Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Friday, June 28, 2013

2013-Yakitori

Hari sudah masak masakan dari Korea. Lepas tu berpindah pulak ke makanan Jepun. Buat yakitori. Yakitori ni maksudnya burung/ayam panggang. Pernah buat sekali dulu tapi rasa cam leceh sikit pasal kena selalu bukak tutup oven untuk sapu bumbu pada ayam tu. Tetapi dengan adanya pemanggang ajaib, tidak susah lagi.

Serius aku gila dengan pemanggang ajaib. Semua benda kalau boleh nak masak kat dalam tu. Cuma bakar kek je belum berjaya. Orang kata boleh bakar kek jugak kan? Tapi 2 kali dah try bakar kat dalam tu tapi akhirnya kek hangus di bawah tapi tengah dengan atas tak set lagi. Dah lepas tu baru ada kawan beritahu kena sumbat tisu kat lubang tengah tempat keluar stim tu. Oo..Gitu rupanya. Nanti-nantilah cuba.

Berbalik kita kepada yakitori. Ini menu paling senang dan ringkas tapi sedap. Isi ayam tu potong kecik-kecik. Kemudian cucukkan ke lidi macam kita nak buat sate tu. Kalau suka, boleh juga diselang-selikan dengan potongan bawang besar. Panaskan pemanggang dan panggang ayam sampai setengah masak. Sementara tunggu ayam dipanggang, buatlah bumbunya.

Dalam mangkuk masukkan bawang putih dan halia yang dicincang halus, letak sikit sos hoisin, kicap manis, madu dan air. Kalau ikut resipi asal kena guna mirin(arak). Dan aku tambah sos hoisin nak bagi rasa masam-masam sedap. Campurkan semua sampai sebati. Bila ayam dah separuh masak, sapukan bumbu tadi pada ayam. Panggang lagi. Kemudian balikkan ayam. Sapu lagi. Ulang sampai ayam masak sepenuhnya. Permukaan ayam akan kelihatan berkilat.

Dah masak tu angkatlah dan hidangkan panas-panas. Rupa memang dah gaya sate tapi ini versi Jepun yang lebih ringkas dan mudah. Time bulan puasa sesuailah dibuat juadah berbuka atau bersahur.

Tuesday, June 25, 2013

2013-Penangan KDrama

Korang yang biasa tengok cite Korea mesti pernah tengok diorang makan sejenis makanan yang dipanggil kek beras (tteokbokki/dubboki) yang dijual kat gerai-gerai tepi jalan tu kan?

Wei..bila selalu sangat nampak benda alah tu lama-lama jadi  teringin pulak nak rasa. Macam sedap sangat. Beria aku pi google cara-cara membuatnya. Dah jumpa resipi, lantas misi membuat kek beras ini pun bermula.

Resipinya ringkas je. 2 cawan tepung beras, 345ml air panas mendidih dan sedikit garam. Gaul 3 bahan tu rata-rata sampai jadi macam serbuk roti. Pastu kukus 10 minit. Keluarkan dari pengukus, gaul lagi. Kukus sekali lagi dalam 10 minit. (kalau ada microwave, just masukkan dan panaskan pada suhu tinggi selama 2 minit-buat 2 kali jugak). Pastikan doh tu bertukar lutsinar(macam laksam), dah takde rupa tepung dan bila picit rasa macam sikit kenyal baru angkat ye. Kalau belum sila kukus lagi. Kemudian, lumur minyak pada meja kerja-taknak bagi melekat, dan tumbuk bagi halus. (kalau ada breadmaker masukkan je kat dalam breadmaker tu). Dah elok kejadiannya, bahagikan doh kek beras tu kepada beberapa bahagian. Gentel macam nak buat keropok lekor dan potong ikut panjang yang korang nak. Dah siap. Bolehlah guna untuk masak. Tapi kalau korang malas nak buat, kat supermarket pun ada jual. Aku buat sendiri pasal nak jimatkan duit.

Haritu buat tomyam masukkan tteokbokki tu sedap jugak. Tapi kena masak benda tu lama sikit. Kalau tak, terasa akan rasa berasnya. Walaupun tak original dan pure macam yang Korean masak tapi pueh hati dapat rasa sendiri kek beras itu. Lain kali bolehlah try masak pesen lain pulak.

Monday, June 24, 2013

2013-Nisfu Syaaban Sudah..

Tadi dah tertido awal. Terjaga dekat-dekat nak pukul 2 pagi. Pastu terfikir nak puasa sempena nisfu syaaban. Sebelum tu suami dah tanya nak puasa ke tak. Tapi yang aku ni dengan letih travel, dengan sakit perut angin kus-kus rasa macam tak larat nak puasa. Tapi tadi bila terjaga dari tido, teringat dengan kelebihan nisfu syaaban, teringin pulak nak puasa.

Lalu, sementara mata tak rasa nak tido ni, aku pun bangkit menuju ke dapo. Masak nasik 1 pot, goreng telur dadar, masak lauk sardin. Ringkas-ringkas sudah. Cukuplah untuk kitorang laki bini buat sahur. Tengah-tengah masak suami terjaga. "Sayang buat apa?" terpisat-pisat dia tengok aku duk congcengcongceng masak pukul 2 pagi. Entah-entah  dia ingat aku ngigau lagi kot! Ngigau masak-masak. Hebat! "Masak untuk sahur la.." aku jawab. "La..dah tadi kata tak nak puasa. Ni nak puasa pulak!" Pastu dia bebel apa ntah aku tak dengar. "Ala..kita puasa je la..". Kataku.

Dah dia sambung tido balik. Aku pulak masih duk kelip-kelip  mata sorang-sorang ni. Badan pulak rasa letih campur sesak dada. Nak tarik nafas panjang pun tak berapa nak lepas. Tekak pulak kering manjang. Nasib baik sekolah cuti.  Yippie! Bolehlah rehat puas-puas.

Apa-apahal, yang berpuasa sempena nisfu syaaban ni diucapkan selamat berpuasa. Marilah sama-sama kita menambah dan memperkukuhkan lagi ibadah kita. Semoga amalan baik yang kita lakukan diterima Allah. Insyaallah.

Friday, June 21, 2013

2013-Rawatan

Ramai yang tanya pasal Naqib ya. Tq to uols yang prihatin dan sudi bertanya khabar akan anak saya itu. Buat masa ini selain menjalani fisio, Naqib juga menjalani rawatan alternatif, gabungan homeopati moden, rawatan secara elektronik, urut dan akupuntur. Doktor spital sebelum ni pernah nasihat, tak payah perabis duit berubat sana sini. Penyakit ni takde ubatnya, katanya. Sedih dengar doktor tu cakap gitu. Kan ada hadith yang berbunyi, "tiada penyakit yang tiada ubatnya, kecuali tua dan mati". Mungkin perubatan yang menggunakan rawatan moden belum jumpa lagi ubatan yang sesuai, maka tak salahkan kalau mencuba rawatan alternatif?

Kebetulan mak mertua saya pun berubat kat situ. Mak mertua ada slip disc. Dan ada perubahan lepas 2 bulan menjalani rawatan di situ. Tu yang mak mertua cadang Naqib dirawat kat situ. Tapi bila dengar bayaran rawatan ni agak mahal, down sekejap. Takut tak mampu nak bayar. Pendapatan selama ni pun cukup-cukup makan. Kata mak mertua, pasal duit tu tolak tepi. Duit tak cukup mak tolong top up. Dah ada duit nanti baru ganti. Yang penting rawat Naqib. Maka itulah kami teruskan jugak.

So, dah masuk 4 minggu Naqib jalani rawatan. Nak kata ada perubahan tu, tak nampak lagi. Doktor tu sendiri pun cakap ia mungkin makan masa 2,3 tahun atau lebih untuk sembuh. Berpeganglah kepada hadith yang di atas tadi. Insyaallah ada jalannya, kata doktor. Yang penting konsisten dan bersabar, di samping berdoa untuk kesembuhan. Ini sekadar ikhtiar. Selebihnya tawakkal pada Allah. Dia Yang Maha Penyembuh!

Terhutang budi dan terharu sangat dengan keprihatinan keluarga, baik belah saya atau belah mertua. Mereka memberi sokongan, semangat malahan ada yang sudi menghulurkan wang demi kesembuhan Naqib. Tak mampu saya nak membalasnya.

Semoga kebaikan yang anda hulurkan mendapat balasan yang setimpal di sisi Allah.

Thursday, June 13, 2013

2013- Misteri Nusantara

Tak tau nak cerita macam mana misteri yang berlaku 2 malam lepas. Gigil ok! Tiap kali teringat, naik sume bulu roma yang ada ni ha.

Malam tu rasa mengantuk sangat padahal awal lagi. Tak tahan sangat lantas aku tertido. Lebih kurang pukul 11 lebih gitu suami kejutkan. Dia tanya dah solat ke belum. Aku cakap belum. Aku pun bangun pi solat. Dah selesai tu nak sambunglah tido balik. Tapi dah kata tertido dah sebelum tu, jadi susah nak tido. Terkebil-kebil sorang-sorang. Last-last tertido jugak tapi tak tahu la pukul berapa.

Kemudian, aku terjaga dan pusing badan ke kanan. Mengadap Naqib. Aku kan sejak Naqib dah takleh naik tangga ni memang tido kat tingkat bawah je. So, aku tido di tengah. Kanan Naqib, kiri suami. Masa mengadap Naqib tu aku macam terperasan ada api kat atas sofa. Api yang baru nyala. Tak besar pun. Tapi bila tengok sekali lagi dah takde. Aku pandang je kat tempat tu sebab rasa musykil. Mata aku rasanya memang tak silap. Memang ada api tadi!

Tiba-tiba nampak ada benda bergerak dari sofa tu tapi samar-samar. Nampak tak nampak. Benda tu bergerak dan bercahaya malap-malap gitu. Benda tu naik ke tingkat atas. Aku pusing ke kiri nak beritahu suami tapi rupanya suamiku pun jaga. Aku siku dia sambik tanya, "Abang nampak tak?". Dia angguk. Kitorang pun start baca ayat Kursi. Ulang-ulang. Aku dah gigil. Baca pun tenggelam timbul. Tersekat-sekat. Seram hoi!

Waktu baca ayat Kursi yang last tu, (walaa yauduhu...) , nampak benda tu turun balik. Makin lama makin nampak bentuk. Bila sampai bawah, benda tu bertukar. Dah macam manusia. Perempuan. Pakai baju stail macam baju kurung Kedah, tapi baju masuk dalam, kain batik kat luar. Umur dalam 50an kot. Muka dia gelap. Tak pasti itu manusia atau jin jelma jadi manusia. Aku dah berpeluh-peluh. Perempuan tu berdiri betul-betul kat pintu rumah. Dia duk pandang tajam kat kitorang.

Kemudian dia tunjuk tangan dia kat kitorang. Kat tapak tangan dia keluar api. Dia macam nak tuju api tu kat kitorang. Takut sangat masa tu. Suami aku terus baca ayat 3Qul. Pastu hembus kat tangan, kepal, campak kat perempuan tu. Cemas waktu tu Allah je tau. Aku tutup mata. Takut nak tengok apa yang jadi. Aku baca lagi ayat Kursi kuat-kuat. Itu je ayat yang aku boleh ingat masa tu.

Pastu aku dengar suami aku panggil. Aku dah siap menangis sambil mulut duk kumat-kamit baca ayat. "Sayang! Sayang!" Suamiku duk panggil lagi tapi aku takut sangat nak bukak mata. Sampai suami aku hogah-hogah badan baru aku berani bukak mata. Aku terus pandang ke pintu. Perempuan tu dah takde! Mujarab jugak ilmu hembus kepal laki aku tadi tuh, aku cakap dalam hati. Terus lap air mata, hingus, peluh semua.

Suamiku pandang aku sambil senyum lalu berkata, "Sayang ngigau eh?"

Aku pandang sekeliling. La..ngigau ke? Aku pandang suamiku. "Abang dengar orang cakap apa-apa tak? Inesen je aku tanya. "Apa tak dengarnya. Baca ayat Kursi kuat gila!"

Malu oi! Balik kerja petang itupun suamiku perli lagi. Nasib baik dalam mimpi tu aku just menangis je. Buatnya aku ketakutan lalu terkincing, mau berjemur tilam kat pagar. Sekian sahaja kisah mimpi misteri nusantaraku. Wassalam.

Saturday, June 8, 2013

2013-Lama

Lama tak menulis. Hampir-hampir lupa ku punya sebuah blog. Kesibukan melanda. Minggu-minggu sudah sibuk berulang-alik rumah makcik yang nak mengahwinkan anaknya. Tolong apa-apa yang patut. Karang tak tolong tak patut pulak sementelah rumah ku yang paling dekat.

Alhamdulillah. Selamat sudah sepupuku menjadi isteri orang. Tapi sekeping haram pun aku tak ambik gambarnya. Time diorang bersanding aku kat belakang tengah sibuk uruskan pencuci mulut untuk makan beradab. Yang kelakarnya masa nak serve pencuci mulut baru perasan takde sudu. Tanya makcik, dia pun bingung, tak ingat dah dia letak kat mana. Last-last tibai je sudu plastik yang orang buat makan bubur tu. Huhu.. Settle!

Kesian jugak dengan makcikku ini. Macam-macam masalah timbul sebelum majlis. Tapi yang paling sadis bila pembekal kanopi lupa nak hantar kerusi meja untuk kenduri. Deposit dah bayar. Kata pembekal, buku senarai pesanan hilang. Logik ke? Bayangkan esok nak kenduri, malam sebelumnya takde kerusi meja lagi. Siap ugut nak report polis baru diorang hantar. Itupun pukul 3 pagi diorang hantar dan pasang. Macam-macam dugaan timbul. Buat semua orang panik je. Namun, Alhamdulillah semuanya dapat diatasi di saat-saat akhir.

Apapun, di majlis ini aku dapat belajar skil baru. Hias pulut kuning. Waktu makcik mintak tolong buatkan, aku iakan aje walaupun tak pernah buat sebab kesian dengan makcik. Gamble je. Nasib baik mak aku ada. Dia ajarkan apa yang patut. Alhamdulillah, jadilah jugak walaupun...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.