Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Thursday, May 24, 2012

2012-Cerita 87-Tutorial: Pleated curtain


Ini ada permintaan dari sorang adik ni untuk buat tutorial langsir.

Sian adik ni tunggu lama saya buatkan tuto. So, ni usahakan jugak sebab dah dekat dah nak raya. Tinggal tak sampai 3 bulan je lagi. Takut kalau bertangguh karang terlupa terus. Kebetulan baru-baru ini siapkan kepala langsir(valance) untuk letak dalam bilik adik saya yang nak kawin tu. Mak suruh buat simple je. So buat yang jenis fancy pleat.

Sebenarnya ada banyak jenis pleated curtain. Ada yang dinamakan double pleat. Singaporean pleat. Triple pleat. Box pleat dan lain-lain lagi. Macam-macam nama tapi asas semuanya lebih kurang je. Yang bezakan cuma berapa kiraan lipatan (pleat) nya. Pleat ni memang dah siap jahit mengikut lebar tingkap. Kebaikannya korang tak payah berhempas pulas membuang masa mencucuk cangkuk guna cangkuk 3 serampang tu. Dan pleat pada langsir korang sama dan selari je. Walau bagaimanapun kekurangannya, langsir yang dah siap dipleat tak boleh digunakan pada tigkap lain sebab lebarnya adalah tetap.

Contoh pleated curtain.
Sumber: google

  • Mulakan dengan mengukur lebar tingkap. Darabkan lebar tingkap (kalau boleh dalam inci) dan didarabkan dengan 2. Tambahkan 5 inci untuk basi.

Contoh: Lebar tingkap = 80inci
80inci x 2= 160inci, ditambah lagi 5inci = 165inci.



  • Potong kain mengikut ukuran lebar yang telah dikira tadi dan panjang yang dikehendaki. Kemudian jahit lipat sebelah tepi kain supaya lebih kemas dan tidak berjerumbai. 2inci kanan dan  2inci kiri. 


  • Kemudian ukur 1 inci di bahagian atas, lipat dan jahit bahagian atasnya dengan pengeras. 
Pengeras yang digunakan




  • Kemudian bentangkan. Lipat 2. Ukur 2 inci dari bahagian tengah. kemudian tandakan setiap 4 inci hingga ke hujung. Kemudian buat yang sama kepada yang sebelah lagi. 







  • Kemudian, bukakan lipatan tadi. Dari hujung, temukan setiap yang tempat yang ditanda tadi. Semat dengan peniti. Buat sampai habis lalu dijahit setiap satu.
Temukan.
Semat dengan peniti.

Jahit.

Macam ni lah gaya selepas siap dijahit.


  • Pastu, buat pleat 2 atau 3 (ikut suka masing-masing). Kemudian jahit untuk tetapkan kedudukan. 
Tahu kenapa kena jahit separuh je? sebab kalau jahit sampai habis, nanti susah nak letak cangkuk .
Ni cara kita placing cangkuknya. 
**Oh ya. Di kedua-dua hujung langsir tu kena letak tape langsir (macam dalam gambar di atas).

  • Akhir sekali jahit bahagian kaki langsir. Siap sudah. Letak cangkuk yang jenis 1 hook(macam dalam gambar di atas). Bolehlah digantung.
**Tapi kalau macam boring tengok pleated curtain yang biasa-biasa ni, nak buat fancy pleated curtain, boleh cuba yang style macam ni. Asasnya sama je.

Yang sebelah kiri tu dipanggil butterfly pleat.
Yang belah kanan dipanggil half-cut box pleat.

Harap-harap Arifah puas hati. Harap takde langkah-langkah yang tertinggal.

12 comments:

  1. Rumah u siap thn dpn kan? Berkenan dgn tingkap umah tu. Besar. Luas. Mmg comel kalo letak curtain jenis pleated style ni.

    ReplyDelete
  2. mekti mekti mekti....

    ni ni ni.... nok tanyeeee....

    kalau kite nok smowk ikang ke, daging ke... nok wak wane eh care orang lening la, care nipu mudoh-mudoh... larat eh nok wak stail lame... :P

    err... sala...

    ReplyDelete
  3. Pokcik,
    mu tera boh dlm oven. Suhu rendoh dlm 60°-80°. Tunggu sapa jd kecut /kering br wat terbit. Kalu mu nok wi baung mcm asap mu boh arang setokol dlm oven.

    ReplyDelete
  4. leganye..at last jumpa ape yg d cari. tq bebanyak
    pasni confident jahit langsir umah sendiri

    ReplyDelete
  5. anon,
    membantu setakat termampu je...harap dpt manfaat....
    ini cara saya, cara org lain mungkin lain. :)

    ReplyDelete
  6. Tq ilmu..cantik plak butterfly tu..aiseh ada yg tukar pattern satg nih..plan nk buat freanch plaet jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je tkrkan kepala french pleat tu dgn butterfly pleat. Lg cantik. :-)

      Delete
  7. Salam sis .. terima kasih di atas ilmunya .. mohon pencerahan . Sekiranya kita buat 2 pleat je akan berbeza x ukuran langsir dgn 3 pleat ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Takde beza sbb kite jait dulu br buat pleat.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.