Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Wednesday, January 4, 2012

2012-Cerita 3-Back To School

Anak-anak sudah kembali ke sekolah hari ini(bagi yang berada di pantai barat Semenanjung). Ibu-ibu di rumah kembali kesunyian. Apa tidaknya, setelah sebulan setengah bercuti sekolah, ibu-ibu sudah mula lali dengan hiruk-pikuk menggelegak melayan kerenah anak-anak  tetapi hari ini ni mereka sudah kembali ke sekolah.

Pagi tadi sewaktu melihat Naqib menaiki van sekolah dan van sekolah berlalu, mata saya tidak lepas memandang ke arah van sehingga van hilang dari pandangan. Dan kesunyian muncul perlahan-lahan. Kalau tidak waktu itu dia masih di perbaringan. Atau buat-buat tidur apabila dikejutkan untuk bersolat. Dan saya akan tepuk-tepuk punggungnya jikalau dia culas untuk bangun bersolat. Kalau dia tak bangun jugak saya akan mula menjerit sambil cotcetcotcet membebel!

Tapi awal pagi tadi, seawal 5.20 pagi, jam loceng sudah berbunyi. Naqib bingkas bangun sendiri. Mandi dan memakai pakaian sekolah. Solat dan kemudian bersarapan. Gaya dah macam orang dewasa.  Sekarang bila tido dah mula pakai kain pelekat. Bila nampak perempuan seksi dalam tivi, matanya mula terbeliak. Semalam ayahnya, siap pesan "Kau nanti kalau nak cari awek, jangan cari yang gedik!" Dia tersengih-sengih. "Apalah ayah ni. Sapa yang nak cari awek?" Katanya. (Yang ayah pon apehal lah pesan kat anak macam gitu? Sedar ke tak yang anak anda baru 11 tahun? Jauh lagi perjalanan nak mencari awek!)

Sekejapan sahaja anak-anak ini membesar depan mata. Nanti sedar-sedar dah naik sekolah menengah. Sekejapan kemudian selesai universiti, berkeluarga dan tak lama kemudian kita bercucu. Indahnya hidup!

Itupun kalau sempat dinikmati selagi ajal belum menjemput!

2 comments:

  1. ustajah kheme pong gedik gok... luga aku... :P

    ReplyDelete
  2. @Anonymous
    ling ling....kakaka..
    datuk tu. jgn main2..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.