Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Monday, June 18, 2012

2012-Cerita 99-Rajin





Ini cerita minggu lepas. Hari tu Naqib rajin sangat. Buat keje mengemas macam lipas kudung. Ngemas meja, mengelap sampai merangkak atas meja. Naik hairan si maknya ini. Tapi dalam hati suka la. 

Lepas ngemas-ngemas tu dia datang, duk sebelah. Pastu dia tanya, 

"Mak, Ahad ni nak pegi mana-mana tak?"
"Tak tahu lagi. Kenapa tanya?"
"Emmm..boleh tak kalau nak pegi Toys r Us? Naqib ada nak beli benda".

Kupandang dia sekilas. Dia garu-garu kepala tak tentu arah. 

"Ooo..patutlah rajin sangat tadi eh? Rajin ada makna eh?" Saya tanya saja-saja teka. 

Dia sengih tak kata apa-apa. Kemudian tunduk malu-malu. Oo..pandai ko main politik ye! 

 Kemudian cakap kat suami. Suami kata bolehlah sebab ada voucher toys r us nak kena tebus. Petang semalam pergilah toys r us. Sukanya budak tu tak terkata. Matlamat dah terlaksana...

Published with Blogger-droid v2.0.6

8 comments:

  1. siap naik atas meja hok paling dok tahan tu hehehehe

    ReplyDelete
  2. tu la. rajin sgt...pegi toys r us beli lego. sama naik ngan ayahnya. kat rumah ni kan setiap sudut mesti ade sejemput lego dia. kalo terpijak mmg aku baling je. hahaha...sakit kaki+sakit hati.

    ReplyDelete
  3. heheheheee... memang. sakit sebab kecik. :P

    ReplyDelete
  4. Hehe..eh tahu tak abg kamal pok nak kawin? mlm jumaat ni akad nikah.

    ReplyDelete
  5. tau. ayah kabo. dok dang nok gi. akhernyaaa beliau menikah :D

    ReplyDelete
  6. Mcm saspen je dia kawin tetibe kan? Kawin pon dgn ex-classmate dia.

    ReplyDelete
  7. Haha..gosip? Panas..

    Hrp2 semuanya selamat belaka. Kita doakan yg baik2 sj. semoga berkekalan. Kalo sudah jodoh kan? So tinggal fadhil ngan jah je lah yg blum.

    I tak blk. Br je blk kan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.