Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Monday, August 26, 2013

2013-Cerita Makan Sokmo


Lama nau tak makan laksam. Sementara tengah rajin ni kakak buat untuk makan tengahari hari ini. Tapi sebelum nak jadi laksam ni, cabaran jugaklah. Pagi tadi, hampir semua kedai kat taman perumahan ni  kakak  terjah sebab nak cari daun kesum. Entah apa hal susah benau nak dapat daun kesum ni. Ada satu kedai  lagi yang kakak tak terjah. Kedai borong Mael Save. Itu pun pasal jauh sikit. Macam tak berbaloi kot semata-mata nak beli daun kesum je pon. So, kakak fikir nanti lepas ambik Naqib kat sekolahlah singgah kedai Mael tu.

Maka kakak pun balik rumah. Di kala nak bancuh tepung laksam tu baru perasan tepung beras pulak takdok. Kakak duk rasa macam ada lagi. Geledah almari pulak. Dah habislah kot. Alahai...malasnya nak keluar balik. Baju pun dah bertukar. So, kakak masaklah dulu kuahnya. Semerbak bau satu rumah. Tapi setakat buleh tengok je la. Nak makan tak buleh lagi.

Lepas ambik Naqib, berenti kedai Mael. Nasib baik ada daun kesum yang diidamkan itu. Terus kakak sambar 2 ikat. Beli sekali tepung beras. Balik rumah tanpa berlengah terus bancuh dan kukus. Dapat 7 gulung (kakak buat separuh adunan je dulu). Happy sangat sebab bancuhan tepung tak bermasalah. Cantik dan indah je kejadian laksam-laksam itu. Tambah lega bila dah dapat makan. Naqib macam biasa, dia sorang bedal 4 gulung. Hoh!

Guna tudung puyuk.

Alhamdulillah. Tak melekat-lekat. Indah je kejadiannya.


Saturday, August 24, 2013

2013-Mengarut

Semalamkan kakak ada pos satu n3 tajuk mengidam tapi hari ini kakak dah lupuskan n3 tu pasal agak mengarut. Sebenarnya ia adalah satu luahan yang dibuat di kala pagi hari ketika mata kakak tak mampu pejam. Bila baca balik kakak rasa gelihati sendiri. Poyo bebeno. Lantas ringan tangan kakak melupuskannya. Maaf  ya pada mereka yang dah terbaca dan dah mengomen tu. Huhu...

Kelmarin kakak rebus nasi impit kemudian masak kuah lodeh dan sambal tumis. Jadilah lontong. Punyalah lama kakak tak masak lontong. Sampai Naqib pun tegur. "Dah lama mak tak buat lontong, kan?".



Berapa kali ntah dia mengangkut makan. Ish! Benda yang dia suka mesti dia asyik nak makan je. Ada sekali tu masa tu kat kampung. Kakak buat roti jala yang dilawankan dengan kari. (Orang Trganu panggil pukat buruk). Naqib ni memang hantu roti jala. Kakak masak dalam 60 keping  kot.  Kebetulan masa tu kakak dengan mak tengah sibuk siapkan tilam kekabu untuk adik ipar kakak yang nak bersalin. Lepas siapkan roti jala tu kakak pun tolong mak menyembat tilam. Dah selesai baru kitorang nak makan roti jala. Tengok atas meja dah takde. Tinggal pinggannya aje. Tanya punya tanya rupanya Naqib bedal semua. Masyaallah. Alasan dia, "tak perasan tadi sebab Naqib makan sambil tengok tv". Hoi...60 keping kot!!! Mak kakak geleng kepala sambil sengih je nengokkan perangai cucu dia. Satu keje pulak kakak kena bancuh balik, kirai balik roti jala tu. Yang 2nd batch tu memang dah tak bagi dia makan. Kelip-kelip mata je la dia tengok. Ha..rasakan.

Terajin pulak buat kayu keramat kelmarin. Goreng semua sekali kemudian frozenkan. Karang senang nak makan, just thaw then goreng sekejap je. Senang gak nak buatkan untuk bekal Naqib ke sekolah.


Kakak memang tengah gila masak ni. Kepala otak 24 jam duk mikir apa lagi yang nak dimasak. Masa bulan puasa itu hari, bapak mertua akak sembelih ayam kampung 3 ekor. Mak  mertua akak bekalkan ayam kampung tu (belum masak) kat kitorang dalam 1 1/2 ekor. Balik rumah terus masukkan dalam freezer. Semalam baru teringat nak masak. Satu hal duk mikir nak digulaikan (kari/kurma) atau buat sup. Ke sedap buat rendang? Tapi akhirnya kakak karikan aje. Masak dalam pressure cooker dalam 12-15 minit. Siap.


Semalam dua beranak tu habiskan kari siap makan dengan roti canai. Padahal sebelum tu masing-masing dah makan nasik. Pueh hati bila tengok diorang perabiskan apa yang kakak masak. Sebenarnya itulah pendorong untuk kakak masak hari-hari. Kalau tengok lauk tak habis mesti terfikir, "aku masak tak sedap eh?" Terus esok rasa malas nak masak. Korang ada tak rasa macam tu?


Friday, August 16, 2013

2013-Raya Tak Raya

Hi all! Dah habis beraya? Kakak ini tahun paling sempoi. Raya 3,4 buah rumah je. Selebihnya duduk di ghomoh je. Biasa ayah kakak duk bising suruh pi beraya rumah sedara-mara tapi bila dah nengokkan kondisyen Naqib, otometik ayah kata "Duk rumah je la. Sian kat Naqib". Hehe..kakak pun lagi suka. Maklum saja la, rumah masing2 kebanyakan bertangga. Tak larat nak ngangkat Naqib naik atas rumah. Kalo berat ala-ala anak kucing takpe la jugak. Ini dah ala-ala anak gajah. Tu pun masa baru sampai kampung pun Naqib tetiba sakit tapak kaki. Takleh nak jalan. Tak tau la ape ke halnya. Ayahnya ngangkat beria sampai terseliuh bahu.

Isnin bertolak balik. Bertolak awal tapi menyinggah beraya rumah pakcik di Kemaman pulak. Pukul 1 lebih baru bergerak balik. Sampai di  Bentong tersekat dalam kesesakan lalulintas la pulak. 1st time kitorang sangkut dalam jem begini. Selalunya kalau balik kampung, ada jugak sangkutnya tapi tidaklah sampai kereta tak bergerak langsung. Ini gila punya sesak. 2 jam kot tersangkut. Padahal Bentong ke KL dalam 45 minit je pon. Tension. Sampai ke rumah pukul 7.45pm. 10 jam kat atas jalan. Nasiblah kereta tak meragam. Kira kakak ni ok lagilah. Sepupu kakak kat Cherating lagi dah sangkut. Lagilah sangap.

Perut punyalah berkeroncong. Last makan dalam kereta pukul 12 tengahari. Makan bihun goreng yang mak bekalkan. Siap dengan keropok segala. Tu pun dapat makan sikit je. Naqib awal-awal dah bedal dulu. Baru sampai Dungun dia dah bukak bekal. Padahal time sarapan dia dah makan nasik dagang ngan nasik impit. Oh my boy! Apa nak buat, budak tengah nak membesarkan.. Nasib baik masa lalu kat Kijal tu berenti beli sata. Tapi sata alahai kecik ketueknya sekarang. Beli rm10 pon rasa tak cukup.

Selesai solat maghrib baru pi cari makan. Tapi tau la musim raya ni, mana ada kedai makan yang bukak sangat. Kedai mamak je bukak. Pusing-pusing jumpa satu kedai bukak. Order je apa-apa yang patut. Sedap ke tak sedap belakang cerita. Lapai hoi macam nak makan orang!
Dah balik rumah sibuk mendobi, mengemas itu ini. Masak pun ringkas-ringkas. Pasai kedai runcit pun kekeringan  barang. Semalam baru semangat nak masak. So ikut saranan Naqib yang mintak masakkan ayam masak oren. Hmm..


Ok. Ramai jugak yang tanya pasal open house. Kakak tak sempat nak buat dik oi. Lain tahunlah kot kakak buat. Tapi kalo nak datang rumah, datanglah. Rumah ini sentiasa terbuka. Tapi kabo la awal-awal ye. Jangan main terjah je. Kakak takde kat rumah baru haru.

Friday, August 2, 2013

2013-Sudah Di Penghujung

Ramadhan berlalu dengan cepat sekali. Berbaki tak sampai seminggu. Dan hari ini Jumaat terakhir dalam bulan Ramadhan untuk tahun ini.

Alhamdulillah. Dah tak huru-hara sangat dah. Tempahan langsir dah selesai. Dress untuk anak sedara pun dah siap semalam. Hari ni cadangnya nak gentel kuih raya, nak buatkan untuk mak mertua, memandangkan esok last balik umah mertua sebelum hari raya. Tapi apa jenis kuih yang nak digentel pun tak tau lagi. Nak selesaikan tempahan murtabak dulu baru fikir nak buat kuih apa.

Tahun ni memang tenang je sambut puasa. Takde rasa nak belanja itu belanja ini. Apa yang ada je la. Sebut pasal raya ni baru teringat nak alter baju raya tahun sudah. Nak kecikkan sikit pesaknya. Tahun ni takde sedondon rondon de. Baju saya warna hijau, suami mungkin putih. Naqib lak warna biru.

Tersuka pulak dengan dress anak sedara saya si Dhia Nur Ain tu. Corak polkadot. Saya jahitkan 2 lai atas permintaan mamanya. Kalau ada anak perempuan kan best. Huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.