Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Saturday, March 30, 2013

2013-Sharing Is???



Hari ni fitnah dah macam makan nasik. Ruji.
Celik mata bukak facebook, twitter, blog, kemudian tekan share.
Betul salah tolak tepi. Tak ada pun nak fikir dengan akal yang diberi.
Ya. Sekarang semua maklumat di hujung jari.
Tapi berapa ramai yang siasat dulu sebelum nak share cerita/berita yang diterima?
Adakala benda itu jelas tipunya tapi ramai yang tak nampak.
Kurang pengetahuan barangkali.
Inilah orang panggil celik tapi buta.
Ada hati tapi mati.

Kita selalu dengar orang kata sharing is caring.
Tapi dalam hal fitnah ni, ko share ko dapat dosa.
Aku tengok kat Facebook tu dah macam medan menyebar fitnah.
Kadang-kadang seriau baca status orang.

Hoi! Senang benar nak jadi pengfitnah sekarang ni.
Peringatan untuk aku juga. Kalau dapat apa-apa maklumat, selidiklah dulu kebenarannya
dan kalau tak tahu apa-apa tak payahlah gatal tangan atau gatal mulut menyebarkannya!
Semoga kita semua dijauhkan dari semua ini.







Friday, March 29, 2013

2013-Feeling Orang Putis

Beria beli tempe sampai 2 tepek. Konon-kononnya nak masak sambal ikan bilis tempe. Namun tewas gara-gara tengok rancangan masak-masak si Sunny Anderson tu (Cooking For Real). Dia masak Shepherd's Pie. Yang sadisnya, mula-mula memang nak buat Shepherd'd Pie. Siap rebus kentang segala tapi akhirnya menyimpang lagi.

Akhirnya, inilah yang dimasak tengahari tadi.


Lasagna. Dan mashed potato. Orang putis sangat gayanya kan????
Bangsa perempuan tak tetap pendirian ginilah....

Monday, March 25, 2013

2013-Yang Sempoi-sempoi Sudah...

Ada hari macam tak tahu dah nak masak apa. Menu ulang-ulang sampai muak. Hari ni duk fikir-fikir apa mau masak untuk tengahari ni ya? Dah muak dah nak bergulai kari, asam pedas segala.

Gambo ambik dari instagram.
Ya. Makan pakai sudu garpu pasal makan masa nasik and lauk masih panas berasap.
Gelojoh kan???? Tak menyempat-nyempat!

Inilah dia menu tengahari saya hari ini. Sayo lemak taugeh+sawi+tauhu+suun. Pastu goreng tempe dan ikan bilis garing-garing. Buat sambal kering, masukkan tempe dan ikan bilis tadi. Sedap. Berpeluh-peluh makan. 


Suamiku tengok lauk ni, dia ambik nasik membukit. Favourite dia sayo lemak tu. Kadang-kadang lauk yang sempoi macam ni la yang sedap.


Wednesday, March 20, 2013

2013-Surprise!!!

Adik aku anak-beranak buat surprise pagi tadi. Aku baru sampai rumah dari menghantar Naqib ke sekolah. Alih-alih dapat call dari dia beritahu nak datang rumah. Dah nak sampai. Hampeh!

Kelam-kabut aku kemas tilam bantal yang terbentang tengah-tengah rumah. Tak sempat nak sapu dia dah sampai dengan isteri dan anak keciknya itu. Rupa-rupanya diorang pergi menghantar PIL adik aku tu ke LCCT. Diorang nak pergi Sarawak. Keluar dari rumah pukul 5 pagi tadi. So on the way balik diorang singgahlah rumah aku.

Inilah pertama kali dapat pegang, dapat tengok anak sedara baru ku itu depan-depan mata. Selama ini tengok gambo yang maknya letak kat facebook. Sebabnya, adik ipar aku ni kerja kat Terengganu. Adik aku lak kerja kat Kolumpo. Hujung minggu baru balik kampung jenguk anak bini. Kebetulan mama ngan abah adik ipar aku ni nak ke Sarawak, so dia tumpang la sekali datang KL.



Muka sebijik apaknya. Dengan telinga, dengan mulut, dengan bulu mata lentik memang macam apaknya. Jangan ko ikut perangai degil apak ko udah ye Dhia cayang. Haha..

Tadi, masa datang umah, Dhia tido. Nyenyak je. Kata apaknya, budak ni jenis siang tido, malam berjaga. Sebijiklah perangai apak kau nak oi. Itu pasal senang nak bawak berjalan. Masuk kereta tido je kerja dia. Tapi malamlah yang tak tahannya sebab dia berjaga. Mamanya dah tak sabar nak tunggu Dhia besar. Katanya tak sabar nak 'hias' anak. Hahaha...

Monday, March 11, 2013

2013-Baru Seronok..

Hujung minggu semalam tak ke mana. Ada tu ada, tapi cuma ke kedai Speedmart 99 dekat dengan rumah beli barang dapo.
Dah tak ke mana tu kita layan movie la. CZ12. Best oi layan. Full of action. Jackie Chan ni mana entah datang tenaga dia buat stunt action segala. Memang dari dulu suka tengok movie yang dia berlakon. Project A tu entah berapa kali aku ulang tengok.



Katanya CZ12 ni mungkin filem dia yang terakhir. Mungkin dah penat dah kot. Dah tua kan dia. Apa taknya semua stunt dia yang buat! Minggu lepas tengok dia dalam Running Man tu nampak sangat dah ketuaan dia.
CZ12 ni penggambarannya di Russia. Ceritanya si JC ni kena dapatkan balik kepala patung 12 chinese zodiac  kepada negara China. Dalam pada nak dapatkan patung-patung tu banyaklah halangan yang berlaku. Tapi last-last selamat la semua patung tu dipulangkan kepada China. Tak tau la betul ke dak jalan ceritanya gitu tapi itulah dia pemahaman aku.
Yang lagi menambahkan ke'best'an movie ni ialah sebab Kwon Sang-woo pun berlakon dalam ini cerita. Dia jadi pembantu JC. See, aku tak minat sangat tengok cerita action ni tapi sebab 2 manusia ini yang berlakon, maka aku layan. Hahaha..dasar kan??
Tapi jalan cerita dia memang best. Tak rugi to spend some time to watch this movie. Lepas ni tunggu Rock Oo pulak keluar astrofirst. Gua peminat Slash Mat Tapah ok!

2013-Amboi....

Masa duk selongkar gambar dalam desktop ni terjumpa pulak gambar anak bujang kita ni.



Gambar dia dengan sepupunya, Arif Akmal aka Abang Long kat tangga kedai di Jongker Street. Dah macam gengster aku tengok.  Baju, kasut matching ye dengan spek mata dan jam. Ini kerja menata gaya mesti paksu punya kerja. Amboi...bergaya sungguh!! 

Ini jam dia pi berjoli ke Melaka dengan nenek, makcik, pakcik dan sepupu-sepupunya di pertengahan tahun lepas. Aku tak pi pasai apaknya tak dapat cuti. So, aku pun duk rumah ajelah. Bukankah tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya??? (Padahal aku rasa sangat berbulu, nak nangis tak dapat pergi..huhuhu...)

Wednesday, March 6, 2013

2013-Tak Sihat

Perutku kurang kasih sayang kebelakangan ini lantaran disumbat dengan pelbagai jenis juadah termasuk yang terlarang (diambil oleh manusia berangin sepertiku).

Maka, nah ini aku terlantar tersadai kesenakan perut dipulas angin. 

Teman baik selamanya (bff) di ketika ini:-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.