahu dia maksudkan Garnier(sebab Lisa kan duta Garnier) tapi kalau kau betul-betul Lisa kau takkan buat silap begini kan?

Siapa manusia di sebalik penyamaran itu? Nampak macam budak-budak sekolah punya kerja. Mengeja pun tak berapa betul. Tengok bahasa yang digunakan pun dah tahu itu bukan Lisa tapi ada jugak peminat yang tertipu.

Tapi bila dah kantoi dan ketahuan begini, apa rasanya? Berbaloikah penyamaran itu? Kenapa perlu menyamar dan menipu sedangkan ko terang-terang bukan saja menipu orang lain tapi diri kau sendiri?

Tapi ada juga manusia yang punya 2 personaliti. Di luar dia lain, di rumah dia lain. Kat luar baik sesangat. Sikit lagi nak sama taraf macam malaikat tapi di rumah bengis macam orang gila yang tersilap makan ubat. Kalau setakat nak jadikan isteri tu kuli yang jaga makan minum ko, tukang basuh baju ko, tukang kemas rumah ko,lebih baik ko cari sorang babu yang boleh buat semua keje itu. Ko kawin tapi asik menyakitkan dan menyulitkan hidup isteri pun tak guna. Siapa tahan kalau maki hamun, caci keji dah jadi makanan ruji seolah-olah rasa cinta ko pada dia macam dah mati?

Eh apa yang aku cerita ni? Tapi yang pastinya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja yang masih hidup atau yang dah hampir-hampir nak mati. Kubur kata mari, rumah kata pergi. Baiklah ko tambah amal dan muhasabah diri daripada ko pentingkan diri dan aniaya orang seolah ko hidup menongkat langit tinggi.

.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, December 20, 2012

2012- Cerita 154-Parking

Pagi semalam bawak Naqib untuk sesi fisio. Mula dari 8 pagi sampai 10.30 pagi. Biasa 1 jam je tapi semalam ada pelatih dalam jurusan pulih anggota duk buat latihan. So, dioranglah yang latih Naqib semalam. Maka ambik masa jugaklah. Nama pon pelajar kan. Tapi tak mengapa. Selesai semuanya, kitorang  pon nak balik. Suami suruh tunggu kat lobi belakang sementara dia pi ambik kereta. Kereta park jauh katanya. Kesian ngan Naqib kalau nak menapak. Eh tapi lamalah pulak laki aku pi ambik kereta. Jauh bebeno ke pi park keretanya? Penat menunggu sebab kerusi kat luar tu dah penuh. Berdiri jelah. Rupa-rupanya jem dalam kawasan spital ni gara-gara tempat letak kereta dah penuh! Jadi masing-masing bawak kereta macam siput sambil mengintai parking sampai jalan jadi jem.

 Seriously saya rasa macam dah tak tertampung dah kawasan parking yang ada sekarang. Bukan sepital ni je. Sepital lain pun macam ini juge. Dengar jugak kakitangan sepital pun bersungut pasal ni. Selalunya kitorang memang keluar awal pagi semata-mata nak dapatkan parking yang dekat dengan lobi sepital. Pukul 7 dah keluar rumah. 15 minit dah sampai. Tapi semalam memang betul-betul sesak padat. Sampai awal pun suami saya terpaksa letak kereta kat kawasan berpokok dan bertanah merah. Kalau hujan memang lecak dan pernah ada sekali ada kereta terlanggar akar pokok yang berselirat. Nasib tak tanggal je ekzosnya. Harap-harap adalah solusinya kepada permasalahan ini. Buat parkir bertingkat ke, apa ke kan. Karang sebab tak jumpa parking punya pasal ramai lak yang dapat sakit jantung darah tinggi.

 Itu pasal saya tak bawak sendiri kereta ke sepital. Kalau Naqib ni macam budak lain takpe la. Dia ni jalan jauh pun dah tak larat. Nak turunkan dia kat lobi sorang-sorang pun bimbang. Pernahlah bagi cadangan suruh suami hantar lepas tu dia pi lah keje macam biasa. Tak payah cuti. Kitorang boleh balik naik teksi je. Ok. So dia pun hantar kitorang dan pergi keje. Tapi tak lama lepas tu dia call beritahu dia tak pegi keje. Katanya tak sampai hatilah, bimbang nak biar  saya ngan Naqib naik teksi. Pulak dah.

Sebenarnya ada kes yang buat suami saya bimbang nak lepaskan kitorang naik teksi sendiri. Dah ada budak perempuan kat tempat keje dia kena bawak lari dek drebar teksi. Dari Sunway diorang tahan teksi nak balik ke Taman Medan. Sunway ke Taman Medan bukan jauh beno pon. Tapi teksi ni bawak jalan lain. Alasannya jalan jem. Diorang kena pukau ke apa ke tak tau lah. Sedar-sedar diorang dah sampai kat tol Seremban. Gila lah! Bila teksi tu berenti nak bayar tol, apalagi diorang bukak pintu cepat-cepat  lari. Entah mana nak dibawaknya, apa tujuannya tak siapa tahu. Nasib diorang selamat. Menakutkan la woi.. Macam-macam hallah dengan drebar teksi ni. Patutlah semalam dengar berita kat radio yang perkhidmatan teksi di Malaysia adalah yang ketiga terburuk di dunia. Di dunia ya bukan di Asia tenggara atau di nusantara.
Published with Blogger-droid v2.0.9

2012-Cerita 153-Pentiru



Gigih penuh komitmen diorang meniru. Oklah. Tu gitar mainan anak ke dia sebat?
Hahaha....

Tuesday, December 18, 2012

2012-Cerita 152- Oh Suami!

Ketika melayari facebook petang semalam, saya terlihat status ini di page SUDAH TAHUKAH ANDA? lantas merasa sentap dan insaf. Jom insaf sama-sama:-
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mengapa RIDHA SUAMI itu adalah SURGA bagimu wahai PARA ISTRI :

|☆. Suamimu dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidup. Namun ketika dia dewasa, dia memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu mencintainya seumur hidupmu, bahkan sering kala rasa cintanya padamu lebih besar daripada cintanya kepada ibunya sendiri.

|☆. Suamimu dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah dan ibunya hingga dia beranjak dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru saja dikenalnya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah dan ibunya.

|☆. Suamimu ridha menghabiskan waktunya untuk mencukupi kebutuhan anak-anakmu serta dirimu. Padahal dia tahu, di sisi Allah, engkau lebih harus di hormati tiga kali lebih besar oleh anak-anakmu dibandingkan dirinya. Namun tidak pernah sekalipun dia merasa iri, disebabkan dia mencintaimu dan berharap engkau memang mendapatkan yang lebih baik daripadanya di sisi Allah.

|☆. Suamimu berusaha menutupi masalahnya dihadapanmu dan berusaha menyelesaikannya sendiri. Sedangkan engkau terbiasa mengadukan masalahmu pada dia dengan harapan dia mampu memberi solusi. padahal bisa saja disaat engkau mengadu itu, dia sedang memiliki masalah yang lebih besar. namun tetap saja masalahmu di utamakan dibandingkan masalah yang dihadapi sendiri.

|☆. Suamimu berusaha memahami bahasa diammu, bahasa tangisanmu. sedangkan engkau kadang hanya mampu memahami bahasa verbalnya saja. Itupun bila dia telah mengulanginya berkali-kali.

|☆. Bila engkau melakukan maksiat, maka dia akan ikut terseret ke neraka, karena dia ikut bertanggung jawab akan maksiatmu. Namun bila dia bermaksiat, kamu tidak akan pernah di tuntut ke neraka. karena apa yang dilakukan olehnya adalah hal-hal yang harus dipertanggung jawabkannya sendiri...
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Thursday, December 13, 2012

2012-Cerita 151-Pejabat Pos Dalam Alamanda

Hari Selasa 2 hari lepas Selangor kan cuti. Menggelabah sekejap bila kena pos barang kat customer. Nak tak nak kena pergi Putrajaya atau KL cari pejabat pos. Tapi masa tu dah tengahari, takkan nak gi KL. Dalam hati duk pikir kat mana ya pejabat pos kat Putrajaya? sebabnya selama duk pergi ke Putrajaya tak pernah lagi nampak pejabat pos. So google la. Tapi tak jumpa maklumatnya. Masa tu pulak tengah duk sibuk masak tengahari. Sambil google sambil masak. Teringat kat Niha, sms dia. Mesti dia tahu pejabat pos Putrajaya kat mana. Dia kan penduduk tetap Megalopolis Putrajaya. :)

Tunggu punya tunggu takde dibalasnya sms ku itu. Mesti tengah sibuk bekerja tu. So gua search lagi sekali dengan keyword lain pulak. Ha..jumpa pon. Rupanya dalam Alamanda. Siap makan, solat apa sume, terus menuju Alamanda. Hujan pulak turun selebat-lebatnya sampai tak nampak jalan. Sampai Alamanda, cari parking macam nak gila. Lastly kat rooftop baru dapat parking. Nasib hujan dah berenti.

Masa google tadi, ada yang beritahu pejabat pos tu dekat dengan Parkson. So, ikut je petunjuk itu. Ramai bebeno yang serbu Alamanda ya. Sampai tingkat LG, jalan laju-laju menuju Parkson. Ok. Jumpa pejabat pos. Terus masuk. Ramainya umat....Apa-apa hal ambik nombor dulu. Wo..lambat lagi kot. Lagi 40 orang  nak sampai giliran gua. Kata la sorang 2 minit berurusan kat kaunter. Sampai ke gua dah 80 minit, gua duk congak-congak masa. Fengsan...

Gua pun pi isi borang poslaju dulu siap-siap. Kemudian berdiri kat tepi dinding sebab tak dak tempat duduk.    Masa tu la baru dapat sms balasan  dari Niha. Sekali tengah duk membalas sms Niha, ada sorang adik ni datang. "Nak poslaju ke?" tanya dia. "Haah". Gua jawab fendek. "Ambiklah nombor ni. Saya ambik 2 nombor tadi," katanya sambil unjukkan kertas angka giliran kat gua. Gua tengok angka giliran tu dah nak naik dah. Dalam 5,6 orang je lagi. Gua pun sambar je lah tanpa banyak kira. Syukur sangat sebab dalam ramai-ramai tu dia bagi kat gua. Terima kasih bebanyaklah kat adik tu. Kalau tidak berjanggut gua nak nunggu giliran kat situ. Angka giliran gua tu gua pass pulak kat orang lain.

Tapikan, kan, rata-rata yang nak buat poslaju haritu adalah penjual tudung Fareeda. Laku sangat tudung tu sekarang kan? Tapi gua tak mampu la nak beli  tudung macam tu. Lagipun sesuai untuk orang yang pandai bergaya je. Gua ni tahap tudung bawal Juma yang rege RM7 tu je...

p/s:Suami gua cakap daripada beli tudung mahal-mahal, lebih baik duit tu buat pegi makan sedap-sedap. Hohoho...



Friday, December 7, 2012

2012-Cerita 150-Cerita Di Wad

Sleep test procedure yang dibuat ke atas Naqib tempohari adalah untuk mengkaji cara tidur dia dan pada masa yang sama juga untuk melihat tahap kesihatan paru-paru serta jantungnya sama ada berfungsi dengan baik atau tidak. Punca kenapa kena buat test ini: Naqib berdengkur waktu tidur. So doktor suggest suruh buat sleep test untuk study kenapa dia berdengkur.

Tiba di hospital pada pukul 3 petang. Kemudian mendaftar masuk di Unit Hasil dan terus check-in ke wad 5A.


Muka cuak masa mula-mula masuk bilik.

Tak sampai 5 minit tiba, peramu saji dah datang bawak hidangan untuk minum petang. Ada pau dan kuih talam.

Ayah tengah bancuhkan air coklat. 

Makan pau je. Kuih talam jamah sikit je. Pastu bancuh air coklat.

Pukul 6 datang lagi makanan untuk makan malam pulak. Boleh tahan jugaklah rasa lauknya. Ada kari ikan, sup ikan, sayo petola, acar. Ada pencuci mulut. Agar-agar yang takde rasa lagi keras. Tapi habis jugak kitorang dua beranak bedal. Hoho..

Amboi..selera ko makan makanan spital.


Malam tu lepas Maghrib baru doktor datang. Tapi sekejap je. Just tanya pasal Naqib sikit-sikit. Pastu dia suruh tunggu pembantu perubatan datang untuk pasang wayar. Tunggu punya tunggu pukul 10.30 dia datang.  Memang dia datang pasang bila dah nak tido. Lalu berlangsunglah sesi pasang-memasang wayar yang berselirat itu.
Muka pasrah..

Ada yang dipasang di kepala, di belakang tengkok, di dahi, bawah dagu(mikrofon), di tangan, di jari(check oksigen dalam badan) dan juga di dada. Tali yang dipasang di dada tu untuk denyutan nadi, yang pasang di pinggang untuk check buah pinggang.

Naqib merengus-rengus waktu dipasangkan wayar-wayar tu. Tambah lagi bila dipasangkan tiub pernafasan ke hidungnya. Memang agak tak selesa. Abang Din yang jadi tukang pasang wayar tu gelak je waktu Naqib duk merempan-rempan tak tentu hala. Stengah jam jugaklah dia duk pasang mende alah tu sume. Kemudian dia on kan kamera di dinding(untuk tengok keadaan dia waktu tido), tutup lampu. Gelap guguk tak nampak apa. Cuma dapat tumpang lampu di luar wad yang samar-samar.

Alhamdulillah, sepanjang malam Naqib tidur lena dan tak bergerak langsung. Macam mana dia tidur malamnya, macam gitulah jugak gayanya sampai ke pagi. Jam 6 pagi saya bangun dan pegi solat. Dalam 6.30 abang Din datang bukak wayar yang disambungkan pada Naqib. Kemudian Naqib mandi, solat.

Tak lama lepas tu ada sorang doktor datang nak ambik darah Naqib. Berhempas-pulas doktor tu nak ambik darah. 3 tempat dia cucuk Naqib tapi setitik darah pun tak terbit. Siap dijungket-jungketkan jarum tu sampai Naqib menjerit kesakitan. Dalam hati duk tertanya-tanya jugak. Doktor, ko pandai ke dak ni nak ambik darah? Akhirnya dia fed-up. Dia kemas-kemas perkakas dia dan keluar. Dengar doktor tu duk sebut 'shit' 3,4 kali. Mesti dia tak puas hati sebab gagal dalam tugasnya itu.

Ini bukan pertama kali saya lihat doktor yang tak pandai handle bab mengambil sampel darah pesakit. Masa si Niha beranak hari tu pun macam tu. Ntah macam mana doktor tu buat, darah melimpah-limpah keluar sampai menitik-nitik dan tak masuk dalam tiub sampel darah. Nasib baik ada nurse datang. Nurse tu yang settlekan. Hehe..marah lak nanti doktor-doktor. Mungkin doktor-doktor yang terlibat ni adalah doktor yang baru bertugas dan masih belum mahir. Biasalah. Takkan tiba-tiba terus hebatkan?



Tak lama lepas tu doktor tu datang lagi. Masa tu tengah sarapan. Dia nak bawak Naqib pergi ke station depan kat kaunter nurse untuk ambik sampel darah sekali lagi. Dia dukung Naqib bawak pi sana. Sebab katanya Naqib jalan lambat. Lantaklah doktor. Naqib tu berat 30kg. Larat ke? Sekali masa dia hantar balik, Naqib dah melorot sampai ke lutut dia dah. Dah tak mampu katanya. Kakaka..aku gelak je dalam hati. Kelakarlah doktor ni.

Sementara tunggu keputusan darah, kena pindah katil pulak pasal ada pesakit baru nak masuk bilik tu. So pindah ke bilik lain. Dalam tu ada 3 penghuni lain. Kesian sangat. Kecik-kecik dah sakit. Ada yang sakit asma dan yang kat katil sebelah Naqib, umur 11 bulan. Sakit jantung.

Kemudian Doktor Faizah datang melawat Naqib. Dia beritahu keputusan sampel darah Naqib tadi normal. Alhamdulillah. Dia cek pergerakan Naqib semua. Cek kerongkong, cek hidung takut ada apa-apa blocking. Sekali doktor cakap Naqib ada resdung. Adoi..umur 11 tahun dah ada resdung??

Sementara tunggu discharge, ada beberapa orang pelajar perubatan datang untuk interview Naqib. Ada yang nak jadikan Naqib case study diorang. Aku ni dahlah sakit gigi yang amat. Belasah pain killer pun tak jadi apa. Malasnya nak layan tapi terpaksalah jugak melayan. Ketap-ketap bibir bercakap sambil tahan sakit. Bayangkan dalam bilik berair-con saya boleh berpeluh mendidih. Sakit oi!

Lepas tu Doktor Feizel yang biasa merawat Naqib waktu di klinik pediatrik datang dengan student dia. Dia suruh budak tu check Naqib dan teka apa sakit dia. Tapi budak tu salah teka. Mula-mula dia kata tulang bengkok. Doktor tanya, "any other finding?" Budak tu cek Naqib sekali lagi tapi tak dengar dia cakap apa. Doktor kata salah sebab dia takleh beritahu nama betul penyakit tu. Bila doktor Feizel dah blah budak tu datang dan tanya saya apa sakit Naqib. Patut takyahlah beritahu sakit apa kan? Biar dia cari sendiri. Tapi aku baik hati pi beritahu. Pastu budak tu cakap, "Oh! I missed that!"

Susah kan nak jadi doktor? Nak kena ingat nama penyakit pastu nak relate pulak dengan simptom. Pastu apa pulak kekdah rawatan yang perlu diberikan. Nak bagi ubat apa? Berasap..

Pukul 12 makanan tengahari sampai. Ada 2 menu. Satu nasik dengan lauk kari ayam, acar timun dan sayur sawi campo dan satu lagi chicken chop. Naqib pilih chicken chop dan terpaksalah mak mengalah makan nasik. Makan nasik tak habis pon. Sakit gigi punya pasal! Tapi ada kes la sikit. Sayo yang datang sekali dengan chicken chop tu ada ulat.



Ulat terbentang depan mata. Masa diorang duk hidang tu tak nampak ke? Huhu.. Tapi tak cakap pun kat budak yang ambik dulang makanan tu. Tak tahan sakit gigi dah masa tu. Siap keluar air mata. Nak bukak mulut dah tak larat. Kepala hotak duk pikir nak balik je.

Pukul 3 lebih baru discharge. Settle bab discharge kat Unit Hasil. Tak payah bayo sesen pon. Hehe..

Sampai ke rumah, boleh pulak sakit gigi tak semena-menanya hilang! Dah tak sakit sampai sekarang!
Published with Blogger-droid v2.0.6
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.