Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Thursday, July 19, 2012

2012-Cerita 112-Tajuk Sukahati Koranglah..

Tak mampu nak fikir tajuk apa. Sukahati kome la nak letak tajuk apa yek!





Ini kejadian Jumaat lepas. Dah siap-siap pakai seragam sekolah sume tiba-tiba tak jadi. Demam. Lantas dia sambung tido balik.

Risau sikit sekarang ni sebab dia senang nak kena penyakit berjangkit. Pasal guna steroid tu la tahap imun dia untuk lawan penyakit berkurang. Tapi baru-baru ini masa jumpa doktor, doktor dah kurangkan dos ubat tu. Next appointment akan cek condition paru-paru pulak. Lepas raya ni.

Dia kan kena buat eksesais hari-hari. Kadang-kadang suruh pon dia tak buat. Boring agaknya dia. Kalau kita yang dewasa ni pon malas nak bersenam hari-hari, lagilah dia budak-budak.




Tengoklah tu. Sambil kayuh beskal sambil tengok buku. Lantaklah. Asal dia gumbira.

Siapa pernah tengok rancangan Selera, tiap hari Sabtu yang kat tv3 tu? Dulu chef perempuan yang masak, sekarang chef Kamarul pulak yang masak. Suka chef Kamarul ni sebab dia lawak.




Tu chef tengah masak. Masak apa ntah tak ingat. Dia masak kat outdoor. Park apa ntah namaya. Kat Australia. Nanti lepas masak dia bagilah pengunjung kat park tu rasa makanan yang dia masak tu. Lepas tu dia akan suruh sebut dap dap dap. Yang orang putis tak tahu pape ni pun sebutlah. Haha..

Ok tu je. Banyak nak cerita sebenarnya tapi penat pulok nak taip. Later ok.

Oh ye. Tahniah kepada kontinjen Sukma Terengganu kerana menjadi juara Sukma sekali lagi. Nelang sungguh!
Published with Blogger-droid v2.0.6

2 comments:

  1. hahaha mcm azri ok... asal mkn je dap dap dap... or dapnyeeeee sambil pejam2 mata....

    ReplyDelete
  2. hehe...kelaka chef tu pedajal org2 putis itew..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.