Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Saturday, June 30, 2012

2012-Cerita 105-Satu Dunia Tahu



Tu dia....tak tau nak cakap apa lah.
Sebab musabab ditangkap tak tau lah ape dia.
Tapi timing polis gi tangkap dia memang 'kena' sangat!

Wow!! Canteklah rambut abang David.....
Kerana rambut itulah abang David glemer satu dunia!

Tuesday, June 26, 2012

2012-Cerita 104-Buah Berduri

Sana-sini masing-masing duk cerita pasal durian. Telan air liur la bila dengar/baca cerita diorang. Tak boleh jadikan? Mesti dapatkan durian jugak ni, bentak hatiku. Hari-hari duk haruk suami iols belikan.



 Hari apa entah, di minggu lepas, si dia pon bawaklah kitorang beli durian. Kat area depan perumahan kitorang je pon. Beli 3 bijik dapat 2 bijik for free. Pasal beli di malam hari. Diorang dah nak tutup gerai. Kira nak kasi habis semua. Rasa boleh tahan. Ada rasa lemak, manis, tapi isinya jenis nipis.
Makan tak habis pon! Isinya semua letak dalam bekas plastik. Simpan dalam freezer.

 



Hari ni baru berpeluang buat serawa durian. Makan dengan pulut tanak. Sedap!
Published with Blogger-droid v2.0.6

2012-Cerita 103-Tutorial-Membuat Entry Bergambar Menggunakan Applikasi Blogger-droid

Haritu ada terbaca keluhan Idah pasal ni kat blog dia. Saya masa mula-mula guna application ni pon pening jugak. Tapi dah godek-godek, jumpa cara dia. Meh kita kongsi-kongsikan caranya. [ini untuk henpon jenama samsung ye. yg jenis lain tak tau la sama ke tak].


  • Mula-mula bukak aplikasi blogger-droid tu. 
  • Kemudian, sentuh kat tempat yang ditandakan anak panah itu. 
  • [seperti dalam gambar di bawah].



  • Pilih 'preferences' 


  • Kemudian scroll ke bawah sampai jumpa ini:-
Dah jumpa, klik kat situ.

  • Kemudian pergi balik ke window yang mula-mula tadi tu(tempat tulis entry), dan buat entry macam biasa. Bila nak masukkan gambar, klik kat imej rumah tu dan korang pon pilihlah gambar yang nak dimasukkan. Kat content tu akan muncul kod HTML ini:-

  • Tulis n3 dan  tambahlah berapa banyak gambar yang korang nak. Pastikan korang separatekan n3 korang dengan kod HTML tu. Jangan sambung. Nanti n3 korang tak cantik. Bercampo-campo.

  • Ini pulak cara menentukan kedudukan gambar tersebut sama ada di kiri, tengah atau kanan. 
tambahkan <center> dan </center> dipangkal dan hujung kod
(untuk bagi gambar tu kat center)
*tambah <left> dan </left> untuk gambar di kiri,
*tambah <right> dan </right> untuk gambar di kanan.
  • Pastu dah siap sume, upload la macam biasa. 
Ce korang acu cuba try test tulis entry bergambar guna kekdah ni. Jadi dak?

Friday, June 22, 2012

2012-Cerita 102-Kuat Makan

Untuk resipi, boleh klik ke SINI.

Petang semalam buat cream puff. Dapat 32 bijik. Si Naqib makan tak berenti sampai saya marah.
Kalau dulu punyalah susah nak makan tapi sekarang sampai terpaksa marah. Anak saya sekarang adalah kuat makan sebab sekarang dia consume steroid. Doktor tengah nak tengok sama ada dia sesuai atau tidak dengan ubatan itu. Start ambik sejak 2 bulan lepas.

Memang banyak kesan sampingan di masa akan datang tapi ini sahaja cara untuk memperlahankan proses kemerosotan otot badannya. Minggu depan nak jumpa doktor. Tengoklah macam mana. Sekarang ni terpaksa kawal pemakanan dia sebab kalau consume steroid boleh sebabkan dia kuat makan dan naik badan dengan mendadak. Dia tak boleh selalu makan makanan manis-manis. Selalu dia komplen lapar. Kesian kat dia tapi buat keras hati je. Bagi makan berat 2 kali sehari. Kalau lapar buatkan air susu untuk dia.

Susu memang kena minum banyak. Steroid ni pon boleh sebabkan tulang dan gigi rapuh kalau consume dalam jangka masa lama. Ikut hati taknak dia ambik ubat tu. Dilema..


Wednesday, June 20, 2012

2012-Cerita 101-Bolehlah.....

Sejak awal tahun saya dah tak jejak pasar borong. Mengharap suami sorang je pegi membeli-belah. Mula-mula selalu bagi senarai kat dia suruh beli itu ini. Tapi kalau bagi senarai, barang yang ada dalam senarai sajalah yang dia akan beli.

Satu hari lupa nak bagi senarai barang yang patut dibeli. Bila balik, tengok dia beli barang rasa nak tergelak. Cili berjenis-jenis dia beli. Cili padi, cili merah, sampai cili benggala warna traffic light tu dia beli. Pastu sayo yang tak pernah-pernah beli dibelinya. Tapi oklah kan. At least boleh tukar selera.

Sekarang dah makin pandai dah beli. Dah boleh harap dah. Dia beli bahan tu kita tahulah dia nak suruh kita masak apa. Kalau dia beli sebeban daun ketumbar tu maksudnya dia suruh buat tomyam. Kalau dia beli pucuk paku, kena masak sayo lemak. Kalo beli ikan sardin/kembung setimbun tu, maknanya nak suruh buat laksalah tu.

Ahad yang lepas dia beli ikan tenggiri. Suka sangat dengan ikan tenggiri dia ni. Yang saya ni dah bosan. Tak tahu dah nak diapakan ikan tenggiri tu. Balik-balik masak asam pedas, kari, ataupun sambal tumis. Malam tu sebelum tido, borak-borak dulu. Tanyalah dia nak diapakan ikan tenggiri tu. Sekali dia suruh buat nasik dagang. Aik! Tak jemu lagi ke makan nasik dagang? Padahal bulan lepas rasa macam baru je masakkan. Baru-baru ni masa balik kampung, boleh dikatakan siang malam dijamu nasik dagang. Tak jemu eh?

Dia kalau nasik dagang suka makan dengan ikan tenggiri. Kalau ikan tongkol(aye) tu dia tak berapa suka. Gitulah jugak saya. Memang tak berapa nak berahi  ikan aye. Kalau makan memang kena sedia air kat sebelah. Sebab senang tercekik. Tekstur ikan aye tu kan ala-ala kesat kan....Mak saya cakap apa, "mu ni selera orang kaya-kaya. Ikan muroh-muroh dok makang...". Apa nak buat mak...hihihi...

Esoknya masaklah nasik dagang versi perantau. Tak ori la tapi pasal guna ikan tenggiri.


Ini pinggan Naqib ni. Asal masak nasik yang ada set lengkap(nasi+lauk), pinggan ni lah yang dia suka guna. Habis bergayalah kot makan guna pinggan gitu. Feeling macam makan kat restoran kata dia. Sian anak aku.




Tuesday, June 19, 2012

2012-Cerita 100-Timun Cina?


Ada orang panggil tembikai.
Ada pulak setengahnya yang panggil semangka.
Ada jugak yang panggil timun Cina.
Ada tu panggil watermelon.

Cuaca panas-panas berjerebu begini enaknya kalau dapat menikmati tembikai sejuk.
Potong siap-siap, letak dalam peti sejuk.
Lepas tu kita ngap.
Leganya tak terkata kan??

Monday, June 18, 2012

2012-Cerita 99-Rajin





Ini cerita minggu lepas. Hari tu Naqib rajin sangat. Buat keje mengemas macam lipas kudung. Ngemas meja, mengelap sampai merangkak atas meja. Naik hairan si maknya ini. Tapi dalam hati suka la. 

Lepas ngemas-ngemas tu dia datang, duk sebelah. Pastu dia tanya, 

"Mak, Ahad ni nak pegi mana-mana tak?"
"Tak tahu lagi. Kenapa tanya?"
"Emmm..boleh tak kalau nak pegi Toys r Us? Naqib ada nak beli benda".

Kupandang dia sekilas. Dia garu-garu kepala tak tentu arah. 

"Ooo..patutlah rajin sangat tadi eh? Rajin ada makna eh?" Saya tanya saja-saja teka. 

Dia sengih tak kata apa-apa. Kemudian tunduk malu-malu. Oo..pandai ko main politik ye! 

 Kemudian cakap kat suami. Suami kata bolehlah sebab ada voucher toys r us nak kena tebus. Petang semalam pergilah toys r us. Sukanya budak tu tak terkata. Matlamat dah terlaksana...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, June 14, 2012

2012-Cerita 98-Menyendol?

Boleh pulak pagi tadi di di subuh-subuh shafei tiba-tiba datang keinginan nak makan cendol!

Last menyendol ialah ketika di majlis kenduri kahwin adik baru-baru ni. Tapi masa tu kan sibuk, dapat makan sesudu dua je. Tak dapat nak menikmati sambil pejam-pejam mata katanya. Lalu kini kepingin menyendol kembali.



Kalau ikutkan plan asal, memang tak ada cendol-cendolan ni. Tapi pakcik saya sukarela nak buat. Sume dia buat sendiri. Berbotol-botol air gula nisan dia buat. Habis uols...Ya lah, dengan cuaca panas ni, memang laku la.

Tak cukup dengan cendol, bubur kacang pon pakcik sediakan. Bersunguh-sungguh betul dia. Macamkan anak dia yang kawin! Agaknya menunggu anak bujang dia kawin, tak kawin-kawin, lalu dia melampiaskan keinginan dia kat kenduri anak sedara. Huahuahua...

Yang menjaga gerai cendol ni adalah adik saya(yang lelaki hitam manis mata sepet berjanggut sejemput itu) dan Simah(maid makcik saya). Hari tu memang manjang diorang berdua kena bahan. Konon-konon couple terhangatlah. Jaki je muka masing-masing kena bahan.

Sedikit info, menu untuk kenduri adalah nasik putih+lauk kampung je. ie: gulai ayam pencen, daging masak merah, sayo hati pedal+kacang panjang, acar, sambal belacan, ayer sirap. Ada juga kuih-muih, buah oren, serta menu tambahan cendol dan bubur kacang. Ada yang bukak tong nasik, bila nampak nasik putih je terus cakap, "nasik putih je?". Tapi bila dah rasa dengan lauk-pauk baru tahu best ke tak bestnya. Terus tanya sapa yang masak, siap mintak nombor telefon sekali!

Mak ayah sengaja ambik menu nasik putih. Kan masa tu kenduri berjujuk-jujuk. Kebiasaan orang di tempat saya buat nasik minyak. Kalau sana-sini sume nasik minyak, tak ke muak? Waktu jamuan adalah dari 12 tengahari sampai 5 petang. Tapi pukul 6.30petang pon masih ada yang datang. Ada sorang kawan ayah. Katanya berbelas-belas jamuan yang dia kena hadiri pada hari tu saja. Mau tak sampai ke petang? Nasib baik la lauk-pauk ada lagi.

Alhamdulillah. Semuanya sudah selamat. Bersyukur sangat kerana Allah mempermudahkan segala urusan kami. Walaupun masa tu mak saya tak berapa sihat,  tapi sedara-mara, adik-beradik, sepupu-sepapat banyak sangat menolong. Dan yang paling tak disangka-sangka dengan izin Allah, yang dulunya bersengketa pon sanggup mencemar duli ke majlis kenduri kawin adik iols ini. Subhanallah...

Isi dah lari dari tajuk ni. Takpelah. Esok-esok nak gi menyendol kat VIP Cendol, Taman Putra Perdana.

*Baru dapat berita nenek sepupu kat Singapura meninggal. Innalillah.....

Tuesday, June 12, 2012

2012-Cerita 97-Ish Ish Ish....


Kadang-kadang kelakar jugak bila tengok kat search keyword ni.
Ada je benda-benda merepek yang orang cari.
Kadang-kadang ada yang tak masuk dek akal.

'Bini orang seksi berkain batik". Kinky hoi hoi...
(Tapi betul ke? ;P)



Sunday, June 10, 2012

2012-Cerita 96-Jungle Jokes



Jungle Jokes by Jaafar Taib.
Beli waktu berhenti di R&R Temerloh tempohari waktu dalam perjalanan pulang dari KT ke KL.
Beli dalam kadar separuh harga. Diorang bukak satu gerai kat situ yang menjual buku, novel dan barang
keluaran CESB(Creative Enterprise Sdn Bhd). Novel-novel lama dijual murah-murah. Ada yang dijual dengan harga RM5 sahaja. Tapi tak sempat nak tengok lama-lama pasal suami dah panggil.

Naqib duk belek Jungle Jokes. Gelak sorang-sorang dia.
Tiba-tiba teringat kisah di bangku sekolah. Masa tu ada sorang kawan bawak satu novel ke sekolah. Novel karya Lamia Aimal. Tak ingat sangat tajuknya. Tuai Padi Antara Masak ke mende ntah tajuk dia. Novel cinta yang asyik makhsyuk katanya. Masing-masing beratur nak meminjam. Termasuk iols la. Namun semuanya tak ke mana. Tiba-tiba ada spotcheck. Novel-novel yang tak berkenaan dengan pelajaran dirampas oleh ustakzah. Termasuklah novel Lamia Aimal ni.  Cuba mencari di kedai buku bagai nak gila. Tak jumpa-jumpa. Laku sangat la gamaknya. Sampai sudah tak dapat baca novel itu. Sampai hari ini ya.

Kot-kot la sapa-sapa yang ada, atau terjumpa, harap dapat beritahu saya. Teringin sangat nak membacanya .....

Saturday, June 9, 2012

2012-Cerita 95-Candid


Gambo candid masa kawin adik hari tu.
Masa ni dah tuko ke persalinan kedua. Di sebelah petang. Pukul 2.
Diambik sementara menunggu pengantin perempuan bersiap.
Tunggu kat sebelah rumah pengantin perempuan aje pon.
Masa ni tengah panas terik. Dari rumah dah siap-siap pakai tengkolok, keris bagai.
Sampai sana kepanasan punya pasal, dicabutnya dan disangkut pada handle moto orang yang datang kenduri.
Keris tu sesuka hati je dia sisip. (Pastu masa berarak tu tak ingat nak betulkan keris, sampai sudah duk kat tepi gitu).
Tu dia tengah makan gula-gula. Orang yang lalu-lalang nak ke kenduri tu duk pandang je.
Selamba je dia.

Friday, June 8, 2012

Thursday, June 7, 2012

2012-Cerita 93-Warghh...Makan Budok!

Amna.
(Gambo curi kat blog mak dia)

Ahad hari tu pi rumah sepupu, si Niha tu. Geram bebeno tengok anaknya ni. Bulat tembam montel. Sampai menangis dia saya kerjakan. Hahaha..puas hatiku. Baru 4 bulan tapi berat nanang. Dukung si Amna ni cepat penat. Sekejap je pon dah rasa lenguh lengan. Macam manalah gaya maknya mendukung kan?

Next time Mak Iti datang lagi ya Amna. Nak gomol Amna sampai nangis lagi. Hahahaha.....

Wednesday, June 6, 2012

2012-Cerita 92-Benda Sedap



Semalam ada member kat rumah iklankan kacang tumbuk. Order sebalang dengan dia. Baru sekejap tadi dia hantar.

Sedap rupanya. Daratnya iols ni kan? Kacang tumbuk pun tak pernah makan. Rasa macam bepang kacang pon ya. Rasa macam gula-gula udang pon ya.

Hidang time raya sajak gak ni. Nak dekat raya nanti bolehlah order lagi 10 balang kot.

Published with Blogger-droid v2.0.4

2012-Cerita 91-Kebulur. Tahap Jingga

Pagi tadi bangun dengan rasa kelaparan tahap jingga. Perut siap keriuk-keriuk. Menggigil macam orang hypo. Lepas solat terus capai kuali, goreng roti canai segera buatan Syarikat Adik-beradik dari Kampung Losong. Kemudian panaskan kari ikan merah yang berbaki semalam.







Dah selesai isi perut barulah rasa tenang. Baru teringat semalam tak makan nasik. Makan kek gulung je sekeping. Patutlah rasa kebulur bebeno.

Petang semalam makcik sekeluarga datang ke rumah. Petang ni pulak adik nak datang. Nak hidang apa yek? Buntu guwe..
.
Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, June 5, 2012

2012-Cerita 90-Senja Nan Merah


Di bawah langit kirmizi.
Bukit Besi, Terengganu.

Saturday, June 2, 2012

2012-Cerita 89-Tertunda Pon Tertundalah...


Sambutan hari lahir yang tertunda.
Dah nak dekat seminggu, baru disambut semalam. Huahuahua...
Tertunda pon tertundalah.
Terima kasih pada yang sudi belanja tu ya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.