Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Thursday, April 18, 2013

2013-Bila Semuanya Tidak Kena

2,3 hari ni rasa macam ada benda yang tak beres. Malam-malam mimpi yang tak best. Perasaan cepat meruntun walau pencetusnya adalah sekecil-kecil perkara. Tengok Naqib tido malam-malam pun nangis. Baca n3 Kak LW tentang arwah abahnya pun seharian saya menangis. Tonton cite Korea King Of Ambition, (dah tengok habis kat online-versi internet tajuknya Queen Of Ambition) pun nangis. Tak tau lah kot aku ni terikut-ikut perasaan ke apa, tapi akhir ceritanya itu terutama time dia flashback tu memang sedih sesangat. 

Menangis sampai sakit kepala. Suami tanya kenapa? Ku selalu jawab takde apa.  Aku pun tak reti nak describe kenapa aku menangis. Mesti ada sebabkan? Ya lah kalau tak ada apa-apa kenapa nak menangis kan? Tapi sampai sudah tak tau apa punca! Susahnya nak faham hati perempuan ni. Diri sendiri pun tak faham apatah lagi orang lain! Teringat lawak Harith Iskander dalam Lawak Ke Der? tu. Katanya, "When the woman says 'nothing', we know it means 'everything is wrong'!" Ku gelak sorang-sorang bila ingat scene itu, kemudian sambung nangis. Gila! Sebab tu kalau menangis, suami ku tak kuasa nak layan. Pepandailah aku membawa diri. 

Lepas tu otometik akan jadi bengis tak bertempat. Selalunya Naqib kalo disuruh apa-apa kadang-kadang dia buat tak layan je. Tapi kalau time macam gini, sekali suruh je terus bergerak. Sanggup dia mengengsot laju-laju (dia kan susah nak bangun cepat-cepat). Takut kena marah!

Saya adalah jenis bila start menangis susah nak berenti. Selalunya bila susah nak berenti, saya akan pergi hadap muka ke cermin. Otometik terus berenti nangis tau! Pasal? Muka buruk mata bengkak hidung kembang kuncup  sememeh macam memerang. Diri-sendiri tengok pun naik malu ok! 

Nak masak punyalah malas. Bila fikir kena pergi kedai lagilah malas. So, pepandailah korek apa aje yang ada yang kat dapo tu. Masak ikut suka hati je.

Masak burger pun jadi. Keledek tu jiran sebelah yang bagi.
Goreng buat makan dengan burger. Bun burger tu terpaksa buat sendiri.
Malas nak ke kedai punya pasal! Lagi pun memang adalah
susah nak jumpa roti bun (burger) kat sini. Pastu terkecik dari
saiz patty sebab tak ukur. Pakai agak je. Lantak!
Tortilla wrap. Dalamnya diisikan dengan daging oblong yang dah
lama bebeno duk bertapa dalam freezer (dimasak dulu dengan bawang
beso), timun, tomato, lada benggala yang didadu. Kemudian disemprotkan
sedikit sos lada hitam, dan ditaburkan dengan cheese. Kemudian digrilkan sekejap
menggunakan pemanggang ajaib (sila sebut mengikut intonasi Doraemon!).
Nasib baik suamiku makan je takde banyak soal(dia cerewet bab makan). Mesti dia ingat aku nangis pasal dia ada buat salah kot. Padahal tak pun! Kesian dia. Perempuan memang dilahirkan complicated macam gini bang!!!! Fahamilah kami!

3 comments:

  1. aku kalau dekat2 nk period mmg ada perangai gitu juga ti.
    elok habis je period terus berjiwa jantan.
    kah2.



    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya gitu la tp kali ni dah nak abis period br dtg masa sengalnya. Ngokngek btl.

      Delete
  2. laaa nangis beria-ia gitu ke?
    isk sama la kita Siti..ntah akak rasa
    menangis itu melegakan..menangis tak perlu
    belas kasihan sesiapa, hanya Allah
    yang mengetahui kenapa kita menangis
    akak memang rasa release lepas menangis
    kadang-kadang sambil drive balik keje
    memalam, dengar lagu lentuk pun boleh keluar air mata
    tak apalah, kita pada hakikatnya nampak kental pada jiwa
    tapi apabila berseorangan, ia cepat terkesan dan berasa
    susah untuk diterangkan dengan kata-kata..
    TQ sebab faham dan buat entry ini
    actually sambil buat entry arwah abah itu pun,
    akak beria menangis, sebab itu adalah antara cara
    akak mengingati kasih sayang arwah abah..
    take care!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.