Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Wednesday, April 10, 2013

2013-Heh!

"Mak, teacher suruh bawak batang aiskrim hari Rabu ni untuk English Project," kata Naqib.
Semalamnya, balik daripada Hospital Serdang kitorang pun pergilah mencari batang aiskrim itu. Pening nak mencari sebab jarang orang jual benda alah ni kan, kecuali kedai stationaries yang besar-besar atau kedai menjual barang kraf baru ada.

Banyak jugaklah kedai alat tulis  kitorang terjah semalam dari area rumah sampailah ke area Shah Alam, dekat-dekat dengan sekolah dia tu. Tak ada. Ada satu kedai tu aku pi, tanya ada tak jual batang aiskrim. Katanya tak ada. Lepas tu dengar budak tu cakap dengan kawan dia, "Hari ni ramai betul yang cari batang aiskrim. Tadi ada 3,4 orang budak dah datang tanya".

Ha..entah-entah budak-budak tu kawan-kawan Naqib tak?

Suamiku membebel-bebel dalam kereta. Katanya, cikgu ni pun menda pelik-pelik jugak yang dimintanya. Masalahnya, dah ada dalam silibus. Cikgu ikut je. Masa tu pulak dah pukul 5 petang. Takkan nak redah jem pergi Puchong semata-mata nak pi cari batang aiskrim! Aku lak dalam keadaan mau mengencingkan diri yang amat sangat. So, suami kata last resort. Pi cari kat Giant. Mana tau kot-kot ada.

Tiba-tiba aku teringat ada satu gift shop kat dalam Giant Putra Heights itu. Aku macam pernah tertengok kat situ. Tawakal masuk kedai tu. Tanya kashier tu. Ada tak? ADA! Leganya.

Nilah bendanya yang dicari. Batang aiskrim yang biasa tu tak ada. Ada yang ini aja. Rembat je lah. Penat pusing jauh-jauh padahal kat Giant je ada.




4 comments:

  1. eee ngerinya tengok batang eskrim tu..bergerigi..akak teringat pada massacre chain saw yg mata gergajinya cenggitu..naqib nak buat projek apa tu? nanti hupdate ya, nak tengok hasil..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak LW, kekeke...fancy bebeno batang eskremnya. Katanya nak buat projek pen holder dr bahan terbuang. patutnya semalam la projek tu, tp teachernya tak masuk kelas pulak. frust dia. kitorang pun frust sama.

      Delete
  2. beli je lah aiskrim, pahtu buleh lah batang dia hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dik yiyis, kalu setakat 3,4 btg je mmg takdok masaloh. Ni nok byk. Kembung perut la duk makan aiskrim. Silap2 cirit khicit. Huhu

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.