Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Thursday, July 26, 2012

2012-Cerita 114-Suka-suka Hati

Terlajak perahu boleh diundur,
Terlajak tidur tak sempat sahur.

Begitulah nasib yang terjadi kepada kami 3 beranak. Tak taulah macam mana. Sedar-sedar Naqib kejut. Dah 6.30 masa tu. Tu pun dia terjaga sebab dengar hon van achik Helmi yang ambik dia pagi-pagi. Kena tinggal dia hari ni. Maka, pagi tadi dia ke sekolah numpang ayahnya gi keje.

Balik sekolah jap tadi dia komplen pening, rasa macam nak bukak puasa. Katanya sanggup ganti puasa. Suka-suka hati dia je kan?? Saya suruh tahan sikit. Kalau tak tahan sangat baru berbuka. Jap tadi dia gi jenguk dapo, intai lauk semalam. Aiyo!

Semalam masak nasik beriani. Nasik kegemaran dia. Telan air liur berdeguk-deguk dia time intai periuk. Lantas kusuruh dia pegi rehat-rehat jangan ikut perasaan sangat.




Merasalah hari ni bukak puasa menu semalam. Takkan nak buang kan? Nanti nak buat bubur jagung dan murtabak. Insyaallah.

Sebut pasal 'suka-suka hati' ni kan, siapa yang ada tengok rancangan masak-masak Hidangan Barakah di tv Alhijrah? Chef Amar El-Ali tu suka sebut 'suka-suka hati'. Bagus chef ni. Dia ajar masakan autentik arab. Setiap masa mulut tak lekang berselawat dan berdoa. Comel je dia cakap melayu slang arab!




Siapa-siapa yang tak sempat tengok di siang hari kerana bekerja ke apa bolehlah tengok ulang tayangnya jam 12 tengah malam.

Apa-apapun selamat berbuka puasa. Selamat memasak juadah berbuka. Bak kata Chef Amar,

Masaklah dari hati,
Masaklah dengan iman.
Published with Blogger-droid v2.0.6

6 comments:

  1. 12 tgh mlm?
    ngantuk aku ti...


    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko blk keje pkl berape? Kalo sempat blh tgk yg pukul 5.30 punya.

      Delete
  2. olo siannya naqib x sahur...telan air liur saje la jawabnyer..
    thun lepas mok tuer tolong gerok sahur..thn ni kena gerok diri sendiri la..hampi2 nak terbabas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la idah kesahnya. Tido mampuih kot semlm. Mmg dok dgr bunyi jam lasum.

      Delete
  3. hoh! kena tengok ni. hehehe...

    i pun nyaris terbabas gara2 amna bangun pukul 3 pagi. kitorg sahur kul 3, tido jap pukul 5 sedar2 dan pukul 6. uhuhuhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg patut tgk. Dia masak napok mcm senang. Awak mesti rasa nak tgelak kalo dgr dia sembang. Kdg2 dia terberhenti tgh2 berckp sbb tak tau sebutan dlm melayu. Terus sambung in english. Haha..comel sgt.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.