Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Thursday, June 14, 2012

2012-Cerita 98-Menyendol?

Boleh pulak pagi tadi di di subuh-subuh shafei tiba-tiba datang keinginan nak makan cendol!

Last menyendol ialah ketika di majlis kenduri kahwin adik baru-baru ni. Tapi masa tu kan sibuk, dapat makan sesudu dua je. Tak dapat nak menikmati sambil pejam-pejam mata katanya. Lalu kini kepingin menyendol kembali.



Kalau ikutkan plan asal, memang tak ada cendol-cendolan ni. Tapi pakcik saya sukarela nak buat. Sume dia buat sendiri. Berbotol-botol air gula nisan dia buat. Habis uols...Ya lah, dengan cuaca panas ni, memang laku la.

Tak cukup dengan cendol, bubur kacang pon pakcik sediakan. Bersunguh-sungguh betul dia. Macamkan anak dia yang kawin! Agaknya menunggu anak bujang dia kawin, tak kawin-kawin, lalu dia melampiaskan keinginan dia kat kenduri anak sedara. Huahuahua...

Yang menjaga gerai cendol ni adalah adik saya(yang lelaki hitam manis mata sepet berjanggut sejemput itu) dan Simah(maid makcik saya). Hari tu memang manjang diorang berdua kena bahan. Konon-konon couple terhangatlah. Jaki je muka masing-masing kena bahan.

Sedikit info, menu untuk kenduri adalah nasik putih+lauk kampung je. ie: gulai ayam pencen, daging masak merah, sayo hati pedal+kacang panjang, acar, sambal belacan, ayer sirap. Ada juga kuih-muih, buah oren, serta menu tambahan cendol dan bubur kacang. Ada yang bukak tong nasik, bila nampak nasik putih je terus cakap, "nasik putih je?". Tapi bila dah rasa dengan lauk-pauk baru tahu best ke tak bestnya. Terus tanya sapa yang masak, siap mintak nombor telefon sekali!

Mak ayah sengaja ambik menu nasik putih. Kan masa tu kenduri berjujuk-jujuk. Kebiasaan orang di tempat saya buat nasik minyak. Kalau sana-sini sume nasik minyak, tak ke muak? Waktu jamuan adalah dari 12 tengahari sampai 5 petang. Tapi pukul 6.30petang pon masih ada yang datang. Ada sorang kawan ayah. Katanya berbelas-belas jamuan yang dia kena hadiri pada hari tu saja. Mau tak sampai ke petang? Nasib baik la lauk-pauk ada lagi.

Alhamdulillah. Semuanya sudah selamat. Bersyukur sangat kerana Allah mempermudahkan segala urusan kami. Walaupun masa tu mak saya tak berapa sihat,  tapi sedara-mara, adik-beradik, sepupu-sepapat banyak sangat menolong. Dan yang paling tak disangka-sangka dengan izin Allah, yang dulunya bersengketa pon sanggup mencemar duli ke majlis kenduri kawin adik iols ini. Subhanallah...

Isi dah lari dari tajuk ni. Takpelah. Esok-esok nak gi menyendol kat VIP Cendol, Taman Putra Perdana.

*Baru dapat berita nenek sepupu kat Singapura meninggal. Innalillah.....

8 comments:

  1. baca sekali imbas macam "menyondol" hahaha~

    wei, semangat gila pa buat semua tu. apesal time ai takde ini semuaaaa.. hahaha~

    sape meninggal? bukan mak busu kan? uhuk.

    ReplyDelete
  2. Tok busu la sayang, bkn mak busu...meninggal ptg semalam. sedih cerita di sebalik kematiannya. nanti2 iols cerita.

    haha..pa mmg sgt mantop. booth cendol paling sibuk. simah marah gile kat din pasal din byk lari. dia sorang yg layan org nak menyendol.

    ReplyDelete
  3. kan org panggil mak busu... taktaula kan, sbb ayah sebut mak busu, kita pun sebut mak busu lah. cerita sedih? oiiii ni rasa nak menyinggah rumah uols ni.

    ReplyDelete
  4. teringat pulak cendol pulut kat napoh.

    ReplyDelete
  5. huhuhu..dgn ayah mmg la mak busu, dgn kita tok busu la.

    pengakhiran hidup yg menyedihkan. hari ni br kebumikan kot.

    ReplyDelete
  6. tas, sedapkan cendol pulut. napoh tu katner? yg aku tahu napoh tu mcm sang kancil. kekeke...

    ReplyDelete
  7. semalam ain br menyendolkan iouls... ala sendol VIP...

    ReplyDelete
  8. Cikmila, tu la. Ingat nak gi mkn kat vip cendol sabtu ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.