Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Friday, February 8, 2013

2013-Adohai Anak


Menu tengahari kami semalam. Menu campak-campak yang paling senang dan disukai oleh Naqib. Masak ringkas sahaja sebab petangnya lepas sekolah Naqib kena pergi buat fisio.

Dah siap masak, mandi dan bersiap. Kemudian sediakan bekal untuk Naqib, ambik Naqib di sekolah dan terus bawa dia ke spital untuk sesi fisio. Tukar baju, makan minum sume dalam kereta. Temujanji pukul 2.30 petang. Sampai spital pun dah 2.30. Nak jalan laju-laju tak boleh, lewat pon lewatlah. Tapi nasib baik sampai ke bilik fisio tu takde orang. Sempatlah Naqib melepaskan lelahnya. Sian dia. Peluh merecik-recik di dahi. Lain kali nak mintak temujanji lewat sikitlah. At least ada masa untuk Naqib bertenang-tenang. Tidaklah dia rasa beban sangat. Ye lah. Baru balik sekolah tak sempat nak rest, terus kena eksesais. Siapa tak tensi kan?

bekal Naqib makan dalam kereta.


Tak lama lepas tu 'cikgu' [panggilan kepada jurupulih anggota] pun datang. Buat rejim yang biasa dia buat tu lah. Angkat kaki sambil baring untuk kuatkan otot kaki. Kemudian ke gym. Ini pertama kali pergi ke gym. Wah..macam best. Semua peralatan cukup lengkap. Rasa macam nak eksesais sama. Tapi tentu-tentunya tak boleh. Dah siap ditulis amaran lagi di dinding. Hanya pesakit berdaftar yang boleh guna peralatan di gym itu. Kali ini buat eksesais untuk kuatkan tangan dan juga bahagian pinggul(eksesais bangun duduk guna palang kayu) supaya dia lebih mudah untuk bangun dan bergerak. Semalam Naqib dah kena bebel dengan cikgu pasal ototnya agak 'ketat' kerana kurang eksesais. Aku dengan ayahnya dah tak tau nak cakap apa. Dah dinasihat, cakap ulang-ulang sampai berbuih mulut, tapi dia tetap malas nak buat eksesais kat rumah. Tapi ye tak ye lah kan, orang lain yang sebaya dia main bola, main basikal tapi dia duk rumah  kena eksesais. Kita sendiri  yang tua ni pun malas  apatah lagi dia budak umur 12 tahun.

Muka ketat waktu tunggu giliran menggunakan peralatan di gym.

Dah boleh guna dah. Mula-mula tak bubuh pemberat .
Bila nampak dia dah selesa baru ditambah satu pemberat.

Lepas eksesais tangan, pi naik basikal pulok. Biasanya ambik masa 20 minit tapi semalam cikgu bagi masa 10 minit je untuk cycling guna med moto.  Agaknya sebab dia dah terlebih guna kakinya masa eksesais bangun duduk tadi (takde gambar). Karang terlebih guna kaki tu kang penat tak boleh nak berjalan pulok!


Habis sudah sesi fisio. Bulan depan baru pergi lagi. Tak tau macam mana nak yakinkan dia supaya suka dan sentiasa buat eksesais kat rumah (bukan buat masa time fisio sahaja). Asal suruh eksesais je dia buatlah sekejap lepas tu merungut kepenatan padahal 10 minit pun belum. Kadang-kadang kalau mood dia tak elok, langsung tak dibuatnya. Kita ni beria la suruh dia buat sampai kita sama naik la  standby tergolek nak buat eksesais ngan dia tapi dia buat tak tahu je. Masa tu kau jerit keluar anak tekak pun dia buat tak heran je. Adohai la anak....

Sabo je la.






2 comments:

  1. bila benda tu jd rutin tu yg jd bosan.
    go naqib go!

    ReplyDelete
  2. Ye la. Kita pun ada kala bosan dgn rutin yg sama.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.