Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Sunday, October 20, 2013

2013-Jangan Putus Asa Sayang!

2,3 hari lepas duk berbual dengan seseorang ni. Katanya dekat 10 tahun dah kawin, tapi tak reti-reti lagi masak. Sampai anak dia pun reti komplen. Jadi, untuk tidak mengecewakan anak dan suami, dia suka beli je. Dia dah mula rasa kecewa dan give up untuk masak. So, dia tanya aku, macam mana nak pandai masak?

Teringat la aku dulu-dulu. Dulu time bujang aku memang tak pandai dan tak minat masak. Siang ikan pun tak reti. Sampaikan kawan serumah aku cakap, "Tak paham aku kau ni. Nak kata anak bongsu yang manja, kau anak sulung. Tapi siang ikan pun tak reti!" Malu je dengar kawan aku cakap gitu. Tapi aku buat selamba sambil gelak-gelak untuk cover malu. Padahal aku masuk kelas ERT tu. Tu pun sebab mak suruh masuk. Pastu ikut je arahan cikgu. Suruh masak itu, masak. Sikit pun tak rasa nak minat. Lepas tu bila ada orang tanya reti tak masak itu, masak ini? Dan-dan je aku kata aku reti padahal hakikatnya adalah sebaliknya. Market kenalah jaga kan.... :P

Sehari sebelum nikah, aku cakap dengan mak aku tak reti siang ikan. Mak aku ngucap panjang. Katanya "Tu la...time orang masak kat dapo, dia duk senyap-senyap dalam bilik. Bukan nak tengok orang buat kerja!" Pastu mak aku bebel-bebel. Standard la mak-mak kan. Tapi takleh salahkan aku gak. Dari kecik aku banyak duduk dengan nenek. Biasalah kalau jadi cucu kesayangan mana ada kena suruh buat itu ini. Kalau balik rumah pun ada orang gaji yang buatkan. Itu yang jadi manja terlampau sampai malas serba-serbi. Pastu kalau kena tinggal sorang-sorang kat rumah, biasanya mak aku dah sediakan bahan. Aku cuma tinggal masakkan saja. Takde kena siang-siang de. Eh! Pandai je bela diri. Salah sendiri tak belajar tak nak ngaku.

Lepas dah kawin, hambik kau. Dapat suami yang suka makan ikan. Suka menu lauk-lauk kampung. Lagi, tak suka makan kat luar. Lemahnya rasa, tak reti serba-serbi. Hari-hari call mak mintak resepi, tanya macam mana nak masak itu, macam mana nak masak ini. Tapi bila hari-hari call mak aku pun macam dah malas nak layan. Sampai bila nak harapkan mak je kan. Kadang-kadang tanya mak mertua tapi jarang sangat pasal segan + malu.  Nasib baik suami baik. Dia yang ajar masak (sambil mengutuk! huhu..). Dia yang ajar macam mana nak petik pucuk ubi. Bangangnya aku masa tu bila diingatkan. Banyaknya benda yang aku tak tahu. 

Tapi bila mengandungkan Naqib tetiba aku jadi suka pulak masak. Roh masak datang la tu! Selalu masuk internet cari resipi. Aku jumpa satu grup masak-masak, terus join. Siapa dulu pernah join Grup Restoran Pak Amir? Kat situ macam-macam resipi ada. Tapi sekarang ni tak tau la ada lagi ke tak grup tu. Aku selalu la cuba masak guna resipi kat situ. Kadang-kadang jadi, kadang-kadang tak jadi. Mangsanya suami aku la. Buat puding kastad tak jadi, buat kuih keria pun keras. Buat puding buih mendap. Macam-macam. Tapi dia telan je. Sabar je suami aku layan bininya yang tak reti masak.

Lepas beranakkan Naqib aku berenti kerja. Jadi makin tak de alasan untuk beli makanan di luar. Kau ingat suami aku nak kasi can ke aku duduk sila panggung, silang tangan je kat rumah?  Dahlah dia sorang je yang keluar cari rezeki! Masaklah apa-apa yang aku reti masak. Ulang-ulang menu yang sama. Haha.. Tapi dari situ lah aku mula belajar dan develop skil masak. Bila terdesak kita akan jadi kreatif! Sekarang pun aku ni bukan pandai masak mana pun, lepaslah nak bagi keluarga makan. Nak masak sedap tara mana sangat pun. Bukan kita nak bukak restoran pun kan? 

Jadi, ikutkan dari pengalaman aku, rasanya tak terlambat untuk kita belajar masak asalkan ada minat dan usaha. Bila takde yang dua itu, itu yang menyebabkan kita malas masak. Masak sekali sekala memang tak jadi. Kena buat hari-hari. Memasak ni perlukan pengalaman. Tengok mak-mak dan nenek-nenek kita, ada diorang belek resipi time masak? Takde kan? Sebab diorang duk selalu masak hari-hari. Otomatik jadi reti sendiri nak mengagak sukatan lemak-masin-manisnya. Kadang-kadang masak simple je, tapi sedapnya kemain. Air tangan juga mainkan peranan yang penting. Nak masak, kuku biar pendek, tangan biar bersih. Bukan sebab dari sudut agamanya sahaja menyaran kebersihan, tapi dari segi sainsnya juga. Kekotoran yang ada pada kuku tu boleh menjangkitkan kuman ke dalam makanan.

Tak reti boleh belajar. Tak tau boleh tanya. Kalau benak sekali pun takkan goreng telur dadar pun fail! Tambah lagi kat internet, melambak-lambak resipi. Ko tinggal petik je nak resipi apa. Antarabangsa tak antarabangsa semua ada. Video masak pun berjenis-jenis. Sampai lebam bijik mata lah kalau kau tengok. Yang tinggal cuma USAHA. Harapan tetap ada kalau kita usaha. Kalau kita sekadar merenung nasib diri dan tak buat apa-apa, mana nak datang hasilnya.

Bak kata Adnan Sempit, " Di mana ada kemahuan, di situ ada highway!"
Makanya, jangan  GIVE UP!




4 comments:

  1. betul3.... iols pn bukan pandai masak sgt... dulu selalu masak ikut tekak sendiri... dah kawen plak ikut tekak laki.... mcm mn penat pun blk dr keje... masak jugak utk laki... sedap x sedap laki iols telan je... sbb katanya better la dr masakan kat kedai.. now dapat anak dua2 hantu nasi... mmg kena masak la.... dah tak leh nk malas2..... masak itu satu seni juga... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la kata. masak je lah. tak sedap kite improve kanlah rasa. masak bukan semestinya kena sedap lazat setaraf makanan hotel. sedap kat anak tekak anak ngan laki pun dah ok kan?? kawan iols ni mungkin sbb dia byk duit maka tak jejas mana kalo dia makan luar hari2. sbb tu tak dtg usaha nak belajar masak ke apa. belum sampai tahap terdesak lagi.

      Delete
  2. mcm x caya je citer akak..hahhahah...idah pun masak gitu2 jer kak..nak kata pandai serba serbi tu tak jgk...bolehla lepas nak makan keluarga..hehhe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..percayalah. mula2 kawin segan nak msk dapo kat umah mertua. Karang kena suruh potong apa kang tak pandai malu. Huhuhu.. Bayang la idah, daun pucuk ubi tu kalo secekak tu semua daun kak ambik. Suami kak la pas tu ajor ambik daun yg kat pucuknya aje. Huhu...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.