Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Thursday, November 15, 2012

2012-Cerita 144-Macam-macam Kerenah

Duk kat kampung ni kan, selera gua lain macam la. Asik makan je kejenya. Dah hari-hari orang datang rumah nak tengok mak. Keje gua buat air hidang kat tetamu. Tetamu dah balik gua pulak yang sambung melantak.

Orang yang datang pulak bawak buah tangan yang macam-macam. Biskut bertin-tin. Buah pun macam-macam. Epal, limau, jambu batu, mangga, tembikai, delima. Penuh peti sejuk. Syurga dak? Tu tak masuk lagi kalau yang bawak kuih-muih. Memang kejenya makan sesaja lah.

Harini dah masuk hari Khamis. Tinggal lagi 3 hari je kat kampung. Entah bila dapat balik lagi.

Naqib seronoklah layan sepupu-sepupu kecik dia tu. Si Qutaibah jenis yang banyak mulut. Bercakap je kejenya. Dahlah mulut macam orang tua. Yang adiknya si Khadijah pulak tengah melasak. Panjat sana panjat sini. Terhibur jugak tengok keletah budak berdua tu.



Aksi akrobatik oleh Khadijah.
Tak padan dengan kecik. Perempuan pulak tu. Memanjat memang hobi dia.


Gaya seorang buaya!
"Mak Iti, tolong ambik gambar Qutaibah jadi buaya eh?" Katanya sambil buat gaya buaya. Ni gaya buaya tembaga ke buaya darat?

Qutaibah ni jenis suka bergambar. Orang ajak bergambar terus je dia posing. Nanti kalau gua rajin gua compile gambo-gambo dia.



Huhu..siap tanya "Mak Iti, Qutaibah hensem tak?"
Published with Blogger-droid v2.0.6

6 comments:

  1. khadijah leh geng la dgn aimi... lasaknya masyaallah.... ya ampun....

    ReplyDelete
  2. Ha..mmg blhlah sgt. Pantang lepa. Semlm dia lompat2 atas katil pastu terpeleot terus jatuh celah katil. ingatkan lps tu dah serik. Tak..

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Nape dengan mak Siti?
    Apa-apa pun harap dia diberi kesihatan
    yang baik oleh Allah..wah ramai anak buah yer?

    ReplyDelete
  4. tas, seksi? hahahaha...
    mulut bertih jagung tu. semua benda yg dia tgk mesti dia tanya sampai dia puas hati. penat melayan dia..

    ReplyDelete
  5. salam kak LW,
    tibe2 uric asid mak berada di paras yg tinggi hingga menyebabkan badan mak sakit bile bergerak. ala2 gout gitu. padahal sebelum ni mak takde gout. mak syak sbb dia consume susu soya dalam tin cap enercal. sbb lps dah stop minum susu tu mak dah tak berasa sakit sgt tp kaki still rasa sakit bile pijak.. pi jumpe doktor pon, doktor just bg pain killer je kat mak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.