Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Wednesday, May 9, 2012

2012-Cerita 78-Cikgu, Guru, Sir, Teacher.

Selamat pagi cikgu! (Sila baca dalam intonasi Upin Ipin dan geng dia.)

Bestkan jadi cikgu ni. Tiap-tiap tahun konpem dapat hadiah sempena Hari Cikgu. Dalam duk sibuk siapkan sulaman dan tempahan beg, terpaksalah nyelit jugak agenda menyiapkan hadiah untuk cikgu Naqib.

Dulu arwah nenek nak sangat gua jadi cikgu. Tapi gua tak minat jadi cikgu. Gua jenis tak tahan dengan kerenah budak-budak. Karang tak sudah-sudah gua dapat surat saman dari ibubapa pelajar yang kena pulas telinga dengan gua.

Bukan nak katalah tapi sekarang ni ibubapa over sensitive sangat. Apa-apa je gi serang cikgu. Ko dah periksa bebetul ke apa yang anak lapor tu? Kadang-kadang budak ni nak lepas diri dia pi reka cerita ntah pape. Kemudian takde usul periksa makbapak gi serang cikgu.

Dulu zaman kusekolah  tak pernahnya ada kes makbapak saman cikgu sebab pukul murid. Suruh pukul lagi ada! Tengok cikgu dari jauh bawak rotan pon dah rasa nak terkencing. Padahal tak buat salah pape pon.

Kadang-kadang yang anak pon perangai macam lanun. Cikgu pon manusia. Ada masa hilang sabo juga bila menghadap anak murid kurang ajar ni. Rasanya cikgu lebih kenal anak murid berbanding ibubapa sendiri. Percayalah. Yang suka lapor dan serang cikgu ni jenis yang tak kenal anak sendiri. Ko sibuk dengan kerja dan takde masa sangat nak tengok anak. Dan ko lepas tangan hak mendidik anak tu kat cikgu semata. Pastu bila anak beritahu kena #pukul dengan rotan, kena pulas telinga terus gi serang cikgu. Padahal ko tak tahupun anak ko tu perangai macam setan. Padahal ko nak lampiaskan rasa kecewa sebab gagal didik anak lalu melencongkan rasa bersalah pada guru!
#pukul yang berpatutan ye. Bukan pukulan melampau.

Percayalah seorang guru takkan memulas telinga atau cubit pelajar kecuali untuk mendidik. Didikan yang paling awal adalah dari rumah. Kalau dari awal ajaran dah tak betul tugas gurulah membetulkannya. Itu amanah yang cikgu-cikgu pikul sebagai PENDIDIK.

Kesimpulannya, kenali anak anda sebelum menyalahkan guru. Tunjukkan tauladan yang baik pada anak-anak dan jangan lepas tangan.

Ini bukan n3 membela guru(sebab ada jugak guru yang mental tapi berapa kerat je pon). Tapi atas jasa cikgulah anak kita jadi manusia berilmu. Dan inilah sebab utama kita hantar anak ke sekolah! Untuk dapatkan ilmu kan? Dan ilmu itu disalurkan oleh guru!

Guru dan ilmu berpisah tiada! Hormati guru(cikgu, pensyarah). Kenangi jasa mereka.

Sekian. Tamat.

Published with Blogger-droid v2.0.4

7 comments:

  1. Well, dulu pernah sekali ustazah ketuk kepala, so ayah marahla sebab tak boleh ketuk kepala. nak bedal kat tangan kaki ke apa, no problem, kecuali kepala saje.

    ai budak baik kat skoloh iols. so rekod baik saje. hahahaha kononnnnnn :P

    ReplyDelete
  2. @nihadriz
    weh, ustazah mane tu main2 kepala? adekah ustazah saye jugak?kalo dah naik kepala mmg kite pon marah. tp kalo setakat kena cubit, kena rotan(sbb anak dia degil) pon sampai dtg sekolah hentak2 meja mcm singa lapar, tak bagus kan?
    saye buat n3 ni sbb ade kwn saya anak dia kena cubit perut sebab tak buat keja sekolah langsung. tp anak dia bgtau cikgu saja2 cubit. dia bengang sbb dia kata selama ni dia tak pernah sekali pon cubit/rotan/pukul anak dia. tu dia terus gi ngamuk kat sekolah. dah habis ngamuk br tahu cerita sebenar. dah satu hal cikgu2 pandang serong kat dia.

    ReplyDelete
  3. @W. Hidney

    dah tu bg hadiah/kad kat cikgu tak?huhu...

    ReplyDelete
  4. @Siti
    mesti termalu ahkak tu hehehe... saye jenis dok pandai mengadu yg bukan2. ngadu yg betul je. heheheh...

    Amna harini hantor nursery. rezal msg cikgu tanya Amna ok ke dok. cikgu jawab okeh saje. ayoh dia pulok yg lebih2. ibu rilek je hahaha...

    ReplyDelete
  5. @nihadriz
    antar kat mana? ayah over protective tu. bgs la gitu. cuma jgn selalu. kaang cikgu lak bengang lalu mengkerenyek anak sbb tak puas hati ngan ibubapaknya. mintak2 dijauhkan. mintak2 cikgu amna seorg penyayang.

    ReplyDelete
  6. @Siti
    P11A1, kira seberang jalan besar. ai pun bimbang kalau duk call tanya, kang tak pasal2 dikerenyek pulak Amna tu. cikgu dia kurus saje. anak dara lagi semuanya. bimbang ai dia letak Amna kat lantai, datang budak besar sikit, ditepuk2nya muka anak dara ai tu. hais. mau kang pegi jalan kaki tengok anak ni. huhuhuh~

    ReplyDelete
  7. aku pesan kt cikgu budak MC.
    kalau nakal sgt rotan je...

    haha.


    .

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.