Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Friday, November 9, 2012

2012-Cerita 143-Owh..

Lepas tulis n3 semalam tu kan saya kata nak kemas baju, tak ada maknanya. Baru je nak mengemas suami saya dah tutup lampu! Dah tu teruslah ikut belayar di lautan mimpi sekali.

Tapi di saat n3 ditulis, masih lagi belum berkemas. Macam malas pulok. Kekdahnya sekarang ni tiap-tiap minggu balik kampung. Belum sempat keluarkan baju dari dalam beg dah kena kemas lagi. Kali ni balik seminggu. Bawak baju 3,4 lai sudah. Kalau tak cukup basuh je kat kampung. Tak pun pinjam je baju mummy i tu. Untungnya sebab kitorang satu acuan.

Hari ni last day sekolah. Naqib tak pi sekolah pun. Kalau saya hari lain tak pergi tak apa. Tapi hari ni wajib ke sekolah. Last day kan jumpa kawan-kawan. Last day di sekolah rendah. Dah masuk sekolah menengah nanti belum tentu dapat jumpa lagi. Tapi Naqib dah tak kuasa nak pegi sekolah. Dia dah tak larat nak turun naik van. Minggu ni sehari je dia sekolah. Isnin Selasa tak sekolah sebab pegi spital. Rabu pulak hari penyampaian hadiah. Yang tak terlibat tak payah pergi. Khamis dia pergi untuk dapatkan borang penempatan ke sekolah menengah.
So sekarang tinggal nak mendaftar ke sekolah menengah je. Alhamdulillah Naqib terpilih ke sekolah yang dilengkapi dengan kemudahan untuk OKU dan ada kelas khas untuk pesakit yang sama macam dia. Semoga segala urusan dipermudahkan. Amin.

Sedih pulak rasa nak tinggal laki. Seminggu la peluk bantal. Huhuhu..
Eleh seminggu je padahalnya. Orang yang suami keje sebulan kat laut kat pelantar minyak tu rileks je!
Published with Blogger-droid v2.0.6

6 comments:

  1. olololo siangnya dia kena tinggal tok laki.

    ReplyDelete
  2. Hukhuk.sedeh..mlm2 talipun neleh air mata.

    ReplyDelete
  3. aku ada kawan laki dia kerja kapal.
    lagi sedih.
    berbulan2 tak jumpa laki.

    jgn lelama sgt tinggal laki tu ti... hehe..



    .

    ReplyDelete
  4. Itulah tas. Mmg kalo ikutkan taknaklah tinggal lama2 tp mak tak sihat. Laki aku bkn blh cuti lama2 so dia bglah aku blk sendiri jenguk mak.

    ReplyDelete
  5. uit... naqib nnt sekolah kat mana???? putra perdana ke? puchong utama???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayam, naqib nanti sekolah di sekolah menengah kebangsaan puchong utama 1. Ala, lorong sebelah lg dr sekolah lama je. Kat mesjid tu.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.