Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Wednesday, January 23, 2013

2013-Risau

Pagi tadi waktu hantar Naqib ke sekolah, boleh pulak aku lupa bawak purse. Masa sampai kat sekolah Naqib, baru teringat lupa nak bagi duit kat dia. Masa tu la baru sedar purse tak bawak. Nasib baik Naqib cakap dia dah ada duit. Tapi berdebau jugaklah takut kena tahan dengan polis. Pasal kat area Putra Heights sekarang ni kan polis duk sibuk meronda cari budak hilang tu. Nasib baik sampai ke rumah dengan selamatnya.


Budak ni ha. Hilang sejak Rabu lepas. Dengar cerita mak ayah dia tinggalkan sekejap dalam kereta dengan lagi dua orang adik-beradik dia. Pastu diorang gaduh dalam kereta. Pastu si William ni keluar dari kereta sorang-sorang nak gi kat mak ayah dia konon nak mengadu domba la apa yang adik-beradik dia buat kat dia. Sekali agaknya dia taktau mak ayahnya gi kedai mana, merayau-rayau terus hilang.

Manalah William pergi kan? Bayangkanlah anak besar dia ni, fikiran tak matang lagi. Kalau ada orang yang baik hati jumpa dia dah tentu bawak dia ke Balai Polis kan? Tapi kalau yang jumpa dia jenis hati tak berapa nak baik hati macam mana? Dah seminggu hilang tapi polis kata kemungkinan besar masih ada dalam kawasan Putra Heights. So hari ini aku dengar dari berita dalam radio pagi tadi, polis akan buat pemeriksaan dari rumah ke rumah di sekitar Putra Heights. Harapannya semoga William dapat ditemui dengan segera.

Hari Jumaat lepas, balik dari hantar Naqib ke sekolah, hajat hati nak singgah ke kedai borong kat area rumah tu untuk beli barang dapo. Tapi tengok kedai tu baru je bukak sikit. Pekerja-pekerja pun tengah duk punggah barang lagi. So lepak la dulu kat restoran 1Malaysia kat sebelah kedai borong tu. Order nasik lemak sotong dan teh tarik kurang manis. Sambil makan tu, aku tengok ada sorang budak perempuan dalam umur 6, 7 tahun duk kat meja depan aku. Muka macam tak mandi lagi. Nampak muka dia boring je. Sekejap pusing kiri, sekejap pusing kanan. Kejap lagi dia tongkat dagu ngan tangan. Berkata-kata aku dalam hati, "anak tauke kedai ni kot!"

Tanggapanku meleset. Budak perempuan ni rupanya order roti canai tapi roti canai ni lambat sampai. Tu yang dia boring je tu. Bila roti canai sampai, terus dia bagi sekepal duit kat kashier restoran tu dan terus berjalan pulang tanpa ambik duit baki. Si kashier tu beria panggil budak tu suruh datang ambik duit baki. Lepas ambik duit baki dia pun kembali berjalan menyusuri jalan itu. Ku fikir mak ayahnya ada menunggu dalam kereta ke apa, tapi tidak. Budak tu memang datang sorang-sorang.

Tak puas hati aku tengok budak tu jalan sorang-sorang gitu. Dahlah jalan ke tengah ke tepi tak tentu hala. Kalau dilanggar dah satu hal, kena culik ke satu pulak hal. Nak je aku temankan budak tu sampai dia sampai rumah. Mak ayahnya tak rasa risau ke dengan kejadian-kejadian pelik yang berlaku sejak akhir-akhir ni? Tak sayang anak? Bila aku utarakan benda-benda macam ni kat orang lain, mesti orang lain akan tanya aku. "Anak ko sorang je ye? Patutlah...".

Apa maksudnya itu????

7 comments:

  1. cik ct, anak 1 ke 2 ke 10 ke... tu anak.... org biasanya mcm tu la... pandang enteng benda2 mcm tu.... nnt dah hilang br menggelabah... pastu masuk la sorat kaba, tv menangis mintak anak pulangkan....

    ReplyDelete
  2. ti... pesal ada word verification nih...? sila buang.

    hehe.


    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayangku tas, terpaksa letak sbb asik kena spam. Nanti tgk 2,3 hr lg kalo dah takde aku buang ye.

      Delete
  3. Kan?? Anak tu kan amanah. Kita yg ngandungkan, yg lahirkan.

    Bdk tu duk flat saya rasa tp ttplah jauh. Jauh drpd pandangan mak ayah. Dah tu ada pekerja asing lak yg tgh buat pagar kat umah flat tu.

    ReplyDelete
  4. pg td dgr berita ada jumpa mayat budak kat klang.. dah panggil mak pak dia wat pengecaman.... risaunya

    ReplyDelete
  5. ha ah. kat sg sireh. baju mcm sama ngan william. siap ade scar belah kiri mcm william. td gi bank islam putra heights, bile lalu kat tpt william hilang tu teringat pasal dia.

    ReplyDelete
  6. nape la di bunuh kalau bukan william pun... budak tu ada wat dosa ke kat dia??? masyaallah org di akhir zaman ni makin takde otak, maruah n hati perut

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.