Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Tuesday, October 1, 2013

Perancangan Allah Yang Sangat Sempurna

Dulu aku macam pernah cerita ada sorang kawan yang nak bagi aku RM50k untuk bukak kedai makan. Aku cerita kat blog lama kot. 3 kali rasanya dia offer. Konon-kononnya nak tolong kawan. Katanya, untung 60% aku, 40% dia.  Mula-mula dia (Ramli) suruh bukak kedai makan kat area Bangi. Di saat-saat akhir tak jadi. Ada la yang suami aku tak puas hati. (Banyak sebenarnya tak puas hati pasal suamiku jenis perfectionist. Kalau tak memenuhi kriteria dia, dia takkan terima). Lepas tu dia suruh aku meniaga kat food court. Food court tu sikit punya mahal sewa bulanannya. Gerai 5'x5', sebulan RM5000. Dahlah tak boleh masak-masak kat situ. Kena masak siap-siap dari rumah. lepas tu nak kena hire pekerja lagi. Macam tak berbaloi dengan untung yang akan kitorang dapat. So suami aku tak nak walaupun dah siap survey tempat, buat belanjawan segala. Buat kali yang ke-3, dia offer lagi. Kali ni dia suruh bukak kedai jahit pulak. Tapi aku tolak pasal masa tu sibuk berulang bawak Naqib ke spital. Boleh dikatakan memang ada je yang menghalang collaboration antara aku dengan Ramli. Takde rezeki kata orang. 

Syukurlah aku tak terima offer dia tu. Rupa-rupanya dia dah tipu kawan aku, Nana. Ceritanya, si Ramli ni kontraktor yang dapat tender dari kerajaan negeri untuk buat satu projek. So si Ramli ni pi sub kan projek tu pada Nana. So Nana ni pulun la buat projek tu sampai siap. Bila dipertandingkan siap dapat nombor 3. Alih-alih bila dapat duit, si Ramli ni boleh pulak buat tak tahu. Dia bayar kat pekerja dia je. Tak bayar pun kat Nana dengan seorang lagi kawannya. Dahlah dia mark up harga tinggi masa submit sebut harga. Adoi...aku tak sangka si Ramli tu gitu. 

Kesian Nana. Tungkus-lumus dia buat kerja tapi satu sen pun tak dapat. Nak report polis tapi takde bukti yang dia tipu. Nak dakwa pun susah. Karang duit tak dapat, lagi mana nak cari duit nak bayar peguam. Apa jenis orang la tipu kawan sendiri? Bila mintak duit, ada je alasan dia nak belit. Kata Nana, si Ramli ni buat bisnes atas angin. Semua kerja orang lain yang buat. Yang dia just tunggu bayaran.


Ya Allah! Apa agaknya nasib aku kalau aku terima offer dia? Dan lagi, minggu lepas ada orang bisik kat aku, food court yang aku hampir-hampir sewa tu dah tutup untuk selama-lamanya sebab tak laku. Syukur aku lagi sekali. Kalau tidak dengan aku aku sekali la melingkup. Subhanallah. Perancangan Allah tu sangat sempurna!

4 comments:

  1. syukurlah bila Allah bersama2 kita masa kita buat keputusan eh ti...?
    nikmat yg kdg2 kita lupa.
    aku la... yg selalu lupa tu..


    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu tas. kdg2 kita lupa nikmat yg Allah kurniakan kat kita ni.

      Delete
  2. kadang2 orang yang kita anggap kawan itulah yang berpotensi untuk kenakan kita balik..
    akak sedang sakit hati ni, ada kawan pinjam duit..sakan berjanji..kita pun bukan banyak duit, tapi sebab dah kenal lebih 20 tahun dan tahu selok belok dia, kita bagi pinjam. sekali time bayar dia buat tatau..rasa geram dan sakit hati, akak tunggu masa je nak buat solat hajat biar terbuka pintu hati dia kan..kalau tengok kat FB tu suka hati je dia buat posting itu ini, hutang kita boleh buat tatau, sorry Siti..luahan pagi Jumaat..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak LW, saya pun kenal ramli ni dah lama. Sejak sekolah lg. Sambung belajar pun kat U yg sama. Wife dia pun saya kenal. Mmg tak sangka dia sanggup tipu nana sampai sejauh tu.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.