Dulu selalu order banana split ni bila berkunjung ke Shakey's Pizza. Eh tapi wujud lagi ke Shakey's Pizza ni eh? Dulu biasa pergi Shakey's Pizza kat Alpha Angle. Bila dah pindah Puchong, pergi yang kat IOI Mall pulak. Tapi lo ni sudah bungkus ma. Takpe. Tengoklah macam mana. Kalo rajin singgah kedai beli bahan. Bolehlah kita berbanana split.
Wednesday, February 27, 2013
2013-Teringin Katanya....
Dulu selalu order banana split ni bila berkunjung ke Shakey's Pizza. Eh tapi wujud lagi ke Shakey's Pizza ni eh? Dulu biasa pergi Shakey's Pizza kat Alpha Angle. Bila dah pindah Puchong, pergi yang kat IOI Mall pulak. Tapi lo ni sudah bungkus ma. Takpe. Tengoklah macam mana. Kalo rajin singgah kedai beli bahan. Bolehlah kita berbanana split.
Monday, February 25, 2013
2013-Keretapi Sarong
Sapa ada yang ikut program Keretapi Sarong ini? Aku baru tahu pasal Keretapi Sarong ni bila tengok gambar adik aku di twitter kelmarin. Macam best jek.
Ini sebahagian gambar yang diambil dari facebook dan twitter adikku. Adikku yang berbaju melayu itu ya.
![]() |
Ha....ko mampu naik tren pakai singlet dengan kain sambil bawak bledi berisi syampu dan berus gigi? Pakai bedak sejuk lagi..... |
*Nak tengok gambar lain, sila search kat Internetlah ya.
Tahun depan kalau ada lagi jom le kita join!!
Friday, February 22, 2013
2013-Pos
2 minggu lepas pergi pejabat pos kat dalam Giant Putra Heights tu. Nak pos barang. Biasanya sebelum ni isi je dulu siap-siap borang poslaju. Bila sampai giliran, baru mintak plastik dengan yang bertugas kat kaunter tu. So, hari tu buat macam tulah.
Sekali, katanya plastik tu dah takde. Yang ada cuma plastik prepaid. Harganya RM9 selai. Alamak! Mahallah pulak kan? Biasa kalau pos barang ringan dalam RM5 je.
Tapi dah sebab nak kena hantar jugak barang, maka belilah jugak plastik prepaid tu. Pastu aku tanyalah kenapa dah takde? Dia pun tak tahu. Masalahnya kat PejPos kat Alamanda tu ada je. Langsung dia cakap, "akak guna plastik apa pun kitorang tak kisah sebenarnya. Plastik sampah tu pun boleh!"
Jadi, hari Rabu lepas, nak pos barang lagi. Katanya boleh guna sebarang plastik. Aku pun guna je plastik yang ada. Bungkus elok-elok pergi pejpos. Dah isi borang semua, aku sua plastik kat pegawai yang bertugas kat kaunter tu. Alhamdulillah lepas. Kena RM5.97 je. Dah selamat sampai dah pun pada penerima petang semalam.
Wednesday, February 20, 2013
2013-Kuih Dasar Pandang Ke Timur
![]() |
Maafkan saya. Gambo agak parkinson. |
Nama tajuk kuih ni ialah Kuih Tokyo. Ini orang kat kampung aku panggil la. Jangan ditanya kenapa dipanggil kuih Tokyo ye. Tak tahu. Tapi tempat lain mungkin panggil lain. Kuih feveret sejak kecik. Setiap kali pergi pasar malam atau pasar tani kat area rumah, mesti beli. Kalau tak beli macam tak lengkapla kunjungan ke pasar. Tapi sejak duduk luar dari kampung ni memang susah nak jumpa. Bukan saja susah, malah tak pernah jumpa kot.
Maka, kenalah buat sendiri kan? Kuih ni senang je. Serupa macam kita nak buat penkek atau lempeng. Dalamnya diletak inti kaya. Ala...lempeng sekaya la senang cerita. Cuma batter untuk kuih Tokyo ni sedikit cair. Sebab kalau pekat nanti takleh nak lipat. So, kalau nak cuba bolehlah try buat ya. Resipinya mudah saja. Adik-adik yang sekolah rendah pun boleh buat. Adik-adik ya, bukan anak-anak sebab i feeling muda!
Ini bahan dan cara membuatnya:
- sebiji telur
- secawen air
- secawen tepung gandum
- secubit garam
- secubit baking soda
- secubit serbuk penaik
- sesudu susu pekat
- setin kaya
- sesudu teh esen vanilla-tak nak bubuh pun boleh
![]() |
Friday, February 8, 2013
2013-Adohai Anak
Menu tengahari kami semalam. Menu campak-campak yang paling senang dan disukai oleh Naqib. Masak ringkas sahaja sebab petangnya lepas sekolah Naqib kena pergi buat fisio.
Dah siap masak, mandi dan bersiap. Kemudian sediakan bekal untuk Naqib, ambik Naqib di sekolah dan terus bawa dia ke spital untuk sesi fisio. Tukar baju, makan minum sume dalam kereta. Temujanji pukul 2.30 petang. Sampai spital pun dah 2.30. Nak jalan laju-laju tak boleh, lewat pon lewatlah. Tapi nasib baik sampai ke bilik fisio tu takde orang. Sempatlah Naqib melepaskan lelahnya. Sian dia. Peluh merecik-recik di dahi. Lain kali nak mintak temujanji lewat sikitlah. At least ada masa untuk Naqib bertenang-tenang. Tidaklah dia rasa beban sangat. Ye lah. Baru balik sekolah tak sempat nak rest, terus kena eksesais. Siapa tak tensi kan?
![]() |
bekal Naqib makan dalam kereta. |
Tak lama lepas tu 'cikgu' [panggilan kepada jurupulih anggota] pun datang. Buat rejim yang biasa dia buat tu lah. Angkat kaki sambil baring untuk kuatkan otot kaki. Kemudian ke gym. Ini pertama kali pergi ke gym. Wah..macam best. Semua peralatan cukup lengkap. Rasa macam nak eksesais sama. Tapi tentu-tentunya tak boleh. Dah siap ditulis amaran lagi di dinding. Hanya pesakit berdaftar yang boleh guna peralatan di gym itu. Kali ini buat eksesais untuk kuatkan tangan dan juga bahagian pinggul(eksesais bangun duduk guna palang kayu) supaya dia lebih mudah untuk bangun dan bergerak. Semalam Naqib dah kena bebel dengan cikgu pasal ototnya agak 'ketat' kerana kurang eksesais. Aku dengan ayahnya dah tak tau nak cakap apa. Dah dinasihat, cakap ulang-ulang sampai berbuih mulut, tapi dia tetap malas nak buat eksesais kat rumah. Tapi ye tak ye lah kan, orang lain yang sebaya dia main bola, main basikal tapi dia duk rumah kena eksesais. Kita sendiri yang tua ni pun malas apatah lagi dia budak umur 12 tahun.
![]() |
Muka ketat waktu tunggu giliran menggunakan peralatan di gym. |
![]() |
Dah boleh guna dah. Mula-mula tak bubuh pemberat . Bila nampak dia dah selesa baru ditambah satu pemberat. |
Habis sudah sesi fisio. Bulan depan baru pergi lagi. Tak tau macam mana nak yakinkan dia supaya suka dan sentiasa buat eksesais kat rumah (bukan buat masa time fisio sahaja). Asal suruh eksesais je dia buatlah sekejap lepas tu merungut kepenatan padahal 10 minit pun belum. Kadang-kadang kalau mood dia tak elok, langsung tak dibuatnya. Kita ni beria la suruh dia buat sampai kita sama naik la standby tergolek nak buat eksesais ngan dia tapi dia buat tak tahu je. Masa tu kau jerit keluar anak tekak pun dia buat tak heran je. Adohai la anak....
Sabo je la.
Thursday, February 7, 2013
2013- Tu Dia....
![]() |
Hokkaido Cupcake |
Tu dia...tu dia...Hokkaido Cupcake tajuk kek ini. Lembut kemain lagi. Ini adalah chiffon cake yang diminikan tapi dalamnya disemprotkan custard filling. Nyaman sungguh tekak makan. Beli 3 ketul je. Buat rasa. Tapi serius rasa macam tak cukup sebab sedap. Dapat seketul sorang je.
Suami balik rumah petang tu terus kusua-suakan cupcake itu ke mukanya.
"Beli lagi???" Terangkat-terangkat kening dia.
"Bang, ini yang lain pulak bang. Ini Hokkaido cupcake nama dia. Sedap sangat bang...blablabla..." panjang lebar aku terangkan. Kan salah terang lain pulak jadinya.
"Sedap ayah. Dalam dia ada mustard..." tambah Naqib pulak. Hambik ko. Mustard katanya.
"Custard la!" Kataku.
"Letaklah dulu situ. Makan nasik dulu!" katanya. Nasib tak kena syarah. Ye lah. Asik beli benda koksir-koksir ni takut jugak dia marah.
![]() |
Nyum.... |
Semalam pulak saya tertido awal. Pukul 9.30 tu dah sama naik dengan Naqib menguap. Sekali tertido kat sofa. Terjaga pukul 12 tengah malam, tengok suami duk tengok Running Man ke apa movie ntah kat laptop. Aku pun bangun pergi dapo. Siap-siapkan bahan nak masak kotiau esok paginya(pagi ini). Bukak peti sejuk nak ambik barang, tengok cupcake tak berusik lagi.
"Bang, nape tak makan kek ni?" tanyaku.
"Alamak lupa la. Dah malam ni. Esok je lah...," jawab dia.
Pagi ini, 2 kali dah aku bukak peti sejuk. Nampak kek tu je rasa macam nak terkam. Oh..cuti panjang raya cina ni apa kata kita pakat buat. Nak tak? Nak tak?
Wednesday, February 6, 2013
2013-Semua Ada
![]() |
Mini pavlova. Beli 5 ketul RM10. |