Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Friday, December 7, 2012

2012-Cerita 150-Cerita Di Wad

Sleep test procedure yang dibuat ke atas Naqib tempohari adalah untuk mengkaji cara tidur dia dan pada masa yang sama juga untuk melihat tahap kesihatan paru-paru serta jantungnya sama ada berfungsi dengan baik atau tidak. Punca kenapa kena buat test ini: Naqib berdengkur waktu tidur. So doktor suggest suruh buat sleep test untuk study kenapa dia berdengkur.

Tiba di hospital pada pukul 3 petang. Kemudian mendaftar masuk di Unit Hasil dan terus check-in ke wad 5A.


Muka cuak masa mula-mula masuk bilik.

Tak sampai 5 minit tiba, peramu saji dah datang bawak hidangan untuk minum petang. Ada pau dan kuih talam.

Ayah tengah bancuhkan air coklat. 

Makan pau je. Kuih talam jamah sikit je. Pastu bancuh air coklat.

Pukul 6 datang lagi makanan untuk makan malam pulak. Boleh tahan jugaklah rasa lauknya. Ada kari ikan, sup ikan, sayo petola, acar. Ada pencuci mulut. Agar-agar yang takde rasa lagi keras. Tapi habis jugak kitorang dua beranak bedal. Hoho..

Amboi..selera ko makan makanan spital.


Malam tu lepas Maghrib baru doktor datang. Tapi sekejap je. Just tanya pasal Naqib sikit-sikit. Pastu dia suruh tunggu pembantu perubatan datang untuk pasang wayar. Tunggu punya tunggu pukul 10.30 dia datang.  Memang dia datang pasang bila dah nak tido. Lalu berlangsunglah sesi pasang-memasang wayar yang berselirat itu.
Muka pasrah..

Ada yang dipasang di kepala, di belakang tengkok, di dahi, bawah dagu(mikrofon), di tangan, di jari(check oksigen dalam badan) dan juga di dada. Tali yang dipasang di dada tu untuk denyutan nadi, yang pasang di pinggang untuk check buah pinggang.

Naqib merengus-rengus waktu dipasangkan wayar-wayar tu. Tambah lagi bila dipasangkan tiub pernafasan ke hidungnya. Memang agak tak selesa. Abang Din yang jadi tukang pasang wayar tu gelak je waktu Naqib duk merempan-rempan tak tentu hala. Stengah jam jugaklah dia duk pasang mende alah tu sume. Kemudian dia on kan kamera di dinding(untuk tengok keadaan dia waktu tido), tutup lampu. Gelap guguk tak nampak apa. Cuma dapat tumpang lampu di luar wad yang samar-samar.

Alhamdulillah, sepanjang malam Naqib tidur lena dan tak bergerak langsung. Macam mana dia tidur malamnya, macam gitulah jugak gayanya sampai ke pagi. Jam 6 pagi saya bangun dan pegi solat. Dalam 6.30 abang Din datang bukak wayar yang disambungkan pada Naqib. Kemudian Naqib mandi, solat.

Tak lama lepas tu ada sorang doktor datang nak ambik darah Naqib. Berhempas-pulas doktor tu nak ambik darah. 3 tempat dia cucuk Naqib tapi setitik darah pun tak terbit. Siap dijungket-jungketkan jarum tu sampai Naqib menjerit kesakitan. Dalam hati duk tertanya-tanya jugak. Doktor, ko pandai ke dak ni nak ambik darah? Akhirnya dia fed-up. Dia kemas-kemas perkakas dia dan keluar. Dengar doktor tu duk sebut 'shit' 3,4 kali. Mesti dia tak puas hati sebab gagal dalam tugasnya itu.

Ini bukan pertama kali saya lihat doktor yang tak pandai handle bab mengambil sampel darah pesakit. Masa si Niha beranak hari tu pun macam tu. Ntah macam mana doktor tu buat, darah melimpah-limpah keluar sampai menitik-nitik dan tak masuk dalam tiub sampel darah. Nasib baik ada nurse datang. Nurse tu yang settlekan. Hehe..marah lak nanti doktor-doktor. Mungkin doktor-doktor yang terlibat ni adalah doktor yang baru bertugas dan masih belum mahir. Biasalah. Takkan tiba-tiba terus hebatkan?



Tak lama lepas tu doktor tu datang lagi. Masa tu tengah sarapan. Dia nak bawak Naqib pergi ke station depan kat kaunter nurse untuk ambik sampel darah sekali lagi. Dia dukung Naqib bawak pi sana. Sebab katanya Naqib jalan lambat. Lantaklah doktor. Naqib tu berat 30kg. Larat ke? Sekali masa dia hantar balik, Naqib dah melorot sampai ke lutut dia dah. Dah tak mampu katanya. Kakaka..aku gelak je dalam hati. Kelakarlah doktor ni.

Sementara tunggu keputusan darah, kena pindah katil pulak pasal ada pesakit baru nak masuk bilik tu. So pindah ke bilik lain. Dalam tu ada 3 penghuni lain. Kesian sangat. Kecik-kecik dah sakit. Ada yang sakit asma dan yang kat katil sebelah Naqib, umur 11 bulan. Sakit jantung.

Kemudian Doktor Faizah datang melawat Naqib. Dia beritahu keputusan sampel darah Naqib tadi normal. Alhamdulillah. Dia cek pergerakan Naqib semua. Cek kerongkong, cek hidung takut ada apa-apa blocking. Sekali doktor cakap Naqib ada resdung. Adoi..umur 11 tahun dah ada resdung??

Sementara tunggu discharge, ada beberapa orang pelajar perubatan datang untuk interview Naqib. Ada yang nak jadikan Naqib case study diorang. Aku ni dahlah sakit gigi yang amat. Belasah pain killer pun tak jadi apa. Malasnya nak layan tapi terpaksalah jugak melayan. Ketap-ketap bibir bercakap sambil tahan sakit. Bayangkan dalam bilik berair-con saya boleh berpeluh mendidih. Sakit oi!

Lepas tu Doktor Feizel yang biasa merawat Naqib waktu di klinik pediatrik datang dengan student dia. Dia suruh budak tu check Naqib dan teka apa sakit dia. Tapi budak tu salah teka. Mula-mula dia kata tulang bengkok. Doktor tanya, "any other finding?" Budak tu cek Naqib sekali lagi tapi tak dengar dia cakap apa. Doktor kata salah sebab dia takleh beritahu nama betul penyakit tu. Bila doktor Feizel dah blah budak tu datang dan tanya saya apa sakit Naqib. Patut takyahlah beritahu sakit apa kan? Biar dia cari sendiri. Tapi aku baik hati pi beritahu. Pastu budak tu cakap, "Oh! I missed that!"

Susah kan nak jadi doktor? Nak kena ingat nama penyakit pastu nak relate pulak dengan simptom. Pastu apa pulak kekdah rawatan yang perlu diberikan. Nak bagi ubat apa? Berasap..

Pukul 12 makanan tengahari sampai. Ada 2 menu. Satu nasik dengan lauk kari ayam, acar timun dan sayur sawi campo dan satu lagi chicken chop. Naqib pilih chicken chop dan terpaksalah mak mengalah makan nasik. Makan nasik tak habis pon. Sakit gigi punya pasal! Tapi ada kes la sikit. Sayo yang datang sekali dengan chicken chop tu ada ulat.



Ulat terbentang depan mata. Masa diorang duk hidang tu tak nampak ke? Huhu.. Tapi tak cakap pun kat budak yang ambik dulang makanan tu. Tak tahan sakit gigi dah masa tu. Siap keluar air mata. Nak bukak mulut dah tak larat. Kepala hotak duk pikir nak balik je.

Pukul 3 lebih baru discharge. Settle bab discharge kat Unit Hasil. Tak payah bayo sesen pon. Hehe..

Sampai ke rumah, boleh pulak sakit gigi tak semena-menanya hilang! Dah tak sakit sampai sekarang!
Published with Blogger-droid v2.0.6

13 comments:

  1. ok tetiba ada ulat.. adoi... potong setim kan??? sila wat aduan! aduan rakyat - nnt karam sing walia dtg angkat2 tgn dpn lobi.. "dahulu siling runtuh skrg mknn ada ulat.. siapa yg patut di persalahkan?? ulat dlm batu leh hidup.. burung mkn ulat itu... sekian saya melaporkan dr hospital tutttttttttttttttttttt?

    ReplyDelete
  2. bakal2 doktor ni mesti interview.. dulu masa aimi sakit.. 3 4 org dtg tanya... penat nk jawab.. nk je bgtau saya bisu tak leh ckp... hihihihi

    ReplyDelete
  3. aku syak ko baik sakit gigi sbb ko mkn ubat tu la ti...

    ko mkn eh..?

    hehe.



    .

    ReplyDelete
  4. Kak Tasek punya komen agak logik.

    HAHA

    ReplyDelete
  5. cik mila, mmg potong stim. chicken chop dah tak tarap 5 bintang dah. haha...

    abg yeye je ckp, takpe makan ulat dalam sayo/buah. masalahnya itu kalo TERMAKAN. ini dah nampak terbentang dpn mata takkan nak makan gak kot.

    ingat lg uols siling lobi spital tu runtuh ye? masa tu br 2 hari kot ayah iols keluar dr spital tu. haha..

    ReplyDelete
  6. eh eh lupa nak komen. bakal2 doktor tu mmg. hari tu je 3 kali kot dtg. 3 kali tanya benda yg sama. dah lah sakit gigi. seksa ok...

    ReplyDelete
  7. tas, maksud ko ulat tu ubat? nehi. nehi. pukanan....

    hahaha...tp org sarawak makan ulat sagu beso dr itu selamba je kan?

    ReplyDelete
  8. yiyis....benci!!!!! tak nak kawan...

    ReplyDelete
  9. kak ti : woh, ingat lagi adegan tangan kena cucuk tu.

    nurse jugak yang pandai sebenarnya sebab diorang hari2 ambik darah. doc memang terbabas bab2 ni, sumpah tak tipu. even masa kat hospital putrajaya haritu pun doc cucuk branula tak keluar darah. bila nurse buat kejap je. heheheh~

    apekah chicken chop ada ulat? gila tak best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Niha, ingatlah sbb benda blaku dpn mata.

      I rindu amna. Minggu lps ingatkan blh jumpe tp awak tido hotel.

      Ulat tu kat dlm sayo. Sayo tak cuci bersih tu..

      Delete
  10. woohoo akak pantang betul kalau doktor nak ambik darah tak kuar main jungkang jungkit gitu jer..dia ingat kita ni anak patung. akak pernah kena, lapan kali cucuk baru jumpa..rasa nak mengamuk gila dalam lab tu..nasib baik akak dah pakai uniform operation dan baring, so tak leh nak amok la kan takut tebarai pulak baju..tu pun akak sempat jegil sebelum pengsan selama 6 jam..huh..deme ni memain dengan darah orang..

    err nabil dah sembuh kan? semoga tabah ya dik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak LW, ngilu tgk doktor wat jungket2 gitu.

      Naqib kak bukan nabil. Hehe..belum sembuh kak. Ni br je permulaan. Cobaan..

      Delete
  11. Adehhh sorry silap baca eh...hihi..ok naqib!


    LW

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.