Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Thursday, May 2, 2013

2013-Balik Kampung

Yeay..malam esok dah nak balik kampung. Balik naik bas. 2 beranak je dengan Naqib. Ayahnya mengundi di KL maka tak dapatlah pulang sekali.

Tahun ni masuk kali ke 3 saya mengundi. Tahun pertama 2004, kedua tahun 2008 dan tahun ini tahun ke 3. Harapannya walau siapa pun yang kita pilih, orang itu dapat membela nasib kita, adil, amanah dalam menjalankan tugas, dan yang penting bukan sahaja dapat memimpin kita di sini, tetapi juga ke 'sana'.

Bagi pemimpin pula, kalaulah mereka tahu menjadi pemimpin ini besar tanggungjawabnya, sudah tentu mereka akan menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh amanah. Senang cerita, menjadi pemimpin ibarat menempah sebelah kaki ke neraka.

Kerajaan dibangunkan oleh rakyat, dipimpin oleh mereka yang dipilih oleh rakyat untuk mewakili suara rakyat. Baik kita sebagai rakyat, mahupun mereka yang bergelar pemimpin, jalankan tugas kita dengan penuh dedikasi. Berdoa dan beristikhoroh. Semoga datang pertolongan dari Allah.  Jom mengundi!

Anyway, dah buat 2 lai dress untuk anak buah kite, dak Dhia Nur Ain. Harap-harap muat untuk dipakai. Kata mak, Dhia ni makin bam-bam macam ayahnya masa kecik. Berat nanang...

4 comments:

  1. comeinya ti...

    kenapa tak tukor tempat ngundi je ti..?


    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Mmg nak tukar tp masa wakil spr dtg kat tpt aku, aku ada kat kg. So tak tukar sampai ke sudah. Tp pas ni mmg akan tukar tpt. Ko ngundi melaka ya?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.