Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Monday, September 2, 2013

2013-Anak

Jumaat lepas, sekolah Naqib buat majlis sambutan hari raya. So ada makan-makan. Aku buat kek sebijik untuk dia bawak ke sekolah. Pagi tu dia segak memakai baju melayu dengan songkok. Sampin tak pakai pasal sampin dia besar dan gedoboh. Bila dia pakai asik terlorot je. So cakap kat dia tak payah pakai nanti nyusahkan hidup je. Masa sampai ke sekolah, nampak meriah sangat. Masing-masing melaram dengan baju raya memasing.

Masa dalam perjalanan pulang dari sekolah, dalam kereta, aku tanyalah dia makan apa, minum apa? Katanya, "Tadi makan nasik lemak, rendang, kuih raya. Minum air sirap dengan ABC. Kek habis tapi Naqib tak ambik bekas tu sebab Naqib tak tahu yang mana satu. Banyak sangat bekas sama,". "Takpelah," kataku. Bekas tu pun bukan yang jenis tupperware, setakat container untuk microwave tu je. Lagipun faham yang dia susah nak bergerak.

Kemudian, dia keluarkan bekas bekal dia yang memang dia bawak pagi tadi. Dia mintak pinggan plastik asalnya tapi kat rumah takdok pinggan plastik maka aku suruh dia bawak bekas yang dia selalu isi bekal ke sekolah tu. Tapi dia tak jadi guna pasal nasik lemak memang dah siap letak dalam bekas yang pihak kantin sediakan. So dalam bekas tu dia isi dengan beberapa potongan buah tembikai dan buah honey dew. "Ni Naqib ambik bawak balik untuk mak ni. Mak kan suka buah tembikai!" Ya Allah. Anakku....Nak menitik air mata bila dengar dia kata gitu. Tahu-tahu jelah kondisi dia tu. Nak bangun, nak bergerak pun susah. Tapi sanggup susah payah bungkus bawak balik untuk emaknya ini. Memang rasa nak nangis tapi kutahan.

Masa raya itu hari kan tiba-tiba dia takleh nak berjalan. Bila nak jalan je, jatuh. Jalan je, jatuh. Memang susah hati la kitorang ni. Sedih tengok keadaan dia. Then aku termenangis depan dia. Takde niat pun nak nangis tapi dah tak tertahan. Bila dia tengok aku nangis dia pun nangis jugak. Dia nangis sampai tertido. Bimbang pulak bila dia nangis. Takut dia rasa patah semangat, give up. Itu pasal tak nak dia tengok aku nangis depan dia.

Minggu lepas, aku perasan shower cream kat bilik air cair semacam. Dah tak berapa nak berbuih. Aku syak Naqib campokan dengan air sebab aku ngan dia je pun yang guna bilik air bawah tu. Bila tanya, dia kata memang dia masukkan air sikit kat dalam tu. Alasannya dia takut cepat habis. Nanti tak cukup duit nak beli sabun. Oh! Agaknya dia terkesan kot dengan penjimatan kitorang. Rasa kelakar pulak. Memang kitorang sekarang ni berjimat dan berhemah dalam berbelanja. Tapi dalam benda-benda yang tak perlu la. Dia pernah mintak beli Bidaman (aku pun tak tahu binatang apakah ia) tapi aku cakap tak cukup duit. Mungkin itulah dia ingat kitorang dah takde duit sangat kot nak beli barang. Macam-macam.










3 comments:

  1. tak tahu nak komen mende kak..tp yg pasti idah doakan naqib baik2 ajer...

    ReplyDelete
  2. Alahai sedih plak baca pasal Naqib.. huhu.. mudah2an Naqib cepat sembuh.. insya-Allah..

    ReplyDelete
  3. *aku pulak yg termenangis*

    moga naqib baik2.
    moga ko juga sihat utk jaga keluarga Ti...



    .

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.