Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Wednesday, February 6, 2013

2013-Semua Ada

Mini pavlova. Beli 5 ketul RM10.


Nampak sedap maveles kan? Oi..memang sedap. Order dengan jiran. Kat perumahan saya ni memang ramai yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan dari rumah. Sebut je nak apa, beratur orang nak hantar sampai ke rumah. Kek, roti toksah cerita la. Lontong, ayam golek pon ada. Buah-buahan macam durian, rambutan, duku pun boleh order thru fb/phone tau. Pendek kata sediakan duit jelah ya.

Bagusnya fb ni macam ni lah. Memang ada satu grup di fb nun diciptakan khas untuk memasarkan dan mengiklankan barang dan perkhidmatan yang ada di kawasan perumahan kitorang ni. Sangat-sangat membantu sesiapa yang ingin menjana pendapatan sambilan. Sangat meriah dengan aktiviti jual beli yang tak kira waktu itu. Kadang-kadang stres tengok kek sedap-sedap yang diorang iklankan. Tak mampu la akak nak beli setiap kali. Gemuk tambun lah kalo asik makan kek je. Kan????

Tapi semalam dah 'terorder' hokkaido cupcake pulak dah. Petang ni baru dapat. Esok ntah apa pulak yang aku 'terorder' lagi!!!

6 comments:

  1. Replies
    1. mmg bagus walopun kdg2 ada gak yg wat onar. hehe..

      Delete
  2. aku pavlova pun blom pernah rasa lagi ni ti.
    harus ku cuba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tas, dah bukan harus lg dah. wajib. hahaha.....

      Delete
  3. besh ar ada jiran camni..sediakan duit saje..

    pavlova tu sedap ker?x pernah rase pun lg..alahai kesian ork...

    ReplyDelete
    Replies
    1. idah, tahu biskut cotek dok? hok cotek dia tu kan buat dr telur ngan gula. rasa dia akan2 gitu la. cuma tekstur dia luar mcm rangup, dlm mcm marshmallow. tambahan fresh cream ngan buah2 tu la yg bg sedap. kalo mkn dia saje manis je la rasa.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.