Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Tuesday, October 16, 2012

2012-Cerita 136-Stress

Semalam pergi klinik sebab tiba-tiba naik gatal-gatal pulak kat tangan ni. Elergik ke apa ntah.  Sampai kat klinik orang dah ramai.

Depan bilik doktor gua tunggu.

Tak selesa betul kat klinik. Budak-budak duk bantai memekak sambil berlari bebas panjat kerusi sana sini macam kat taman permainan. Lepas tu tepuk-tepuk dinding. Sorang start tepuk, yang lain pun mengikut. Dinding kapur kalo tepuk kuat bunyinya. Mak bapak buat tak tahu saja. Mungkin kat rumah pun diorang bantai memekak macam ni. Maka, dah terbiasa. Lali sudah.

Kemudian ada pulak adegan adik-kakak berebut mainan. Pastu si adik menangis melalak sambil berguling-guling atas lantai sebab tak dapat rebut mainan tu dari kakak. Gegak gempita dengan jerit tangisnya. Stressnya gua. Sakit jiwa tau dak? Orang yang sakit boleh jadi bertambah sakit. Ni gua cara-cara gatal elergik je pon ada rasa nak tangkap sorang-sorang pastu tampal kat dinding. Agaknya kalau sakit gua lagi berat tak taulah macam mana gayanya.

Ha..nak je gua buat macam gini!

Kalau sume klinik ada kawasan khas untuk budak-budak ni main takdelah mengganggu sangat kan?

Sejam kat dalam klinik tu macam-macam perangai gua hadap.
Buleh tahan lama menunggu, tapi gua masuk dalam jumpa doktor tak sampai 5 minit!


Published with Blogger-droid v2.0.6

6 comments:

  1. gane kak gatal2 lg ker?

    sabo je la kan..mak pak tak marah anak2 suh duk diam la tu...tu sy runsing nak bawak anak2 kalu g klinik..tau dah perangai dorang dok x diam skali...tgan ape lg derah2 nok kutil...

    ReplyDelete
  2. bubuh doh ubat. dok gatal sgt doh. kalu dok, rasa mcm nok korek2 je tpt gatal tu. hahaha...

    rilek je mok ayoh wat dok tahu je. kalu kak pon derah je nok kutil kalu dok dgr kata sgt.

    ReplyDelete
  3. ala kak ti..

    sama la nasib haritu pegio open house. anak dia siap terjun2 dari sofa (padahal dia tetamu) pastu tarik2 tudung saya. nak pukul2 amna n baby kawan saya.

    mak dia boleh je "azril..." dengan lemah lembut. nak je sound

    "ni anak sape? boleh tak kawal sebelum saya gagal kawal kemarahan saya".

    mak dia macam tak reti bhasa je padahal saya siap cakap kuat2 kat rezal "abang, tu jaga amna, kang kena pukul".

    ringannn je rasa nak tolak budak tu keluar balcony tingkat 13.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau la nak kata apa. Cara masing2 handle anak ni pelbagai. Telinga dan mata dah lali kot dgn kerenah anak2.

      Delete
  4. sebetulnya kita dh lama tak ada anak kecik ti... tu yg stress je tgk budak bising..

    aku pun kalau budak lasak nho aku rasa nk picit.

    haha.



    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tas, mungkin juga. Tp aku ada 2 pantang. Panas dan bising. 2 tu kalo berlaku blh buat aku naik angin. Huhu..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.