Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Friday, January 11, 2013

2013-Bajet

Salam Jumaat semua. Lemau betul sekarang ni di waktu pagi. Rutin bangun awal pagi, siapkan bekal Naqib ke sekolah sudah kembali. Ditambah lagi dengan tugas baru sebagai drebar menghantar Naqib ke sekolah. 6.45 sudah bertolak dari rumah. Sampai ke sekolah pukul 7 pagi. Kena keluar awal, kalau tidak sesak dan akan mengambil masa yang lama untuk sampai ke sekolah. Oh! Saya sudah jumpa jalan shortcut untuk pulang ke rumah. Kalau tidak saya kena lalu jalan jauh untuk mengelakkan kesesakan di waktu pagi. Sangat suka. At least saya jimat 10-15 minit di situ.

Tengahari waktu mengambil Naqib ke sekolah pon mencabar juga. Tak sesak tapi panasnya membahang. Tangan saya sudah hitam sebelah. Hehehe...tapi tak mengapalah. Demi anak. Alah...lagipun sapa yang nak membelek tangan kita putih ke hitam kan???  Hambiklah kau! Selama ni duk lepas anak naik van. Tapi disebabkan sekarang Naqib dah susah nak turun naik van, maka kena hantar dan ambik sendiri. Baru tahu macam mana rasanya kena redah jalan pagi-pagi sama-sama dengan bas sekolah, lori kontena semua.

So, lepas balik menghantar Naqib, rutin harian di rumah pulak menunggu. Siram pokok bunga, basuh baju, jemur baju. Kemudian sarapan, kemas rumah. Dalam pukul 9-10 begini mulalah mata kuyu mengantuk tak boleh nak celik. Dapat lelap 10 minit pun jadilah. Pukul 11 dah mula masuk dapur. Siap masak semua, kemas-kemas dapur. Kemudian mandi, solat zuhur. Pukul 1.30 keluar rumah gi ambik Naqib di sekolah. Inilah rutin harian saya yang baru. Masih dalam proses mengadjust dan membajet waktu sana-sini lagi.

Kira punya kira, bajet seminggu untuk gas dan tol lebih kurang rm90. Kalau sebulan rm360. [Kalau naik van just bayar rm80 sebulan]. Lari jauh benar bajet masuk tahun 2013 ni. Tapi itulah dugaan dan cabarannya. Rezeki ada di mana-mana. InsyaAllah. Harapannya semoga saya dapat curahkan yang terbaik untuk Naqib. Amin..


3 comments:

  1. naqib dah tak boleh lasak2 eh ti..?



    .

    ReplyDelete
  2. takleh lasak tu dah lama sejak tahu sakit dia. cuma kesian tgk dia nak naik van turun van. kaki dia tak kuat nak panjat mcm org lain.

    ReplyDelete
  3. at least boleh polish skill bawak kereta tu. esok2 boleh drive balik teganu heheheh~

    bajet kitorang dah lama lari - sebab asyik beli barang2 Amna - mainan lah, baju baru lah hehehe~

    untuk anak mesti kita sanggup buat apa je kan? :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.