Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Friday, September 6, 2013

2013-Hantar Barang

Masak nasik beriani untuk lunch semalam. Puncanya sebab nak habiskan perencah beriani yang mak bagi tahun lepas. Tahun lepas ya. Bayangkanlah betapa lamanya perencah itu terbiar tidak dipergunakan. Sebenarnya mak bagi banyak. Berapa peket entah. Mak bagi kita ambik je la. Dan belum habis perencah yang tahun lepas, balik raya baru ni mak bagi lagi. Bila mau habis lah kalau gini kan? Nampak nau mak aku kasi hint suruh anak dia rajin-rajin la masak.

Nasiknya tak berapa nak peroi. Guna beras biasa je pasal malas nak pi beli beras basmathi sebab
tengh tunggu kurier.


Sebenarnya, setiap tahun ada sorang kawan mak ni yang duk kat Perlis akan hantar sekotak perencah nasik beriani, nasi bukhari dan macam-macam perencah lagi untuk mak. Macam dah jadi rutin dia. Bila masuk bulan puasa mesti sampai sekotak ke rumah.  Kalau harapkan mak yang duduk 2 kelamin laki bini tak habis la. Itu pasal dia bagi-bagikan kat anak-anak, adik-beradik, sedara-mara. Dan sebagai balasan, mak hantar pulak sekotak keropok kering kat kawan mak tu. Kau bagi aku, aku bagi kau balik. Memang tak berkesudahan lah sampai sudah.  Gitulah diorang dari zaman muda. Mak Pah ni lah yang panggil mak aku Mary (singkatan daripada Mariam) dan melekat sampai sekarang. Inilah asal-usulnya kenapa Naqib bahasakan mak aku nenek Mary.

Cerita pasal bagi-bagi ni kan, mak aku ni rajin hantar barang kat kitorang. Sebelum puasa hari tu sekotak dia pos barang makan. Katanya teringat kat Naqib. So, dia hantar makanan-makanan yang Naqib suka makan. Isnin haritu pulak dia cakap teringat sangat kat Naqib. So, dia bagitahu dia  hantar barang lagi. Keropok ikan tamban (yang Naqib suka), rempah kurma (untuk aku masak-heh!), buah salak(ayah beli berkilo-kilo pasal murah), dan jugak isi durian (durian murah kat Tganu. Ayah beli banyak, so mak bungkus sekali pos kat kitorang). Bayangkan ya. Isi durian pun dia kasi pos!!?? Aiyo mummy. Sini pun ada durian la...Ingat kitorang duk obersi ke apa? Haha.....

Yes. Aku tahu mak rindu kat kitorang. Itu jelah kot aktiviti yang dia rasa boleh hilangkan rasa rindu pada kitorang. Ni yang buat aku rasa nak balik kampung selalu ni tapi apakan daya tak mampu nak buat gitu. Huhuhu...sedeh....

So dia pos hari Isnin. Pos guna kurier Kangaroo. Masa nak pos tu ayah tanya kerani yang bertugas tu bila boleh sampai, kerani tu jawab esok sampai. Tu yang ayah berani hantar isi durian tu. Esok paginya pulak kebetulan Naqib ada appointment dengan klinik. Nak kena buat rawatan ganti sebab masa Sabtu lepas klinik tutup sempena merdeka. Selesai rawatan di klinik, bergegas terus balik rumah. Barang pos belum sampai. Petang tu pulak Naqib kena buat fisio. Suami hantar kitorang kat spital, dia balik ke rumah balik tunggu parcel. Haram...sampai sudah tak sampai. Esoknya, Rabu. Aku lak tunggu. Nak keluar beli bahan nak masak pun rasa was-was. Kang aku keluar pegi kedai, diorang sampai pulak. Sudahnya aku  pegi kedai , bawak kete dia punya speed macam nak masuk circuit. Sampai ke petang, tak jugak sampai. So, petang tu aku call ayah suruh dia call balik Kangaroo untuk dapat kepastian parcel tu sekarang dah sampai kat mana.

Tak lama lepas tu ayah call. Katanya, "Kangaroo patah kaki. Tak boleh nak lompat. Pasal tu tak sampai-sampai!" Aku lak, "Hah?!" So, ayah terangkan, "Dia kata kawasan awak duduk tu kawasan outskirt. Diorang hantar seminggu sekali je(iaitu hari Khamis). Esok tunggulah ya. Dia kata esok sampai!" .Ya Allah! Jadi tempoyaklah durian tu.....

Sampai hati diorang cop tempat aku outskirt. Ya lah. Memang outskirt pun. Dahlah duk tepi hutan simpan, border pulak dengan Dengkil, Shah Alam, Subang, Puchong, Sepang dan Kuala Langat. Hambik la!!!! Tapi bukan ke diorang kena utamakan pelanggan? Dah bayar mahal untuk kurier yang cepat sampai, apesal pulak nak kena ada hari tertentu pulak nak hantar barang?????? Hish...Kangaroo betul! So, Khamis sampai. Pukul 3 petang. Terima kasihlah ya sebab korang sudi hantar ke kawasan OUTSKIRT ini ya!  Barang-barang lain semuanya selamat, cuma durian sudah menjadi tempoyak! Ini dah berapa bijik ntah buah salak masuk perut. Hari ni perut ada rasa mencucuk-cucuk. Penangan salak lah tu.


7 comments:

  1. Aiyoyoyoyoyo.. meh la anta kat umah i ke.. opis i pn boleh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..makcik marie ni mmg tau. Lps ni apa ntah lg yg dia pos. Jgn dia pos diri dia sudah. Eh u nak tak perencah nasik bukhari? Nanti i bg ye.

      Delete
  2. Kitorang dah lama pangkah kangaroo ni. Memang selalu buat hal. Haritu hantar parcel kat kawan area sepang. Ada ke courier tu suruh ambik kat pekan? Padahal pekan dengan rumah kawan saya tu 10 minit je. Nak cepat baik hantar pos express. Tak pun hantar je kat rumah kitorang hehehehehhe~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangsa tak sayang pelanggan. Hr tu dah kena maki dah ngan ayah. Mmg pasni dah tak guna dah.

      Delete
    2. Bangsa tak sayang pelanggan. Hr tu dah kena maki dah ngan ayah. Mmg pasni dah tak guna dah.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.