Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Tuesday, January 29, 2013

2013-Doa Orang Teraniaya Tiada Hijabnya...

Tengahari tadi, [tengahari tak tengahari sangat la,dah dekat pukul 2 pon, gua nak gi ambik Naqib di sekolah. Tengah duk manggakan pagar, ada sorang mamat bangla tiba-tiba muncul di sebelah. Nasib tak gugur jantung tengok bangla tu yang tiba-tiba terpacul itu.
"Aka, rm5 potong rumput!" Katanya.
Gua pandang dia. Eh! Macam tau-tau pulak dia yang gua perlukan tukang potong rumput. Rumput kat rumah ni buleh tahan panjang jugak. Sebelum ini ada jugak bangla yang naik basikal pusing-pusing perumahan gua ni buat kerja potong rumput rumah orang. Tapi dah lama dah tak muncul. Entah-entah dia ni jugak. Gua pun tak ingat sangat muka mamat dulu tu.
Gua pun cakap, " U datang petang sikit boleh? Saya nak pergi ambik anak kat sekolah!"
Mamat tu cakap "ok" sambil angguk-angguk kepala dan berlalu.
Dah ambik Naqib apa semua, gua sampai rumah dalam 2.30 petang. Gua bukak pintu kereta, gua namak bangla tadi dah ada terpacak kat belakang kereta sambil kandar mesin potong rumput (yang macam selalu kita tengok kat tepi-tepi jalan tu ya. Bukan mesin potong rumput yang besar tu ya). Amboi...gelojoh tak sesabonya bangla ni. Gua pun bukak pintu pago, bukak pintu rumah bawak beg Naqib masuk rumah. Pastu ambik duit rm5 bagi kat bangla tu.
Gua pun masuk rumah kunci grill sesiap. Pintu gua bukak separuh. Ini langkah keselamatan. Takut jugak karang tiba-tiba dia nak buat jahat masuk rumah ke apa. Tu yang awal-awal bagi duit kat bangla tu. Siap pesan kat dia, nanti dah siap, tolong tutup pintu pagar sekali. Naqib pulak cakap dia nak demam. Masuk rumah terus baring. Memang nampak dia kepenatan sangat. Badan pun panas sikit. Gua pun suruh lah dia pi tukar baju. Gua pun masak air untuk buatkan air teh ke, ovaltine ke supaya bila minum air panas, badan berpeluh, demam kebahlah.
Gua dengarlah kat luar si bangla tu duk mesin rumput. Bunyi zer..zer...dari mesin rumput dia tu. Gua pun senang hati la. Rumput dah berpotong. Nak wat ek la kat suami bila dia balik kije nanti sebab dah lama gua suruh dia potong rumput tapi dia tak potong pun. Sibuk la sangat!! Gua senyum-senyum simpul. Dah sudah senduk nasik untuk Naqib, gua tinjau ke luar, tengok bangla tu dah siap. Dah blah dah. Pintu pagar pun dah siap bertutup. Eh! Sekejapnya! Bentak hatiku. Gua pun keluar lah pi tengok. Harem!!!!! Rumput rumah gua tak berpotong pun. Habis yang dia duk zer...zer ke hulu ke hilir tadi potong ape?????
Hampeh! Gua dah kena kencing dengan bangla tu! rm5 je pun tapi tetap duit ya! Takpelah. Ko pilah belanja guna duit aku yang rm5 tu. Aku berdoa semoga duit tu bertukar jadi daun-daun kering!
Kalau suami gua tahu gua kena kencing ni mahu ditarbiahkan kaw-kaw ni. Diam-diam sudah! Huhu...

16 comments:

  1. sebab dah bayar awal2.. dia pun cabut.. hampeh punya bangla!

    ReplyDelete
  2. Tu la. Silap gak gi bayar dulu sbb duk fikirkan keselamatan je. Redho je lah. Mungkin bkn rezeki kita. Kira kafaroh je.

    ReplyDelete
  3. saspen je ingat Kak Ti yang aniaya Bangla tu hehehehehe~

    ReplyDelete
  4. akak x leh wat ek dahla kat suami...hehe..sbb awal2 kena tipu ngan bangla..

    org suh mai ptg...masa tu jgk dok tunggunyer...hehehhehe

    bijak jgk bangla tu yek..agak2 apela yg dipotongnyer tu..sabo jela kak...

    ReplyDelete
  5. ntah2 mesin potong rumput tu pun dia rembat kat mana-mana..dik len kali biar dia buat keje dulu ye..then baru bayor..careful tau.

    ReplyDelete
  6. rumput sekangkang aimi tu rm5? cit.. kalau kangkang azri leh gak tahan.. rumput rumah saya dah tahap hutan tebal... ari isnin br cabut sikit.. dah dapat 1 plastik hitam beso tu.... nnt coti sambung lagi..

    p/s: nak tanya gunting kain kat mana bagus?? iols start kelas ahad ni... :)

    ReplyDelete
  7. idah, tu lah. br nak buat ek dah kena tipoo. berlagak sgt kot. hahaha...

    ReplyDelete
  8. Kak LW, tgkkan pd kegelojohan dia tu nak memesin rumput mcm iye-iye jekan. rupanya nak duit semata. saya duk fikirkan keselamatan saya dan anak je. tu yg jd tak terfikir dia nak tipu. sebelum ni mmg tak pernah buat mcm ni.

    ReplyDelete
  9. cikmila, mahal tak mahal. tp padanlah dgn kerja kalo buat betul2. rumput tu takleh nak cabut, kena potong. kalo boleh cabut dah lama saya cabut sendiri. u tahulah kan abg u kan sibuk. bisnes man 'berjaya' katanya. hahaha...

    gunting kain yg bagus mana2 kedai pun ada. tp cari yg jenis berat. kalo yg jenis ringan ni bila terjatuh terus takleh pakai. try cari gunting singer. yg tu bagus.

    ReplyDelete
  10. Tas, sian en sood dibadigolkan hanya kerna seorang bangla. hahaha..

    ReplyDelete
  11. so len kali better jangan caya kat bangla..

    yer windsor kat sg long jer, meh laa..kalu nak mai roger akak ya..bak mai email siti..email akak ladywindsor24@yahoo.com

    ReplyDelete
  12. Ok kakak. Nanti nak pi saya roger tp entah bila la kan? Takde kawan segan pulak. hehe...

    Ni email saya: cutestuff4you@yahoo.com

    ReplyDelete
  13. @siti
    RM5 murahnya!!! kat Subang jaya RM25 tau... lain kali suruh dia potong dulu baru kasi duit, depa ni bukan boleh bagi muka tau... ada je helahnya.. gamaknya dia sajer2 je buat bunyi tu walhal tak potong rumput pun...

    haishhh dunia ni mcm2 u.

    ReplyDelete
  14. Kak net, ape ke mahal benor tu? kawasan berumput tu beso sgt ke??? hikhikhik..

    kak net duk subang jaya ke? bukan puchong?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.