Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Monday, December 31, 2012

2012-Cerita 157-Menunggu

Set tilam baby sudah siap untuk diguna. Hanya tunggu waktu dan ketika lahirnya
sang puteri yang dinanti.


Friday, December 28, 2012

2012-Cerita 156-Macam-macam..

Oi..dah dekat nak abis tahun 2012. Macam sekejap je masa berlalu. Macam-macam kesah, macam-macam cerita.

Tak berapa nak sihat sebenarnya. Biasalah. Hujung-hujung tahun ni. Musim tengkujuh. Cuaca tak menentu. Dah mula keluar tanda nak selsema dan batuk. Rasa penat je lebih. Muka lak menggelupas. Terutama kat bahagian hidung. Nak bersalin kulit ke apa ntah.

Dulu kan, masa muda-muda belia, saya suka picit blackhead kat tepi hidung. Picit sampai menggelupas kulit kat bahagian tu. Sekarang blackhead pun dah tak berani nak keluar. Kalau ada pun whitehead yang halus-halus tu je. Ya. Kalau ada saya akan banteras habis-habisan.

Sekarang mangsa saya adalah suami. Dia ni banyak blackhead. Balik keje muka berminyak. Bila mandi dia bukannya nak guna barang proper untuk kulit muka dia. Dibelasahnya dengan sabun dettol je. Kadang-kadang lebih-lebih syampu di rambut disapu ke muka sekali. Patut ke? Tapi katanya lelaki  memang macam gitu. Baru jantan namanya!

Bila saya nampak muka dia ada blackhead memang saya dah tak senang duduk dah. Mesti nak kena picit bagi keluar. Memang mata tu asik nak mandang tempat itu aje. Nanti dia tengah baring-baring, santai-santai, slow-slow jari-jemari merayap ke muka dia. Apa lagi kupicit keluar. Menjerit-jerit orang tua tu. Memang tahu sakit. Tapi mata ni lagi sakit tengok blackhead tu duk bermaharajalela kat muka dia. Dah picit keluar semua baru puas hati. Kadang-kadang tak sempat nak habis sebab lakiku dah tepis-tepis tangan. Tapi selagi tak habis selagi itulah akan kuusahakan.  Huahuahua.

Pelik tak? Kadang-kadang bila tengok kat muka orang tu ada blackhead, geram je tangan nak memicit. Tak dapat muka orang tu, muka laki aku kerjakan. Siap la!!

Oh! Nampaknya teruk banjir di pantai timur kali ni. Biasanya memang banjir tapi takdelah sampai tanah runtuh segala. Pakcik saya kat Kemaman pun rumahnya dinaiki air sekerat lutut. Terpaksa menumpang di surau sebelah rumah. Barang-barang yang tak sempat diselamatkan dibiar hanyut sahaja. Kesian pulak. Pakcik pun tak sihat sangat sebab baru je jalani pembedahan usus. Masih tak boleh buat keje-keje berat walaupun dah beberapa bulan dah. Tambah lagi dia baru je buat kenduri kawin anaknya. Tadi pagi tanya status pakcik pada anaknya(sepupu saya). Katanya masih tinggal di surau.

Waktu pulang ke mari dari kampung 3,4 hari lepas, tersekat juga sekejap di tengah jalan akibat air naik. Air cecah lantai bas. Ada sikit masuk dalam bas. Tapi nasib baik masa tu banjir tak teruk lagi. Harap-harap banjir semakin surut dan keadaan kawasan yang terjejas pulih seperti biasa. InsyaAllah. Kadang-kadang Allah datangkan ribut taufan hujan banjir ni nak bagi peringatan. Kita sebagai hamba ni patut terima ujian ini sebagai syarat untuk Allah terima kita sebagai hambanya. Sama lah macam nak dapat masuk keje. Ada interview, ada test yang kita kena ambik. Dah lulus baru diterima.

Dunia dah hampir sangat ke akhirnya. Tapi kita ni masih lagi lalai. Solat ke mana, apa ke mana. Duk huha-huha je atas dunia. Bekal nak ke akhirat sikit je. Mati bila-bila masa. Baru semalam duk baca kisah dalam kubur. Allah hantar ular yang dicipta dari api neraka yang sangat besar dan panjang untuk membelit sesiapa yang tidak solat. Meremang bila membacanya. Insaf seketika.

Terngiang-ngiang nasihat mak setiap kali bicara pasal solat. Habis solat, jangan lupa berdoa memohon supaya dihindarkan dari fitnah dajal, siksa kubur dan azab api neraka katanya.



Friday, December 21, 2012

2012- Cerita 155-Split Personality

Rasa kelakar pulak bila ada sorang ni dia menyamar jadi Lisa Surihani di instagram. Kat salah satu gambar ni ada la follower yang puji muka Lisa cantik. Lalu dengan konfidennya si Lisa yang menyamar ni balas "Gunakanlah Gardenia".

Oh my gucci!! Terkekeh-kekeh saya gelak. Geli perut oi! Gardenia dibedalnya. Saya tahu dia maksudkan Garnier(sebab Lisa kan duta Garnier) tapi kalau kau betul-betul Lisa kau takkan buat silap begini kan?

Siapa manusia di sebalik penyamaran itu? Nampak macam budak-budak sekolah punya kerja. Mengeja pun tak berapa betul. Tengok bahasa yang digunakan pun dah tahu itu bukan Lisa tapi ada jugak peminat yang tertipu.

Tapi bila dah kantoi dan ketahuan begini, apa rasanya? Berbaloikah penyamaran itu? Kenapa perlu menyamar dan menipu sedangkan ko terang-terang bukan saja menipu orang lain tapi diri kau sendiri?

Tapi ada juga manusia yang punya 2 personaliti. Di luar dia lain, di rumah dia lain. Kat luar baik sesangat. Sikit lagi nak sama taraf macam malaikat tapi di rumah bengis macam orang gila yang tersilap makan ubat. Kalau setakat nak jadikan isteri tu kuli yang jaga makan minum ko, tukang basuh baju ko, tukang kemas rumah ko,lebih baik ko cari sorang babu yang boleh buat semua keje itu. Ko kawin tapi asik menyakitkan dan menyulitkan hidup isteri pun tak guna. Siapa tahan kalau maki hamun, caci keji dah jadi makanan ruji seolah-olah rasa cinta ko pada dia macam dah mati?

Eh apa yang aku cerita ni? Tapi yang pastinya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja yang masih hidup atau yang dah hampir-hampir nak mati. Kubur kata mari, rumah kata pergi. Baiklah ko tambah amal dan muhasabah diri daripada ko pentingkan diri dan aniaya orang seolah ko hidup menongkat langit tinggi.

.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, December 20, 2012

2012- Cerita 154-Parking

Pagi semalam bawak Naqib untuk sesi fisio. Mula dari 8 pagi sampai 10.30 pagi. Biasa 1 jam je tapi semalam ada pelatih dalam jurusan pulih anggota duk buat latihan. So, dioranglah yang latih Naqib semalam. Maka ambik masa jugaklah. Nama pon pelajar kan. Tapi tak mengapa. Selesai semuanya, kitorang  pon nak balik. Suami suruh tunggu kat lobi belakang sementara dia pi ambik kereta. Kereta park jauh katanya. Kesian ngan Naqib kalau nak menapak. Eh tapi lamalah pulak laki aku pi ambik kereta. Jauh bebeno ke pi park keretanya? Penat menunggu sebab kerusi kat luar tu dah penuh. Berdiri jelah. Rupa-rupanya jem dalam kawasan spital ni gara-gara tempat letak kereta dah penuh! Jadi masing-masing bawak kereta macam siput sambil mengintai parking sampai jalan jadi jem.

 Seriously saya rasa macam dah tak tertampung dah kawasan parking yang ada sekarang. Bukan sepital ni je. Sepital lain pun macam ini juge. Dengar jugak kakitangan sepital pun bersungut pasal ni. Selalunya kitorang memang keluar awal pagi semata-mata nak dapatkan parking yang dekat dengan lobi sepital. Pukul 7 dah keluar rumah. 15 minit dah sampai. Tapi semalam memang betul-betul sesak padat. Sampai awal pun suami saya terpaksa letak kereta kat kawasan berpokok dan bertanah merah. Kalau hujan memang lecak dan pernah ada sekali ada kereta terlanggar akar pokok yang berselirat. Nasib tak tanggal je ekzosnya. Harap-harap adalah solusinya kepada permasalahan ini. Buat parkir bertingkat ke, apa ke kan. Karang sebab tak jumpa parking punya pasal ramai lak yang dapat sakit jantung darah tinggi.

 Itu pasal saya tak bawak sendiri kereta ke sepital. Kalau Naqib ni macam budak lain takpe la. Dia ni jalan jauh pun dah tak larat. Nak turunkan dia kat lobi sorang-sorang pun bimbang. Pernahlah bagi cadangan suruh suami hantar lepas tu dia pi lah keje macam biasa. Tak payah cuti. Kitorang boleh balik naik teksi je. Ok. So dia pun hantar kitorang dan pergi keje. Tapi tak lama lepas tu dia call beritahu dia tak pegi keje. Katanya tak sampai hatilah, bimbang nak biar  saya ngan Naqib naik teksi. Pulak dah.

Sebenarnya ada kes yang buat suami saya bimbang nak lepaskan kitorang naik teksi sendiri. Dah ada budak perempuan kat tempat keje dia kena bawak lari dek drebar teksi. Dari Sunway diorang tahan teksi nak balik ke Taman Medan. Sunway ke Taman Medan bukan jauh beno pon. Tapi teksi ni bawak jalan lain. Alasannya jalan jem. Diorang kena pukau ke apa ke tak tau lah. Sedar-sedar diorang dah sampai kat tol Seremban. Gila lah! Bila teksi tu berenti nak bayar tol, apalagi diorang bukak pintu cepat-cepat  lari. Entah mana nak dibawaknya, apa tujuannya tak siapa tahu. Nasib diorang selamat. Menakutkan la woi.. Macam-macam hallah dengan drebar teksi ni. Patutlah semalam dengar berita kat radio yang perkhidmatan teksi di Malaysia adalah yang ketiga terburuk di dunia. Di dunia ya bukan di Asia tenggara atau di nusantara.
Published with Blogger-droid v2.0.9

2012-Cerita 153-Pentiru



Gigih penuh komitmen diorang meniru. Oklah. Tu gitar mainan anak ke dia sebat?
Hahaha....

Tuesday, December 18, 2012

2012-Cerita 152- Oh Suami!

Ketika melayari facebook petang semalam, saya terlihat status ini di page SUDAH TAHUKAH ANDA? lantas merasa sentap dan insaf. Jom insaf sama-sama:-
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mengapa RIDHA SUAMI itu adalah SURGA bagimu wahai PARA ISTRI :

|☆. Suamimu dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidup. Namun ketika dia dewasa, dia memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu mencintainya seumur hidupmu, bahkan sering kala rasa cintanya padamu lebih besar daripada cintanya kepada ibunya sendiri.

|☆. Suamimu dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah dan ibunya hingga dia beranjak dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru saja dikenalnya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah dan ibunya.

|☆. Suamimu ridha menghabiskan waktunya untuk mencukupi kebutuhan anak-anakmu serta dirimu. Padahal dia tahu, di sisi Allah, engkau lebih harus di hormati tiga kali lebih besar oleh anak-anakmu dibandingkan dirinya. Namun tidak pernah sekalipun dia merasa iri, disebabkan dia mencintaimu dan berharap engkau memang mendapatkan yang lebih baik daripadanya di sisi Allah.

|☆. Suamimu berusaha menutupi masalahnya dihadapanmu dan berusaha menyelesaikannya sendiri. Sedangkan engkau terbiasa mengadukan masalahmu pada dia dengan harapan dia mampu memberi solusi. padahal bisa saja disaat engkau mengadu itu, dia sedang memiliki masalah yang lebih besar. namun tetap saja masalahmu di utamakan dibandingkan masalah yang dihadapi sendiri.

|☆. Suamimu berusaha memahami bahasa diammu, bahasa tangisanmu. sedangkan engkau kadang hanya mampu memahami bahasa verbalnya saja. Itupun bila dia telah mengulanginya berkali-kali.

|☆. Bila engkau melakukan maksiat, maka dia akan ikut terseret ke neraka, karena dia ikut bertanggung jawab akan maksiatmu. Namun bila dia bermaksiat, kamu tidak akan pernah di tuntut ke neraka. karena apa yang dilakukan olehnya adalah hal-hal yang harus dipertanggung jawabkannya sendiri...
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Thursday, December 13, 2012

2012-Cerita 151-Pejabat Pos Dalam Alamanda

Hari Selasa 2 hari lepas Selangor kan cuti. Menggelabah sekejap bila kena pos barang kat customer. Nak tak nak kena pergi Putrajaya atau KL cari pejabat pos. Tapi masa tu dah tengahari, takkan nak gi KL. Dalam hati duk pikir kat mana ya pejabat pos kat Putrajaya? sebabnya selama duk pergi ke Putrajaya tak pernah lagi nampak pejabat pos. So google la. Tapi tak jumpa maklumatnya. Masa tu pulak tengah duk sibuk masak tengahari. Sambil google sambil masak. Teringat kat Niha, sms dia. Mesti dia tahu pejabat pos Putrajaya kat mana. Dia kan penduduk tetap Megalopolis Putrajaya. :)

Tunggu punya tunggu takde dibalasnya sms ku itu. Mesti tengah sibuk bekerja tu. So gua search lagi sekali dengan keyword lain pulak. Ha..jumpa pon. Rupanya dalam Alamanda. Siap makan, solat apa sume, terus menuju Alamanda. Hujan pulak turun selebat-lebatnya sampai tak nampak jalan. Sampai Alamanda, cari parking macam nak gila. Lastly kat rooftop baru dapat parking. Nasib hujan dah berenti.

Masa google tadi, ada yang beritahu pejabat pos tu dekat dengan Parkson. So, ikut je petunjuk itu. Ramai bebeno yang serbu Alamanda ya. Sampai tingkat LG, jalan laju-laju menuju Parkson. Ok. Jumpa pejabat pos. Terus masuk. Ramainya umat....Apa-apa hal ambik nombor dulu. Wo..lambat lagi kot. Lagi 40 orang  nak sampai giliran gua. Kata la sorang 2 minit berurusan kat kaunter. Sampai ke gua dah 80 minit, gua duk congak-congak masa. Fengsan...

Gua pun pi isi borang poslaju dulu siap-siap. Kemudian berdiri kat tepi dinding sebab tak dak tempat duduk.    Masa tu la baru dapat sms balasan  dari Niha. Sekali tengah duk membalas sms Niha, ada sorang adik ni datang. "Nak poslaju ke?" tanya dia. "Haah". Gua jawab fendek. "Ambiklah nombor ni. Saya ambik 2 nombor tadi," katanya sambil unjukkan kertas angka giliran kat gua. Gua tengok angka giliran tu dah nak naik dah. Dalam 5,6 orang je lagi. Gua pun sambar je lah tanpa banyak kira. Syukur sangat sebab dalam ramai-ramai tu dia bagi kat gua. Terima kasih bebanyaklah kat adik tu. Kalau tidak berjanggut gua nak nunggu giliran kat situ. Angka giliran gua tu gua pass pulak kat orang lain.

Tapikan, kan, rata-rata yang nak buat poslaju haritu adalah penjual tudung Fareeda. Laku sangat tudung tu sekarang kan? Tapi gua tak mampu la nak beli  tudung macam tu. Lagipun sesuai untuk orang yang pandai bergaya je. Gua ni tahap tudung bawal Juma yang rege RM7 tu je...

p/s:Suami gua cakap daripada beli tudung mahal-mahal, lebih baik duit tu buat pegi makan sedap-sedap. Hohoho...



Friday, December 7, 2012

2012-Cerita 150-Cerita Di Wad

Sleep test procedure yang dibuat ke atas Naqib tempohari adalah untuk mengkaji cara tidur dia dan pada masa yang sama juga untuk melihat tahap kesihatan paru-paru serta jantungnya sama ada berfungsi dengan baik atau tidak. Punca kenapa kena buat test ini: Naqib berdengkur waktu tidur. So doktor suggest suruh buat sleep test untuk study kenapa dia berdengkur.

Tiba di hospital pada pukul 3 petang. Kemudian mendaftar masuk di Unit Hasil dan terus check-in ke wad 5A.


Muka cuak masa mula-mula masuk bilik.

Tak sampai 5 minit tiba, peramu saji dah datang bawak hidangan untuk minum petang. Ada pau dan kuih talam.

Ayah tengah bancuhkan air coklat. 

Makan pau je. Kuih talam jamah sikit je. Pastu bancuh air coklat.

Pukul 6 datang lagi makanan untuk makan malam pulak. Boleh tahan jugaklah rasa lauknya. Ada kari ikan, sup ikan, sayo petola, acar. Ada pencuci mulut. Agar-agar yang takde rasa lagi keras. Tapi habis jugak kitorang dua beranak bedal. Hoho..

Amboi..selera ko makan makanan spital.


Malam tu lepas Maghrib baru doktor datang. Tapi sekejap je. Just tanya pasal Naqib sikit-sikit. Pastu dia suruh tunggu pembantu perubatan datang untuk pasang wayar. Tunggu punya tunggu pukul 10.30 dia datang.  Memang dia datang pasang bila dah nak tido. Lalu berlangsunglah sesi pasang-memasang wayar yang berselirat itu.
Muka pasrah..

Ada yang dipasang di kepala, di belakang tengkok, di dahi, bawah dagu(mikrofon), di tangan, di jari(check oksigen dalam badan) dan juga di dada. Tali yang dipasang di dada tu untuk denyutan nadi, yang pasang di pinggang untuk check buah pinggang.

Naqib merengus-rengus waktu dipasangkan wayar-wayar tu. Tambah lagi bila dipasangkan tiub pernafasan ke hidungnya. Memang agak tak selesa. Abang Din yang jadi tukang pasang wayar tu gelak je waktu Naqib duk merempan-rempan tak tentu hala. Stengah jam jugaklah dia duk pasang mende alah tu sume. Kemudian dia on kan kamera di dinding(untuk tengok keadaan dia waktu tido), tutup lampu. Gelap guguk tak nampak apa. Cuma dapat tumpang lampu di luar wad yang samar-samar.

Alhamdulillah, sepanjang malam Naqib tidur lena dan tak bergerak langsung. Macam mana dia tidur malamnya, macam gitulah jugak gayanya sampai ke pagi. Jam 6 pagi saya bangun dan pegi solat. Dalam 6.30 abang Din datang bukak wayar yang disambungkan pada Naqib. Kemudian Naqib mandi, solat.

Tak lama lepas tu ada sorang doktor datang nak ambik darah Naqib. Berhempas-pulas doktor tu nak ambik darah. 3 tempat dia cucuk Naqib tapi setitik darah pun tak terbit. Siap dijungket-jungketkan jarum tu sampai Naqib menjerit kesakitan. Dalam hati duk tertanya-tanya jugak. Doktor, ko pandai ke dak ni nak ambik darah? Akhirnya dia fed-up. Dia kemas-kemas perkakas dia dan keluar. Dengar doktor tu duk sebut 'shit' 3,4 kali. Mesti dia tak puas hati sebab gagal dalam tugasnya itu.

Ini bukan pertama kali saya lihat doktor yang tak pandai handle bab mengambil sampel darah pesakit. Masa si Niha beranak hari tu pun macam tu. Ntah macam mana doktor tu buat, darah melimpah-limpah keluar sampai menitik-nitik dan tak masuk dalam tiub sampel darah. Nasib baik ada nurse datang. Nurse tu yang settlekan. Hehe..marah lak nanti doktor-doktor. Mungkin doktor-doktor yang terlibat ni adalah doktor yang baru bertugas dan masih belum mahir. Biasalah. Takkan tiba-tiba terus hebatkan?



Tak lama lepas tu doktor tu datang lagi. Masa tu tengah sarapan. Dia nak bawak Naqib pergi ke station depan kat kaunter nurse untuk ambik sampel darah sekali lagi. Dia dukung Naqib bawak pi sana. Sebab katanya Naqib jalan lambat. Lantaklah doktor. Naqib tu berat 30kg. Larat ke? Sekali masa dia hantar balik, Naqib dah melorot sampai ke lutut dia dah. Dah tak mampu katanya. Kakaka..aku gelak je dalam hati. Kelakarlah doktor ni.

Sementara tunggu keputusan darah, kena pindah katil pulak pasal ada pesakit baru nak masuk bilik tu. So pindah ke bilik lain. Dalam tu ada 3 penghuni lain. Kesian sangat. Kecik-kecik dah sakit. Ada yang sakit asma dan yang kat katil sebelah Naqib, umur 11 bulan. Sakit jantung.

Kemudian Doktor Faizah datang melawat Naqib. Dia beritahu keputusan sampel darah Naqib tadi normal. Alhamdulillah. Dia cek pergerakan Naqib semua. Cek kerongkong, cek hidung takut ada apa-apa blocking. Sekali doktor cakap Naqib ada resdung. Adoi..umur 11 tahun dah ada resdung??

Sementara tunggu discharge, ada beberapa orang pelajar perubatan datang untuk interview Naqib. Ada yang nak jadikan Naqib case study diorang. Aku ni dahlah sakit gigi yang amat. Belasah pain killer pun tak jadi apa. Malasnya nak layan tapi terpaksalah jugak melayan. Ketap-ketap bibir bercakap sambil tahan sakit. Bayangkan dalam bilik berair-con saya boleh berpeluh mendidih. Sakit oi!

Lepas tu Doktor Feizel yang biasa merawat Naqib waktu di klinik pediatrik datang dengan student dia. Dia suruh budak tu check Naqib dan teka apa sakit dia. Tapi budak tu salah teka. Mula-mula dia kata tulang bengkok. Doktor tanya, "any other finding?" Budak tu cek Naqib sekali lagi tapi tak dengar dia cakap apa. Doktor kata salah sebab dia takleh beritahu nama betul penyakit tu. Bila doktor Feizel dah blah budak tu datang dan tanya saya apa sakit Naqib. Patut takyahlah beritahu sakit apa kan? Biar dia cari sendiri. Tapi aku baik hati pi beritahu. Pastu budak tu cakap, "Oh! I missed that!"

Susah kan nak jadi doktor? Nak kena ingat nama penyakit pastu nak relate pulak dengan simptom. Pastu apa pulak kekdah rawatan yang perlu diberikan. Nak bagi ubat apa? Berasap..

Pukul 12 makanan tengahari sampai. Ada 2 menu. Satu nasik dengan lauk kari ayam, acar timun dan sayur sawi campo dan satu lagi chicken chop. Naqib pilih chicken chop dan terpaksalah mak mengalah makan nasik. Makan nasik tak habis pon. Sakit gigi punya pasal! Tapi ada kes la sikit. Sayo yang datang sekali dengan chicken chop tu ada ulat.



Ulat terbentang depan mata. Masa diorang duk hidang tu tak nampak ke? Huhu.. Tapi tak cakap pun kat budak yang ambik dulang makanan tu. Tak tahan sakit gigi dah masa tu. Siap keluar air mata. Nak bukak mulut dah tak larat. Kepala hotak duk pikir nak balik je.

Pukul 3 lebih baru discharge. Settle bab discharge kat Unit Hasil. Tak payah bayo sesen pon. Hehe..

Sampai ke rumah, boleh pulak sakit gigi tak semena-menanya hilang! Dah tak sakit sampai sekarang!
Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, November 29, 2012

2012-Cerita 149-Selesai Sudah

Naqib dah selesai menjalani sleep test Selasa haritu. Result darah ok. Result untuk sleep test akan diberitahu 4 bulan dari sekarang.



Nanti-nanti ya saya cerita detail. Banyak keje sikit ni.
Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, November 25, 2012

2012-Cerita 148- Aduh Mak Sakitnya..

Masa kat kampung hari tu borak dengan makcik. Sekali terkeluar cerita pasal sakit gigi. Saya beritahu kat makcik yang saya tak pernah sakit gigi. "sakit sangat ke?" tanya saya. Kata makcik, "alah, penyakit lain ada yang lebih sakit kot! Apa sangatlah sakit gigi tu."

Nak dijadikan cerita, tiba-tiba saya dapat sakit gigi. Harini dah masuk 4 hari. Mula-mula rasa lain macam je. Denyut sikit-sikit. Tapi lepas tu makin lama makin sakit. Siap keluar air mata bila rasa sakit sangat. Apa kerja pun rasa macam malas nak buat. Buat pun hala-hala terpaksa je.

Kerja saya merengek je kat suami sejak semalam. Minta belailah, mintak itu mintak ini. Manja bebeno. Konon-konon nak share sakitlah. Laki aku pun layan jelah perangai bini dia.Tak sangka pulak sakit gigi ni boleh tahan jugak dia punya penangan. Suami suruh makan pain killer. Makanlah sebijik semalam. Tapi tak hilang jugak. Bila kumur-kumur hilang sekejap tapi lepas tu datang balik sakitnya.

Siap google petua segala. Orang kata guna bunga cengkih saya buat. Ada yang kata kumur dengan garam saya ikut. Tapi takdenya hilang. Tambah berdenyut ada!

Nak gi klinik, manalah klinik gigi bukak hari minggu. Tadi tak tahan sangat tengok saya tak senang duduk, (sumpah rasa nak terajang orang) suami saya keluar sekejap gi beli ubat sakit gigi kat kedai. Balik-balik dia suruh makan 2 bijik.

Legalah jugak tapi lepas tu berdenyut balik. Ni kejap tadi makan lagi 2 bijik. Memang wajib cabut dah gigi geraham yang sakit ni. Tapi esok kena bawak Naqib gi spital. And by 3pm dia kena masuk wad pulak. Doktor nak buat sleep test. Esoknya baru boleh balik. So nak kena tunggu dia kat spital.

Mungkin Selasa tu la baru boleh pi klinik gigi. Harap-harap sementara tu dapatlah bertahan. Ya Allah, kau sembuhkanlah sakit gigiku ini!
Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, November 22, 2012

2012-Cerita 147-Sarat

Ramai pulak manusia di keliling saya yang bunting. Ada yang dah nak terberanak dan ada yang baru hawa-hawa keluar tanda mengandung. Biasalah musim-musim hujan ni kan...hahaha.

Adik ipar saya tengah mengandung anak pertama. Sarat tak de lah sarat sangat. Baru masuk 6 bulan. Tapi masih lagi mengalami muntah-muntah loya. Kesian pulak dengan dia. Katanya dah scan 4D. Anak perempuan katanya. Lantas, dengan segera mak suruh saya jahitkan kelengkapan set pentiduran bayi. Berkali-kali diingatkan supaya ikut tema anak perempuan. Takut sangat cucu dia takde tempat tido. Huhu...

Maka telah kubeli kain berwarna samar merah jambu. Sesuai untuk bayi perempuan kan? Dan jikalau ditakdirkan keluarnya nanti anak lelaki maka hadaplah kau laki bini pakaikan jugak warna samar itu ye?

Contoh set tidur bayi. Yang ni buatkan untuk jiran sebelah.


Selain set pentiduran itu, kalau ada kain lebih nanti bolehlah dibuatkan barut. Wah...pink sumenya. Baru girly namanya kan!!!!

Oh ya. ada yang mintak resepi roti jala ya. Senang je. Saya dah pernah cuba banyak cara dan resepi untuk buat roti jala ni, tapi saya tetap stick to this so called 1:2:3 recipe. My mak punya resepi.

Bahan:
1 biji telur
2 cawan tepung gandum
3 cawan air
garam secukup rasa
1 sudu minyak masak-optional
pewarna

Cara: Blend semua bahan dalam mixer/blender. Tuangkan ke dalam mangkuk. Perap 10 minit sebelum digunakan. Kalau ikut resepi ni boleh dapat dalam 20-24 bijiks.

*Ada orang guna santan ganti air. Boleh juga tapi memandangkan roti jala selalu digandingkan dengan kuah yang sudah sedia berlemak, thats why saya just guna air biasa je. So kalau rasa nak guna santan, tak ada masalah.



Wednesday, November 21, 2012

2012-Cerita 146-Makan Banyak



Pagi ini agak buang tebiat sikit. Bersarapan roti jala cicah serawa durian. Kalau ikut kebiasaan, sarapan ringan-ringan je. Tapi semenjak kat kampung asik ambik sarapan berat. Ayah saya tiap-tiap pagi, lepas balik masjid dia akan singgah di gerai untuk beli sarapan pagi. Kebiasaannya dia akan beli nasi lemak, nasi minyak atau nasi dagang yang dibungkus dalam kelongsong kecil. Kadang-kadang dibeli sekali pulut gaul nyor, roti keramat dan paung goreng. Makanan kegemaran semua tu. Mana boleh tolak. Lagipun bukan selalu dapat! So, pulunlah makan itu ini serba sedikit. Sikit memang sikit. Tapi kalau dah berjenis-jenis jadi banyaklah juga kan?? Tambah pulak kena masak untuk mak. Dia tak habis makan, saya yang habiskan. Sayang, membazir, katanya. Seminggu kat sana naik berapa kilo ntah. Haha...

Dah bila balik rumah pon jadi nak makan banyak jugak. Kalau setakat roti, biskut cicah milo ni macam tak ada apa-apa rasa. Itu yang jadi rajin lagi gigih nak masak roti jala sama serawa durian di pagi-pagi hari ini. Hoi...sedapnya!! Memang dah lama tak pekena roti jala dengan serawa durian. Kegemaran Naqib pulak tu. 8 keping roti jala dia makan sekali hadap je tadi. Ya Allah. Tembunlah jap lagi. Doktor pon dah suruh kawal makanan dia. Sekarang dia dah kena pantang makan makanan berprotein tinggi. Terutama seafood dan makanan yang mengandungi kekacang. Makanan cikedis, jajan dalam plastik pon dah tak boleh makan. Kena perbanyakkan buah dan sayo.

Bayangkanlah macam mana emaknya ini nak bagi makan pada kanak-kanak yang tak suka makan sayo dan buah? Pening. Kalau letak sayo pon, nanti bila makan dia pilih. Bersepah-sepah kat tepi pinggan. Buah yang dia suka pon buah tembikai. Tapi sekarang tak kira, nak paksa dia suka buah-buah lain jugak. Mode mak tiri di on sekarang!


Tuesday, November 20, 2012

2012-Cerita 145-Dah Keluar!

Ok. Result UPSR dah keluar pagi semalam. Pergi la ambik. Sampai sana, cikgu tengah buat taklimat tentang keputusan UPSR peringkat sekolah Naqib. 50 orang yang dapat 5A, 45 orang dapat 4A 1B, 30 orang dapat 4A1C. 80% lulus.

Naqib dapat berapa? Ha...itulah soalan yang paling banyak ditanya semalam. Telefon berbunyi bertalu-talu. Well, keputusan Naqib tak cemerlang. Takde A pon. Tapi takdelah sampai dapat E. Tapi sesuailah dengan tak belajar dia, dengan banyak ponteng sekolahnya dia. Di tambah lagi dengan kekurangan yang dia ada tu.

Saat dia menerima keputusan, saya dan suami lihat keputusannya. Dan kami tak perlu kata apa-apa kerana sangat memahaminya. Dah menjangkakan pon. Tak apalah. Sekurang-kurangnya dia dah mencuba. Dia sikit pon tak tunjukkan apa-apa perasaan. Sedih ke, kecewa ke, tak ada. Bagus juga. Kalau dibuat dia kecewa sampai mengalami kemurungan lagi susah kita!




Thursday, November 15, 2012

2012-Cerita 144-Macam-macam Kerenah

Duk kat kampung ni kan, selera gua lain macam la. Asik makan je kejenya. Dah hari-hari orang datang rumah nak tengok mak. Keje gua buat air hidang kat tetamu. Tetamu dah balik gua pulak yang sambung melantak.

Orang yang datang pulak bawak buah tangan yang macam-macam. Biskut bertin-tin. Buah pun macam-macam. Epal, limau, jambu batu, mangga, tembikai, delima. Penuh peti sejuk. Syurga dak? Tu tak masuk lagi kalau yang bawak kuih-muih. Memang kejenya makan sesaja lah.

Harini dah masuk hari Khamis. Tinggal lagi 3 hari je kat kampung. Entah bila dapat balik lagi.

Naqib seronoklah layan sepupu-sepupu kecik dia tu. Si Qutaibah jenis yang banyak mulut. Bercakap je kejenya. Dahlah mulut macam orang tua. Yang adiknya si Khadijah pulak tengah melasak. Panjat sana panjat sini. Terhibur jugak tengok keletah budak berdua tu.



Aksi akrobatik oleh Khadijah.
Tak padan dengan kecik. Perempuan pulak tu. Memanjat memang hobi dia.


Gaya seorang buaya!
"Mak Iti, tolong ambik gambar Qutaibah jadi buaya eh?" Katanya sambil buat gaya buaya. Ni gaya buaya tembaga ke buaya darat?

Qutaibah ni jenis suka bergambar. Orang ajak bergambar terus je dia posing. Nanti kalau gua rajin gua compile gambo-gambo dia.



Huhu..siap tanya "Mak Iti, Qutaibah hensem tak?"
Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, November 9, 2012

2012-Cerita 143-Owh..

Lepas tulis n3 semalam tu kan saya kata nak kemas baju, tak ada maknanya. Baru je nak mengemas suami saya dah tutup lampu! Dah tu teruslah ikut belayar di lautan mimpi sekali.

Tapi di saat n3 ditulis, masih lagi belum berkemas. Macam malas pulok. Kekdahnya sekarang ni tiap-tiap minggu balik kampung. Belum sempat keluarkan baju dari dalam beg dah kena kemas lagi. Kali ni balik seminggu. Bawak baju 3,4 lai sudah. Kalau tak cukup basuh je kat kampung. Tak pun pinjam je baju mummy i tu. Untungnya sebab kitorang satu acuan.

Hari ni last day sekolah. Naqib tak pi sekolah pun. Kalau saya hari lain tak pergi tak apa. Tapi hari ni wajib ke sekolah. Last day kan jumpa kawan-kawan. Last day di sekolah rendah. Dah masuk sekolah menengah nanti belum tentu dapat jumpa lagi. Tapi Naqib dah tak kuasa nak pegi sekolah. Dia dah tak larat nak turun naik van. Minggu ni sehari je dia sekolah. Isnin Selasa tak sekolah sebab pegi spital. Rabu pulak hari penyampaian hadiah. Yang tak terlibat tak payah pergi. Khamis dia pergi untuk dapatkan borang penempatan ke sekolah menengah.
So sekarang tinggal nak mendaftar ke sekolah menengah je. Alhamdulillah Naqib terpilih ke sekolah yang dilengkapi dengan kemudahan untuk OKU dan ada kelas khas untuk pesakit yang sama macam dia. Semoga segala urusan dipermudahkan. Amin.

Sedih pulak rasa nak tinggal laki. Seminggu la peluk bantal. Huhuhu..
Eleh seminggu je padahalnya. Orang yang suami keje sebulan kat laut kat pelantar minyak tu rileks je!
Published with Blogger-droid v2.0.6

2012-Cerita 142- Yeah..Balik Lagi

Geylang si paku geylang,
Geylang si rama-rama,
Pulang marilah pulang,
Marilah pulang bersama-sama.

Hehe..nak balik kampung lagi. Cuma kali ini berdua dengan Naqib sahaja. Naik bas. Nak naik kapal terbang tiket mahai. Haritu check rm600 sehala, untuk 2 orang. Pengsan. Dahlah tengah kumpul duit nak bawak Naqib pi Legoland and Hello Kittyland(ni maknya yang nak pegi).

Ok. Mau kemas-kemas. Nanti malam dah nak naik bas. Doakan saya dan Naqib selamat pegi dan selamat pulang ya..
Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, November 5, 2012

2012-Cerita 141-Hujan



Semalam berada di kampung. Hujan seharian tak berhenti. Dari pagi membawak ke petang. Sekejap renyai-renyai sekejap lebat. Tak menentu turunnya. Air di parit depan rumah hampir melimpah. Petanda musim tengkujuh sudah tiba.

Seawal pagi, waktu melangkah ke kamar mandi untuk membersih diri dan mengambil wudhuk, kesejukan terasa menyusup hingga ke tulang-temulang. Saat terkena air di pili, menggelepar seluruh anggota bereaksi kepada kesejukan. Air kolah usah dikira, sejuknya lagi bukan main-main. Seriau!

Selesai solat, hujan mula turun, menjadikan suasana dingin, kelam, kelabu. Melankoli. Romantik. Mata mudah jadi layu dirayu oleh titis-titis hujan yang jatuh. Ke atap, ke daun, ke tanah, mmenghasilkan bunyi dan rentak yang sangat harmoni.

Mata makin melayu. Hati makin merintih. Katil mula memanggil-manggil. Tak perlu bertangguh. Tak perlu lagi dirayu-rayu. Badan terus dihempaskan ke katil. Selimut ditarik rapat hampir menutupi keseluruhan badan. Titisan hujan yang makin laju jatuhnya bagai memupuk lembut di pendengaran. Lantas menghantar isyarat ke akal. "Tido!" Perintahnya. Lalu mata tanpa berlengah terkatup tanpa perlu dipaksa.

Syok ooo....

Saya suka hujan. Tolong jangan pergi!

Thursday, November 1, 2012

2012-Cerita 140-Balik Kampung

Mula-mula memang tak merancang pon nak balik kampung masa raya hari tu. Tapi seminggu sebelum raya tu tiba-tiba mak saya masuk spital. Sakit. Tapi dah keluar spital dah. Sempat masuk 4 hari je. Sedeh je bila dengar mak sakit. Kitew duk jauh..Masa tu pulak suami saya tak boleh nak cuti. Banyak keje. Dalam kepala duk merancang nak balik sendiri je dengan bas. Tak dapat lama, sehari semalam pun jadilah. Sampai siang balik malam pun takpa. Tapi kalau dia tak izinkan, takpalah. Pasrah je. Namun, belum sempat beritahu suami pasal rancangan tu, dia dah beritahu dulu. "Raya ni kita baliklah kampung tengok mak sekejap!" Alhamdulillah...

Maka, bermulalah perjalanan pulang ke kampung di hari raya. Lepas solat sunat eiduladhha kami bertolak. Bawak bekal siap-siap sebab takut gerai makan kat rnr tutup. Memang betui pon. Satu gerai je bukak masa berhenti kat rnr. Itu pun yang jual makanan ringan. Tapi orang tetap melimpah. Terutamanya dekat toilet! Perjalanan lancar cuma ada sedikit kesesakan di tol Gombak. Tapi masing-masing bawak kereta secara berhemah. Sopan-santun je. Takde yang mengkhinzir buta cilok sana cilok sini. Takut kena samanlah tu...


Terowong yang sentiasa buat saya terkenang zaman kecil saya.Kalau lalu je terowong ni, mesti nganga mulut luas-luas dan jerit 'AAAAAAAAAAAAAA' dari mula terowongsampai keluar terowong. Mesti! Walau tak tau ape motifnya!

Sepanjang jalan cuaca cerah. Cuma ada hujan sekejap di Bukit besi. Hujan panas. Masuk LPT2, hujan dah berenti. Syok je tengok awan-gemawan setompok-setompok macam taik unta itu. Putih bersih bak salju. Gebu bak gula-gula kapas.


Tengah-tengah duk melayan perasaan, tiba-tiba Naqib menjerit.
"Tutup hidung semua! Naqib kentut!!!"
Spoil betul. Busuk oi!
"Lama lagi tak nak sampai? Naqib rasa nak berak!" Duh!
Nasib baik dah nak sampai. Tapi ayahnya bawak kereta macam nak gila jugaklah. Takut cicir dalam kereta. Yang dia kat belakang siap gigit-gigit kuku tahan berak!

Dah sampai ke rumah mak ayah, ingatkan dia terus masuk toilet. Eh! Elok pulak dia bersila depan meja lalu makan sate. Aiyoh! Dah hilang rasa eh? Kebetulan ramai pulak tetamu kat rumah. Sama naiklah dia dengan tetamu melahap juadah eiduladhha.

Mak-mak sedang berbual mesra. Anak-anak sila buat hal sendiri. Haha..

Alhamdulillah, mak dah makin sihat. Nampak ceria je bila anak-anak semua balik. Begitulah ibu. Bila tengok anak-anak ada bersama, yang lemah jadi gagah, yang layu jadi segar, sakit sikit-sikit terus sihat. So sapa-sapa yang dah lama tak balik jenguk mak ayah tu cer balik kampung sekejap. Mak ayah memang takkan cakap yang diorang rindukan anak-anak. Lebih-lebih lagi bila dah makin tua, makin tak sihat mesti duk mengharap anak ada di sisi. Jangan sampai mak ayah jauh hati dengan kita. Jadi derhaka pulok! Oh ya! Alang-alang cakap pasal mak ayahkan, saya jumpa satu artikel/keratan sebuah buku di facebook milik kawan saya yang sangat menyentuh hati.


Sedihnya bila baca kan? Maka, pulanglah nak!



Sambung. Kebetulan pula pulang ke kampung kali ini, pohon duku di kebun lebat berbuah. Berguni-guni hasilnya. Dibahagikan sesama anak-beranak. Pendek kata, celik mata siang malam makan buah duku. Sarapan buah duku, lunch dengan buah duku, minum  petang pon dengan buah duku. Kelas tak kelas tu.

Hari kedua raya, sembelih lembu qurban. Buat kat rumah makcik. Tapi saya datang sedikit lambat. Orang dah siap lapah. Just tunggu untuk dibahagikan kepada yang berhak. Daging yang selebihnya akan dimasak untuk dijamu bersama keluarga.


Pakcik saya tukang masak (yang pakai kopiah putih tu). Saya tukang pas bahan-bahan je dan sekali-sekala jadi tukang kacau gulai. Masak 3 jenis lauk je tapi dia punya riuh-rendah macam masak berpuluh-puluh lauk. Meriah. Tapi kesian kat orang sebelah rumah. Tempat masak dekat sangat dengan rumah diorang. Tahan jelah agaknya dengar suara kitorang yang macam petir ni.

Ha..ni dak Amna. Petang tu datang rumah beraya. Masa sampai tu dia tido. Tu semua muka baru bangun tido. Masam je. Naqib ambik gambar dia pun dia tak senyum.

Ni lak anak sedara iols, Nurul Khadijah. Suka benor dia pakai tudung. Bila orang puji lawa, nanti mulalah dia buat tergedik-gedik.

Hari raya ketiga tu janji dengan kawan nak pergi ke nurseri orkid dia. Sampai sana rasa gila sekejap. Bunga cantik-cantik, segar-bugar. Tapi masalahnya saya ni jenis tak reti jaga tanaman. Elok-elok cantik, segar-bugar kang terus mampos keras dapat kat saya. Tapi semangat nak bercucuk tanam tu tak pernah luntur!

Kebanyakan orkid yang dijual di situ jenis yang susah nak jumpa. So, harga agak mahal. Ratus-ratus la. Beli la jugak 3,4 pasu bunga orkid yang murah-murah. Nak beli yang mahal gerenti tak mampu. Di tambah lagi dengan faktor ketidakmampuanku menjaga tanaman dengan baik. Siap kawan saya tu hadiahkan sepasu lagi bunga orkid. Hehehe..suka.




Petang tu pulak pergi makan seafood celup tepung kat Pantai Batu Buruk. Pergi berdua je. Naqib tak nak ikut!

Takdelah ambik banyak sangat pasal kekenyangan makan buah duku. Just ambik sotong sekor, bebola sotong secucuk, bebola ikan secucuk,sepit ketam secucuk, udang secucuk. Minum pulak ABC dan air bandung.Mantop! Perut pon macam nak meletup!
Dah makan, kita bersiar-siar pulak di sekitar pantai. Malas nak jalan kaki, so bersiar-siar dengan kereta sahaja. Orang pon ramai bebeno. Ustaz Azhar pon ada buat outing kat situ.

Uish. nampak tak kete kuda Cinderella tu? Nak naik, tapi suami kita malas nak berentikan kete. So, tengok jelah dari jauh sambil berangan naik kete kuda itu dengan anak raja. Anak raja? Tak kalah tu..

Balik rumah sambung makan buah duku lagi. Hahahaha...
Buah yang segar. Terbaik dari ladang uols. Ini yang baru dipetik.


Wednesday, October 24, 2012

2012-Cerita 139-Pisang Entah

Balik kampung hari tu mak mertua bagi pisang. Besau pisang tu. Besau lengan ok! Pisang ni orang kebun depan yang bagi. Katanya dah tak termakan. So kalau ada pisang yang masak tuan kebun tu suruh mertua saya ambik je. Mak mertua bagi 2 bijik. 2 bijik pun macam dah terlebih dari cukup!



Besau kan? Cuba banding dengan syiling 20¢ kat sebelahnya. Sebijik dah digoreng dan sebijik lagi dibuat pengat. Tak tau apa nama pisang tu tapi rasanya masam sikit macam pisang nangka. So panggil pisang ni pisang entah. Haha..






Boleh tahan sedap. Sebetulnya saya dah lama sangat nak makan  pisang goreng. Tapi cari pisang yang sesuai untuk dibuat goreng ini sangatlah susah. Biasa saya guna pisang abu atau pisang awak. Banyak kedai dah cari pisang itu tapi balik-balik pisang berangan, pisang mas je yang ada.

Rupa-rupanya memang payah nak cari pisang abu. Mak mertua saya cakap pisang abu ni mengalami penyakit akar. Satu Malaysia ye dilanda penyakit itu. Patutlah susah benar nak jumpa!

Tapi apapon, puas hati dapat makan pisang goreng yang dibikin sendiri. Kalau yang beli ni saya kurang sikit. Lebih-lebih lagi kalau diorang guna tepung goreng segera yang dah siap. Yang cuma campo air tu. Tak sedap. Keras. Sakit gusi.
Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, October 21, 2012

2012-138-Yeay..Dapat Hadiah!!

Suami balik keje tengah hari semalam, masuk rumah sambil genggam kertas kuning di tangan. "Ada parcel untuk Puan Siti. Puan Siti mane entah!" katanya. Eleh..buat-buat tak kenal pulak. Padahal tiap-tiap malam tido sekatil.

Kemudian diberikan kertas kuning itu kepada saya. Dalam hati saya berkata-kata ni mesti parcel dari si dia itu.



Pelik jugaklah kenapa pulak dalam kertas tu beritahu saya tiada di rumah ketika parcel dihantar. Padahal ada je kat rumah. Tak pegi mana-mana pon!

Lepas zohor, on the way balik kampung, singgah sekejap di pusat serahan bungkusan, pegi ambik parcel tu dulu. Sampai kat kaunter pekerja kat kaunter mintak ic.
"Siti ni siapa? Tanya dia bila tengok nama tak sama dengan yang dalam ic.
"Saya!"Kujawab sepatah.
"Tahu ke siapa penghantarnya? Maaflah ya saya kena tanya banyak pasal nama tak sama dengan dalam ic,"katanya. Saya senyum dan angguk sambil beritahu nama pengirimnya.
Kemudian dia terus ke tempat simpanan segala parcel dan bungkusan. Nasib baik nama pengirim betul kalo tak banyak lagi soal jawab kot!

Nah! Besar gedabak kotaknya.



Masuk kereta tak menyempat-nyempat suami saya dan Naqib suruh bukak kotak. Rilek-rilek sudahlah kan? Melampau diorang ni tau. Macamlah hadiah tu diorang punya.



Ha..cenderamata dari Vietnam. Ada FM dari Vietnam, lukisan dari Vietnam, bookmark dari Vietnam dan jugak coconut candy dari Vietnam. Eh! Tiba-tiba ada FM dan keychain dari Melaka? Utamakan barangan tempatan ya! Terima kasih yang tak terhingga buat Tasek Merah yang sudi menghadiahkan cenderamata yang unik ini.

Yang si suami ni terus suruh bukak coconut candy tu. Gelojoh tau! Nak rasa katanya. Bukaklah. Sia suapkan sebab diakan tengah memandu. Sampai di kampung, bagi pulak kat mak mertua rasa. Dapat kat kanak-kanak yang berdua tu(anak sedara suami) tambah dengan Naqib, sekelip mata habis candy tu. Sodap la..

TQ Tas. Sayang uols sampai mati!

.
Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, October 18, 2012

2012-Cerita 137-Bibik In Action

Semalam adik ipar saya hantar anaknya si Aimi tu ke rumah. Dia nak gi berurut. Tukang urut tu duk kat area rumah saya je.

Mencabar jugak menjaga budak kecik ni. Sebab dak Aimi ni bangsa yang takleh duk diam. Berjalan je dia. Tapi nasib baik bukan jenis yang suka panjat-panjat. Kalau tak jenuhlah jaga tangga saja.

Nak bagi dia duk diam, pak ngah dia cari lagu kanak-kanak kat youtube. Pasang. Ha..barulah dia duduk setempat.



Dia tiru style Naqib.



Khusyuk.



Dia asik nak tekan keyboard je.



Pak ngah dia pegang tangan tak bagi dia tekan keyboard. Tak dapat tangan, tengok tu dengan kaki dia kuis.



Suka sangat siap tepuk tangan.



Tak puas hati. Bangun berdiri pulak.



Tepuk tangan lagi.



Dah boring.


Lepas tu dia membuas balik. Seminggu jaga Aimi memang buleh kurus. Cik Mila silalah hantar lagi!
Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, October 16, 2012

2012-Cerita 136-Stress

Semalam pergi klinik sebab tiba-tiba naik gatal-gatal pulak kat tangan ni. Elergik ke apa ntah.  Sampai kat klinik orang dah ramai.

Depan bilik doktor gua tunggu.

Tak selesa betul kat klinik. Budak-budak duk bantai memekak sambil berlari bebas panjat kerusi sana sini macam kat taman permainan. Lepas tu tepuk-tepuk dinding. Sorang start tepuk, yang lain pun mengikut. Dinding kapur kalo tepuk kuat bunyinya. Mak bapak buat tak tahu saja. Mungkin kat rumah pun diorang bantai memekak macam ni. Maka, dah terbiasa. Lali sudah.

Kemudian ada pulak adegan adik-kakak berebut mainan. Pastu si adik menangis melalak sambil berguling-guling atas lantai sebab tak dapat rebut mainan tu dari kakak. Gegak gempita dengan jerit tangisnya. Stressnya gua. Sakit jiwa tau dak? Orang yang sakit boleh jadi bertambah sakit. Ni gua cara-cara gatal elergik je pon ada rasa nak tangkap sorang-sorang pastu tampal kat dinding. Agaknya kalau sakit gua lagi berat tak taulah macam mana gayanya.

Ha..nak je gua buat macam gini!

Kalau sume klinik ada kawasan khas untuk budak-budak ni main takdelah mengganggu sangat kan?

Sejam kat dalam klinik tu macam-macam perangai gua hadap.
Buleh tahan lama menunggu, tapi gua masuk dalam jumpa doktor tak sampai 5 minit!


Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, October 11, 2012

2012-Cerita 135-Tak Paham Kitew...

Pada suatu hari kita pergi kedai runcit nak beli tepung naik sendiri. Biasa beli kat kedai bakeri kat bandar Puchong tu. Tapi masa tu dah petang nak Maghrib, kedai dah tutup. Tapi malam tu nak buat kek. dalam respi tu memang kena guna tepung naik sendiri. So, pi lah kedai runcit yang dekat-dekat dengan rumah ni. Mana tahu kot-kot ada jual kan..... Sekali orang kedai tak kenal pun tepung naik sendiri.

"Tepung apa tu? Tepung untuk goreng ayam ke?" Tanya dia balik kat kita. Kite pun terangkanlah kegunaan tepung itu, tapi tetap tak tahu dan tak kenal. Oklah. Mungkin sebab yang jaga kedai tu bukan orang Malaysia. Kat tempat dia panggil lain kot. Kite pon tawaf kedai tu dalam 1 1/2 pusingan je. Ada tepung gandum ngan tepung jagung je. Sah-sahlah dalam kedai tu takde tepung yang kuperlukan itu. So, pergi kedai lain. Pon sama, tak kenal.

Pastu gi ke kedai kek kat area rumah. Di samping ambil tempahan kek, dia pun ada jual barang-barang bakeri. Malas nak pegi kedai tu sebenarnya pasal barang-barang dia mahal berdentum. Tapi dek kerna susah sangat nak cari tepung naik sendiri, maka pergilah juga. Alang-alang dah keluar ni kan...

Kita pun tanya tuan kedai tu,

"Bang, ada jual tepung naik sendiri tak?" tanya saya. Katanya tak ada.
"Nak buat apa ya dengan tepung naik sendiri? Tanya dia.
"Nak buat kek...." Suci murni lurus bendul straight forward je kuberikan jawapan walaupun macam pelik sikit pertanyaannya.
"tepung naik sendiri tu boleh guna untuk buat kek ke? Tak tahu pulak!" Katanya dengan muka terkejut.
.
.
.
Motif abang tu buat kek hari-hari tapi tak tahu fungsi tepung naik sendiri?
Tak paham kitew....

Tuesday, October 9, 2012

2012-Cerita 134-1,2,3 Lekuk!

Banyak benda  nak dituliskan dalam satu masa. Maka, kuhimpunkan kesemuanya dalam satu n3 ya. Dah macam status facebook gitu!

1. Lampu dapo ni dah rosak akhlak gamaknya. Dia main lip-lap-lip-lap macam lampu disko. Dah nak masuk 6 tahun duduk di rumah ni baru kali ni buat hal. Dah sampai masa kena tukar dah kot.

2. Sakit hati tak habis bila tengok Masterchef Malaysia 2 ni. Kebanyakan peserta perangai jahannamullazi. Atiqah dah keluar. Lega..

Saya suka Izyan dan Ammar. Izyan ada harapan menang title masterchef tahun ni. Semalam dia menang pin kebal. Suke :-) [Tapi kenapa Dean dan Fizuan tu ye? asik je tak puas hati dengan semua orang. Orang dapat pin kebal pon tak puas hati. Tugasan tak berpihak kepada diorang pon diorang kata unfair. Itulah namanya cabaran. Kalo ko tak boleh terima cabaran takyahlah masuk. Inikan rancangan siapa hebat di dapo, bukan siapa hebat mengata!]

Ammar lak ada karisma. Muda tapi nampak matang. Time Tiqah bagi 'ucapan' kat dia pon dia tak bertindak melulu. Eh ada sorang lagi yang saya suka iaitu Ah Hong. Dia bahasakan diri dia 'Ah Hong' bukan 'saya'. Macam manja je bunyinya. Hikhik..Tapi dia masak macam sedap walaupun rupa masakan tu nampak selekeh dan simple.

Harap-harap lepas ni yang mana mulut takde insuran, yang perangai tak semenggah akan terkeluar cepat. Biar tinggal yang betul-betul layak je. Ni masaknya tak seberapa, mulut je lebih. Berbanding musim lepas, musim ni memang buat saya panas hati.

3. Dah masuk 5 hari dah polis duk berkampung buat road block kat laluan keluar masuk perumahan saya ni. Tak tahulah sampai bila.



4. Setiap kali nak kurangkan pengambilan makanan mesti dan-dan tu selera makan menggebu. Minggu lepas tahan la seminggu makan nasi berlaukkan ikan singgang dengan sambal belacan semata. Tapi jadi tak boleh tahan sebab saya kena masak lauk lain untuk suami (dan jugak Naqib). Dia tak suka lauk ikan singgang. Lagipun tak kan nak bagi dia makan lauk yang sama jugak hari-hari kan? Jadi bila dah begitu, semangat jadi luntur sebab kena masak banyak lauk. Lepas tu rasa lauk lain lagi sedap. Psiko gile. Lalu tewas akhirnya.



5. Pelanggan astro tengah mengamuk dengan astro. Tak caya gi tengok kat page astro di facebook. Semalam ke bila ntah tengok ada orang komplen cakap astro ni kenapa ulang-ulang cerita sama. Lebih dari 45k yang like, dengan lebih 45k komen jugak.. Tapi pagi ni cari tak jumpa pulak. Adakah telah didelete? Memang patut pon rasa tak puas hati. Kata tv berbayar tapi ada je iklan melambak-lambak. Cerita ulang-ulang tu macam dah trademark astro. Pastu katanya ada channel eksklusif. Macam Mustika HD tu. Tapi tak eksklusif pon. Cerita ulang-ulang gak. Paling takleh blah cite telenovela dari Bella tu gi tayang kat situ jugak. So macam saya ni bayar sikit je oklah lagi. Tapi yang bayar sampai ratus-ratus tu mestilah mengharapkan rancangan yang bermutu, fresh and updated. Setakat bayar mahal tapi time hujan takde siaran apalah gunanya. Tapi kita ni pandai je komen, komplen bagai nak rak  tapi tak buat pape pon. Still jugak langgan. Maklumlah nak berdemo, nak berdebat, nak boikot (demi hak), itu bukan budaya kita!!!!!

Sekarang ini saya cuma layan channel 707, 727,728 dan rancangan yang tunjuk masak-masak sahaja. Dan sebab sekarang ada masterchef, layanlah jugak astro ria. Dah nak tengok rancangan lain sume ulangan.  Nganga je la. Harapkan Naqib la duk layan katun siang malam. Kadang-kadang naik menyampah sebab sampai boleh hafal skrip scene dlm cite katun tu.

Ada jugaklah bincang dengan suami. Nak potong astro. Dah ada hypptv kan? Tengok itu jelah kot. HD view kat HyppTV lagi bagus. Terang benderang dan sharp. Ya. Channel tak banyak tapi HyppTV connect terus dengan Youtube. Boring-boring boleh layan youtube. Agak-agak nak tengok rancangan masak-masak boleh tengok Trymasak. Macam-macam resipi ada. Siap ada demo cara nak masak lagi. So, tengoklah macam mana.

Dan dengau-dengau kabo akan ada stesen tv berbayar yang baru akan dilancarkan. Habislah ko astro. Dah ada pesaing.

6. Fakta: Kali terakhir saya menulis status di facebook adalah pada awal Disember 2011. Dah tak berapa layan facebook sekarang. Gua layan twitter....



Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, October 6, 2012

2012-Cerita 133-Penyamun Di Dalam Ini Negeri

Sebenarnya semalam saya dah up satu n3 tapi hari ni terpaksa tarik balik sebab rasa macam tak sesuai pulak. Kalau ada yang sempat baca tu kira halallah ya.

Dari semalam lagi jalan keluar dari perumahan kami ni ada road block. Katanya sampai ke pagi ni pon ada lagi. Kisahnya tempat kitorang ni sejak akhir-akhir ini menjadi-jadi pulak kes rompak samun bersenjata. Khamis lepas ada satu kejadian dekat jugak dengan rumah. Berlaku siang-siang hari dalam pukul 2 petang. Tuan rumah baru balik dari kerja. Tengah bukak pintu pagar, datang 3 orang perompak, hunus parang. Habis barang rumah kena samun. Takutlah. Tambahan lagi saya sorang-sorang kat rumah. Pukul 2 tu pulak waktu budak-budak balik sekolah. Bahya betullah.

Lama tu kira dah sehari semalam buat road block tak habis-habis. Tak keluar lagi ke perompak penyamun tu dari perumahan kitorang ni? Bimbang aku. Buatnya si penyamun tu mengamuk sebab takleh nak keluar, dia pi ambik orang lalu-lalang jadikan tebusan. Naya je! Eh! Tinggi sangat ke imaginasi ku inih?

Kalo ikut cerita mangsa, penyamun ni orang tempatan, bukan pendatang! Kalo ikut statistik polis pon gitu. Katanya kebanyakan dari kes-kes yang berlaku di tempat kitorang ni didalangi oleh orang tempatan. Aku tak paham ni kenapa lah bersusah-payah buat kerja menyamun sedangkan bukan boleh hidup aman pon. Tak habis pikir agaknya. Asyik pikir nak kaya dan senang cepat je. Masa depan tak pikir ke?

Ok. Saya berhenti di sini dulu ya. Nak nonton Di Mana Joe Jambul pulak!

Update: Di Mana Joe Jambul yang baru ni tak best macam dolu-dolu la.....

Friday, September 28, 2012

2012-Cerita 132-Surprise!

25hb hari tu sebenarnya adalah hari lahir suami. Yang ke berapa? Biarlah rahsia. Haha. Tahun lepas Naqib cakap umur ayah dia adalah 40 tahun. So tahun ni 41 la kan? Dah nak senja dah umurnya. Tak macam saya. Umur baru 28(sebab tahun lepas Naqib kata umur saya 27). Huhu.

Biasanya wish saja. Memang kitorang jarang nak seliberet-beret ni. Pagi tu sebelum dia gi keje lupa nak wish. So just wish dia via sms. Gelenyar je kutanya nak hadiah tak. Padahal tak ada prepare apa-apa hadiah pon. Nasib dia tak cakap nak. Tapi dalam otak ni dah ada rangka sesuatu. Kalau kata dia jawab nak hadiah, aku ambik je laptop dia, bungkus cantik-cantik, kasi hias bunga sekuntum. Habis cerita. Pastu bila time dia bukak hadiah, siap sedia cakap surprise ala-ala eric leong sambil urut-urut dada dia kasi dia relax waktu dia nampak hadiah pemberianku itu.

Tapi malam tu kitorang keluar gak. Asalnya gi bank-in pitis je. Tapi dalam kete Naqib duk berzikir nak kek, nak kek sepanjang jalan, maka terpaksalah melencong ke secret recipe. Macamlah tak pernah makan kek. Padahal baru je hari tu bedal kek kat rumah cik mila.




Beli kek yang dah siap potong. Birthday boy makan kek durian durian. Saya makan kek pecan butterscotch. Naqib makan chocolate cheesecake kot. Tak ingat dah nama keknya itu. Disebabkan dah makan nasik masa kat rumah sebelumnya, nafsu berahi untuk menikmati kek itu agak kurang. Slow-slow je kek masuk mulut. Ala-ala muak takleh nak perabis. Dahlah kuorder pulak tropical smoothies. Pekat. Rasa berlemak. Tepu perut. Terhegeh-hegeh nak perabis kek nan seketul itu. Rasa nyesal pun ada. Kalau order spring roll pun takpe.



Inilah birthday boy nya. Hehe.. Gambo siap ada bokeh bentuk love lagi. Sori bang, spek warna pink je ada.
Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, September 26, 2012

2012-Cerita 131-Hilang



Mana ntah pergi Pa'chik ni. Tiba-tiba je hilang lepas buat final countdown kat blog dia. Sepatah haram tak cakap apa-apa.
Rindu pulak nak baca komen sinis dia. Hehehehe...

Tiba-tiba teringat dengan Joe Jambul. Femes penjenayah ni dulu.

Joe Jambul and the geng. Pompuan yang depan tu nama Markonah ke apa.

Tuesday, September 25, 2012

2012-Cerita 130-Oh My...

2 hari lepas saya tengok suami saya khusyuk beno mengadap laptop. Sekejap dia gelak kok-kik-kok-kik, sekejap lagi dia senyum-senyum. Apa bendalah yang ditengokkannya, macam kelakar sangat sampai saya teringin nak join sekali. Tapi bila saya nak tengok laptop dia tak bagi siap alihkan laptop tu. Tapi last-last buleh tengok jugak.

Ceh! Dia tengah duk baca blog saya. Hampeh betul. Malu saya! Maknanya dia dah jumpa butang untuk older entries. (Dia tak familiar dengan blog). Dulu dia pernah tanya apesal ada satu entry je kat blog. Yang lain mana?

Fuhh! Bahayer..bahayer. Ni yang buat saya maleh nak update ni. Karang aku tulis benda merepek kena pulak sedas dengan dia. Huhu...
:
:
:
P/s: Hai abang! (lambai tangan gaya ratu)
Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, September 14, 2012

2012-Cerita 129-Dah Merdeka

Petang semalam adalah detik-detik pembebasan buat anak-anak yang menghadapi UPSR. Lepas habis je ujian aptitud, Naqib dan kawan-kawan ke tempat perhimpunan untuk mendengar sedikit taklimat ringkas daripada pihak sekolah.

Selesai perhimpunan masing-masing berdelai-delai keluar dari pintu pagar sekolah bergerak mendapatkan ibubapa masing-masing dengan wajah ceria bebas.



Gitulah jugak Naqib. Dari jauh lagi dah menyengih panjang menuju ke kereta. Sebaik saja masuk ke kereta, benda pertama yang dia mintak ialah nak makan maggi goreng di kedai mamak. Kelakar tak kelakar tu. So layankan aje.



Kemudian dah sampai ke rumah terus kerah dia mandi dan solat. Lepas tu terus dia terkam laptop layan game lego. Rambut pon tak sempat nak sikat. Punyalah excited dah habis peksa.



Hari ni dia cuti. Laptop tu memang dia sorang je lah yang conquer. Dari lepas Subuh santak ke tengahari. Sarapan pun lari-lari. Mandi pun dah pukul 1. Takpe. Harini aku bagi can. Mainlah nak. Mainlah...

P/s: esok nak balik kampung-hohoho-balik-kampung-hati-riang. Yeay...
Published with Blogger-droid v2.0.6
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.