Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Monday, January 9, 2012

2012-Cerita 7-Sakit Dan Rawat

Bangun pagi ini, tiba-tiba kepala tak boleh nak teleng. Salah tido ke apa? Tak tau lah. Sakit sangat-sangat. Bagi salam ketika solat Subuh tadi pon buleh pusing sikit je. Teringat dulu, masa tu zaman saya sekolah lagi. Bangun pagi tak boleh nak teleng. Ayah saya ambik bantal yang saya guna untuk tido, kemudian dia bantai belakang tengkok saya(guna bantal tu). Tak sangka lepas tu sakit tu hilang.

Tadi saya beritahu suami, katanya "nanti jemur bantal yang sayang guna buat tido tu".  "Kenapa?" Saya tanya. "Petua!" suami saya jawab ringkas sebab dia sibuk nak gi kerja so tak dan nak tanya dia banyak-banyak. Sekarang saya tertanya-tanya. Bagaimana bantal yang dijemur boleh menghilangkan sakit tengkuk takleh nak teleng saya ini? Ada sapa-sapa boleh jawab?
*******************


Petang semalam saya ke Pusat Rawatan Darusshifa' Shah Alam. Naqib sakit kaki. Urat dia tegang. Dah urut banyak kali dah. Ada kurang sikit je. Pergi x-ray pon dah. Takutlah problem dengan tulang ke apa. Tapi bila doktor tengok x-ray tu katanya normal. So rujuk ke pakar. 16 Januari ni baru temujanji dengan pakar.  Kitorang pergi Darusshifa' ni pon sebagai salah satu daripada ikhtiarnyalah. Ustaz kat situ bacakan ayat-ayat shifa' dan bagi air untuk minum dan sapu pada badan. Bila dia tahu Naqib nak UPSR tahun ni, dia siap buatkan sekali air penerang hati.

Pusat Rawatan tu baru lagi. Pusat rawatan ni agak tersorok. Di kawasan perumahan Shah Alam Seksyen 11. (Alamatnya: No.1, Jalan Silat Gayung 11/3, Seksyen 11, Shah Alam). Tapi kalau nak pergi berubat, pusat rawatan ni cuma dibuka pada hari Ahad sahaja. Hari lain tak bukak.

Pusat rawatan tu berdepan dengan papan tanda jalan ini.
Bukan rumah yang pagar putih ni ye!

Waktu rawatan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.