Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Wednesday, September 25, 2013

2013- Merempan Merepek

Banyak benda yang nak dirempanrepekkan.

1. Aku dolu dolu dolu guna beras cap buah-buahan[edited] yang katanya established sejak 1983. Suka sebab beras ni tak cepat basi. Ko masak tengahari ni, tengahari esoknya pon tak basi lagi walopun tak diperangatkan. Tapi lepas tu terberhenti guna sebab beras ni susah nak jumpa. Stengah kedai ada, stengah kedai takda. So, mula guna beras yang ada muka Dato' Jalaluddin Hassan tu pulak. 

Kemudian baru-baru ni suamiku dapati beras  tu ada dijual di kedai borong dekat dengan rumah ni. Dah habis beras  kitorang pun beli beras tu. Tetapi, kualitinya dah tak macam dulu. Cepat beno basinya. Mula -mula aku perasan kalo masak tengahari ini, esok paginya memang gerenti nasik dah basi. Macam semalam, suami balik lambat sebab ada seminar. Balik rumah nak makan nasik (masa tu baru pukul 12am), nasik dah basi ye. Macam pelik cepat sangat basinya. Padahal tengahari tu masak. Nasib baik suami tak lapar sangat pasal dah makan roti canai dengan kawan-kawannya sebelum tu. Hish! Apa nak buat dengan beras tu? Baru beli. Banyak lagi. 

2. Dah 2 hari tak sihat. Macam nak demam tapi tak demam. Lemau je. Sakit kepala nyut-nyut campo sakit pinggang macam nak putus. Baring je kejenya. So pagi tadi, bekalkan Naqib yang ringkas-ringkas je. Lempeng dengan sambal sardin. Tak kuasa nak masak beria. Balik dari hantar Naqib, singgahlah beli bihun goreng kat satu gerai ni. Akak tu pun bungkuskan bihun tu, letak sikit sambal. RM3 ye. Nak tercekik aku dengar harga. Terkunci mulut terus. Dalam rela tak rela je aku serah duit 3 hinggit kat akak tu. Macam tak jadi beli pun ada.  Kalau tak kerana aku ni tak larat nak main masak-masak ni, takdenya aku nak perabis duit membeli. Balik rumah, terus bukak bungkusan bihun. Nak tengoklah kot ada emas 916 seketul ke kat dalam tu yang mahal sesangat. Kuis-kuis takde apa yang special. Bihun goreng bodoh je. Ada la 2 ketulan ayam beso ibu jari, dengan sawi bersimpul. Nak menangis sementara nak perabiskan bihun goreng tu. Paksa sodok  masuk mulut. Rasa kureng...



Di sini nak beritahu, bukanlah aku sengaja bersungut, tak nak bersyukur dengan rezeki yang Allah beri ni. Tapi, ini soal perikemanusiaan. Soal penindasan. Melampau sesangat akak ni letak harga. Kalau nak meniaga tu janganlah menganiaya orang. Masing-masing pun mencari rezeki. Tapi biarlah cara ko mencari rezeki dengan cara yang sempurna yang tak mendatangkan sakit hati dan punah jiwa pada orang lain. Nak letak harga pun biarlah sepadan dengan rasa dan kualiti yang diberikan. Kalau takde orang lain tadi kat gerai dia, mungkin ku dah slow talk bagitahu harga dia jual mahal. Tapi ada orang lain, takkan nak cakap depan-depan gitu. So, lepas ni aku tak nak pergi dah gerai ko kak. Boikot!

3. Dapat anak saudara baru lagi. Budaknya dah masuk 20 hari lebih dah. Namanya Abdul Rahman.


Mata sepet, hidung mancung. Entah ikut sape. 

4. Hari ni birthday suami kite tau. Semalam dia sampai rumah kan dah lewat. Saja je aku peram buat-buat tak tau. Tak wish apa-apa pun kat dia. Tapi pagi tadi, dia jaga dari tido terus aku bisiklah kat dia 'Happy birthday'. Sengih je dia. Selamat meniti hari tua ye bang...! Dia tak tau, senyap-senyap aku order kek dengan jiran. Tapi ni dia balik lewatlah pulok. Ada training. So, padan tengok jelah keknya. Nak ngap tak boleh.


Fruit flan cake. Harga RM30 je. Murah kan????


Okeh. Cukup setakat 4 la dulu. Esok-esok kita tambah lagi ya.

Wednesday, September 18, 2013

2013-Karipap Gergasi

Hari tu kan aku ada cakap nak cuba karipap gergasi Kuala Selangor tu kan. Minggu lepas, hari Sabtu, dah singgah beli.


Wah! Rupa-rupanya dah pernah kena terjah dengan JJCM. Patutlah tiap kali lalu situ ramai je orang berenti gerai jual karipap gergasi itu. Rasanya boleh tahan. Beli dua je sebab nak rasa. Satu inti ayam, satu inti daging. Memang gergasi karipapnya. Beso lagi dari tapak tangan. Makan satu dah cukup kenyang. Dan intinya terasa rempahnya, isi ayam/dagingnya beso-beso gedabak. Harga sebijik RM3.50. Kalau tambah telur rebus sebijik dalam tu lagi ok kot. Pasni nak try buat sendiri.

Tapi apa-apa pun aku lebih suka karipap yang saiznya kecik comel. Sebab senang nak makan. Kalau beso, dah kena potong-potong bila nak makan, leceh. Berkecah pulak tu. So, kalau ada sape-sape nak cuba, bolehlah jalan-jalan ke Kuala Selangor. Areanya dekat Kampung Assam Jawa kalau tak silap. Dekat dengan simpang 3 tonggek-sebab simpangnya tak lurus. Berdepan dengan Taman Belibis (husband ku sebut Taman Iblis). Kalau dari highway LATAR, jumpa cendol bakar dulu(belah kanan). Ke depan sikit bolehlah jumpa gerai karipap gergasi ni belah kiri.

Thursday, September 12, 2013

2013-Cendol Durian Borhan


Kesahnya, minggu lepas terawal pulak sampai ke klinik rawatan Naqib. Appointment pukul 4, tapi pukul 3 lebih dah sampai. Biasa jalan kat pekan Kuala Selangor tu sesak tapi hari tu lengang pulak. Itu yang sampai awal tu. Suami tanya, nak berenti makan kat cendol Borhan ke? Eh..nak aje. Sebelum ni tengok sambil lalu je. Teringin jugak nak rasa tapi segan nak cakap kat suami. Biasanya kalau lalu situ kereta berjujuk tapi hari ni mungkin rezeki kitorang. Lengang je. So berenti la pekena cendol durian kat situ.


Perghhh...Sedap weh.. Semangkuk rasa tak cukup.  Memang takleh lupa dia punya rasa. Tu yang setompok kuning tu isi durian ya. Harga boleh tahan. Kira murahlah kot. RM2.50 semangkuk. Selain cendol durian ada lagi cendol dengan isi yang berlainan tapi tarikannya dah tentu cendol durian. Ada jugak jual laksa. Budak yang ambik pesanan tu tanya nak laksa ke apa ke tapi kitorang ni aimnya cuma pada cendol durian, maka takde lah nak pesan makanan.

Kalau ikutkan sepanjang jalan ke Kuala Selangor tu berderet-deret kot jual cendol. Cendol Bakar lah, Cendol Ayu lah tapi Cendol Durian Borhan gak yang jadi pilihan sebab suami kata cendol kat situ memang sedap.

Sapa-sapa yang ke Kuala Selangor tu, nak makan cendol, memang ku rekemen cendol durian Borhan ni. Lokasinya dalam 5 minit dari Giant Kuala Selangor yang baru dibuka tu. Kalau dari Kuala Selangor, gerainya belah kanan. Sepanjang jalan pun ada signboard Cendol Durian Borhan. FYI, Cendol Durian Borhan dah ada banyak cawangan. Kat Terengganu pun ada. So, kalau jumpa silalah cuba. Tapi tak jaminlah rasanya sesedap yang ori buat.

p/s: Lepas ni rasa nak try Karipap Gergasi kat area Bukit Rotan pulak. Tiap-tiap minggu lalu situ macam teringin pulak nak cuba.

Friday, September 6, 2013

2013-Hantar Barang

Masak nasik beriani untuk lunch semalam. Puncanya sebab nak habiskan perencah beriani yang mak bagi tahun lepas. Tahun lepas ya. Bayangkanlah betapa lamanya perencah itu terbiar tidak dipergunakan. Sebenarnya mak bagi banyak. Berapa peket entah. Mak bagi kita ambik je la. Dan belum habis perencah yang tahun lepas, balik raya baru ni mak bagi lagi. Bila mau habis lah kalau gini kan? Nampak nau mak aku kasi hint suruh anak dia rajin-rajin la masak.

Nasiknya tak berapa nak peroi. Guna beras biasa je pasal malas nak pi beli beras basmathi sebab
tengh tunggu kurier.


Sebenarnya, setiap tahun ada sorang kawan mak ni yang duk kat Perlis akan hantar sekotak perencah nasik beriani, nasi bukhari dan macam-macam perencah lagi untuk mak. Macam dah jadi rutin dia. Bila masuk bulan puasa mesti sampai sekotak ke rumah.  Kalau harapkan mak yang duduk 2 kelamin laki bini tak habis la. Itu pasal dia bagi-bagikan kat anak-anak, adik-beradik, sedara-mara. Dan sebagai balasan, mak hantar pulak sekotak keropok kering kat kawan mak tu. Kau bagi aku, aku bagi kau balik. Memang tak berkesudahan lah sampai sudah.  Gitulah diorang dari zaman muda. Mak Pah ni lah yang panggil mak aku Mary (singkatan daripada Mariam) dan melekat sampai sekarang. Inilah asal-usulnya kenapa Naqib bahasakan mak aku nenek Mary.

Cerita pasal bagi-bagi ni kan, mak aku ni rajin hantar barang kat kitorang. Sebelum puasa hari tu sekotak dia pos barang makan. Katanya teringat kat Naqib. So, dia hantar makanan-makanan yang Naqib suka makan. Isnin haritu pulak dia cakap teringat sangat kat Naqib. So, dia bagitahu dia  hantar barang lagi. Keropok ikan tamban (yang Naqib suka), rempah kurma (untuk aku masak-heh!), buah salak(ayah beli berkilo-kilo pasal murah), dan jugak isi durian (durian murah kat Tganu. Ayah beli banyak, so mak bungkus sekali pos kat kitorang). Bayangkan ya. Isi durian pun dia kasi pos!!?? Aiyo mummy. Sini pun ada durian la...Ingat kitorang duk obersi ke apa? Haha.....

Yes. Aku tahu mak rindu kat kitorang. Itu jelah kot aktiviti yang dia rasa boleh hilangkan rasa rindu pada kitorang. Ni yang buat aku rasa nak balik kampung selalu ni tapi apakan daya tak mampu nak buat gitu. Huhuhu...sedeh....

So dia pos hari Isnin. Pos guna kurier Kangaroo. Masa nak pos tu ayah tanya kerani yang bertugas tu bila boleh sampai, kerani tu jawab esok sampai. Tu yang ayah berani hantar isi durian tu. Esok paginya pulak kebetulan Naqib ada appointment dengan klinik. Nak kena buat rawatan ganti sebab masa Sabtu lepas klinik tutup sempena merdeka. Selesai rawatan di klinik, bergegas terus balik rumah. Barang pos belum sampai. Petang tu pulak Naqib kena buat fisio. Suami hantar kitorang kat spital, dia balik ke rumah balik tunggu parcel. Haram...sampai sudah tak sampai. Esoknya, Rabu. Aku lak tunggu. Nak keluar beli bahan nak masak pun rasa was-was. Kang aku keluar pegi kedai, diorang sampai pulak. Sudahnya aku  pegi kedai , bawak kete dia punya speed macam nak masuk circuit. Sampai ke petang, tak jugak sampai. So, petang tu aku call ayah suruh dia call balik Kangaroo untuk dapat kepastian parcel tu sekarang dah sampai kat mana.

Tak lama lepas tu ayah call. Katanya, "Kangaroo patah kaki. Tak boleh nak lompat. Pasal tu tak sampai-sampai!" Aku lak, "Hah?!" So, ayah terangkan, "Dia kata kawasan awak duduk tu kawasan outskirt. Diorang hantar seminggu sekali je(iaitu hari Khamis). Esok tunggulah ya. Dia kata esok sampai!" .Ya Allah! Jadi tempoyaklah durian tu.....

Sampai hati diorang cop tempat aku outskirt. Ya lah. Memang outskirt pun. Dahlah duk tepi hutan simpan, border pulak dengan Dengkil, Shah Alam, Subang, Puchong, Sepang dan Kuala Langat. Hambik la!!!! Tapi bukan ke diorang kena utamakan pelanggan? Dah bayar mahal untuk kurier yang cepat sampai, apesal pulak nak kena ada hari tertentu pulak nak hantar barang?????? Hish...Kangaroo betul! So, Khamis sampai. Pukul 3 petang. Terima kasihlah ya sebab korang sudi hantar ke kawasan OUTSKIRT ini ya!  Barang-barang lain semuanya selamat, cuma durian sudah menjadi tempoyak! Ini dah berapa bijik ntah buah salak masuk perut. Hari ni perut ada rasa mencucuk-cucuk. Penangan salak lah tu.


Monday, September 2, 2013

2013-Anak

Jumaat lepas, sekolah Naqib buat majlis sambutan hari raya. So ada makan-makan. Aku buat kek sebijik untuk dia bawak ke sekolah. Pagi tu dia segak memakai baju melayu dengan songkok. Sampin tak pakai pasal sampin dia besar dan gedoboh. Bila dia pakai asik terlorot je. So cakap kat dia tak payah pakai nanti nyusahkan hidup je. Masa sampai ke sekolah, nampak meriah sangat. Masing-masing melaram dengan baju raya memasing.

Masa dalam perjalanan pulang dari sekolah, dalam kereta, aku tanyalah dia makan apa, minum apa? Katanya, "Tadi makan nasik lemak, rendang, kuih raya. Minum air sirap dengan ABC. Kek habis tapi Naqib tak ambik bekas tu sebab Naqib tak tahu yang mana satu. Banyak sangat bekas sama,". "Takpelah," kataku. Bekas tu pun bukan yang jenis tupperware, setakat container untuk microwave tu je. Lagipun faham yang dia susah nak bergerak.

Kemudian, dia keluarkan bekas bekal dia yang memang dia bawak pagi tadi. Dia mintak pinggan plastik asalnya tapi kat rumah takdok pinggan plastik maka aku suruh dia bawak bekas yang dia selalu isi bekal ke sekolah tu. Tapi dia tak jadi guna pasal nasik lemak memang dah siap letak dalam bekas yang pihak kantin sediakan. So dalam bekas tu dia isi dengan beberapa potongan buah tembikai dan buah honey dew. "Ni Naqib ambik bawak balik untuk mak ni. Mak kan suka buah tembikai!" Ya Allah. Anakku....Nak menitik air mata bila dengar dia kata gitu. Tahu-tahu jelah kondisi dia tu. Nak bangun, nak bergerak pun susah. Tapi sanggup susah payah bungkus bawak balik untuk emaknya ini. Memang rasa nak nangis tapi kutahan.

Masa raya itu hari kan tiba-tiba dia takleh nak berjalan. Bila nak jalan je, jatuh. Jalan je, jatuh. Memang susah hati la kitorang ni. Sedih tengok keadaan dia. Then aku termenangis depan dia. Takde niat pun nak nangis tapi dah tak tertahan. Bila dia tengok aku nangis dia pun nangis jugak. Dia nangis sampai tertido. Bimbang pulak bila dia nangis. Takut dia rasa patah semangat, give up. Itu pasal tak nak dia tengok aku nangis depan dia.

Minggu lepas, aku perasan shower cream kat bilik air cair semacam. Dah tak berapa nak berbuih. Aku syak Naqib campokan dengan air sebab aku ngan dia je pun yang guna bilik air bawah tu. Bila tanya, dia kata memang dia masukkan air sikit kat dalam tu. Alasannya dia takut cepat habis. Nanti tak cukup duit nak beli sabun. Oh! Agaknya dia terkesan kot dengan penjimatan kitorang. Rasa kelakar pulak. Memang kitorang sekarang ni berjimat dan berhemah dalam berbelanja. Tapi dalam benda-benda yang tak perlu la. Dia pernah mintak beli Bidaman (aku pun tak tahu binatang apakah ia) tapi aku cakap tak cukup duit. Mungkin itulah dia ingat kitorang dah takde duit sangat kot nak beli barang. Macam-macam.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.