Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Tuesday, May 21, 2013

2013-Berganti-ganti

Lepas anak demam, emaknya pulak demam. Siap dengan pakej batuk selsema cukup lengkap. Sekarang dah sihat, cuma ada la saki-baki batuk yang tinggal sikit-sikit.

Apaknya pun tak ketinggalan. Demam jugak. Dia la yang paling lama. Dari hari Khamis lepas, semalam baru betul-betul kebah. Hari ni baru pergi keje. Penat jugak menjaga orang tua sakit ni. Manjanya ngalahkan budak-budak ya! Dia pun samalah. Batuk selsema, dan jugak tambahan pakej sakit kepala dan mengigau waktu malam. Hoh! Berganti-ganti pulak demam kitorang ni.

So now, everything is back to normal. Naqib di sekolah, apaknya dah ke tempat kerja. Maknya kat rumah blur macam biasa. Ngemas tak habis lagi. Baju masih berputar dalam mesin basuh. Otak masih terfikir-fikir nak masak apa untuk tengahari ini. Masak nasik ayam best gak kan?

Hehe..anak sedara kesayangan sudah mau masuk 4 bulan. Rajin mama dia masih pakaikan barut.

Comel tak anak sedara Kak Ton???

Thursday, May 9, 2013

2013-Demam

Semalam tido lewat. Kemudian bangun awal untuk bersahur. Lepas balik hantar Naqib ke sekolah, terus siram pokok bunga, sapu daun-daun kering. Tapi buat ala kadar je. Mengantuk tak ingat. Masuk rumah terus sembam diri ke tilam.

Pukul 10 kot terjaga. Dalam mamai-mamai tu ada panggilan telefon. Tengok nombor tak kenal. Panggilan dari sekolah Naqib rupanya, beritahu Naqib demam. Suruh ambik Naqib kat sekolah.

Terus bingkas bangun. Terus cergas. Basuh muka, sarung baju terus pi ambik dia kat sekolah. Ololo..kesian anak mak. Melepek kat kelas. Demam sampai tak larat nak jalan. Kawan-kawan dia tolong papah sampai ke kereta.

Rasanya dia ni demam urat kot. Semalam buat fisio. Latihan naik tangga turun tangga. Terlebih guna otot ke apa ntah. Pagi tadi ada dia cakap dia demam. Tapi bila raba dahi tak rasa panas. Tu yang dia ke sekolah macam biasa. Kesian pulak kat dia.

Dah balik rumah, suruh dia makan nasik. Lepas tu bagi dia ubat demam. Terus tertido. Alhamdulillah setakat ni demam dah kebah.

Thursday, May 2, 2013

2013-Balik Kampung

Yeay..malam esok dah nak balik kampung. Balik naik bas. 2 beranak je dengan Naqib. Ayahnya mengundi di KL maka tak dapatlah pulang sekali.

Tahun ni masuk kali ke 3 saya mengundi. Tahun pertama 2004, kedua tahun 2008 dan tahun ini tahun ke 3. Harapannya walau siapa pun yang kita pilih, orang itu dapat membela nasib kita, adil, amanah dalam menjalankan tugas, dan yang penting bukan sahaja dapat memimpin kita di sini, tetapi juga ke 'sana'.

Bagi pemimpin pula, kalaulah mereka tahu menjadi pemimpin ini besar tanggungjawabnya, sudah tentu mereka akan menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh amanah. Senang cerita, menjadi pemimpin ibarat menempah sebelah kaki ke neraka.

Kerajaan dibangunkan oleh rakyat, dipimpin oleh mereka yang dipilih oleh rakyat untuk mewakili suara rakyat. Baik kita sebagai rakyat, mahupun mereka yang bergelar pemimpin, jalankan tugas kita dengan penuh dedikasi. Berdoa dan beristikhoroh. Semoga datang pertolongan dari Allah.  Jom mengundi!

Anyway, dah buat 2 lai dress untuk anak buah kite, dak Dhia Nur Ain. Harap-harap muat untuk dipakai. Kata mak, Dhia ni makin bam-bam macam ayahnya masa kecik. Berat nanang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.