Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Thursday, May 9, 2013

2013-Demam

Semalam tido lewat. Kemudian bangun awal untuk bersahur. Lepas balik hantar Naqib ke sekolah, terus siram pokok bunga, sapu daun-daun kering. Tapi buat ala kadar je. Mengantuk tak ingat. Masuk rumah terus sembam diri ke tilam.

Pukul 10 kot terjaga. Dalam mamai-mamai tu ada panggilan telefon. Tengok nombor tak kenal. Panggilan dari sekolah Naqib rupanya, beritahu Naqib demam. Suruh ambik Naqib kat sekolah.

Terus bingkas bangun. Terus cergas. Basuh muka, sarung baju terus pi ambik dia kat sekolah. Ololo..kesian anak mak. Melepek kat kelas. Demam sampai tak larat nak jalan. Kawan-kawan dia tolong papah sampai ke kereta.

Rasanya dia ni demam urat kot. Semalam buat fisio. Latihan naik tangga turun tangga. Terlebih guna otot ke apa ntah. Pagi tadi ada dia cakap dia demam. Tapi bila raba dahi tak rasa panas. Tu yang dia ke sekolah macam biasa. Kesian pulak kat dia.

Dah balik rumah, suruh dia makan nasik. Lepas tu bagi dia ubat demam. Terus tertido. Alhamdulillah setakat ni demam dah kebah.

2 comments:

  1. aloh kesiannya naqib.
    putih naqib.
    anak aku makin hr makin hitam.

    haha.


    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tas, Alhamdulillah dah tak demam dah. Putih? Ye la duk berkurung dlm rumah je. Maknya yg makin hitam. Huhu

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.