Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Saturday, August 11, 2012

2012-Cerita 120-Kongsi

Hey uols, saya nak kongsi satu resipi mudah  dan sedap, sesuai untuk berbuka puasa.


Kerabu ni saya belajar dari pakcik saya, Pokcucin. Pakcik saya ajar guna kaki ayam. Tapi saya gantikan dengan sotong. Kalau makan kerabu ni rasa segar je sebab ada daun ketumbar. Daun ketumbar ni membangkitkan lagi rasanya di samping satu lagi bahan iaitu sos ikan(nampla).

Bahan-bahannya:
5 ekor sotong, 1 labu bawang besar(mayang halus), 1 biji tomato(potong dadu), daun ketumbar(cincang kasar), 1-2 sudu sos ikan, cili padi(potong halus), 1 batang serai(mayang halus), limau kasturi/nipis, garam dan gula secukup rasa.

Cara membuatnya:
Rebus air hingga mendidih, masukkan sotong. Lepas 2 minit tutup api. Keluarkan sotong dan hiris nipis. Masukkan bahan-bahan lain. Garam tu masukkan berpada-pada. [Rasakan sebelum letak garam. Sebab kita dah guna sos ikan yang dah ada rasa masin]. Kemudian perahkan limau kasturi/ nipis. Limau ni suka-suka hatilah ya nak letak banyak mana. Kalau suka masam letaklah banyak. Gaul rata. Siap.

Senang je kan? Tapi sedap kemain. Saya main ratah gitu je. So, buat tau!

2 comments:

  1. kak ti :

    lepas raya kasi alter baju boleh ke? baju yg beli online haritu silap la pegi beli size L. besor kemain! heheheh~

    ReplyDelete
  2. kena tgk rupe baju tu dulu. kalo boleh, saya alter ok.

    bakpe yg gi beli saiz L nye? mu ni gok.. kakti pakai saiz M je tau. takkan awak saiz L. hehehe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.