Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Friday, January 25, 2013

2013-Sudah Selamat

Oh yeah! Petang semalam (jam 6.05pm) saya telah menjadi makcik lagi buat kali ke 3. Adik ipar saya, Dr. Nurul Huda sudah selamat bersalinkan seorang anak perempuan yang berkeberatan 2.49kg.

Sebenaunya belum masa lagi tau untuk budak ini keluar. Tapi maknya mengalami sedikit masalah apabila terdapat protein di dalam air kencingnya maka doktor suruh beranak awal. So, sebulan awal daripada due la ini budak lahir. Tapi Alhamdulillah, kedua-dua ibu dan anak dalam keadaan sihat.

Tak taulah apa rupanya anak sedara kite tu ye. Adik aku ni pun kedekut la. Tak ditunjuknya gambar sekeping dua untuk kakak kawasan ni dulu. Feeling Jlo la tuh...Hahahaha...

*berita baru masuk 4.30pm tadi: anak sedara kita yang baru tu dimasukkan ke nicu kerana jangkitan kuman di paru-parunya. Dulu Naqib pun gitu. Seminggu juga kat dalam tu. Oh! Nama baby girl ni dah ada ya. Dhia Nur Ain kata daddynya tadi.

p/s: Akhir tahun ini akan dapat sorang lagi anak buah. Yep. Iols je rendang tak berbuah-buah!

6 comments:

  1. kita je yg tak berbuah2 eh ti...?

    ReplyDelete
  2. ala tas. ade seketul tu pun ok la. kan...takyah nak sesedih. kita wat anak sedara tu anak kite sendiri je. hahaha...

    ReplyDelete
  3. tahniah dpt anak buah baru.. :)

    ReplyDelete
  4. Feeling kakak kawasan okeh hahahha...

    dia lupa la tu. nasib baik huda post kat fb ehehehe...

    anak sedara pun anak jugak. meh jaga Amna seminggu hahahahah~

    ReplyDelete
  5. niha, off course la kakak kawasan. dia kata bukan lupa. tp belum sempat nak ambik. kan dhia masuk nicu. lps tu br diorang ambik gamba. hehehe...

    haha..bolehlah sgt.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.