Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Thursday, April 25, 2013

2013-Yang Pertama

This is my first cook book. [sila rujuk gambar yang disertakan]. Buku masak ni dibeli untuk kegunaan ketika amali subjek Ekonomi Rumah Tangga [ERT] 24 tahun yang lalu. 24 tahun. Kalu ada anak, dah beso anak tu. Dah boleh berumahtangga dan beranak pinak.

Sayang sangat dengan buku ni. Walaupun buku ni diguna dari tingkatan 1 hingga 3 je, berapa kali berpindah-randah tapi buku masak ni tetap bersama. Namun sayang, sebahagian daripada helaian buku ini sudah hilang bersama kulit belakangnya.

Masih kuingat lagi menu pertama untuk amali memasak yang menggunakan resipi yang diambil dari buku tersebut. Masak sayo kobis masak lemak. Masa amali tu jugaklah jari terhiris sekali masa potong bawang. Masa tu tingkatan 1. Dahlah jarang pegang pisau, nak kejar masa lagi. Tengah kelam-kabut tu terhiris. Sikit lagi nak menitik masuk periuk. Kalau idak adalah yang jadi Raja Bersiong.

Macam-macam kena masak masa amali. Pastu konon-konon dah expert masak. Bila mak takde je kat rumah, saya dengan adik bereksperimen dengan memasak menggunakan resipi yang ada dalam buku tu. Berkecah satu dapo. Mak balik memang kena lecture la. Sampai mak bagi warning! Tapi jujur kata, adik saya lagi terer masak dari saya. Masa tu dia baru dalam darjah 4, banding saya yang dah tingkatan 2. Tu yang jadi give up. Terus tinggalkan dunia memasak. Dah nak kawin baru terkial-kial nak asah skil balik. Puii..

Siapa lagi yang ada buku masak edisi pelajar ni? Kalau ada, maknanya kita sebaya la. Hehe..

4 comments:

  1. pergh... simpan lagi tu ti...
    bagus betul..



    .

    ReplyDelete
  2. wahh bagusnya ada lagi buku ni ya..
    zaman akak dulu buku lain T
    yang akak ingat, akak masak puding jagung
    tapi lembek nyutnyut sebab terlebih sukatan ayornya
    tapi suka sangat sebab berjaya masak sendiri..
    lepas tu belajar jahit apron..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak LW, buku tu kitorang batch pertama yg guna. Bestkan mcm main msk2. Ha ah kak, jahit apron, pastu jahit bj kurung kedah.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.