Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Wednesday, September 25, 2013

2013- Merempan Merepek

Banyak benda yang nak dirempanrepekkan.

1. Aku dolu dolu dolu guna beras cap buah-buahan[edited] yang katanya established sejak 1983. Suka sebab beras ni tak cepat basi. Ko masak tengahari ni, tengahari esoknya pon tak basi lagi walopun tak diperangatkan. Tapi lepas tu terberhenti guna sebab beras ni susah nak jumpa. Stengah kedai ada, stengah kedai takda. So, mula guna beras yang ada muka Dato' Jalaluddin Hassan tu pulak. 

Kemudian baru-baru ni suamiku dapati beras  tu ada dijual di kedai borong dekat dengan rumah ni. Dah habis beras  kitorang pun beli beras tu. Tetapi, kualitinya dah tak macam dulu. Cepat beno basinya. Mula -mula aku perasan kalo masak tengahari ini, esok paginya memang gerenti nasik dah basi. Macam semalam, suami balik lambat sebab ada seminar. Balik rumah nak makan nasik (masa tu baru pukul 12am), nasik dah basi ye. Macam pelik cepat sangat basinya. Padahal tengahari tu masak. Nasib baik suami tak lapar sangat pasal dah makan roti canai dengan kawan-kawannya sebelum tu. Hish! Apa nak buat dengan beras tu? Baru beli. Banyak lagi. 

2. Dah 2 hari tak sihat. Macam nak demam tapi tak demam. Lemau je. Sakit kepala nyut-nyut campo sakit pinggang macam nak putus. Baring je kejenya. So pagi tadi, bekalkan Naqib yang ringkas-ringkas je. Lempeng dengan sambal sardin. Tak kuasa nak masak beria. Balik dari hantar Naqib, singgahlah beli bihun goreng kat satu gerai ni. Akak tu pun bungkuskan bihun tu, letak sikit sambal. RM3 ye. Nak tercekik aku dengar harga. Terkunci mulut terus. Dalam rela tak rela je aku serah duit 3 hinggit kat akak tu. Macam tak jadi beli pun ada.  Kalau tak kerana aku ni tak larat nak main masak-masak ni, takdenya aku nak perabis duit membeli. Balik rumah, terus bukak bungkusan bihun. Nak tengoklah kot ada emas 916 seketul ke kat dalam tu yang mahal sesangat. Kuis-kuis takde apa yang special. Bihun goreng bodoh je. Ada la 2 ketulan ayam beso ibu jari, dengan sawi bersimpul. Nak menangis sementara nak perabiskan bihun goreng tu. Paksa sodok  masuk mulut. Rasa kureng...



Di sini nak beritahu, bukanlah aku sengaja bersungut, tak nak bersyukur dengan rezeki yang Allah beri ni. Tapi, ini soal perikemanusiaan. Soal penindasan. Melampau sesangat akak ni letak harga. Kalau nak meniaga tu janganlah menganiaya orang. Masing-masing pun mencari rezeki. Tapi biarlah cara ko mencari rezeki dengan cara yang sempurna yang tak mendatangkan sakit hati dan punah jiwa pada orang lain. Nak letak harga pun biarlah sepadan dengan rasa dan kualiti yang diberikan. Kalau takde orang lain tadi kat gerai dia, mungkin ku dah slow talk bagitahu harga dia jual mahal. Tapi ada orang lain, takkan nak cakap depan-depan gitu. So, lepas ni aku tak nak pergi dah gerai ko kak. Boikot!

3. Dapat anak saudara baru lagi. Budaknya dah masuk 20 hari lebih dah. Namanya Abdul Rahman.


Mata sepet, hidung mancung. Entah ikut sape. 

4. Hari ni birthday suami kite tau. Semalam dia sampai rumah kan dah lewat. Saja je aku peram buat-buat tak tau. Tak wish apa-apa pun kat dia. Tapi pagi tadi, dia jaga dari tido terus aku bisiklah kat dia 'Happy birthday'. Sengih je dia. Selamat meniti hari tua ye bang...! Dia tak tau, senyap-senyap aku order kek dengan jiran. Tapi ni dia balik lewatlah pulok. Ada training. So, padan tengok jelah keknya. Nak ngap tak boleh.


Fruit flan cake. Harga RM30 je. Murah kan????


Okeh. Cukup setakat 4 la dulu. Esok-esok kita tambah lagi ya.

8 comments:

  1. melampau sgt harga mihun tu.. hari tu saya beli nasi lemak pun harga komain.. kot nak naik harga pun agak2 la kan.. huhu..

    murah kek tu.. nampak sedappppp plak tu..

    ReplyDelete
  2. mmg sgt mahal ok... selalu beli rm 1.20.... kalau ada telur goreng rm2.00 kalau paru/sotong/udang/kerang rm3.00 kalau ayam pn rm4.00..... ni rm3.00 cuma mihun goreng bodoh2 je??? percaya la lusa dia dah bungkus gerai dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak je mengamuk terbalik meja akak tu tp i sedar i bkn bini mat yo. Huhuhu

      Delete
  3. bihun kosong 3 ringgit adalah mahal.

    ini semua salah najib!
    kah2.

    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni minyak nak naik lg. Tp alasan dia kata nak kurangkan kdr penyeludupan tu aku tak setuju. Yg seludup tu segelintir je tp yg kena semua rakyat. Patut ko ketatkan kawalan sempadan br la penyeludup tak bolos. Huh!

      Delete
  4. Alhamdulillah, moga Abdul Rahman jadi anak yg baik..arwah tok akak nama Abdul Rahman Siti...

    ReplyDelete
  5. Insyaallah kak. Keluarga saya mmg suka letak nama ringkas2 je. Pjg2 pun last2 panggil nama pendek gak kan....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.