Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Tuesday, May 15, 2012

2012-Cerita 81-Mereng!

Banyak betul benda yang tak selesai yang tengah difikirkan dalam kepala hotak ni. Bergentayangan sepanjang masa. Pasal anaklah, pasal itu pasal ini. Entah apa-apa. Sampai rasa kepala berat berserabut. Sampaikan tadi tersolat Subuh 2 kali. Masuk waktu dalam 5.45 tu dah solat sekali. Lepas hantar naqib naik van, masuk rumah. Kepala hotak duk rasa macam belum solat. Dah bagi salam baru perasan dah solat rupanya tadi.

Macam hapa-hapa je kan. Mereng je. Tambah pulak ada yang duk inbox tanya macam-macam pasal Naqib. Kadang-kadang tak tau nak jawab apa. Tu yang jawapan diberi kadang-kadang pendek je. Bukan nak menyombong tak nak menjawab ke apa. Setakat yang saya boleh jawab, saya jawab. Saya tak kesah dan sangat hargai keprihatinan diorang.  Tapi, kadang-kadang nak menjawab soalan tu pun dipengaruhi oleh perasaan.

Ada yang cakap "Kesian kat kau. Dahlah anak sorang je!"
Sedih sangat-sangat tau bilaa orang cakap macam ni. Terus rasa bad mood. Kalau boleh tak nak jumpa sesapa. Rasa macam nak duduk dalam gua. Kalau nak kesian, boleh tak cakap dalam hati je?

Ada tu yang tanya, "Betul ke anak kau sakit? Aku tengok kau ceria je".
Takkan mak tergamak nak buat cerita anak sakit pulak. Dah tu ko nak suruh aku duka nestapa sepanjang masa ke?

Saya faham dan hargai sangat-sangat ada yang menunjukkan simpati tapi kadang-kadang buat perasaan saya rasa lebih teruk. Benda tu akan sentiasa berlegar-legar dalam kepala. Tambah lagi sekarang ni Naqib dia dah mula sedar apa yang dia akan hadapi di masa akan datang. Bila pergi mana-mana, dia akan mula aware dengan persekitaran dan kemudahan yang disediakan. Hari tu dia cakap, "nanti kalau Naqib dah takleh jalan, Naqib boleh datang sini sebab sini ada kemudahan untuk OKU". Ko tak rasa sebak ke?

Kalau orang tanya macam tu patut ke tidak saya rasa nak marah atau bengang? Ke saya tak patut rasa apa-apa dan  menganggap itu adalah lumrah alam? Ke saya je yang terlebih react? Tak reti nak fikir dah. Rasanya kepala hotak saya ni dah terlebih berfikir. Nak kena buang benda-benda yang tak perlu!

Heh!

p/s: Sekarang saya dah faham dengan perasaan kawan saya yang anaknya sakit jantung berlubang. Baru faham kenapa dia tak nak orang tahu anak dia sakit.

5 comments:

  1. kdg2 orang x perasan cara dia tunjukkan 'keprihatinan' tu tak kena cara.. huhu..

    ReplyDelete
  2. Tq adik ipar ku....cayang uols..

    ReplyDelete
  3. achik, tu la. telan je la semua. takkan nak marahkan dia pulak. dia prihatin dgn nasib kite pon dah seribu rahmat. :)

    ReplyDelete
  4. betul tu sit.
    tu sbb aku tak suka nk menanya lebih2 ke kawan ttg apa2 sekali pun.
    sbb kita tak tau.
    pertanyaan kita tu sebenarnya mungkin mengguris perasaan org.
    mungkin akan buat org lebih semak.
    walau kita mungkin nk ambil berat.

    bagi aku.
    berdoalah.
    agar yg baik2 buat kawan2.
    juga utk kita.




    .

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.