Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Wednesday, November 21, 2012

2012-Cerita 146-Makan Banyak



Pagi ini agak buang tebiat sikit. Bersarapan roti jala cicah serawa durian. Kalau ikut kebiasaan, sarapan ringan-ringan je. Tapi semenjak kat kampung asik ambik sarapan berat. Ayah saya tiap-tiap pagi, lepas balik masjid dia akan singgah di gerai untuk beli sarapan pagi. Kebiasaannya dia akan beli nasi lemak, nasi minyak atau nasi dagang yang dibungkus dalam kelongsong kecil. Kadang-kadang dibeli sekali pulut gaul nyor, roti keramat dan paung goreng. Makanan kegemaran semua tu. Mana boleh tolak. Lagipun bukan selalu dapat! So, pulunlah makan itu ini serba sedikit. Sikit memang sikit. Tapi kalau dah berjenis-jenis jadi banyaklah juga kan?? Tambah pulak kena masak untuk mak. Dia tak habis makan, saya yang habiskan. Sayang, membazir, katanya. Seminggu kat sana naik berapa kilo ntah. Haha...

Dah bila balik rumah pon jadi nak makan banyak jugak. Kalau setakat roti, biskut cicah milo ni macam tak ada apa-apa rasa. Itu yang jadi rajin lagi gigih nak masak roti jala sama serawa durian di pagi-pagi hari ini. Hoi...sedapnya!! Memang dah lama tak pekena roti jala dengan serawa durian. Kegemaran Naqib pulak tu. 8 keping roti jala dia makan sekali hadap je tadi. Ya Allah. Tembunlah jap lagi. Doktor pon dah suruh kawal makanan dia. Sekarang dia dah kena pantang makan makanan berprotein tinggi. Terutama seafood dan makanan yang mengandungi kekacang. Makanan cikedis, jajan dalam plastik pon dah tak boleh makan. Kena perbanyakkan buah dan sayo.

Bayangkanlah macam mana emaknya ini nak bagi makan pada kanak-kanak yang tak suka makan sayo dan buah? Pening. Kalau letak sayo pon, nanti bila makan dia pilih. Bersepah-sepah kat tepi pinggan. Buah yang dia suka pon buah tembikai. Tapi sekarang tak kira, nak paksa dia suka buah-buah lain jugak. Mode mak tiri di on sekarang!


5 comments:

  1. idah pun kalu blk kg mesti makan x hengat donia..smpikan suami tegur...blk umah sendiri kan kena masak sendiri tu yg leh kontrol makan kut..tp x kurus2 jgk...

    ReplyDelete
  2. aku yg tak balik kg pun asik makannnnnnnnnnn je ni ti.... apa kes?

    heh~



    .

    ReplyDelete
  3. hehehe tas, selera tgh ada tu. makan jelah. nanti kalo dah takde selera jenuh pulak nak menyuap tp takleh terima. putus selera. lg haru...

    ReplyDelete
  4. idah, tu la pasal. ayah kak ni dia suka beli makanan yg kite suka. sbg anak yg baik, doh tu takkan nok tolok kan...(alasan)

    :P

    ReplyDelete
  5. salam.

    akak, mau resepi roti jala tu boleh tak? mcm lembut je..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.