Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Friday, December 28, 2012

2012-Cerita 156-Macam-macam..

Oi..dah dekat nak abis tahun 2012. Macam sekejap je masa berlalu. Macam-macam kesah, macam-macam cerita.

Tak berapa nak sihat sebenarnya. Biasalah. Hujung-hujung tahun ni. Musim tengkujuh. Cuaca tak menentu. Dah mula keluar tanda nak selsema dan batuk. Rasa penat je lebih. Muka lak menggelupas. Terutama kat bahagian hidung. Nak bersalin kulit ke apa ntah.

Dulu kan, masa muda-muda belia, saya suka picit blackhead kat tepi hidung. Picit sampai menggelupas kulit kat bahagian tu. Sekarang blackhead pun dah tak berani nak keluar. Kalau ada pun whitehead yang halus-halus tu je. Ya. Kalau ada saya akan banteras habis-habisan.

Sekarang mangsa saya adalah suami. Dia ni banyak blackhead. Balik keje muka berminyak. Bila mandi dia bukannya nak guna barang proper untuk kulit muka dia. Dibelasahnya dengan sabun dettol je. Kadang-kadang lebih-lebih syampu di rambut disapu ke muka sekali. Patut ke? Tapi katanya lelaki  memang macam gitu. Baru jantan namanya!

Bila saya nampak muka dia ada blackhead memang saya dah tak senang duduk dah. Mesti nak kena picit bagi keluar. Memang mata tu asik nak mandang tempat itu aje. Nanti dia tengah baring-baring, santai-santai, slow-slow jari-jemari merayap ke muka dia. Apa lagi kupicit keluar. Menjerit-jerit orang tua tu. Memang tahu sakit. Tapi mata ni lagi sakit tengok blackhead tu duk bermaharajalela kat muka dia. Dah picit keluar semua baru puas hati. Kadang-kadang tak sempat nak habis sebab lakiku dah tepis-tepis tangan. Tapi selagi tak habis selagi itulah akan kuusahakan.  Huahuahua.

Pelik tak? Kadang-kadang bila tengok kat muka orang tu ada blackhead, geram je tangan nak memicit. Tak dapat muka orang tu, muka laki aku kerjakan. Siap la!!

Oh! Nampaknya teruk banjir di pantai timur kali ni. Biasanya memang banjir tapi takdelah sampai tanah runtuh segala. Pakcik saya kat Kemaman pun rumahnya dinaiki air sekerat lutut. Terpaksa menumpang di surau sebelah rumah. Barang-barang yang tak sempat diselamatkan dibiar hanyut sahaja. Kesian pulak. Pakcik pun tak sihat sangat sebab baru je jalani pembedahan usus. Masih tak boleh buat keje-keje berat walaupun dah beberapa bulan dah. Tambah lagi dia baru je buat kenduri kawin anaknya. Tadi pagi tanya status pakcik pada anaknya(sepupu saya). Katanya masih tinggal di surau.

Waktu pulang ke mari dari kampung 3,4 hari lepas, tersekat juga sekejap di tengah jalan akibat air naik. Air cecah lantai bas. Ada sikit masuk dalam bas. Tapi nasib baik masa tu banjir tak teruk lagi. Harap-harap banjir semakin surut dan keadaan kawasan yang terjejas pulih seperti biasa. InsyaAllah. Kadang-kadang Allah datangkan ribut taufan hujan banjir ni nak bagi peringatan. Kita sebagai hamba ni patut terima ujian ini sebagai syarat untuk Allah terima kita sebagai hambanya. Sama lah macam nak dapat masuk keje. Ada interview, ada test yang kita kena ambik. Dah lulus baru diterima.

Dunia dah hampir sangat ke akhirnya. Tapi kita ni masih lagi lalai. Solat ke mana, apa ke mana. Duk huha-huha je atas dunia. Bekal nak ke akhirat sikit je. Mati bila-bila masa. Baru semalam duk baca kisah dalam kubur. Allah hantar ular yang dicipta dari api neraka yang sangat besar dan panjang untuk membelit sesiapa yang tidak solat. Meremang bila membacanya. Insaf seketika.

Terngiang-ngiang nasihat mak setiap kali bicara pasal solat. Habis solat, jangan lupa berdoa memohon supaya dihindarkan dari fitnah dajal, siksa kubur dan azab api neraka katanya.



4 comments:

  1. saya byk whitehead.. suka gak picit sampai berair mata.. pastu suka pakai whitehead removal tu.. kalau tarik, byk yg melekat rasa best je.. ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Achik, akak pon gitu. Suka pakai whitehead remover tu. Mcm satu kepuasan bila tgk whitehead duk bertempek kat benda tu. Mcm psiko je..haha

      Delete
  2. laki aku dh tua2 ni br nk guna pencuci muka segala...



    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laki aku mmg jenis selamba badak. Kalo dia berasa nak pakai, dia pakai. Tp nama dia nak beli mmg taklah. Tp selalunya dia sebat aku punya je.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.