Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Tuesday, January 17, 2012

2012-Cerita 11-Temujanji di Klinik ortopedik

Pagi semalam bawak Naqib untuk temujanji pertamanya di klinik ortopedik Hospital Serdang. Temujanjinya pukul 9 pagi tapi pukul 7.45 dah pon sampai. Mula-mula pergi isi perut dulu. Dari malam tu lagi dah bercadang nak bersarapan di kafe spital itu. Sampai di kafe terus cari laksam sedap yang saya selalu makan di situ waktu ayah dirawat dulu. Tak ada rupanya. Kuciwa jugaklah sebab tak dapat makan laksam. Cuma ambik mi goreng yang kemudiannya dikongsi bersama Naqib.

8.30 baru pergi daftar di klinik ortopedik. Proses pendaftaran tu ambik masa yang agak lama sebab kena ambik nombor dulu, kemdian tunggu giliran untuk buat pembayaran. Lepas tu baru diberi nombor untuk jumpa doktor. Alhamdulillah, kali ini tak lama. Doktor pon mula buat pemeriksaan. Dari pemeriksaan awal, doktor mendapati otot belakang kaki Naqib sedikit terpendek menyebabkan dia tak boleh berjalan macam biasa, terpaksa menjinjit. Kalau berjalan macam biasa, dia akan rasa sakit. Solusi setakat ini, doktor mengesyorkan supaya buat fisioterapi untuk memperpanjangkan otot tersebut. 25/1 ini adalah tarikh temujanji pertama untuk fisioterapi. 2 bulan lepas tu akan jumpa balik dengan doktor di klinik ortopedik untuk lihat perkembangan. Harap-harap sesi fisioterapi yang akan dijalaninya nanti memberi perkembangan yang positif.

Carta Organisasi Klinik Pakar Ortopedik


Suasana di klinik.
Temujanji selesai jam 10.30 pagi. Kemudian teringat pulak nak kena beli seluar sekolah Naqib pasal seluar yang beli haritu ada sikit kerosakan. Minggu sudah dah cuba cari di Giant dan Tesco. Tapi takde saiz. Terpaksalah menapak ke Mydin Mall USJ. Cari punya cari, nasib baiklah ada saiz. Dah bayar apa semua, perut pun dah berkeroncong. Terus menuju ke Rasa Village Food Court yang ada kat dalam Mydin Mall tu. Naqib order Hokkien Bee Hoon. Saya pulak order nasi ayam. Kemudian order laicikang dan ais cendol. Makanan biasa-biasa sahaja rasanya, tapi laicikang dengan ais cendol tu best giler. Penuh dengan isi. Macam ais cendol tu cendol dan kacang merahnya banyak sangat.  Dalam laicikang tu pulak ada longan kering, fungus, buah gingko, kurma merah, biji selasih, halwa kundur. Memang saratlah sampai tak mampu nak habiskan. Harganya cuma RM2.50. Murah tak?

Nasi ayam
Hokkien bee hoon
Gambar minuman adalah tiada. Pasal ada sorang pakcik yang duduk sebelah meja saya ni asik je duk perati  kitorang. Segan la jadinya nak main tembak-tembak. Tapi  berbaloi betul la beli ais cendol dan laicikang yang mewah dan sarat dengan isi itu.  Kat food court tu cuma ada satu tempat je yang jual minuman. Macam-macam minuman di jual di situ termasuk ais cendol dan laicikang itu. Kalau kebetulan korang kat situ, cubalah beli dan rasa sendiri.

Sekian.
.

10 comments:

  1. hahah saya pernah masuk ke situ masa nk check perut masa peknen azri... sekali salah tempat da... hahaha skrg bila lalu je.. mesti gelak2 teringat balik..

    ReplyDelete
  2. @AZAHARMILA
    klinik o&g kan sebelah klinik tu je. ni mesti kes terlajak ni. hahaha...

    ReplyDelete
  3. bulih pulak terpendek ye sit..?
    susah la nk berjalan gitu..?





    .

    ReplyDelete
  4. @tasekM
    ha ah. doktor ckp pendek dlm 1-2 inci. belah kaki kanan kot. doktor ckp mmg masa kecik mmg tak berapa nampak. bile makin besar, dia nak membesar tulang makin memanjang, tp otot terpendek sikit. tu yg jd makin nampak tu. so, bile dia jln, dia terpaksa menjinjit. berjalan ok lg. nak naik turun tangga mcm susah sikit la.

    ReplyDelete
  5. macang kite nok streching la... kalu masel pendek gok... sakit ah...
    kene wi tterik okmo... baru jadi panjang...

    ReplyDelete
  6. @Anonymous
    betul doh tu pokcik. doktor kate gitu ah.

    ReplyDelete
  7. dulu penah kakak saya gi mengurut.. pastu tukang urut tu kata kaki x sama panjang.. terpendek skit.. pastu dia tarik bagi sama..

    bulan lepas kakak saya tu plak duk check kitorang adik beradik punya kaki sama panjang ke tak.. ada la 2-3 orang kena tarik sbb x sama.. ;p

    ReplyDelete
  8. @achikooo..ye ke? ini kaki dia ok, cuma otot dia yg tak sama panjang. risau gak takut sampai ke besar mcm tu. dah pernah urut tp tukang urut tu tak ckp apa2 pulak.

    ReplyDelete
  9. xpernah pijak agi mydin mall usj..kena ajak en somi ni..

    ReplyDelete
  10. @intan morsalin
    intan, saya pon bukan selalu pegi. boleh kire jari kot pergi sana. boleh je kalo saja2 nak tkr angin kan? intan kat putrajaya kan? putrajaya-usj tak jauh sgt kot...:P

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.